BAB 3

Romance Series 113095

AIR pesanan aku dihulur oleh Ilyas sebaik sahaja dia kembali ke meja. dia menghampiri meja kosong di sebelah aku lalu menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya. jari aku yang sedari tadi rancak menari di atas papan kekunci terhenti. setiap geraknya aku perhatikan tanpa berselindung sedikit pun.

meskipun didalam kedinginan wajahnya terdapat ketenangan pada riaknya. jika bukan kerana mulutnya yang tiada beza dengan parit pecah itu, dia sudah aku masukkan dalam senarai lelaki lelaki paling kacak abad ini.

dalam pada aku tidak suka kepadanya, sedikit sebanyak aku akui lelaki ini terlalu banyak mengubah pemikiran aku yang serba moden. walaupun kata katanya kadang kala menyakitkan telinga aku, tetapi tiada satu pun yang mampu aku tidakkan.

"agaknya kalau mata kau tu sharp shooter, dah mati aku ni barangkali." sindir Ilyas perlahan.

matanya masih fokus pada skrin laptop yang sudah bercahaya sejak tadi. pantas aku melarikan kembali mata aku ke skrin laptop aku pula. termalu sendiri.

aku berpura pura menyedut iced hazenut latte yang berdiri disebelah laptop aku.

rasa macam nak hantuk saja kepala ni di dinding. kenapa lah mata ni suka sangat buat perkara yang memalukan tuan. mentang mentang lah pandangan pertama di maafkan. kau manfaat kan betul betul pandangan pertama tu yee.

dasar perempuan tak pandai jaga mata!

sesekali aku menjeling ke wajah tegaknya, tengokk tu. sudah disindir pun masih degil lagi mata ni.

"kau nak tanya apa?" soal Ilyas tanpa sikit pun menjeling ke arah aku. terbuntang biji mata aku. tahu tahu saja ada soalan yang bermain di fikiran aku. mujur tak tersedak air yang baru saja meluncur tenang di kerongkong aku.

"kenapa kau sambung belajar?" soalan yang sudah sekian lama terpendam akhirnya terluah juga.

"sebab nak dapatkan jawatan tetap." jawapannya membuatkan bibir aku tergaris senyuman sinis.

"jadi kau mengajar sekadar nak ada kerja tetap je lah? untuk ada gaji tetap? sebab itu je yang kau boleh buat?" entah kenapa aku pula yang rasa terhiris dengan soalan aku sendiri. dari ekor mata mata, aku perasan jejari Ilyas yang rancak menari di atas papan kekunci terhenti.

"aku mengajar sebab itu tuntutan, aku dah belajar jadi aku kena sampaikan. itu tanggungjawab aku sebagai salah satu manusia yang dah tahu. kalau dengan sebab aku tak sambung belajar aku boleh terus diserap sebagai guru tetap dekat kafa, baik aku terus mengajar tanpa sesakkan kepala otak aku mengajar sambil belajar. aku tak pernah pun terdetik nak mengajar sekadar nak ada kerja tetap. kalau aku mengajar kafa sebab fikir pasal duit. aku tak mengajar pun aku boleh dapat lebih dari gaji aku." jawab Ilyas panjang lebar. tenang sahaja jawapanya, langsung tiada riak hendak marah atau terasa hati. Soalan aku, seolah tidak merovek sedikitpun sekeping hatinya.

aku mencebik. Masih tidak puas hati dengan jawapannya. Lebih tepat, tidak puas hati dengan ketenagan wajahnya menepis dan menjawab soapaj aku yang berbaur sarkastik itu.

kalau dah tahu boleh dapat lebih dari tu kenapa yang sungguh sungguh sangat sambung belajar?

"kenapa matlamat kau sambung belajar dengan matlamat kau mengajar jauh menyimpang?" soal aku lagi. badan sudah aku tegakkan menghadap ilyas yang masih ralit dengan laptop. Seperti biasa, wajah aku seinci pun di tak pandangq

Dah setahun pun begini. Dah tak larat nak terasa. Aku cuma anggap, dia tak berani nak tengok aku sebab alu terlalu cantik untuk dilihat.

"mana ada jauh menyimpang. aku sambung belajar sebab nak dapatkan jawatan tetap supaya aku boleh terus mengajar hingga akhir hayat aku. aku nak terapkan dalam minda anak anak kecil ni, bukan hanya akedemik yang mereka belajar masa pagi sahaja yang penting. tapi sekolah agama juga penting. akedemik untuk masa depan yang belum tentu dia orang sempat capai. tapi agama untuk kehidupan." dia masih tenang. jarinya masih rancak menari di papan kekunci.

aku ingat multitasking hanya kelebihan seorang perempuan sahaja, rupanya ustaz Ilyas ni pun multitasking juga. sambil dia bercakap tangan sama laju menaip.

tak tertaip ke apa yang dia cakap?

"kenapa kau tak mengajar dekat mana mana madrasah je? dah tentu tentu mereka lebih senang nak serap dan cerna semua ilmu yang mereka belajar dan yang kau ajar." aku masih belum berpuas hati, tetapi intonasi suara aku sudah berubah. Tidak sejelek tadi. Aku bertanya lebiu kepada aku mahu bertanya. Aku mahu tahu dari sudut pandangnya dengan lebih terperinci walaupun jawapannya tadi sudah padat.

"aku nak fokus untuk orang untuk kanak kanak. Aku nak, dari dia kecil dia dah minat untuk mendalami islam. Aku nak dia orang faham islam, bukan sekadar islam pada nama. Supaya dia orang sedar. Islam ni bukan benda remeh temeh yang orang boleh pandang enteng. Kalau dekat madrasah, masih ramai lagi boleh mengajar. malah ilmu mereka jauh lebih tinggi. lagi pun aku tak ada hati nak mrngajr budak remaja. bukan aku tak pernah try dulu lepas balik dari yaman. Tapi, tak masuklah." perlahan sahaja suaranya menyapa telinga aku. Macam tengah mengadu nasib pula gayanya.

aku diam, walaupun jawapannya padat dan tidak perlu untuk aku bertanya lebih lanjut, banyak lagi soalan yang bermain difikiran aku.

“Aku ada lagi soalan.” Sebab dia sejenis nampak tenang bila jawab soalan, aku suka tanya soalan padanya.

“Tanyalah.” Wah, maca dalam rancangan tanyalah ustaz saja gayanya.

“Apa penerimaan kau, bila orang kata islam ni mudah.” Aku nak tahu juga. Kutlah dia ada perbahasan dia sendri.

“Siapa cakap islam mudah? Islam tak mudah, tapi islam itu indah. Mudah yang macam mana? Mudah sehingga boleh ambil endah? Islam yang kita praktikkan hari ni, bukan sebab islam tu mudah, tapi islam yang diambil mudah. Nak buat perkara yang syok pada kita sahaja. Bukannya ambil keseluruhan syariat tu. Contoh Dengan ayat… walaupun aku tak tutup aurat, rapi solt aku cukup lima waktu. Walaupun aku tak solat lika waktu, tapi aku tutup aurat dengan sempurna. Hakikatnya… henda yang dia bandingkan tu tetap syariat. Perkara wajib buat, yang mana dia buat dapat pahal. Dia tinggal, dapat dosa. Tak adanya dosa dia Allah bagi diskaun sikit sebab dia solat walaupun tak tutup aurat. Tak adanya dosa dia tadi yang tak solat tadi tu, Allah kira halal sebab dia dah tutup aurat.” Padat, likat, tepat jawapannya.

Aku suka jawapan dia walaupun aku tak suka dia!

Wajah tenang dalam kedinginan milik Ilyas aku tenung lagi tanpa berselindung. sesekali wajahnya berkerut, pen pada tangan di ketuk perlahan ke bibirnya. mungkin sedang mencari ayat yang sesuai untuk di taip.

tiba tiba dia bangun dari duduknya, dahi aku berkerut melihat Ilyas yang selamba badak air berendam meninggalkan barang eletroniknya di atas meja. dengan laptop terbuka, telefon bimbit terpampang. selalu sangat biar begini. saja beri peluang kepada pencopet ke apa?

"eh, kau nak pergi mana? kalau ye pun kau tak sayang barang, tolong lah ada rasa insecure sikit nak tinggal tinggal barang macam ni. ini kedai kopi, bukan rumah adik kau." tegur aku, kakinya yang baru dua tapak melangkah terhenti. lalu dia menoleh memandang kearah aku. wajahnya dingin.

apa?

salah ke aku cakap?

"kalau barang barang tu hilang, tahu lah aku mana nak cari." jawabnya bersahaja.

dia nak cakap aku lah ni yang mencuri?

baru beberapa langkah dia kembali menoleh…

"kau jangan tenung tenung aku macam tu lagi boleh tak? rimas tau tak? Rimas. Reject aku macam dah tak lama nak hidup. tapi tenung macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni." dia terus berlalu pergi selepas dia campak setepek atas dahi aku. aku menunduk sambil mengurut perlahan dahi. menahan rasa malu.

aku macam nak sorok dalam almari setahun tak keluar keluar. sejak aku kenal Ilyas setahun yang lalu, ini kali pertama aku kena bahasa dengannya depan depan tanpa selindung.

masalahnya sempat pula tu dia berhenti balik, semata mata nak sound aku.

kurang asam keping tak cukup kering punya Ilyas!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience