Selesai solat zohor, aku mengemas kembali alatan solat, sedikit solekan nipis Aku kenakan pada wajah. Shawl aku lilitkan kembali dikepala. Setelah berpuas hati dengan penampilan sedikit comot selepas zohor, aku keluar dari bilik solat dan kembali ke pejabat.
lantak lah bagaimana muka aku sekarang ini. janji masih ada rupa aku. bukan rupa mango float. aku hampir kemurungan dengan gaya aku sebaik sahaja masuk waktu tengahari. umur sudah 26 tahun, masih tetap comot macam umur aku 16 tahun dahulu.
yang paling aku tak boleh terima budak umur 13 tahun pun sudah pandai merias wajah!
gila kentang!
"Apa lagi si Azwar tu dah buat dekat mesin jahit kau ni?" sempat telinga aku menangkap soalan berbaur sindiran dari pak ustaz a.k.a pak imam masjid bandar yang sedang bercekak pinggang dihadapan sebuah mesin jahit.
Sedap rasa dia saja mengata aku, sedangkan mesin jahit itu tiada siapa pun yang boleh sentuh kecuali adik kesayangannya yang seorang itu.
"Sikit pun aku tak sentuh ye mesin jahit tu." bidasku membela diri. Geram pula bila dituduh sembarangan. Kata ustaz, tak kan tak tahu menfitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh?
Ah sudah, tak memasal aku pula jadi ustazah!
"esok lah abang tengok, Abang nak siapkan laporan.” ujar Ilyas perlahan.
"Kau pergi zahra' tak?" soalku, wajah tegaknya Aku pandang tepat. Tidak sampai 0.03 saat aku kembali melarikan bebola mataku apabila matanya menikam tepat ke dalam anak mataku. Hampir saja aku pengsan dengan renung balasnya.
"Lambat sikit, kenapa?"
"Aku nak tumpang meja kau kejap boleh?" soalku meminta izin.
"Oh, pakai lah. Tak siap lagi ke manuskrip kau?" walaupun soalannya kedengaran seperti mengambil berat. Tetapi riak wajahnya sedikit pun tidak berubah. Kadang aku keliru dengan mimik mukanya. suka kah? marah kah? sebab semuanya sama tiada beza daripada reaksinya. tegak, dinginn, kejung.
agak kalau dia senyum sikit boleh putus urat uratnya barangkali.
"dah siap, tinggal nak edit sikit lagi." jawabku sambil mengeluarkan kunci kereta dari dalam beg tangan. Ilyas terus berlalu pergi sebaik sahaja mendapat jawapan daripadaku.
"bila kau free?" soal Amni pula. kalender yang tersangkut disisi kiri dia capai lalu di letakan ke lantai. telefon bimbitkan ada kalender, kenapa nak guna kalender sebesar alam ni juga? aku turut memandang ke arah kalender yang sebesar alam itu.
"minggu ni schedule aku penuh, minggu depan pun sama sebab date line aku dah sampai. so, aku kena submit manuskrip aku sebelum kena tendang. minggu ke empat bulan ni insya Allah aku free. kenapa?" soalku kembali selepas membaca jadual yang terangka di kepalaku.
"okay, kita photoshoot minggu tu. Abang dah setuju nak jadi photographer." aku mengecilkan mataku, mencari kebenaran pada kata kata Amni. biar betul Abangnya yang seorang itu sanggup menjadi jurugambr kami. padahal tadi dia yang beria ia tidak mahu. kononya mahu jaga ikhtilat.
Ya ya je pak ustaz ni. bukan betul sangat. hari ini dia kata setuju. tiba hari pengambaran, dia tak nak pula!
Kalau dia buat macam, memang aku hempuk buku RPH dia atas kepala dia!
"kau goreng apa dekat abang kau sampai dia setuju?" soalku ingin tahu, ingatkan ustaz Ilyas ni sejenis yang cakap serupa bikin.
"tak payah susah susah nak goreng ke? rebus ke? abang memang macam tu sikit. Mulut je tak nak. Kalau melibatkan adik adik, terpaksa pun dia akan buat punya." jawapan Amni membuat aku terangguk perlahan.
ada sesuatu tentang Ilyas yang menarik. yang tidak ditunjukkan kepada orang luar. hanya adik adik sahaja yang mengenalinya. tapi perlu ke aku berminat untuk mengenali seketul Ilyas dengan lebih mendalam. dia bukan sesiapa dengan aku.
aku meminta diri selepas perbincangan pendek antara aku dan Amni tentang pengambaran pada minggu terakhir bulan ini selesai. kereta aku pandu terus ke zahra' coffee house.
ini lah zahra' yang aku dan Ilyas sibuk bincangkan tadi. sebuah coffeehouse yang di usahakan oleh pasangan muda. bertemakan islamik, walaupun ini sebuah coffehouse tetapi tiada sebarang shubhah yang boleh masuk, dan kebanyakan yang masuk ke dalam coffeehouse ini terdiri dari manusia manusia yang inginkan ketenangan kerana suasananya yang begitu mendamaikan.
suasana didalamnya sesuai dengan maksud namanya. susun aturnya yang masih hipster tetapi tidak terlampau hipster. di setiap meja diletakkan sebuah pasu berisi bunga yang berlainan. disetiap sudut juga ada beberapa jenis bunga yang aku sendiri pun tak tahu namanya. di mana mana saja berjalan ada saja bunga bungaan yang digubah sendiri. masuk ke kedai kopi milik pasangan muda ini tidak ubah seperti masuk ke taman bunga. mujur saja ini bunga palsu, kalau bunga hidup dah satu kerja pula nak menyiram setiap hari. sebab itu lah kedai ini diberi nama zahra' yang bermaksud bunga.
pintu Zahra' coffeehouse aku tolak sebelum meloloskan diri kedalamnya. Sebuah meja dihujung sudut aku hampiri. penuh kedai kopi pada hari ini. tiada satu pun meja kosong. mujur aku meminta izin kepada Ilyas untuk meminjam mejanya.
jangan pelik kenapa ustaz Ilyas yang seorang itu boleh ada meja khas di dalam zahra' coffeehouse ini. pengusaha besar kedai kopi ini ialah adik keduanya, jadi dengan selamba badak airnya dia minta pengusaha di sini satu ruang untuknya, supaya dia tidak perlu bersusah payah mencari meja setiap kali ustaz yang seorang itu kesini. meskipun begitu, meja ini dibeli sendiri oleh duitnya. sebab itu rupa meja ini sangat berbeza dengan meja meja di kedai kopi ini.
itu apa yang adik ustaz Ilyas a.k.a pengusaha kedai kopi itu ceritakan pada aku. yang selebihnya aku tidak tahu.
"Cik Akak, macam biasa ke nak order lain?" soal seorang pelayan lelaki yang tidak lagi asing pada aku. Aku mengakat kepala. pen ditangan aku goyangkan perlahan.
"air macam biasa… tapi dessert nak tukar satu. boleh?" soalku kepada remaja lepasan SPM yang sedang mengambil pesanan aku.
"takk kan tak boleh pulak, besar tapak tangan, kolah saya tadahkan. Akak nak tukar apa?" sedap kau je rosakkan pribahasa. ini kalau cikgu kau dengar, dia suruh tadika balik dik!
"tambah redvelvet cake tolak almond chocolate doughnut. air macam biasa."
"iced hazelnut latte without whipping cream." ujar kami serentak ala ala british, pecah tawa kami. budak ni kalau bab menyakat aku bukan main lagi.
"alright, maam!" siap diangkat tabik pada aku. ada aku lesing budak ni karang.
sementara menunggu pesanan aku sampai, laptop aku keluarkan dari dalam beg yang aku bawa sekali. Buka saja laptop, idea aku sudah lari mencicit. Selalu begini. Tak boleh ke kalau dia duduk usaja diam diam, sampai terzahir di skrin.
Kau ingat kelakar ke lari lintang pukang waktu waktu genting begini?
belum sempat buat apa apa lagi. tiba tiba pemilik meja ini sudah sampai.
Ini seorang lagi! dia punya lambat sikit, memang betul punya sikit. terpaksa aku meliarkan mata mencari meja kosong kalau kalau ada yang dah berlalu pergi. tetapi hampa.
"tak pe lah, kau duduk je dulu, aku nak masuk dapur kejap." tegur Ilyas. mungkin perasan akan kerungsingan aku. beg laptopnya diletakkan atas permukaan kerusi.
"Hai bang, lama tak nampak?" tegur suara wanita sambil meletakkan pesanan aku di atas meja. aku mendongak kepala ke arah suara yang muncul di kanan aku. Ilyas yang tadi berura ura mahu ke dapur juga turut memandang ke arah yang sama.
ha, ini lah pengusaha Zahra' coffeehouse ni. Afni.. nama panjangnya Afni zulaikha. anak kedua dari lima beradik. adik kedua kepada ustaz Ilyas. seorang isteri juga seorang ibu anak tiga.
macam mana adik, anak dah tiga. Tapi abang masa single mingle?
sebab adik beradik dia semua jarak setahun je.
macam mana aku boleh tahu?
sebab si Afni Zulaikha ni kawan baik aku merangkap kawan sekolah rendah aku sebelum dia dihantar ke tahfiz. Mama dan Bonda mereka pun berkawan. secara tak langsung aku boleh tahu serba sedikit salasilah keluarga Afni Zulaikha.
"Tesis Abang tak siap lagi." jawab Ilyas bersahaja. kesian pak ustaz ni. dah tua tua pun kena buat tesis. selalu orang buat tesis umur ni untuk master tapi dia masih buat diploma. mujur la dah tahun akhir.
walaupun dia ni ketinggalan pengetahuan duniawi, tetapi ilmu agama sangat tinggi. aku mungkin tidak tahu setinggi mana, tetapi rasanya jika aku pergi ke bulan. ilmunya masih lagi tidak dapat dicapai penghujungnya. ambil diploma ini pun mesti sebab nak sama taraf dengan guru guru kafa lain.
"boss mencemar duli hantar pesanan dekat pelanggan, luar biasa ni." usikku sebaik sahaja bayang Ilyas hilang dari pandangan mata.
"dengan kau banyak benda dah tercemar bukan setakat pangkat jee. jom lah jadi kakak ipar aku, tak adalah tercemar sangat duli aku." balas Afni. lain macam benar dia punya serang balas.
Takut pula aku!
"kalau tinggal abang kau seorang sahaja pun lelaki dalam dunia ni, takkan aku terima!sanggup aku jadi anak dara tua sampai kiamat." tolak aku. walaupun dengar sangat kejam, tetapi disambut oleh tawa besar Afni. dia dah selalu dengar penolakan aku tentang abang sulung a.k.a abang tunggalnya.
kalau lelaki itu bukan ustaz, mungkin aku akan pertimbangkan. tapi tak kan lah aku nak cakap dengan orang pula aku tak nak Ilyas sebab dia ustaz.
eh, kejap! masalahnya yang beria ria orang lain. ustaz tu langsung tidak menunjukkan sebarang minatnya terhadap aku. aku ni terlebih perasan ke apa?
"Abang tu sombong sebab kau stranger je, kau nothing bagi dia. kalau kau dah jadi everything aku takut kau yang gila bayang dekat dia. air kau sekejap lagi budak aku hantar." ujar Afni dan terus berlalu pergi. aku tercengang.
masih ada adik yang puji abang dia melambung begini dalam dunia? aku pun ada abang juga. tapi untuk puji memuji abang aku sehingga tahap begini rasanya aku yang muntah darah dulu sebelum wanita wanita yang ingin mendekati abang abang aku.
mana nak dapat adik yang begini ?
aku mahu pinjam dia untuk dia memuji aku dihadapan lelaki yang bakal aku sunting untuk di jadikan suami. sebab aku dah bosan hidup sebagai seorang adik sering saja dibuli oleh abang abang dan kakak aku.
Share this novel