"gambar indoor ada pada kau tak Azwar?" soal Amni saat aku sedang leka melipat tudung untuk dimasukkan ke dalam plastik khas yang ditempah untuk produk keluaran Amni. aku mendongak memandangnya dengan dahi berkerut.
"tak ada, kan pakai kamera abang kau." jawab aku yakin.
iya aku masih lagi berkerjasama dengan Amni. tentang tekad aku tempoh hari, sudah aku tong sampahkan ia. kerana, belum sempat aku taip surat perletakan jawatan lagi aku sudah diugut oleh abang kandungnya.
jika aku berhenti, akan disebarkan tentang lamaran aku tempoh hari pada ahli keluarganya.
kurang asam punya pak imam!
berani betul dia ugut aku, masalahnya mana dia tahu aku dah tekad untuk tidak lagi bekerjasama dengan adiknya yang seorang itu. padahal tiada sesiapa pun yang tahu tentang itu.
dia pakai ilmu apa ni?
mujur lah, sudah hampir 2 minggu aku masuk 'office' tidak sekali pun batang hidung dia muncul tiba tiba. entah apa yang sibuk sangat, sebelum ni tak sibuk ke? selalu elok je terpacak dekat sini walaupun sekejap.
eh, kejap. kenapa aku kena kisah?
sukahati dialah. patutnya aku bersyukur. dia tak muncul depan muka aku. karang dia berlegar je dekat depan batang hidung aku aku juga yang tak tahu nak letak muka dekat mana.
"Amni, nampak tukul tak?" satu suara yang tiba tiba datang dari arah belakang hampir saja buat aku tepuk dahi. Baru cakap da muncul. Pantang sebut, macam kifarah sampai!
"cari lah, dekat dapur tu. Abang Zaid pakai haritu mana entah di letaknya. rasa ada je situ." jawab Amni. aku terus keras di tempat duduk aku. langsung tidak berani untuk angkat kepala.
"abang."
"haaa." suara menyahutnya kedengaran jauh dari sini, baru aku berani untuk gerakkan kepala.
"gambar indoor pada abang eh?” soal Amni sambil tangannya lincah memotong kain.
"haah, kamera dekat rumah lah. besok lah." jawabnya yang sudah berdiri hanya dua meter dari aku. Amni sekadar mengangguk.
"baba ada dekat rumah tak?" soalnya. tanpa memyebut nama, aku sudah tahu soalan itu untuk aku. mereka panggil bapa mereka dengan gelaran ayah. jadi sudah tentu lah bukan di ajukan kepada Amni. aku mengangguk.
"kan boleh tanya sendiri pada pakcik Azman, bukan tak ada nombor. mengadanya lahai anak haji Zul ni.” sempat Amni mengutuk abangnya.
"saja tanya dekat anak dia, diam je.. selalu dari jauh dah dengar dia punya mengilai." tidak suka dengan usikannya yang dengar seperti sedang mengejek aku. Amni bantai gelak.
kelakar sangat!
aku angkat kepala dengan niat mahu menikamnya dengan jelingan tajam. tapi aku yang tertikam apabila jelingan aku dibalas dengan senyuman manis. tanpa menghiraukan Ilyas yang masih berdiri di situ aku terus fokuskan mata aku pada kerja aku di depan mata.
malas aku mahu melayan ustaz terlebih minum ubat batuk ni!
aku terus mengeluarkan kuali mahu menggoreng karipap sebaik saja di khabar oleh mama tentang kedatangan Ilyas. nampaknya adik beradik aku yang lebih lebih apabila ternampak Ilyas dari celah langsir yang memisahkan dapur dan ruang tamu melangkah masuk ke dalam rumah.
abang abang dan kakak aku juga turut balik sebaik sahaja mama maklumkan tentang niat Ilyas di perbualan keluarga aku malam tadi. yang tidak cuti hari ini pun sanggup minta cuti. macam pelik pula ada orang datang rumah nak tengok aku. bukan tak pernah berlaku pun sebelum ni. cuma tidak jadi saja. kami hanya berkumpul di ruang makan sementara menunggu baba membawa keputusan untuk langkah seterusnya.
dari aku pulang dari rumah Amni sehingga sekarang tidak habis habis soalan dari adik beradik aku. sampai malas aku hendak menjawab. baba dan abang long masih rancak borak dengan Ilyas yang datang berseorangan di ruang tamu.
yang aku tahu, jiwa aku sekarang ni sudah ke langit!
"habis gentle pak imam tu datang sorang," komen abang chik. mana tidaknya, dulu masa dia mahu menyunting kak Izzah untuk di jadikan isteri habis semua umat dalam rumah bujangnya di angkut datang menghadap bapa kak Izzah. padahal masa bercinta elok je pergi minta izin.
"itu Abang si Afni tu kan?" soal kak Ngah. aku tayang muka bosan. baru 3 tahun duduk negeri orang, takkan dah lupa kut jiran di negeri sendiri.
"iya kak, itu kan ustaz idaman kau dulu. bukan ke sanggup bertenggek kat rumah cik lia dulu sebab nak pikat mak dia. konon sanggup tunggu dia balik dari yaman. sebab nak bersuami kan Ilyas tu. muda dari kau pun tak apa.” sindir aku, sukahati aku saja membangkitkan kisah silam kak Ngah tidak pandang kiri kanan.
"eh adik, kau kalau bercakap boleh tak pandang pandang? laki aku dengar nanti, terasa dia." mulut aku ditekup kuat. belakang tapak tangannya aku tepuk tanpa henti apabila semua saluran pernafasan aku di tutup oleh tapak tangan kak Ngah.
tercungap cungap aku mencari nafas sebaik sahaja kak Ngah melepaskan tangannya.
ngek betul kak Ngah ni!
kan mulut aku yang bercakap, tutup mulut sajakan sudah cukup. ini dengan hidung aku sekali ditutupnya. Kenapa tak tekup je terus salur paru paru aku?
"macam mana tiba tiba boleh jadi bakal suami, bukan ke tu ustaz yang kau reject dulu?” soalan kak Ngah buat aku rasa mahu masuk dalam kabinet dapur.
apa aku nak jawab ni oi? aku lamar dia? 7 keturunan pun belum tentu habis di bahan.
"belum jadi bakal suami lagi ya, dia baru aja nak jumpa baba. belum tentu lagi baba terima." balas aku mendatar. jiwa aku sudahlah resah gelisah. di asak pula soalan yang bermacam macam. kaki aku sudah kebas menahan debar. rasa ini jauh lebih hebat dari masa syakir jumpa baba 4 tahun lepas.
"awal awal baba dah onz, kau apa tahu." celah abang chik. terdiam aku dibuatnya.
kalau awal awal dah setuju, apa yang lama sangat borak sampai tak balik balik?
sudah lebih satu jam baba bersama Ilyas di ruang tamu. tapi tetamu terhormat itu masih juga belum mengundur diri.
"hantar lah depan kuih ni, ya Allah sampai dah sejuk.” tegur mama yang baru perasan pinggan berisi karipap itu masih diam di atas meja. semua mata memandang ke arah aku.
"apa?" soal aku tidak faham.
"pergi lah hantar.” serentak mama, kak Ngah dan kakak kakak ipar aku menjawab.
"kenapa pula? tak nak lah." laju saja mulut aku menolak sebelum lengan aku di ketil kuat oleh mama. aku menyeringai. sakit oii. terakhir kali aku di cubit mama, masa aku sekolah rendah.
"kau pergi hantar sekarang!” arah mama tegas. dalam terpaksa aku relakan jua diri aku untuk menghantar sepinggan karipap ini. kalau aku tau sebab karipap ini menjadi nasib aku kena menghadap muka Ilyas, tak akan aku goreng karipap ini buat makanan tambahan. nasi ayam saja sudah cukup untuk hidangan pada Ustaz tu.
"ha, elok pula datang. duduk sini kejap. ada apa apa ke Ilyas nak bincang dengan Azwar?" tegur baba sambil. menahan tangan aku supaya tidak terus pergi sejurus meletakkan pinggan di hadapan mereka.
bukan aku saja terkejut, dengan pak ustaz ni sekali terbeliak biji mata. ini mesti baba yang memandai mandai atur. baba menggengam kuat tangan aku apabila aku cuba untuk melepaskan diri. akhirnya aku mengalah juga. sebelum tangan aku putus, lebih baik aku akur saja.
aku melabuhkan punggung aku di sebalah baba, kepala aku langsung tidak aku angkat. muka aku sekarang ini bukan merah saja, tapi rasanya sudah jadi warna warni.
hampir 5 minit masa berlalu tanpa suara, tiba tiba aku jadi kelu. begitu juga dia. selalunya pantang jumpa. ada saja yang mahu di debatkan. dia juga aku perasan sudah berapa kali meneguk air kopi o di cawannya, siap menambah lagi apabila air di cawan semakin surut. mungkin mahu mencari idea untuk menyoal aku.
siap lah kau, tak tidur malam ni. dua cawan kau balun air kopi.
"dah istikharah?" soalan pertama keluar darinya seleps hampir 10 minit terbazir. aku menggeleng perlahan.
"kau yakin ke dengan keputusan kau?" soalnya lagi.
"tak, tapi aku bukan ada pilihan orang lain pun.” jawab aku bersahaja.
"istikharan tu bukan untuk kau buat pilihan sama ada terima aku atau orang lain. istikharah tu untuk yakin kan keputusan kau. sebab tu aku suruh istikharah." balas Ilyas. nampaknya kami sudah ada topik untuk berdebat malam ini.
"kalau aku mimpi kau maksudnya keputusan aku tepat lah, macam tu?” soal aku ingin tahu. selalu aku dengar orang kata, kalau nak tahu dia jodoh kita. bila kita istikharah kita jumpa dia dalam mimpi. sebab ni lah aku tak nak istikharah aku takut dia muncul dalam tidur aku. cukup la dia muncul dalam realiti aku. tak payah sampai masuk dalam mimpi.
"itu kalau aku santau kau. tak solat pun kau boleh mimpi. istikharah ni jawapan dia bukan pada mimpi semata. Allah mudahkan urusan kau pun, dah kira satu jawapan yang baik." jawab Ilyas mengundang tawa baba. berdekah baba gelak. aku tak nampak pun dekat mana kelakarnya.
"buat lah, tak rugi pun. sekurang kurangnya kalau kau buat, kau terima atau kau tolak, kau tak rasa menyesal dengan keputusan yang kau buat. solat hajat sekali. Allah mudahkan urusan kau, Allah jaga hati kau, Allah tetapkan hati kau." pesannya lagi. lembut suaranya menyapa telinga aku.
"hati aku je? hati kau tak payah?" soal aku perlahan. matanya aku pandang tepat. dia tersenyum mendengarkan soalan aku.
"doakan lah sekali kalau sudi." jawabnya lembut. aku telan liur. gugup dengan senyumannya yang tidak pernah aku dapat. biasanya aku nampak senyuman itu untuk orang lain. tapi malam ini senyuman itu di ukir khas buat tatapan aku.
"cik man, saya gerak dulu ye. dah lewat sangat ni." pamitnya sopan. dia sudah bangun dari duduknya.
"jadi kena tunggu keputusan Azwar dulu lah ye." ujar baba.
"baiklah cik, insya Allah kalau dapat keputusan yang baik dari pihak sini, saya bawa ayah dan bonda lah mesyuarat tentang hal ni. assalamualaikum." balas Ilyas dan terus berlalu pergi.
"waalaikumsalam." jawab aku perlahan. aku hanya memandang belakang badannya sehingga hilang dengan pandangan yang kosong.
istikharah.
ya istikharah, aku kena buat istikharah seperti yang di pesannya. bukan untuk sesiapa pun. ia untuk kebaikan aku juga. ini soal kehidupan aku akan datang.
'andai benar dia jodoh yang kau telah tetapkan untuk ku, mudahkan lah urusannya, tenangkan lah jiwa aku ya Allah.. sesungguhnya kau sebaik baik pengatur.!
Share this novel