Keesokan paginya, aku bangun dengan kepala ku yang sangat berat. Mungkin kerana terlalu puas menangis. Mata aku pun masih lagi kembang. Nasib baik bilik tidur ku ada bilik mandi tersendiri.
Di situlah aku mencuci muka ku dengan sepuas-puasnya. Yalah, ayah kan macam chipsmore, sekejap muncul sekejap hilang. Kalau dia nampak kang tak pasal pasal aku dijadikan mangsa soal jawab nya.
Matahari yang terit membuat mataku sukar untuk dibuka. Kalau ikutkan hati ingin saja aku berada di atas katil selama 24 jam, aku tak nak keluar rumah, aku tak nak berdepan dengan realiti yang sering memusnahkan harapan. Aku mengeluh berat lalu membuka pintu bilikku. Apapun yang terjadi, hidup harus dilanjutkan.
"Eh, Isabel tak kerja?" Sapa ayah yang sedang menghirup kopi.
"Isabel migraine lah ayah." Balasku, lemah.
"Lah, meh lah ayah hantar ke klinik."
"Nanti lah okay? Lepas Isabel dah okay sikit."
"Hm. Baik lah. Nanti Isabel bagitahu je ayah, ayah hantarkan."
"Nak tu." Pintaku sambil menunjuk ke arah gelas yang dipegangnya.
"Eh, dah migraine pun masih lah nak hirup kopi. Tak, tak boleh. Teh untuk Isabel, okay."
"Isabel perlukan kopi lah, ayah. Ngantok."
"Ngantok gi tidur. Apa guna cuti sakit tu?"
"Yalah yalah. Ayah menang okay? Eh, ayah tak kerja ka?"
"Tak. Ayah minta cuti. Saja saja. Sayang pula kalau cuti tahunan tak pakai."
"Oh."
"Eh, majlis merisik semalam macam mana?"
"Isabel balik awal ayah, ni lah sebab nya. Entah tiba tiba pula migraine ni menyerang." Jawab aku dengan lemah longlai.
"Lah rupanya. Isabel ni kenapa? Ayah tengok monyok semacam."
"Hahaha. Ayah nak cakap muka Isabel hodoh bila sakit ka?"
"Hahahaha bukan tu maksud ayah. Selalunya kalau Isabel sakit pun, muka tu tak lah monyok macam ni. Masih lagi ceria. Kenapa? Ada masalah ka?"
"Takda lah ayah."
"Ka nak Lutfi panggilkan tukang urut lagi?"
"Haha. Itupun kalau dia sudi. Orang dah jumpa yang lain."
"Haih. Gaduh dengan Lutfi lah ni? Beralasankan migraine. Ya?"
"Hahaha. Takda lah. Isabel betul migraine dan sekarang lapar. Hehehe"
"Eh tadi nak kopi sekarang lapar pula? Tapi ayah tahu. Dari muka Isabel pun ayah dah tahu. Jadi ayah siap siap masakkan bubur ayam untuk Isabel."
Ayah tersenyum sambil membuka tudung salji. Aku tersenyum riang. Aroma bubur ayam itu menyengat hidungku, membuat aku semakin tak sabar nak makan. Hebatkan seorang ayah yang bernama Hussein bin Abdullah. Masak bubur saja dah boleh membahagiakan anaknya.
"Isabel.. Dalam perhubungan tu normal kalau bergaduh dan salah faham. Baik sahabat atau pun kekasih. Cuma jangan terlalu dibiar terlalu lama. Nanti teruk jadinya."
"Kenapa?"
"Dia buka ruang untuk syaitan memutuskan silaturahim."
"Baiklah ayah."
"Anak ayah kuat." Ujar ayah sambil mengusap lembut rambutku, membuat aku terasa sebak. Betapa bertuahnya aku memiliki sosok ayah seperti dia.
"Ayah, boleh tak kalau Isabel nak siram pokok bunga luar tu?"
"Haih? Erm mana mana kamu lah."
"Okay, ayah."
Aku berjalan keluar rumah. Cuaca pagi itu sungguh indah. Aku menutup kedua mataku dan mengangkat mukaku ke atas, membiarkan saja vitamin dari matahari itu meresap ke dalam setiap sudut wajahku. Sedang aku menikmati indahnya ciptaan Tuhan. Bahu aku ditepuk. Aku membuka mataku. Lutfi. Senyuman aku serta merta mati.
"Saya bawakan awak buah" Katanya sambil menghulur beg plastik yang berisikan buah.
"Eh Lutfi!" Sapa ayah. Entah bagaimana ayah boleh sedar akan kehadirannya. Mungkin dari bunyi enjin motosikalnya. Hanya aku yang tidak perasan kerana terlalu hanya di dalam fantasiku.
"Asalamuailakum, pak cik." Ucap Lutfi lalu menyalami tangan ayahku.
"Walaikumusalam. Dah alang alang si Lufti ke mari, apa kata kalau dia hantarkan si Isabel?"
"Takpayah lah..Su.."
"Eh boleh." Laju saja dia menjawab. Aku mengigit bibirku, geram. Dia tak faham atau pura pura tak faham.
"Bukan awak tengah kerja ka?"
"Saya boleh ambil masa hantar awak ke klinik. Lepas tu sambung kerja."
"Nah!" Aku membulatkan mataku seakan tidak percaya yang ayah menghulurkan kunci keretanya kepada Lutfi.
"Takpa lah, saya ikut ayah. Lagipula saya baru je nak siram bunga tu."
"Isabel.. Ingat pesan ayah.. Bunga tu, nanti balik pun Isabel boleh siram."
"Tapi Isabel belum mandi."
"Ish budak ni, banyak benar alasan. Siapa yang nak tengok kamu tu kat klinik. Pergi sana! Takda orang tahu kamu tu tak mandi, Lutfi sorang je yang tau."
Aku mengeluh berat. Bukannya aku tak sudi, tapi aku tidak ingin bersemuka dengannya saat ini. Kalau sebelumnya, dengan mudah saja aku mengatakan ya. Tapi pesan ayah, aku tidak boleh ingkar. Aku akhirnya akur jua.
"Hm. Baiklah."
"Kenapa pak cik bagi saya kunci ni?"
"Oh guna kereta pak cik. Soalnya Isabel sakit kepala. Takut terhanyut pula budak ni duduk kat belakang tu nanti. Dah lah tak mandi."
"Ish ayah ni!"
"Oh hahahaha. Okay, terima kasih pak cik."
"Pak cik yang patut berterima kasih. Cepat pergi! Nanti makin busuk pulak si Isabel tu. Jalan baik baik.."
"Hahahaha. Baik, pak cik. Lutfi pergi dulu."
Pintu kereta dibuka. Aku memasuki ke dalam perutnya. Mulutku dimuncung. Satu, sebab ayah paksa aku ikut Lutfi gi klinik dan kedua, sebab ayah senang senang membahan aku depan Lutfi.
Sesampai di klinik, Lutfi membuka pintu klinik untukku. Mataku berkedip melihatnya. Kalau kelmarin dia memperlakukan aku seperti ini, lebih memilih aku daripada perempuan tu, mesti aku tidak sesakit ini.
Sejujurnya aku bingung. Aku bingung dengan tingkah Lutfi. Atau mungkin aku yang keliru? Aku keliru dan salah mentafsir bahasa cinta dengan peduli. Tapi kalau tak cinta kenapa harus peduli?
Seperti yang aku jangka, ianya hanya migraine biasa. Doktor itu kemudian menyuruh pembantunya yang di panggil jururawat untuk memberikan ubat tahan sakit, kerana menurutnya, migraine aku hanyalah tahap sederhana, dia takut untuk memberikan ubat migriane yang sebetulnya.
"Saya nak hantar dokumen tu dulu baru saya hantar awak balik." Kata Lutfi saat aku melabuhkan punggungku di kerusi bahagian penumpang.
"Mana mana" Jawab aku lemah. Kepala ku disandar pada tingkap kereta.
"Awak okay tak ni."
"Kepala saya pening, saya tak nak cakap."
"Oh."
Agak lama dia berdiam. Hampir enam lagu sudah diputarkan dan semua lagunya sedih seakan mengerti akan perasaan aku ketika itu. Aku tidak melihat wajah Lutfi sepanjang dalam perjalanan. Entah dia marah, sedih, kecewa, aku tidak peduli. Mata aku lebih tertarik untuk melihat permandangan diluar.
"Nama dia Zia." Ujar Lutfi tiba tiba bersuara. Aku diam.
"Itu je ka yang awak nak cakap?" Selepas lima minit, aku akhirnya mengemukan soalan itu kepadanya. Kalau soal nama, Maria pun tahu namanyaa Zia. Siapa je yang tak tahu. Dia umum kat satu rumah tu kot?
"Ya."
"Boleh tak kalau awak hantar saya dulu? Saya letih lah. ."
"Tadi awak cak.."
"Saya tukar fikiran. Saya pun manusia. Hati manusia kan boleh berubah-ubah" Sindirku dengan harapan dia akan terasa.
"Okay."
"Isabel..tolong pecayakan saya." Rayunya.
Ikutkan hati aku yang mudah kesian, ingin saja aku memberinya ruang tapi, aku lelah. Aku lelah terus berharap padahal ada yang lain di hatinya. Aku meraguinya kejujurannya. Tiada siapa yang dapat melindungi aku, cuma aku. Lama juga aku berdiam sebelum aku akhirnya bersuara.
"Satu hal yang awak harus tahu, sabar seseorang itu ada batasnya. Saya boleh tunggu tapi tidak untuk selamanya."
Share this novel