JUMPA LEPAS KERJA, NANTI AKU JEMPUT-LUTFI
"Surat dari siapa tu?" Sergah Maria. Aku segera melipatnya semula dan memasukkannya ke dalam tas tanganku.
"Takda." Maria memandangku dengan penuh curiga. Aku menelan air liurku. Kalau orang lain boleh lah kot aku main-main. Ni Maria!
Tidak bersuara, Maria lansung meninggalkan tempatku untuk kembali ke kaunter. Mungkin sebab dia faham apa itu privasi aku ataupun dia memang sudah menjangka yang aku takkan memberi jawapan yang jujur kepadanya.
Aku kemudian menarik surat tersebut keluar dari tas ku lalu membacanya semula. aku tersenyum, terasa merah pipiku. Ianya bukan 29 patah perkataan yang biasa, tapi 29 patah perkataan yang mampu membuat aku terigau-igau. Agh indahnya jatuh cinta! Eh aku sudah jatuh cinta? Hehehehe.
Aku berjalan menuruni anak tangga. Hati aku menjerit riang. Sungguh tak sabar rasanya ingin bertemu dengan Lutfi. Lelaki misteri dengan motosikal berkuasa tinggi. Wow!
"Isabel!" Aku menoleh. Aku fikir Lutfi tapi bukan. Budak intern yang tidak ku kenal nama itu berlari ke arahku.
"Untuk awak" Aku mengerutkan dahiku. Ew takkan lah dia syok kat aku. Tak nak lah. Aku dah ada Lufti. Perasan! Macam lah Lutfi ada cakap nak dekat aku.
"Heehehehe thanks" Ucapku. Walaupn hati ku berat untuk menerima surat itu, tetapi aku tetap harus menjaga air mukanya. Perlahan-lahan aku membuka surat tersebut sebelum membaca inti pati nya.
AKU TUNGGU KAU KAT KEDAI MAKAN KAU SELALU PERGI. LUPA. HEHEHE-LUTFI
Hahahahaahaha! Berdekah aku ketawa. Tak pasal pasal budak intern tu difitnah.
Aku tersenyum sambil mengeleng-geleng kepalaku. Wajah budak intern tersebut dengan cermin mata bulatnya bermain difikiranku.
Kalau kau dapat baca isi hati aku ni budak intern, aku minta maaf. Hahahaha.
Sebaik saja aku melangkah keluar dari bangunan Tony Enterprise, aku segera berjalan menuju lurus dari kiriku.
Lutfi sudah pun menunggu di motosikalnya sambil menghisap sebatang rokok. Asap yang terbang ke arah muka ku membuatkan aku kurang senang. Bukannya sombong, tapi aku sebenarnya ada asma.
"Awak memang main surat ka sekarang?" Usikku. Lutfi pantas menoleh ke arah aku. Rokok ditangannya dbuang ke tanah.
"Sorry"
"Takpa" Kataku seakan faham apa yang dimaksudkan olehnya.
"Mestilah pakai surat. Kalau tak, nanti kawan kau tahu." Jawabnya.
Ini salah satu pekara tentang Lutfi yang korang mungkin baru perasan tentang dia setakat ini. Dia amat gemar menggunakan perkataan aku kau sebagai kata ganti nama.
"Awak tahu?"
"Yang kawan kau tak suka aku?" Aku mengangguk iya. "Dalam dunia ni tak semua orang suka kita dan kita pun tak boleh paksa orang untuk suka kita. Itu tak baik. Hargai apa yang ada depan mata"
Aku tersipu seakan dia merujuk kepadaku walaupun hakikatnya, belum pasti dia merasakan apa yang aku rasakan pada ketika itu.
"Jadi kau baru masuk 2 minggu?"
"Awak tak perasan?"
"Aku bukannya busybody. hahahahaha"
"Yeah."
"Sorry."
"Kenapa?"
"Saya tak buat awak tersinggung?" Aku tertawa mendengar dia menggunakan saya awak.
"Kenapa gelak?"
"Awak macam perempuan kan, mood swing"
"Tak kat semua orang."
"Maksud?"
"Awak special."
"Kenapa?"
"Boleh tahan busybody eh?"
"Perempuan.."
"Tapi saya tak."
"hahahahahahahaha"
"Nah kan awak tak boring."
"Kenapa?"
"Tadi sepatah, sepatah. Awak tak macam tu."
"Hahahahahahaha. Habis saya macam mana?"
"Macam ni. Hahahahahaha"
"Kenapa awak guna awak?"
"Tak boleh?"
"Bukan... Cuma terlalu cepat awak tukar."
"Bukannya baru tadi awak cakap saya macam perempuan?"
"Hahahahahaha. Okay tapi jujur."
"Kalau saya jujur awak janji awak akan selalu jujur?" Aku mengangguk tanpa mengerti apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Lutfi
"Sebab kurang sopan. Awak sopan."
"Hehehehehe"
"Ketawa pun hehehehe."
"Hahahahahaha"
"Jangan ubah"
"Kenapa?"
"Hehehehe comel. Jangan ubah." Katanya seakan memberi amaran. Tapi amaran yang sweet. Ha gitu..
Perbulannya sangat ringkas tapi entah mengapa hati aku sangat senang petang itu. Dia menghulurkan helmet kepadaku kerana katanya, aku sekarang merupakan tanggungjawabnya. Dia tidak mahu kalau apa-apa terjadi kepadaku. Gentleman bukan?
"Kita nak pergi mana" Soalku setelah sekian lama Lutfi membawaku mengelilingi Bandar Kuala Lumpur. Langit yang tadinya senja kini bertukar gelap.
"Awak dah letih ka?"
"Tak juga. Kan yang tunggang nya awak."
"Hahahahaha ya tak ya juga. Tapi awak nak berhenti ka?"
"Terpulang."
"Okay"
Aku melihat dia kemudiannya membuat pusingan U. Aku melihat kiriku,hanya hutan. kalau di movie atau drama ini petanda yang tidak baik, Aku seharusnya merasa takut, tapi yang aku rasa sebalikanya. Aku mengenggam erat jaket kulitnya.
"Awak takut"
"Firasat awak boleh tahan kuat"
"Hahahahahaa. Percaya atau tidak, hari pertama awak datang kerja. Saya tahu awak suka saya."
"Sapa cakap saya suka awak?"
"Saya rasa."
"Rasa awak salah."
"Bohong. Kalau betul mungkin belum. Mungkin lepas ni kot"
"Hahahahahahaha sekarang awak nak jadi peramal?"
"Ya, saya ramalkan yang awak akan jatuh cinta dengan saya."
"Hahahahahahaha. Tak malu!" Kataku lalu mengetuk helmetnya. Andai saja dia dapat melihat wajah ku ketika itu. Ada baiknya dia menunggang motosikal dan bukannya kereta.
"Dah sampai."
Aku melihat sekeliling sebelum turun dari motosikalnya. Aku tersenyum girang. Entah mengapa tapi aku merasakan sangat senang. Dia juga ikut senyum.
"Awak suka." Itu bukan soalan tapi fakta yang keluar dari mulutnya.
"Hehehehehe. Ya peramal."
"Kan betul."
"Lutfi, jujur"
"Jujur"
"Kenapa awak tak macam ni dengan staff lain?"
"Hmm. Susah soalan tu."
"Kenapa susah?"
"Sebab ayah awak kawan dengan ayah saya."
"Sebab tu?"
"Mungkin."
"Kenapa awak nak saya layan staff lain macam awak?"
"Kenapa tidak?"
"Nanti kan ada pesaing?"
"Hahahahahahaha! Biarlah. Biar meriah."
"Yalah kan. Bukan selalu tengok perempuan gaduh sebab lelaki."
"Eh bukan selalu ka?"
"Awak pernah?"
"Tak. Tapi dekat Fac pernah nampak.."
"Ohh.."
"Awak suka di rebut?"
"Tak."
"Eh, kenapa."
"Saya cuma suka merebut." Aku mengerutkan dahiku. "hahahahahaha gurau, gurau." Ujarnya lagi membuat aku sedikit lega.
"oohh hahahahahaha"
"Awak tak tanya kenapa saya bawa awak ke sini?"
"Itu soalan yang awak rasa saya akan tanya?"
"Ya. Saya dah siapkan jawapan."
"hahahaha. Kenapa awak ajak ke sini?"
"Dah lupa. Hehehehehe"
"Lutfi!" Satu pukulan hinggap di lengannya. Dia hanya tersengih.
"Awak tak nak tanya kenapa saya tahu bahasa isyarat?"
"Taknak nanti awak lupa."
"Hahahahahaha. Esok saya jawab."
"Ihhh! Annoying! Hahahahahaha."
"Tapi awak ketawa kan?"
"Saya tak expect yang awak macam ni.."
"Fun?" Aku mengangguk. "Yalah tak semua benda sesuai dengan eskpetasi kan?"
Betul. Memang tak semua benda sesuai dengan eskpetasi. Terkadang apa yang kita harapkan tak semestinya akan terjadi. Sama seperti aku mengharapkan dia untuk mencintai aku.
Sebaik saja sampai ke rumah dan mengucapkan selamat tinggal kepada Lutfi, aku segera masuk ke dalam bilikku sebelum menghempas tubuhku ke atas katil. Aku melihat kipas di atas syiling yang tidak berhenti berputar. Aku tersenyum sendiri. Kalau sebegini indahnya rasa jatuh cinta, biarkanlah aku jatuh cinta selamanya.
Sedang aku mengelamun, aku terpandangkan buku puisi yang terletak di atas meja kerjaku. Aku pantas menarik dan membuka surat secara rawak.
M/S 78.
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,
dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu.
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.
Share this novel