Aku meramas surat itu dan mengenggamnya sekuat hati. Detik itulah, aku tahu yang aku telah melakukan sebuah kesalahan yang terbesar dalam hidupku. Air mataku dibiar jatuh membanjiri wajahku. Aku melipat semula surat itu dan meletakkannya ke dalam almari sebelum bangkit dan membuka pintu bilikku. Saat aku membuka pintu, ayah sudah pun terpacak di depan pintu.
"Ada orang nak jumpa kat luar." Kata ayah. Aku mengangguk lalu berjalan ke pintu hadapan.
"Borhan.."
"Aku datang nak minta maaf. Pasal hal dulu, tapi Lutfi meninggal bukan seb.."
"Aku tahu.. Dia cakap kau yang arahan untuk tidak menyerang.."
"Aku tak senang duduk tengok dia macam tu, dia betul betul buntu. Waktu tu aku fikir, kan lebih baiknya yang dengan dia waktu tu kau dan bukannya aku."
Aku diam.
"Dan aku fikir, kalau kita orang serang, sampai bila pun cerita ni takkan habis.. Sebab tu aku datang sini. Aku nak jelaskan semua dekat kau dan aku nak minta maaf, minta tolong."
"Tolong?"
"Tolong lindungi Zia, keluarganya dan kita orang seperti mana kau tolong Lutfi dulu."
?
11 Januari 2021, 3 tahun berlaku. Kisah ini masih lagi terngiang-ngiang di fikiranku. Lutfi menyimpan tempat yang spesial di hatiku. Benar, andai diberi kan pilihan diduakan atau ditinggalkan selamanya, aku akan memiliih untuk diduakan, kerana rindu pada orang yang telah tiada sangat berat dan apa yang lebih membuat aku menyesal. Wanita yang aku tuduh kekasihnya itu, bukan lah kekasihnya. Dia cuma menjaga amanah arwah Zul dan Lutfi cinta kan aku.
Takdir sudah tertulis.
Tak semua kisah cinta berakhir dengan kebahagian. Terkadang ianya juga boleh berakhir dengan kedukaan. Mungkin ada sebab kenapa Allah mengambil dia dari aku. Dia Maha mengetahui. Tapi apa yang aku boleh katakan, dia mengajar aku cinta tidak hanya lewat perasaan tapi juga tindakan. Maka kalau kau cintai sesorang itu, tunjukkan. Jangan kalah dengan emosi.
Lutfi, terima masih kerana pernah hadir mewarnai hidup aku, terima kasih kerana memberi ruang untuk aku mengenalimu, terima kasih kerana mengajar aku erti cinta. Terima kasih untuk semua. Kau takkan tergantikan.
Aku berhenti seketika dari terus membaca kisah yang aku karang itu dulu, lalu menghirup iced latte yang kini menjadi obsesiku. Kejadian lalu membuat aku menjadi peminum kopi yang tegar kini.
Harus aku katakan, posisi aku sekarang sedang duduk dibangku yang paling hujung, di sudut kanan, di cafe yang terletak berdepan ofis ku, Lotus cafe. Tempat kegemaraan aku untuk menjamu selera sekarang.
Sedang aku ingin menutup komputer ribaku, mataku tertangkap untuk melihat sesorang pelanggan yang baru menjejakkan kaki ke dalam cafe ini. Dia memandangku dengan senyuman yang sangat manis.
"Hi, apa khabar."
Aku hanya diam. Terkejut. Mataku dibulatkan. Tanganku dengan tidak semena bergetar. Walaupun sudah 3 tahun berlalu, gejala yang aku hadapi masih lagi berterusan kerana menurut kata doktor, penyakit aku memang tiada penawarnya. Sekalipun aku menelan ubat penenang yang di berikannya hari hari, rasa gelisah itu pasti akan muncul sekali sekala, terutama andai ada sesuatu kejadian atau peristiwa yang boleh membuatku 'triggered'.
Share this novel