1. PENGENALAN

Romance Series 3181

Selamat malam minggu , atau mungkin siang isnin. Terpulang pada waktu dan hari anda membaca ungkapan ini. Ungkapan perasaan tentang seseorang, seseorang yang aku gelar cinta sejati. Sejujurnya, akulah manusia yang paling tidak pandai bekata-kata, bahkan aku juga lemah dalam menyatakan perasaan dan itulah yang membawa aku kesini.

Terlebih dahulu, aku ingin memperkenalkan namaku; Isabel, Isabella Aryana Hussein, baru menginjak usia 26 tahun, jantina perempuan. Bintang pisces. Lahir bulan Februari, tahun 1995.

Ayahku, Encik Hussein, seorang polis pencen yang kini tugasnya hanyalah melindungi puteri tunggalnya,iaitu aku. Perwatakannya, tegas tapi lucu. Overprotective tapi memberi kepercayaannya seratus peratus kepadaku. Pelik bukan, tapi mungkin kerana aku tidak pernah hal tanpa di luar pengetahuannya. Tampan? Mesti lah tampan, kerana aku juga cantik. Hehehehe. Bukan memuji diri tapi itu yang aku dengar dari kebanyakan orang.

Pasti korang tertanya-tanyakan, mana pergi ibuku? Ibu dan ayah sudah pun berpisah sekian lama, dan tahun lepas, pada musim panas, dia akhirnya membina rumah tangga dengan orang baru sementara ayah masih lagi kekal sendiri.

Ibu dan ayah berkahwin di usia yang mungkin agak muda dan memiliki aku itu bukan satu kesalahan tapi cuma satu tanggungjawab yang besar yang menurut ibuku, sukar untuk dipikul. Dia baru saja 16 tahun ketika melahirkan aku. Dia tidak tahu kalau sesebuah perkahwinan itu merupakan satu komitmen yang sangat besar, yang difikirnya saat itu cuma, ingin melansungkan hidup dengan orang yang cintai. Tapi itulah realitinya, cinta saja memang tidak cukup. Ianya memerlukan lebih dari sekadar komunikasi dan kata sepakat.

Setiap perhubungan pasti akan merasa perpisahan. Aku mengatakan ia bukan ia bukan keran aku tidak percayakan cinta tapi kerana itulah yang sering aku saksikan bahkan aku sendiri mengalaminya; ditinggalkan seseorang yang dicintai dan itulah kisah yang malam ini aku ingin ceritakan kepada korang.

Sebelum aku memulakan kisah aku, harus korang tahu. Setiap apa yang aku ceritakan adalah mengikut apa yang aku fikir dan rasakan, tidak termasuk pandangan dan kata hati yang tidak dapat terbacakan. Harap maaf andai ada hati yang terguris dengan naskah ini.

Watak dan perwatakan yang tertulis adalah benar. Aku tidak mengubah walau sedikit pun kerana aku ingin tulisan ini menjadi sebuah naskah yang khas untuk aku karangkan kepada seseorang. Seseorang yang mengajar aku apa itu cinta dan juga derita. Seseorang yang membuatkan aku kini lebih menghargai pasangan hidup. Sesorang yang aku katakan sebagai cinta pertama tapi bukan yang terakhir.

Bismillahirrahmanirrahim, mari kita mulai, dan inilah kisahnya, kisah tentang seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience