2. DIA

Romance Series 3181

   Pagi itu, seperti biasa Kuala Lumpur agak sesak. Setelah keluar dari bas, aku segera menuju ke tempat kerjaku. Pada ketika itu, aku baru saja lepasan diploma, jadi ini merupakan pekerjaan pertamaku, maka wajarlah jika aku merasa sedikit gementar.

    Aku berjalan sendirian. Dari arah belakang, kedengaran bunyi sebuah motosikal yang agak bising. Bukan motosikal biasa kali kerana bunyi enjinnya sangat bising. Aku tidak terlalu arif tentang motosikal tapi rasanya orang mengatakan motosikal itu motosikal yang jenis berkuasa tinggi. 

  Sempat aku mergerling dengan ekor mata saat motosikal tersebut sejajar denganku. Tapi siapa sangka dari hanya mengerling, mataku terus tertumpu ke arah sosok lelaki yang menaiki motosikal tersebut. Meskipun dia menunggang dengan sangat laju tapi khayalanku yang tingkat tinggi pada ketika itu membuat keadaan di sekeliling ku terasa lambat. 

   Kulit sawo matangnya dengan sedikit parut diwajahnya membuat aku tidak keruan. Takkanlah aku jatuh cinta? Atau mungkin benar cinta pandang pertama itu wujud? 

   Sejujurnya, aku tidak pernah percaya akan cinta pandang pertama kerana menurut aku, aku memerlukan masa untuk mengenali sesorang itu sebelum perasaan itu berkembang dan tumbuhnya rasa cinta. Kalau menurut korang pulak? Korang percaya tak pada cinta pandang pertama?

   Apapun pandangan korang, aku terima dengan hati yang sangat terbuka kerana masing-masing ada pendapat masing-masing tentang cinta kan? Hehehe.

   "Hi, Isabella bukan?" Sapa seseorang membuat aku tersentak. Pandangan aku kini beralih, daripada jejaka misteri yang mecuri perhatianku kepada seorang gadis putih melepak yang entah datang dari mana. 

    "Ya,saya"

    "Hi saya, Maria. Maria Adryana" Aku tersenyum, bukan saja tampaknya seusia denganku, nama tengahnya juga seakan sama. "Saya receptionist kat sini" Sambunganya. Aku hanya mengangguk iya.

     "Awak masuk kedalam, nanti saya akan panggilkan Ms. Josephine untuk awak." Tamabahnya lagi setelah masih tidak mendapat respon dariku. Sekali lagi aku hanya mengangguk.

      Ms Josephine yang dimaksudkan si Maria ialah, HR Executive di Tony Enterprise, dia lah manusia yang bertanggungjawab menemuduga dan memilih aku untuk berkhidmat disini. Boleh dikatakan orang kuat jugaklah disini.

     Entah berapa lama aku dah termenung, tapi cukup lama untuk jejaka misteri itu tadi  menghilang. Aku menoleh ke kiri ke kanan dan kemudiannya memusingkan tubuhku 360 darjah. Hilang. Sah, dia sudah pun hilang! Ugh, aku mengeluh. 

     Maria yang merasa aneh dengan tindakanku pantas mempelawa aku masuk ke dalam pejabat. Dengan hati yang sangat berat aku mengikuti langkahnya. Seharusnya aku merasa teruja kerana  hari ini merupakan hari pertamaku bekerja, tapi entahlah. Kehadirannya yang terlalu misteri itu menganggu fikiranku. Aku jadi bingung dan ini tidak biasa.

?

  Tanpa sedar sudah seminggu aku disini, kemahiran aku kian membaik. Hubungan aku dengan rakan sekerja aku juga semakin akrab terutamanya Maria. Perangainya yang sejenis masuk air dan sangat terbuka membuatkan aku senang berkawan dengannya.

  Sedang aku dan Maria berjalan ke kedai makan yang berdekatan untuk makan tengah hari, mataku tertangkap untuk melihat sebuah sosok yang membuat aku tidak keruan sejak hari pertama aku bekerja. 

  "Dia, itu dia!"

   "Dia siapa?" Maria mengalih pandangannya. "Lutfi?"

   "Kau kenal?" Untuk pertama kalinya, aku merasa teruja, seakan aku dapat melihat masa depanku yang sangat cerah, atau mungkin tidak. 

  "Kenal. Dia kerja kat company kita as a office boy."

   "Company kita?!? Asal aku tak pernah nampak dia pun?"

  Aku merasa bodoh,sangat bodoh. Seminggu, seminggu aku tak tentu arah memikirkan jejaka yang mungkin aku tak akan jumpa lagi. Rupa-rupanya satu company! Bodohnya aku!

   "Mungkin sebab dia jarang kat ofis kot, nama pun office boy. Paling paling, dia datang collect document lepas tu ciao."

    "Betul juak.." Aku mengeluh lalu mengacau air minumanku sebelum menghirupnya. 

    "Tapi dia tu sombong orangnya" Aku yang tadi 'mati rasa' kini kembali bersemangat. Walaupun sombong itu bukanlah satu sifat yang positif, tapi sekarang-kurangnya, aku mendapat sedikit maklumat tentang Lutfi.

   "Sombong?" Maria mengangguk. 

   "Selama aku kerja sini kan, tak pernah lagi aku dengar suara dia. Bisu kot?"

  "Ihh memandai je kau."

  "Betul lah, dia tak berbunyi langsung. Exactly macam aku cakap tadilah. Dia datang, collect documents lepas tu ciao"

  "Pemalu kot?" Soalku, masih lagi mempertahankan orang yang lansung tidak aku kenali. Bodohnya!

   "Entahlah Isabel, yang pasti dia memang tak berbunyi. Itulah, antara dia memang sombong ataupun dia bisu" Aku tertawa kecil. Wajah Maria kelihatan bsersungguh-sungguh meyakinkan aku yang si dia itu bisu.

   Aku mengalihkan pandanganku semula ke arah dia dan sekali lagi dia menghilang. Aku mengeluh berat. Jurus apa agaknya dia gunakan? Muncul dan hilang dengan tiba-tiba. Keturunan Naruto agaknya.

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience