Hujan turun dengan lebat seakan mengerti akan perasaan aku saat itu. Dengan hati yang sangat berat, aku berjalan melangkah ke dalam pejabat untuk terakhir kalinya. Aku mengemas segala barangan peribadiku setelah mendapat persetujuan daripada bos untuk berhenti kerja.
Pada mulanya dia agak berat hati, namun setelah puas dipujuk, dia akhirnya menerima notis peletakan jawatan 24 jam dariku. Usai saja drama air mata perpisahan, aku segera turun ke bawah untuk 'thumb print' yang terakhir. Sementara menunggu ayah, aku duduk di sofa yang terletak berhadapan dengan kaunter resepsi.
"Isabel.." Sapa Lutfi yang datang dari luar. Terkebil kebil aku melihatnya. Hampir saja aku lupa yang aku masih lagi mogok dengannya.
"Saya faham kalau awak tak nak cakap dengan saya. Takpa.."
Aku diam.
"Saya dengar awak berhenti."
Aku masih lagi diam.
"Isabel, maafkan saya. Saya minta maaf atas semua kesalahan yang saya dah lakukan, tutur kata yang kasar, yang menyakitkan hati awak."
Masih sepi.
"Saya harap awak halal kan segala makan minum saya. Iklaskan saya pergi, sebab orang yang selalu menyakitkan dan mengecewakan awak dah pun hilang."
Ayat terakhirnya hampir memancing aku untuk bersuara, namun masih dapat dilawan.
"Saya pergi dulu, jaga diri baik-baik."
Akhirnya dia putus asa dan beredar. Aku hanya melihat dia berlalu pergi. Aku tunduk. Ingin rasanya aku menangis dengan sepuas puasnya ketika itu, tapi Maria yang sudah terpacak di kaunter mematikan niat. Aku melihat Maria yang membisu.
Sejujurnya aku rindu. Aku ingin bertanyakan kabarnya. Aku ingin tahu apa dia sudah makan ataupun belum. Apakah dia tidur dengan nyenyak ataupun tidak. Tapi, aku teringat dengan satu ayat yang membuat aku menolak segala pertanyaan itu;
Terkadang ada hal yang tidak bisa kita paksakan untuk dipertahankan atau dimiliki. Dia dihadirkan di hidupmu bisa jadi untuk menguji seberapa gigih kamu berjuang, dan seberapa lapang hatimu untuk merelakan. Karena percayalah, bahwa Tuhan lebih mencintaimu daripada dia yang kamu cintai.
?
Pulang saja dari pejabat, aku langsung masuk ke dalam bilik tidur. Aku tahu, aku tidak seharusnya bertindak sedrastik itu. Masih ada hati yang aku perlu jaga, iaitu ayah. Tapi Lutfi cinta pertamaku, aku tidak pernah berhadapan dengan namanya patah hati. Jadi, mengunci diri di dalam bilik tidur adalah satu-satunya solusi yang paling tepat pada ketika itu. Bunyi ketukan pintu memghentikan lamunanku.
"Masuk" Arahku.
"Ayah boleh masuk?" Soal ayah,padahal dia sudah pun membuka pintu biliku seluasnya.
"Hahaaha. Boleh. Pintu kan dah terbuka luas."
"Eh? Sejak bila?" Soalnya pura pura tidak tahu. Aku hanya menggelengkan kepala.
"Ada tu.. Ibu Lutfi kat depan. Kalau Isabel tak okay, ayah boleh cakap kat dia."
"Takpa,yah..Isabel okay. Yang sakitkan Isabel kan Lutfi bukan ibunya."
"Hehehe ayah cakap je.."
"Isabel keluar dulu, yah?"
"Ya, meh sini ayah teman." Ujar ayah sambil menghulurkan tangannya. Aku tersenyum sambil menyambut huluran tangannya.
"Ini Isabel.." Kata ayah sambil memaut kedua bahuku. Aku memandangnya dengan hairan membuat dia tertawa kecil.
"Hahaha. Tahu, kan dah lama kenal." Usik Puan Fatimah pula. Ingin saja melayan lawak ayah yang entah apa apa tu.
"Saya ke belakang dulu, ya." Ayah meminta izin sebelum beredar meninggalkan aku dan ibu Lutfi berdua di ruang tamu.
"Isabel, Isabel sihat?"
"Alhamdulillah, bu"
"Baguslah."
"Lutfi masih tak balik bu?"
"Tak, ayahnya tak suruh sampai dia tinggalkan geng-geng tu semua"
"Isabel, Isabel tak salah..Lutfi yang salah. Dia gagal kawal iman dia. "
"Tapi Isabel pun gagal sebagai kawan."
"Isabel.. Ibu yang rasa bersalah bila kamu cakap macam tu."
"Otak diperas, hati ditikam, jam tidur tidak teratur, selera makan pun tidak terkawal tapi bibir terpaksa tersenyum. Jadi dewasa itu menyakitkan kan, bu?"
"Isabel.." Puan Fatimah lantas memeluk tubuhku. Tanpa terasa air mata aku jatuh. Aku cuba melawan tapi aku kalah. Siapa sangka, sebesar itu impak Lutfi dalam kehidupan aku. Ketidakberadaannya membuat aku seperti kehilangan nyawa.
"Isabel rindukan dia, bu.."
"Ibu tahu.."
"Tapi Isabel boleh buat apa?"
"Isabel boleh berdoa. Berdoa semoga Lutfi kembali ya, sayang.." Puan Fatimah mengusap lembut rambutku. Wajahnya ku tenung lama. Semakin lama aku menatapnya, perasaan rindu ku terhadap Lutfi semakin menebal. Itu kerana wajahnya yang persis Lutfi. Aku kembali dalam dakapannya.
Mataku yang tadinya tutup dibuka. Kepalaku terasa berat. Aku memegang kepalaku yang pening. Mataku dikecilkan, mencuba untuk memandang sekeliling. Bilik tidur. Aku menepuk dahiku. Ternyata aku terlalu hanyut dalam dakapan Puan Fatimah sehingga terlelap. Biadapnya aku!
Aku dengan lemahnya menyelak selimut sebelum melangkah keluar dari bilik. Bau masakan dari arah dapur membuat perutku berbunyi. Aku berjalan menghampiri ayah yang baru saja siap masak.
"Ayah tak kerja ka?"
"Kalau ayah kerja sapa nak angkat kamu ke bilik tidur."
"Aduh! Maaf, yah. Rasa bersalah pulak kat ibu Lutfi."
"Dia takda apa apa. Dia minta maaf tak dapat nak tunggu kamu bangun."
"Takpa. Patutnya Isabel yang minta maaf. Boleh pula Isabel terlelap."
"Okay tak ni? Mata kamu kembang sangat tu." Ujar ayah sambil membelai lembut pipiku. Aku tersenyum.
"Okay, ayah. Ayah masak apa? Maaflah, Isabel tak tolong ayah.."
"Ish, tak payah risau lah. Ayah kamu ni kan superhero. Apa benda dia tak boleh buat? Masak boleh, bertukang boleh. Hahahaha! Lagi pula, kamu selalu rasa masakan bibik, sekali sekala cuti, tak salahkan kalau kamu nak rasa air tangan ayah pulak."
"Kenapa Isabel perasaan ayah kebelakangan ni selalu cuti eh?"
"Apa yang kamu hairankan, ayah kan memang banyak cuti. Kalau tak pakai sayang. Ayah ni manusia, bukannnya robot. Takkan nak kerja 24 jam. Ya tak?"
"Bukan sebab Isabel?"
"Isabel..kamu cakap apa ni. Kalau ayah nak cuti sebab Isabel pun tak salah kan? Ayah mana yang senang duduk kalau anaknya sedih terus."
"Awww ayah.."
"Dah, makan. Mana pergi bibik tadi?" Soal ayah, aku mengangkat bahu, tidak tahu.
"Ayah pergi cari bibik sekejap okay. Jangan pulak kamu nangis sorang sorang, kang banjir kuah lauk tu." Sempat ayah mengusik. Aku tertawa kecil. Itulah ayah, sesedih apa pun aku, dia sentiasa tahu bagaimana caranya untuk membuat aku tertawa.
Aku merenung ke luar jendela. Hujan masih lagi lebat. Aku mengenakan hoodie yang cukup tebal namun kesejukannya menyengat hingga ke tulang rusuk. Aku menggosok kedua belah tapak tanganku.
"Sejuk?" Soal ayah yang sudah pun kembali bersama bibik disisinya.
"Ya..Hehehehe."
"Eh, tadi ada si Maria datang waktu kamu tidur, kata si bibik."
"Yaa, tadi ada temannya si Isabel datang. Katanya ingin melawat. Tapi bibik bilang kamu tidur. Ayah pula ke kedai."
"Oh. Terima kasih bibik."
"Nanti kamu telefon lah si Maria tu. Mesti dia risau." Kata ayah pula. Aku mengangguk patuh.
"Baik ayah, sebelum tidur nanti Isbael telefon Maria."
Share this novel