13. TANIAH ZAKI DAN LIA

Romance Series 3181

Sebelum aku menyambung kisah aku, apa kata kalau kita ceritakan tentang Zaki dan Lia? Hehehe. Seperti yang korang dah tahu, menurut Lutfi, selepas majlis kesyukuran itu, Zaki dan Lia saling menukar nombor telefon. Dikira cuma sekadar berborak biasa melalui panggilan telefon, rupa-rupanya Zaki dengan budimannya meminta Lia menjadi kekasihnya. Gelojoh kan Zaki. Hahahahaha.

Apa pun tuah memihak kepada Zaki kerana Lia turut mengakui dia juga merasakan hal yang sama tentang Zaki walaupun malam itu merupakan pertemukan pertama mereka, tapi sikap Zaki yang terbuka dan sopan berjaya memikat hatinya.

Aku yang ketika itu duduk di sebelah Lia hanya mendengar kisahnya dengan penuh kusyuk. Untung Lia, dia tidak perlu melalui fasa-fasa yang aku lalui untuk mendapatkan seseorang. Harus aku akui aku sedikit cemburu tapi sebagai orang yang dekat dengannya, aku tumpang gembira.

"Lepas tu, Zaki ada cakap kenapa dia suka awak?"

"Mulanya, mesti sebab fizikal kan, sebab bohong lah kalau awak cakap benda pertama yang awak nampak tu hati. Hahahahaha."

"Aww."

"Dia puji Lia cantik dan tak kisah hal orang. Padahal waktu tu, semua orang tengah sibuk bercerita hal masing-masing, Lia dengan hal Lia. Hahahaha!"

"Tak sangka kan Zaki tu, straightforward gak orangnya. Dulu Lia nak tahu, Isabel tak suka dia."

"Hah? Kenapa?"

"Hahahahaha. Takda lah tak suka. Tapi macam entahlah."

"Mesti sebab fizikal dia kan?"

"Hahahahaha. Faham kan?"

"Sangat! Sebab awal nya pun Lia macam, ee poyo nya mamat ni. Macam tu. Hahahahahaha!"

"Tepat sekali! Tapi lepas tu perlahan-lahan kenal dia dari Lutfi. Dia cool juga."

"A'ah. Macam abang selalu cakap, dia tak kisah hal orang. Dia cuma peduli pasal orang yang dia sayang. Lia bertuah abang kata. Hehehe."

"Apa sebut abang abang ni?"

Lutfi yang datang dari arah belakang pantas mengambil buah yang sudah dipotong oleh ibu dan dihidang di atas meja sebelum duduk di sebelah kiri Lia. Mana kala aku pula masih lagi di kanan Lia.

"Takda lah, Lia cerita pasal abang Zaki dengan Isabel."

"Amboii. Gatal." Hidung Lia di cuit membuat Lia sedikit geli. Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

"Abang pun bertuah sebab ada Isabel."

"Ehem."

"Eh salah ka apa yang Lia cakap."

"Salah, sebab Isabel bertuah sebab ada abang."

"Ish perasan!" Kataku sambil mencebik bibir. Lia tertawa kecil.

"Jadi tak korang petang nanti beli sayur?" Tanya ibu Lutfi yang tiba-tiba muncul dari dapur.

"Jadi ibu, dah bagitahu Isabel awal-awal, kalau dia tak nak ibu akan marah."

"Siapa cakap ibu akan marah? Ibu takkan marah Isabel. Kan Isabel?" Aku hanya tersenyum.

"Jadi betul lah ibu sayangkan Isabel lebih daripada Lia."

"Hoi." Bantal dibelakangnya ditikam ke arah Lutfi. Puan Fatimah hanya menggelengkan kepalanya.

"Ibu sayang dua-dua. Tak kurang tak lebih."

"Lutfi?"

"Abang tak payah! Takda orang sayang abang."

"Ada"

"Siapa?!"

"Ni.." Lutfi menunjuk ke arah aku.

"Cieeeeeeeehhhh" Usik Lia lalu menolak tubuh abangnya itu. Tidak mengalah, rambut Lia ditarik oleh Lutfi membuat Lia menjerit kesakitan.

"Ish dua budak ni. Dah besar panjang pun masih lagi bergaduh. Jangan perduliakan dia orang ni, Isabel. Dia orang memang macam tu, macam anjing dengan kucing. Tak sah kalau tak gaduh."

"Hehehehe nama pun adik beradik. Seronok ada adik." Kataku.

"Tapi Lia kucing, abang anjing."

"Isabel nak adik?" Soal Lutfi pula. Aku mengangguk.

"Kalau boleh minta, memang nak."

"Nah ambik ni!" Kata Lutfi lalu menolak tubuh Lia ke arah ku membuat aku sedikit berundur.

"Hey, apa ni!" Lia memukul lengan abangnya.

"Ibu, tengok! Abang nak jual adik ke orang!"

"Bukan orang luar pun, Isabel."

"Kan ibu? Hahahahaha!"

"Nak dijadikan kakak ipar kot.."

Slamber saja Puan Fatimah mengutarakan pandangannya. Aku dan Lutfi masing-masing hanya mendiamkan diri. Dapat aku rasakan betapa kekoknya Lia yang duduk ditengah antara kami berdua.

"Ibu ni, kalau bergurau pun pandang kiri kanan. Beri salam dulu ka. Kesian Isabel." Ungkap Lia sambil mengusap belakang tubuhku. Aku hanya tersenyum.

"Hehehehe takpa."

"Sabar okay Isabel. Lia faham. Siapalah yang nak dengan abang. Kalau sampai bumi ni dah takda laki lain pun, belum tentu ada perempuan nak ke dia. Itu lah kadang-kadang kesian juga kat dia tapi apa kan daya.."

"Hahahahaha."

"Buruk sangat ka rupa abang ni?"

"Memang buruk!"

"Hahahaahaha." Aku tertawa.

"Isabel?"

"Hahahaha takda lah. Lia gurau."

"Jangan perasan, Isabel jaga perasaan abang." Sekali lagi satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Lutfi. Lutfi mengalihkan pandangannya ke arah aku. Aku hanya tersenyum. Puan Fatimah yang enggan melayan pantas kembali ke dapur.

"Oh ya, jum lah pergi beli sayur." Ajak Lutfi.

"Eh kata petang nanti?"

"Sekarang lah. Panas." Ujar Lutfi sambil memandang Lia, seakan kata-katanya itu tadi memang khas ditujukan kepada Lia.

"Apa? Abang panas sebab banyak dosa!"

"Hahahahahaha." Aku tertawa lagi.

"Kita cari sayur sambil jalan-jalan. Jum!"

"Oh ok."

"Ibu! Lutfi dengan Isabel pergi dulu!"

"Ya!" Jerit ibu dari dapur.

"Isabel pergi dulu, Lia."

"Ya. Kalau abang menyalak pukul je guna kayu."

"Hahahaahaha." Aku bangkit diikuti oleh Lutfi. Sempat dia menikam bantal ke arah Lia. Geram sungguh lagaknya.

?

Aku dan Lutfi berjalan mencari aiskrim, haus katanya. Pada ketika itu, harus aku akui matahari sangat terit. Rasanya mencecah 33 darjah celcius
celcius. Menurut berita, hal itu disebabkan oleh Taufan Lan yang menggegarkan Filipina pada minggu lalu ia sedikit sebanyak beri kesan kepada semenanjung Malaysia.

"Awak okay Lia dengan Zaki?"

"Kenapa tidak?"

"Takda lah. Kan lelaki selalu ada 'pantang larang' dan bercinta dengan adik atau kakak kawan sendiri tu dah dikira melanggar pantang larang?"

"Hahahaahaha. Khurafat!"

"Betul lah kan?" Aiskrim ku djilat.

"Ya. Tapi saya tak."

"Awak tak?"

"Kalau dah jodoh takkan saya nak larang. Saya pun nak tengok Lia bahagia sebelum saya pergi."

"Pergi mana? Hahaha."

"Pergilah. Pergi beli sayur. Hahahaha."

"Oh ya!"

"Tapi serius, saya nak tengok Lia bahagia. Lagi pun Zaki baik orangnya. Saya percaya dia boleh tolong jaga kan Lia yang degil tu."

"Hahahaha. Kalau Lia tau, mesti dia hempuk awak pakai bantal."

"Tak pun cubit lengan atau tarik rambut saya sekuat hati."

"Hahahaha. Sayang kan awak dengan Lia."

"Mestilah. Dah tak ada adik lain lagi.."

"Hahaha. Seronok ada adik atau abang."

"Mana ada seronok. Gaduh memanjang."

"Hahahaha. Itu yang seronok."

"Ibu awak dah kahwin baru? Bukan bermaksud nak masuk campur. Tapi, saya cuma tertanya-tanya. Kalau awak tak nak cakap takpa."

"Hahahaha. Takpa. Belum, tapi dia ada jumpa seseorang."

"Ayah awak okay?"

"Bukan jodoh kan?"

"Yalah. Siapa kita nak persoalkan."

"Ya."

Masih lagi jelas digambarkan saat ayah menemukan ibu dengan kekasih barunya, di sebuah pusat membeli belah yang suatu ketika dulu menjadi tempat kegemaraan mereka berdua.

Walaupun ayah tidak mengeluarkan sepatah ayat, air mata nya mungkin tidak kelihatan tapi hatinya sudah pasti hancur. Bukannya dia tidak berusaha untuk kembali dengan ibu. Tapi apakan daya mungkin jodoh mereka berdua sudah tertulis sampai disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience