14. KAWAN MASA LALU PT 2

Romance Series 3181

  "Apa sayur nak dibeli ni?"

  "Ibu takda cakap sayur apa dia nak?"

  "Takda. Dia cakap beli sayur."

  "Erm. Biasanya korang makan sayur yang macam mana?"

  "Sayur."

  "Yalah, sayur kampung atau sayur hijau?"

  "Ermm kampung kot?"

  "Hahahaha. Awak betul-betul tak tahu?"

  "Hehehe. Ya."

  "Tapi saya rasa memang kampung lah, rebung, midin macam tu."

  "Ha! Ya, ibu suka rebung. Dia sangat suka rebung."

  "Oh? Saya pun suka rebung. Kalau dulu, waktu ibu masih dengan kita orang, dia suka masak rebung. Berpinggan-pinggan saya tambah!"

  "Rebung memang sedap. Goreng biasa dengan belacan campur santan pun dah sedap." Salah seorang mak cik yang berjual di tamu itu mencelah.

  "Hahahahaha. Betul tu mak cik, pandai dia pilih" Jawab Lutfi pula. Dia yang terkenal dengan sifat pendiam nya tiba-tiba boleh jadi ramah.

  "Bagus, perempuan mesti pandai pilih sayur."

  "Kenapa sayur?"

  "Pilih sayur tu macam pilih calon suami. Kadang dari kurang suka jadi suka. Bukan diingini tapi diperlukan. Semuanya bergantung dengan cara kita memperlakukannya."

  "Jadi betul lah, orang tua cakap kalau perempuan pandai beli sayur, boleh bawak buat bini. Hahahahaha"

  "Lepas tu kenapa tak buat dia jadi bini?"

  Aku dan Lutfi saling berpandangan. Seakan deja vu, baru sahaja pagi tadi ibu menyuarakan hal yang sama. Pandangan Lutfi beralih semula kepada mak cik tersebut.

  "Hahahaahaha mak cik ni lawak."

  "Haha." Harus aku akui, aku sedikit kecewa dengan jawapannya.

  "Saya nak rebung lah mak cik."

  "Baik."

  "Nanti balik, suruh ibu masak rebung. Mesti awak rindukan masakan ibu awak." Aku mengangguk. Lutfi tersenyum.

  Selesai membeli sayur, Lutfi mengajak aku untuk singgah ke sebuah rumah yang tidak aku kenali. Bila ditanya, rumah kawan katanya.

  Sesampai saja di rumah tersebut, Lutfi menyuruh aku untuk tunggu di motosikal. Aku hanya patuh sambil melihat dia pergi masuk ke dalam rumah itu. Tipu lah kalau aku cuma duduk diam atas motosikal kan. Sudah pasti aku akan menjenguk, namun hampa. Lutfi parkir motisikal nya agak jauh. Lagipula rumah orang tersebut bertirai.

  "Maaf, buat awak tertunggu."

  "Awak jumpa siapa."

  "Kawan kan."

  "Yalah siapa?"

  "Hey, sejak bila awak jadi sibuk ni?"

  "Tanya kan? Tak nak jawab takpa. Terpulang."

  "Alolo merajuk. Hahahahaha." Hidung ku dicuit.

  "Ihh!"

  "Hahahaha. Nah, dia bagi gula batu."

  "Dia bagi ka awak curi."

  "Sampai hati awak. Takkan lah saya nak suap anak orang dengan hasil haram. Tak nak takpayah." Giliran dia pula yang merajuk.

  "Hahahahaha. Gurau. Nak. Terima kasih."

  "Sama-sama. Kalau tahu dituduh macam ni, baik saya telan je gula batu tu tadi." Bibirnya dimuncung, topi keledar disarung. Aku tertawa kecil.

  "Lelaki sejati takkan merajuk. Hehehe."

  "Saya bukan lelaki sejati." Aku membulatkan mataku. Dia yang baru saja menaiki motosikal, ditenungku dari belakang dengan agak lama. Walaupun tidak bersemuka, aku dapat bayangkan riak wajajnya ketika itu.

  "Awak bukan lelaki sejati?"

  "kita pulang ye nyah?"

  "Hahahahahahahaha! Okay nyah!"

  "Eh, ayah awak balik pukul berapa?" Soalnya sambil mengatur topi keledarnya yang sedikit senget dek dipukul olehku. Tawa aku masih lagi tersisa.

  "Ayah kata dia balik lambat. Dia makan luar."

  "Dia tahu tak, awak makan dekat rumah saya malam ni?"

  "Tahu. Saya dah bagitau dia awal-awal pagi lagi."

  "Oh okay." Katanya lalu menghidupkan enjin motosikal nya dan berlalu pergi.

?

  "Awak pergilah ke dapur mesti ibu dah tunggu. Saya pergi mandi dulu." Aku mengangguk patuh lalu berjalan ke dapur.

  "Nah sayur." Aku menghulurkan bungkusan plastik kepada Puan Fatimah sambil tersenyum.

  "Lutfi mana?"

  "Dia nak mandi katanya."

  "Oh. Budak tu nak bersihkan diri, si Isabel dibiarnya ke dapur. Tak beradab betul! Maaf ya, Isabel."

  "Hehehe. Takpa."

  "Isabel tak nak mandi? Dari pagi tadi kamu kat sini."

  "Hah? Eh takpa takpa. Balik nanti Isabel mandi."

  "Kalau nak mandi pun boleh. Bilik saya tu ada bilik mandi, awak boleh guna." Sampuk Lia.

  "A'ah betul tu."

  "Takpalah. Takda bawa baju."

  "Saiz awak dengan saya macam sama. Tak salah kalau awak nak pakai baju saya."

  "Eer.."

   "Dah jangan malu-malu." Kata Lia lalu menarik tanganku. Aku mengikuti langkahnya secara paksa.

  "Ni bilik saya. Tuala ada kat belakang pintu. Tu bilik mandi dan awak ambil je mana-mana baju yang ada dalam almari ni." Arah Lia. Aku hanya tersipu-sipu.

  "Terima kasih."

  "Sama-sama. Jangan lupa kunci pintu. Abang tu bukan dapat diharap sangat."

  "Hahaha. Okay."

  Setelah usai mandi aku segera kembali ke dapur untuk membantu Lia dan ibunya menyediakan makan malam.

  "Izinkan saya" Kataku kepada Puan Fatima yang sedang memotong bawang.

  "Eh susah-susah je."

  "Takpa."

  "Biarkanlah dia ibu. Kalau asyik ditolak sampai ke besok lah bawang tu tak dipotong."

  "Baiklah." Puan Fatimah akur.

  "Lutfi cakap mak cik suka rebung ya?"

  "Ibu.." Ungkap Puan Fatimah, memperbetulkanku. Lia yang sedang sibuk mencuci pantas membulat matanya, terkejut.

  "Ish! Terkejut Lia, bu"

  "Ish budak ni, ada-ada je."

   Satu pukulan manja Hingga di lengan Natalia. Kalau tak mengusik tak sah!

  "Hehehehe."

  "Betul lah tu. Isabel suka?"

  "Suka. Dulu ibu selalu masak. Lepas ibu dah tak dengan kita orang lagi, Isabel dah tak makan rebung."

  "Kenapa? Bibik tak pandai masak ka? Isabel?"

  "Pandai. Tapi rasanya tak sama macam ibu buat."

  "Oh air tangan ibu kan. Harap yang ibu masak ni sesuai lah dengan tekak kamu, ya?"

  "Insyallah. Ermm.. Mak cik. Er, Ibu."

  "Hahaha. Ya, ada apa?"

  "Tadi Lutfi ada jumpa seseorang, tapi tak tahu siapa."

  "Aik, takkan tak tahu. Tak nampak orangnya?" Aku menggelengkan kepala ku.

  "Rumahnya dimana?"

  "Kat simpang depan tu, lorong pertama."

  "Sebelah rumah warna biru?" Aku berfikir sejenak sebelum mengangguk. Lia dan Puan Fatimah saling berpandangan. Aku memandang wajah kedua-dua mereka, masih lagi menanti jawapan. Namun tidak sempat terjawab, Lutfi sudah pun muncul terpacak didepan kami bertiga.

  "Lelaki lepas mandi memang handsome kan? Hehehehehe" Usik Lutfi. Itu kerana semua mata-mata kini menumpu ke arahnya. Kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggungnya.

  "Kenapa korang semua ni? Tak makan?"

  "Nak makan apa, masak pun belum. Abang apa tahu, keluar tandas terus cari makanan. Ish!"

  "Ish dia ni!" Marah Puan Fatimah. Satu cubitan hinggap di lengan Lia.

  "Padan muka!"

  Sedang Lutfi dan Lia bergaduh, aku melihat wajah Puan Fatimah yang kelihatan agak runsing. Siapa orang yang Lutfi jumpa, sampai ibunya sebegitu risau?

  "Lepas makan, Lutfi hantar Isabel balik. Jangan lewat sangat."

  "Kenapa pula, bu?"

  "Anak dara orang. Kamu kamu nak kena tembak ayah dia, boleh cuba kalau nak."

  "Ayah awak suruh balik awak ka?" Soal Lutfi kepada aku. Aku menggelengkan kepala.

  "Ibu yang suruh. Ibu tak nak anak orang jadi mangsa."

  "Jadi mangsa apa pulak ni bu. Lutfi tak faham lah."

  "Dah ibu, ibu duduk kat ruang tamu, tengok drama. Biar kita orang masak ya." Ujar Lia lembut sambil mengiringi ibunya ke ruang tamu.

  "Rebung tu?"

  "Nanti kalau nak masak rebung, Lia panggil ibu, okay?"

  "Yalah." Puan Fatimah akur. Sempat Lia mengenyitkan matanya ke arah ku. Aku mengerutkan dahiku, hairan. Tapi aku yakin mesti ada kaitan dengan kawan Lutfi yang aku ceritakan tadi.

  "Pelik lah dia orang ni." Lutfi menatap wajahku. Aku hanya tersenyum sambil mengangkat bahuku, tak tahu.

  Lutfi patuh pada arahan ibunya. Usai saja makan malam, dia langsung menghantar aku pulang. Malam itu terasa sangat sangat dingin. Aku yang kesejukan tidak henti-henti menggosok tangan ku. Tidak terlalu membantu, tapi sudah menjadi kebiasaan.

  "Achooo!" Aku menggosok hidungku yang sudah pun kemerahan. Lutfi menghentikan langkahnya. Jaket yang dia pakai dibuka.

  "Awak sejuk, ya? Pakai ni" Ujar Lutfi sambil menyarung jaket itu tadi ke tubuhku.

  "Awak tak sejuk?"

  "Saya tak. Pakailah."

  "Terima kasih" Ucapku sambil tersenyum. Peluh yang menitis di dahi ku dilap.

  "Awak sejuk tapi berpeluh. Awak sihat tak ni?"

  "Hahahahaha. Sihat. Saya memang selalu berpeluh."

  "Oh ya?"

  "Ya"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience