"Parut ni, maruah. Parut ini maruah Zul, Isabel." Ujarnya dengan teresak-esak.
"Parut ini demi Zul."
"Zul?"
"Arwah Zul."
"Dalam geng kitaorang, saya paling rapat dengan Zul. Dia baik. Sangat baik. Saya dah anggap dia macam abang."
Tiba-tiba mindaku melencong ke gambar yang ada di bilik Lutfi. Apa mungkin itu Zul? Jadi perempuan tu siapa pulak?
"Satu malam, saya dapat tahu yang dia meninggal. Dibunuh." Perkataan bunuh menarik perhatian aku.
"Siapa yang bunuh?"
"Saya tak tahu. Saya cari sampai tahu. Lepas saya tahu, saya balas. Sebab tu saya berparut."
Ringkas. Aku ingin bertanya lebih supaya aku dapat mengambarkan kejadiaan yang sebenar ketika itu, namun hatiku menolak.
"Orang tu mana?" Pembunuh Zul maksudku.
"Dalam penjara. Kalau tak dalam penjara pun mesti dia dah ditanam 6 kaki dalam. Tapi konco-konco dia masih lagi aktif."
Slamber saja wajah Lutfi padahal dia sedang mengaku yang dia pernah hampir membunuh seseorang. Aku faham dia marah, tapi kekerasan bukan solusinya.
"Ayah tahu?"
"Lebih dari tahu, saya sempat masuk penjara sebab hal itu. Dan dari situlah sebenarnya dia kenal ayah saya. Bermula dari cuma mengawasi saya terus jadi rakan menembak. Hahahaha." Sempat dia tertawa.
"Awak tak takut?"
"Kenapa saya perlu takut?"
"Maria ada benarnya. Saya berbahaya."
"Tapi semua orang berhak untuk dapat peluang kedua kan?" Lufti tersenyum senget.
"Awak mirip ayah awak. Dia pun cakap hal yang sama, waktu mula-mula saya ajak awak keluar."
"Ayah?" Lutfi mengangguk.
"Kenapa saya tak tahu."
"Sebelum saya pulang, saya tanyakan kepada dia, pak cik tak nak halang saya jumpa Isabel?"
"Dia jawab apa?"
"Dia cakap, semua orang berhak untuk dapat peluang kedua. Pak cik harap Lutfi dapat gunakan peluang kedua ini sebaiknya." Jawabnya lalu tersenyum. "Dia satu dalam sejuta." Tambahnya lagi membuat aku bangga.
"Ayah selalu positif."
"Macam anaknya."
"Hehehehe."
"Macam dah lewat malam, ada baiknya kalau awak balik."
"Esok saya akan tolong jelaskan kat Maria. Esok saya call dia."
"Takpa, setiap orang pasti ada pandangan masing-masing. Saya tak pernah pun minta diterima oleh siapa-siapa."
"Boleh tak kalau saya nak ziarah kubur dia?"
"Zul?"
Aku mengangguk. Sejujurnya aku bingung. Aku tak tahu apa yang sedang aku lakukan tapi yang pasti aku ingin buktikan kepada Lutfi yang aku tidak cuma ingin bersamanya di masa kini tapi juga di masa lalunya.
Keesokan hari, hari Ahad. Seperti yang dijanjikan oleh Lutfi, dia mengajakku untuk ke tempat jasad Arwah Zul ditanam.
Bangun saja dari katil aku menerima pesanan ringkas dari ayah.
Ayah keluar menembak dengan bakal mertua kamu.
Aku tertawa kecil.
Sebelum aku tidur malam sebelumnya, sempat aku bertanya kepada ayah, kenapa dia tidak melarang aku untuk keluar dengan Lufti. Sedangkan dia tahu siapa Lutfi sebenarnya.
"Ayah yakin dia baik orangnya. Keturunannya juga baik-baik. Silap langkah. Anak remaja."
Seringkas itu dia mejawab. Katanya lagi, anak muda lelaki wajar mempunyai perasaan ingin cuba sesuatu. Salah kawan, maka salah lah apa yang dicuba. Nak undur pun tak dapat. Dah terjebak. Setia kawan katanya. Aku hanya tersenyum mendengar penjelasannya.
"Asalamuailakum." Jerit satu suara. Bibik yang tadinya sedang mengemas meja di ruang tamu bergegas membuka pintu namun sempat ditahan oleh aku.
"Biar saya saja, bik" Kataku. Dia mengangguk, patuh.
Oh ya, lupa nak bagitau. Hehehehe. Ada satu watak yang lupa aku kongsikan. Bibik.
Bibik sebenarnya orang yang diupah oleh ayah untuk menjaga makan minum kami beranak. Bibik sudah bersama kami sejak ibu dan ayah bercerai lagi, iaitu sewaktu aku masih di bangku sekolah. Kerana dia tidak mempunyai banyak waktu untuk mengurusku, makanya dia upah Bibik untuk melakukan itu semua. Bibik sudah seperti ibuku sendiri. Okay sekarang, sambung cerita.
"Lamanya nak buka pintu. Panas." Rungut Lutfi.
"Putera lilin."
"Hahahahaha" Sempat dia menjenguk ke dalam dan melambai tangan ke arah Bibik.
"Bibik sihat?" Soalnya.
"Sihat, tuan." Jawab Bibik.
"Bukan tuan, putera. Putera lilin. Hahahahaha"
Aku pantas mencubit lengannya membuat dia merengek kesakitan. Masih jelas wajahnya saat dicubit ketika itu. Comel. Hehehe.
"Awak masuk sekejap, saya nak masuk mandi. Baru bangun hehehehe"
"Boleh saya ikut?"
"Ikut ke mana?"
"Mandi."
"Hoi!"
"Hahahahaahhaha. Gurau gurau."
Dia kemudiannya membuka kasutnya sebelum masuk ke dalam. Aku mengarah bibik untuk mengambilkannya air minuman untuk membasah tekaknya sebelum aku pergi ke bilik mandi.
Aku tidak mandi terlalu lama, kerana enggan membuat Lutfi ternanti-nanti. Setelah usai mandi aku segera menyarung baju kurung klasik milik ibu yang ditinggalkan olehnya dengan satu-satunya selendang yang aku miliki.
"Cantik" Puji Lutfi sebaik saja aku berdiri di hadapannya.
"Siapa? Saya?"
"Yalah, takkan bibik."
"Hahahahahaha. "
Bibik memukul bahu Lutfi namun sempat dielak olehnya.
"Bibik pun cantik. Hahahahahaha"
"Bibik tau!" Jawab Bibik lalu mencebik.
"Amboi sombong.."
Aku dan Lutfi kemudiannya meminta izin untuk pergi. Sempat Lutfi bertanyakan kalau aku sudah memberitahu ayah yang kita orang akan ziarah ke kubur Zul.
"Sudah, semalam lagi saya bagitahu"
"Okay." Balas Lutfi lalu berjalan ke arah sebuah kereta berwarna merah.
"Eh? Motor awak mana"
"Awak nak naik motor pakai baju kurung ka?"
"Hehehehehe"
"Kereta ayah."
"Oh"
Perkuburan Islam Kuala Lumpur. Aku membaca papan tanda yang terpacak di hadapanku. Aku mengerling ke arah Lutfi yang kelihatan agak sedih dan juga takut. Dia kemudian memandang kiri dan kananya membuat aku hairan, seperti ada sesuatu yang dia takuti.
"Dah lama saya tak jenguk dia"
"Kenapa?"
"Masalah dalaman,"
Apa yang dimaksudkan oleh Lutfi masalah dalaman adalah, penerimaan keluarga arwah Zul tentang kematiaanya. Sampai saat ini, keluarganya masih menyalahkan Lutfi atas kematian anak lelaki kesayangan mereka itu.
Oleh kerana itu, Lutfi membuat keputusan untuk keluar dari geng nya yang dulu. Dia tidak ingin terus dihantui rasa berasalah. Meskipun dia tahu itu bukan salahnya, tapi menjadi bahagian dari geng itu membuat dia percaya bahwa dia yang harus dipersalahkan.
Tanpa aku sedari tanganku kini dalam genggaman tangan Lutfi. Aku memandang wajah tenangnya dengan sedikit terkejut. Inilah kali pertama aku mahupun dia bersentuhan secara fizikal.
"Kuatkan saya." Ujarnya. Aku mengangguk faham lalu berjalan menuju ke makam Zul diiringi oleh Lutfi.
"Assalamuailakum Zul, nama saya Isabela panggil Isabel. Saya datang dengan sahabat awak, Lutfi. Dia baik orangnya, dia pun cakap awak baik orangnya. Izinkan saya berkawan dengan dia, boleh kan? Banyak cerita yang saya dengar tentang awak, saya harap kita akan berjumpa, di dalam mimpi yang indah. Semoga awak tenang di sana. Al-Fatihah.."
Aku menadahkan tanganku, mulutku terkumat-kumit membaca Al-Fatihah, manakala mataku pula dipejamkan. Cantuman tangan kami berdua yang tadinya secara automatik terlerai.
Tidak begitu lama, hanya beberapa minit, aku pun usai dengan bacaanku. Aku membuka mataku semula. Saatku mataku terbuka, aku melihat Lutfi masih lagi menadahkan tangannya dengan mata yang tertutup. Aku tersenyum.
"Sudah" Aku berbisik ke telinganya. Dia perlahan-lahan membuka matanya dengan wajahnya jelas sekali tidak tahu apa yang baru saja dia lakukan.
"Terima kasih."
Aku menatap matanya dengan penuh perasaan, pada saat itu aku berdoa, untuk sentiasa bersamanya. Aku tidak mahu kehilangannya. Dia membuat aku terus bersemangat untuk menjalani hari-hariku. Walaupun kisah lalunya membuat aku sedikit takut tapi 1001 alasan untuk menghindar darinya kalah dengan rasa cinta aku padanya.
Tapi apakah dia merasakan hal yang sama?
Share this novel