Setelah selesai mengemas dan semua orang pulang, aku segera meminta izin daripada ayah untuk masuk ke bilik tidur. Esok kerja, nak tidur awal, kataku tapi hakikatnya aku hanya ingin baring sambil membaca buku puisi yang di beliku secara online.
Sedang aku kusyuk membaca, telefon bimbitku berdering. Aku mengerut dahiku, hairan. Buku yang tadinya buka di muka surat ke sembilan puluh kini ditutup rapat. Tertera nama 'Lutfi'. Aku angkat.
"Hello?"
"Assalamuailakum.".
"Hehehe. Walaikumusalam."
"Kenapa belum tidur?"
"Kan awak telefon."
"Hahahahaha. Saya bangunkan awak ka?"
"Eh, tidak tidak!"
"Hahahahaha. Jadi awak nak cakap dengan saya lah."
"Hahahahaha. Saya boleh tangguhkan tidur."
"Saya patut ucap terima kasih?"
"Hahahahha. Kalau awak rasa awak nak ucap. Ucaplah."
"Terima kasih."
"Sama sama. Kenapa awak telefon?"
"Tak dapat tidur."
"Kenapa?"
"Macam mana kalau orang bencikan saya?"
"Oh pasal esok? Siapa yang nak bencikan awak? Hahahahaha. Silap haribulan dapat adik ipar ada lah!"
"Hahahahahaha oh Zaki. Dia orang dah tukar nombor telefon. Mungkin tak lama lagi lah tu kot. "
"Serius?"
Walaupun Zaki tidak lah sebegitu rapat dengan ku. Tapi aku sangat gembira mendengar khabar itu. Aku melonjat dengan gembira. Masih aku ingat.
"Serius. Takkan gurau."
"Hahahahaha. Bagus lah."
"Maria tak marah?"
"Kenapa dia nak marah?"
"Hahahahaha. Entah."
"Tak, dia tak marah. Dia okay."
"Awak okay?"
"Saya okay."
"Maria borak apa tadi?"
"Takda apa yang menarik. Pasal kerja, ofis macam selalu."
"Oh."
Aku memeluk bantal peluk yang berada disisiku saat itu sambil otakku liat berfikir apa harus aku tanyakan kepada Lutfi soal perempuan itu ataupun tidak. Dan akhirnya aku tanyakan juga.
"Siapa perempuan tu"
"Perempuan yang mana?"
"Yang ada dalam bilik awak. Maksud saya gambar."
"Oh kawan."
"Rapat?"
"Hey, awak tengah main 99 soalan ka apa ni? Hahahaha."
"Kenapa awak tak pernah cerita pun."
"Dah basi."
"Bekas kekasih?"
"Hahahahahaha!"
"Hey!"
"Kawan. Awak takda kawan?"
"Ada Maria."
"Maksud saya kawan dari masa lalu"
"Ada."
"Cerita. Saya nak dengar."
"Tapi awak pun mesti cerita pasal perempuan tu."
"Boleh ka kalau saya menolak?"
"Kenapa?"
"Tak menarik. Saya nak dengar cerita awak."
"Saya punya pun tak menarik."
"Jadi apa yang menarik dalam hidup awak?"
"Awak."
"Saya? Hahahahaha."
"Saya serius!"
"Apa yang menarik?"
"Awak misteri."
"Hahahahahaha."
"Kenapa ketawa? Ihh!"
"Hahahaha. Awak nak teman saya esok tak?"
"Ke mana?"
"Beli sayur. Tadi ibu suruh. Katanya bawa Isabel. Dia perempuan. Dia tahu pilih sayur."
"Hahahahahaha."
"Nak tak nak?"
"Nak tak nak."
"Nak lah."
"Cuba tanya langit dia jawab apa."
"Oh dia bisik nak."
"Hahahahahaha!"
Itulah Lutfi. Sisinya yang aku paling suka. Dia yang lawak, dia yang menenangkan dan kurang mebingungkan. Sisinya yang selalu membuat aku tertawa dan aman.
Tapi seberapa aman pun aku, pasti akan ada satu sudut di mana aku merasa kurang aman.
"Dulu saya ada rapat dengan seseorang."
"Lelaki?"
"Perempuan."
"Oh."
"Dia suka kat seorang lelaki tapi lelaki tu suka saya."
"Tak hairan."
Aku tersenyum. Walaupun dia tak menyatakannya secara terus tapi aku tahu ianya satu pujian. Bantal peluk ku dipeluk seerat-eratnya.
"Dia tikam saya dari belakang."
"Terus apa awak buat?"
"Saya rebus kepala dia."
"HAH?!"
"Hahahahahahahahaahhaha!"
"Weiii. Saya hampir percaya! Manalah tahu. Kan ramai psychopath muka innocent macam awak."
"Hey!"
"Hahahahahaha. Tapi apa perempuan tu buat?"
"Dia macam pulau orang untuk tak kawan dengan saya. Kurang lebih macam tu lah."
"Sampai macam tu sekali?"
"Nama pun cinta kan?"
"Kalau cinta, dia tak bahayakan orang."
"Kalau awak?"
"Saya?"
"Kalau awak cintakan seseorang, awak akan buat apa?"
"Lindungi dia."
"Sebab tu awak tak nak cerita pasal perempuan tu?"
"Oh masih ke situ? Hahahahahaha!"
"Hahahaha. Tanya."
"Takpayah lah jawab, okay? Takpa kan?"
"Takpa. Sayur ni jadi ke tak beli esok?"
"Jadi. Boleh meroyan ibu kalau tak jadi."
"Biarlah, yang di marah awak bukan saya."
"Amboi. Dia dah suruh awak teman tadi okay, jadi awak pun akan kena marah jugak."
"No. Ibu sayang saya. Bahkan dia lebih sayangkan saya daripada Lia."
"Hahahahahaha. Nangis Lia kalau dia dengar"
"Tapi Lia tak dengar."
"Dia kat sebelah saya. Saya pasang pembesar suara. Hahahahahaha."
"Hey!"
"Hahahahahahahaha."
Malam itu adalah antara malam yang paling terindah dan itulah kali pertama kami berborak melalui panggilan telefon dengan sangat lama. Selalunya dia hanya akan mengucapkan selamat pagi atau malam. Itu pun melalui SMS.
?
Keeseokan paginya, aku singgah ke Cili House untuk tapau kopi panas buat Maria. Seawal subuh lagi dia dah memesan aku untuk singgah ke Cili House dan tapaukan dia kopi panas. Macam ofis tu takda air panas, sempat lagi aku mengomel saat itu.
Nota ringkas. Cili House merupakan kedai makan yang sama dengan yang sebutkan di awal cerita ini tadi. Ianya merupakan kedai makan yang wajib dikunjunng oleh para pekerja Tony Enterprise sebab harganya berpatutan dan juga dekat dengan ofis, hanya seberang bangunan sahaja.
Dalam erti kata lain, dah boleh djadikan kafe company kita orang lah! Hahahaha.
Okay berbalik kepada Maria, selepas pesanannya siap, aku lansung berjalan menuju ke ofis. Mesti korang tertanya-tanya kan, mana pergi Lutfi. Kenapa aku cuma sendirian.
Sebenarnya Lutfi ada menawar untuk pergi kerja bersama-sama tapi aku menolak dengan alasan aku nak breakfast sebelum masuk kerja. Tapi hakikatnya, aku nak membawang dengan Maria. Hehehe.
"Oi, pagi!"
"Oh camtu kau wish aku sekarang eh?"
"Yalah, kenapa kau tak gi ambik air panas kat dapur je daripada membazir duit beli kopi kat seberang tu."
"Kopi orang buat dengan kopi kau buat sendiri tak sama."
"Apa bezanya? Dua-dua pun kopi segera."
"Kau takkan faham pun, kau bukannya peminum kopi tegar pun. Sebab tu lah minum sikit, bergetar satu tubuh."
"Hey!"
"Hahahahaha betul lah kan?"
"Eh Maria kau tahu, aku tanya Lutfi pasal perempuan tu semalam."
"Lepas tu dia cakap apa?"
"Dia cakap kawan lama."
"Kawan lama?"
"Ya."
"Sama sekolah?"
"Tak juga aku tanya."
"Ish kau ni! Lain kali, kalau tanya tu, biar terus. Jangan alang-alang macam ni."
"Aku tak retilah."
"Tapi kalau dia kawan sekolah, mesti aku kenal."
"Sebab tu aku tanya kau, sebab dia kata kawan lama kan. Mesti dia orang satu sekolah."
"Tapi aku betul macam pernah nampak eh dia."
"Kat mana?"
"Itu lah pasal, aku tak ingat. Tapi muka dia betul-betul familiar."
"Satu sekolah eh?"
"Mungkin."
"Tapi aku rasa dia orang memang rapat. Sebab ada gambar perempuan tu dalam bilik dia dengar arwah Zul."
"Serius?"
"Ya. Tapi kan, macam mana kalau satu hari nanti, dia lebih memiliih perempuan tu daripada aku?"
"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Sebab dia terlalu berahsia pasal perempuan tu."
"Aku pun hairan gak. Tapi kau jangan risau. Kau kan masih ada aku.. Hehehe."
Maria menarik aku dalam dakapannya. Aku tertawa kecil. Sebesar apa perasaan benci Maria terhadap Lutfi aku tetap menyanyanginya. Aku tahu semua yang dia lakukan untuk kebahagian aku juga. Dia melindungi aku daripada disakiti. Itulah peran seorang sahabat.
Share this novel