Hari itu hari Ahad. Kata ayah dia cuti. Aku yang baru bangun dari tidur mengeliat sepuasnya sambil memandang kiri dan kanan ku; mencari ayah. Tapi kelibatnya tidak kelihatan. Mungkin keluar fikir ku.
Malam tadi aku tidak cukup tidur dek hidung aku yang tersumbat. Aku sangat memerlukan kopi. Sedang aku mengacau kopi ku, aku terdengar bunyi seseorang menggosok kasut. Aku berjalan keluar.
"Ayah?"
"Yalah. Yang kamu terperanjat sangat kenapa?"
"Hahahaha. Tak, tadi Isabel ingat ayah keluar menembak ka apa. Dicari-cari tak jumpa."
"Ayah Lutfi sibuk."
"Oh. Anchooo!"
"Eh kamu kenapa?"
"Selsema."
"Kalau tak sihat, berehat lah dirumah. Jangan datang kerja besok."
"Isbael okay lah ayah. Cuma selsema."
"Betul ni? Kenapa macam berpeluh je dahi kamu tu?"
"Betul." Jawabku sambil mengelap peluhku.
"Minum air banyak sikit, macam mana lah tak mudah sakit. Air, segelas sehari diteguk."
"Ayah ni..memang lah Isabel tak suka minum air tapi tak lah sampai cuma segelas sehari, dan tak jugalah sampai sebotol. Hehehehehe"
"Aish kamu ni." Ayah menggelengkan kepalanya.
"Assalamuailakum" Jerit satu suara dari luar rumah. Aku dan ayah saling berpandangan.
"Sapa tu?"
"Entah. Takkan bibik kot. Bibik baru je pergi ke tamu enam minit yang lalu." Balas ayah.
Ayah berhenti menggosok kasutnya lalu bangkit. Aku hanya mengikuti langkahnya yang berjalan menuju ke pintu utama. Saat pintu dibuka, ada seorang mak cik yang mengenakan baju kurung rona putih sambil membawa bakul rotan.
"Walaikumusalam. Cari siapa?" Ayah memulakan bicara.
"Siapa yang bernama Isabel." Soal mak cik itu. Ayah memusingkan tubuhnya. Aku hanya memandangnya dengan penuh hairan.
Dia yang seakan dapat membaca risk wajah ku yang mengatakan 'Isabel pun tak kenal dia siapa' memusingkan tubuhnya kembali.
"Saya. Kenapa ya mak cik." Soalku sambil mencuri pandang dibalik tubuh ayahku.
"Oh. Tadi ada pesanan dari Lutfi. Dia suruh mak cik urut kamu."
"Oh Lutfi!" Aku dah ayah serentak mengatakannya. Selesai sudah satu persoalan.
"Hahahaahaha!"
"Dia takda bagitau Isabel?"
"Tak, Isabel langsung tak tahu. Haha."
"Em seronok ya orang muda bercinta. Selsema sikit, terus upah tukang urut. Kalau ayah ni, demam sampai mengigil pun takda orang yang kisah."
"Alololo, sapa cakap? Isabel kisah okay."
"Itu pun kena bebel dulu."
"Dapat dari mana jugak kalau tak dari ayah. Baru seminit yang lalu ayah membebel."
"Yang tu memang patut dibebel. Budak ni degil. Disuruh minum air katanya membebel. Nanti sakit siapa juga yang susah? Tengok Lutfi sampai hantarkan tukang urut.."
"Hehehehehe."
"Eh masuk lah, apa pulak berdiri luar ni"
Ayah mempelawa mak cik yang memperkenalkan diri sebagai Siti itu masuk sebelum dia meninggalkan kami berdua di ruang tamu. Aku tersengih sengih malu. Sebegitu peduli ya Lutfi dengan aku. Padahal aku cuma selsema.
"Macam mana mak cik kenal Lutfi?" Soalku lalu duduk. Posisi aku sekarang mebelakanginya.
"Mak cik ni selalu urut ibu dia."
"Puan Fatimah?"
"Ya. Dulu, si Lutfi itu mak cik lah yang tolong sambut."
"Maksud mak cik, jadi bidan?"
"Yalah. Waktu tu Puan Fatimah dalam perjalanan ke hospital, suami dia tahan mak cik yang tengah berjalan kaki. Isteri dia nak beranak katanya. Nasib baik lah mak cik ni memang bidan. Ada pengalaman. Jadi mak cik tolonglah."
"Oh. Dari situ lah mak cik kenal keluarga Lutfi?"
"Kurang lebih begitu lah, Isabel."
"Oh."
"Itulah semalam, Lutfi telefon. Ada yang nak di urut katanya."
"Hahahaha."
"Perempuan cantik."
"Lutfi cakap?"
"Yalah. Tapi memang betul cantik juga orangnya." Pipi aku meronta kemerahan. Malu.
"Kalau Isabel nak tahu, Budak Lutfi tu dulu selalu sangat kena sengat lebah. Waktu kecik kecik dulu.."
"Oh ya? Kenapa?"
"Mana tak nya, dia tengok sarang lebah bukannya lari malah dipukul. Habislah muka dia kembang kena sengat."
"Hahahaha oh ya?"
"Yalah. Tapi bukannya pandai jera. Jatuh ke dalam parit pun dah berapa kali. Tak terhitung!"
"Hahahaahaha nakal juga Lutfi ya?"
"Hmm sampai ke tua ni hah. Masih mak cik ingat macam mana muka orang tua dia waktu dapat tahu yang anak dia orang dipenjara."
"Mak cik ada waktu tu?"
"Ada. Mak cik ni lah selalu teman ibu dia. Hari-hari mak cik urut kepala dia. Pening. Mana tak nya, fikirkan sik Lutfi, muda muda lagi dah masuk penjara."
"Kesian ibu dia. Nasib baik tak lama.."
"Ya. Katanya sebab berkelakuan baik kan? Tapi Alhamdulillah lah, sekarang dia dah berubah."
"Ya, Alhamdulillah."
Banyak hal yang dia ceritakan kepadaku selama 45 minit dia menjalankan tugasnya. Katanya, dia sudah menjadi bidan sejak usianya 18 tahun lagi dan sudah pun mempunyai dua orang anak ketika itu. Kalau orang dulu dulu, kahwin dan mempunyai anak di usia sangat muda merupakan pekara biasa. Bahkan akan dijodohkan kalau terlalu lambat menikah. Kalau zaman sekarang, sudah pasti dipandang serong. Takda masa depan!
Usai saja Puan Siti mengurutku, kedengaran satu suara memberi salam. Aku dan Puan Sitii masing-masing menjenguk keluar. Terkial-kial Puan Siti berdiri. Dia enggan menyusahkan aku untuk membuka pintu. Aku patut berehat katanya tapi aku yang rasa bersalah. Ayah pula keluar ke balai untuk menguruskan sesuatu.
Aku yang tadi nya duduk bersila di atas lantai pantas berdiri untuk duduk di atas kerusi. Leherku dipanjangkan untuk menilik siapa gerangan yang ada di depan.
"Oh Lutfi!" Dengar saja nama Lutfi aku segera bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke pintu utama. Pesanan Puan Siti tadi tidak aku hiraukan.
"Lutfi?" Kataku sebaik saja sampai di muka pintu.
"Eh, kan mak cik suruh berehat.."
"Hehehehe."
"Takpa mak cik, Lutfi pun nak hantar mak cik terus ni. Lepas tu boleh lah Isabel berehat."
"Awak tak nak singgah?"
"Tak, saya ada hal. Saya datang pun untuk jemput Puan Siti. Tak sampai hati pulak nak suruh dia naik bas."
"Ish dah biasa."
"Tadi mak cik datang sini pakai bas?"
"Yalah nak pakai apa benda tu?"
"Grab."
"Hah grab, Lutfi suruh pakai grab tapi tak reti."
"Oh. Hahaha"
"Saya balik dulu, Isabel. Kirim salam dengan ayah dan bibik. Oh ya! Ni ada buah mangga. Ibu kirim"
"Oh terima kasih."
"Sama-sama. Bye!"
Aku melambai tanganku sambil tersenyum sehingga kelibat Lutfi dan Puan Siti tidak lagi kelihatan. Tidak seperti kebiasaannya, Lutfi nampak sangat tergesa-gesa. Dia nak pergi mana?
Selepas diurut, tubuhku terasa lebih ringan dan selesa. Aku sendiri pun tidak tahu sejak bila aku tertidur. Bangun-bangun terus pukul 8 malam. Aku kemudian menyelak selimut dan berjalan keluar dari bilik menuju ke dapur. Ayah yang duduk di kerusi meja makan kelihatan fokus membaca surat khabar.
"Baca apa?" Sergah ku.
"Eh Isabel. Maaf, tadi ayah lapar sangat, ayah dah makan dulu. Nak kejutkan Isabel tapi tak sampai hati."
"Hehehe takpa ayah." Kataku sambil membuka tudung salji.
"Tadi ayah ada nampak mangga atas meja, ayah dah masukkan dalam peti ais."
"Oh, mangga tu ibu Lutfi kirim. Dia bagi tadi. Hehehehe."
"Lutfi ada datang ke mari?"
"Ada. Tapi dia tak singgah. Ada hal katanya."
"Oh, biasalah. Lelaki." Balas ayah lalu menyambung bacaannya.
"Erm. Ayah."
"Apa dia?"
"Ada tak geng Lutfi yang masih aktif?"
"Tak juga ayah pasti tapi dengar-dengar macam ada. Kenapa Isabel tanya?"
"Takda. Semalam dia jumpa seseorang. Tinggal tak jauh dari rumah dia. Isabel cerita lah kat ibu dia. Ibu dia macam berubah muka. Isabel salah cakap ka, ayah?"
"Tak kot.. Orang tu tinggal kat mana?"
"Simpang depan rumah Lutfi, lorong satu. Sebelah rumah warna biru."
"Rumah Borhan tu, kalau tak silap."
"Borhan? Ayah kenal?"
"Dia salah satu ahli kumpulan diaorang. Berapa kali jugak lah masuk lokap. Tapi dia tak ikut Lutfi serang si Black Dragon rasanya.."
"Lutfi serang sorang sorang?"
"Ya. Nasib baik tak apa apa budak tu."
"Tapi kenapa dia jumpa Borhan eh?"
"Tak salah jugak kalau dia sekadar nak menjenguk kan?" Kawan dia."
Apa yang ayah katakan ada benarnya juga. Takkan disebabkan masa lalu, Lutfi harus memutuskan silaturahim dengan sahabat sepejuangannya. Tapi walau sekeras apa aku cuba untuk tidak berfikir negatif, hati aku tetap merasakan ada sesuatu yang dia rancangkan. Dan kalau kata hati aku ini benar, aku harap semuanya salah.
Share this novel