21. DI BANDING DIA

Romance Series 3181

  "Isabel!" Jerit Lutfi, dapat ku lihat dari ekor mata, dia sedang mengejarku.

  "Tak payah nak kejar lah perempuan tu, kau kan dah ada Zia."

  Aku kenal suara itu, tak lain tak bukan Borhan. Takkan aku lupakan suara yang memisahkan aku dengan Lutfi. Dia memang sengaja ingin membuat hatiku semakin panas dengan menyebut nama Zia. 

  Aku terus berjalan. Lutfi yang berkali-kali menyeru namaku, tidak di perdulikan. Aku penat, aku penat menahan rasa yang kini kian tenat. Tapi semakin laju aku berjalan, semakin laju kaki Lutfi melangkah, hingga akhirnya dia berjaya menahanku.

  "Isabel, dengar."

  "Hey, ada apa ni?" Soal Maria yang tiba-tiba muncul.

  "Kau jangan masuk campur." Kata Lutfi memberi amaran kepada Maria. Aku masih lagi menunduk. Aku tak mampu untuk meilihat wajah Lutfi mahupun Maria saat itu.

  "Aku ada hak. Dia kawan aku. Kau buat apa dekat dia?"

  "Dah Maria, jum balik." Balasku dengan nada yang bergetar. Tangganku juga begitu.

  "Kau buat dia nangis? Lutfi apa yang kau dah buat?!"

  "Aku tak sengaja okay! Aku terlepas cakap, aku tak berniat apa pun."

  "Tapi itu kata hati awak kan?" Aku akhirnya bersuara. Wajahnya ditatap tajam. Dia memandangku dengan pandangan yang kesal. Aku cuba untuk tidak hanyut dalam pandangannya.

  "Tak.. Bukan.."

  "Awak pergi serang Black Dragon kan? Jawab!"

  "Saya buat sebab maruah."

  "Maruah? Atau perempuan tu?"

  "Perempuan mana pulak ni?"

  "Oh awak dah lupa ingatan? Perempuan yang ada dalam gambar di bilik awak. Perempuan yang awak bawa malam majlis merisik tu dan perempuan yang sama yang buat awak mengelak daripada saya. Perempuan yang awak susah sangat nak ceritakan!"

  "Awak takkan faham.."

  "Fahamkanlah saya Lutfi! Susah sangat ka awak nak cerita hal yang sebenarnya?! Saya boleh terima Lutfi apa pun yang awak nak cakap, apa pun! Asalkan awak jujur."

  "Sa..ya.."

  "Cakaplah!"

  "Kita berbeza Isabel, jauh!"

  "Apa bezanya?! Awak dan saya sama manusia, mana bezanya. Dari awal lagi awak tahu kan saya tak pernah persoalkan masa lalu awak."

  "Ya, tapi sekarang awak dah persoalkan."

  "Sebab awak! Awak buat saya hampir nak gila awak tahu tak! Awak buat saya risau pasal awak hari hari, awak buat saya rasa lelah sehingga saya terpaksa menyerah! Saya penat, awak faham tak Lutfi!"

  Air mata yang puas ditahan akhirnya jatuh jua. Nafas turun naik bagai ombak yang deras. Wajah Lutfi ditatap dengan penuh rasa. Marah, geram, sedih semua ada disitu. Hampir saja aku melutut rebah dek terlalu lemah.

  "Pernah tak saya minta? Cuba awak bagitahu saya, pernah tak saya minta awak untuk peduli? Takkan!" Segala urat di wajahnya jelas kelihatan. Matanya merah menahan nangis atau marah. Aku pun tak tahu.

  "Eh, kau sedar tak apa kau cakap ni?!" Giliran Maria pula menengking.

  Lutfi hanya berdiam.

  "Kalau itu yang kau nak, mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi. Aku tak nak kau dalam hidup aku lagi. Kalau kau mati sekalipun aku tak nak kisah!" Kataku sambil mengetap bibir, menahan marah. Aku sengaja menggunakan aku kau supaya dia tahu yang aku benar benar marah kali ini.

  Aku kemudiannya membuka pintu kereta Maria yang terletak tidak jauh dari situ. Aku memejamkan mataku serapat-rapatnya. Maria yang sudah pun berada di kerusi pemandu memandangku sekilas sebelum menghidupkan enjin keretanya. Apa yang Lutfi lakukan selepas itu, aku tidak tahu. Aku tidak mahu ambil tahu. Dia sudahpum hapus dari duniaku.

  Aku dan dia kini adalah pernah, bukan punah dan bukan juga menyerah, hanya saja sudah.

  Sejujurnya aku tak sedih dia pergi dengan yang lain. Aku tidak sedih andai kata dia lebih memilih geng nya daripada ayah. Itu pilihannya. Tapi apa yang menyedihkan ialah ketika aku terpaksa berhenti berkomukasi dengannya dan itu kerana dia tidak mengingkan aku lagi didalam hidupnya.

  Maria menghantarku pulang, air mataku masih lagi lebat. Dia bertanyakan kalau aku ingin memusing satu bandar sehingga aku tenang seperti selalu, aku menolak dengan lemah. Perutku terasa lapar, tapi aku tidak mempunyai selera makan.

  Setiba di depan kediamanku, ayah sudah pun terpacak di luar rumah. Dia dengan senang hatinya menyiram bunga di halaman rumah sambil bersiul dan saat dia menyedari kehadiran aku dan Maria pantas menutup pili air dan menjemput kami berdua masuk.

  Hal ini dapat aku ceritakan dengan lebih teliti kerana segalanya masih lagi jelas dibenakku, saat ayah melihat aku tertunduk lalu dia mengangkat muka ku perlahan-lahan. Aku pantas memaling muka ku ke kiri kerana enggan dilihat oleh ayah dalam keadaan sebegini. Rasa bersalah menerpa dengan tiba-tiba. Cukup cuma aku yang terluka bukannya ayah.

  "Ada apa ni?" Soal ayah. Maria masih lagi berdiri kaku. Bila difikirkan semula, kesian Maria kerana terpaksa berada di situasi yang sangat janggal saat itu. Terima kasih Maria untuk itu. Hehehe.

  "Err pak cik.."

  "Hey, pandang ayah." Ujar ayah lalu menarik mukaku perlahan lahan

  "Isabel gagal ayah.."

  "Ya Allah, ada apa ni? Maria?"

  "Lutfi.. Dia.."

  "Lutfi merancang untuk serang Black Dragon. Dia balik semula dengan geng nya."

  "Ya Allah, Lutfi!"

  Walaupun ayah tidak menyatakannya, tapi dari raut wajahnya saja aku tahu dia benar benar kecewa. Gugur jantungku melihat respon ayah, aku tidak sanggup melihat ayah merasa gagal seperti aku pada ketika itu.

  Ayah kemudiannya menarikku ke dalam dakapanya. Untuk seketika, aku merasa tenang. Segala beban yang ku pikul sebentar tadi serta merta hilang, di dalam pelukan hangatnya. Perlahan lahan aku meleraikan tubuh kami berdua. Wajahnya ku tenung lama. Di saat aku mengutip setiap keping hatiku yang telah hancur, ada insan lain yang turut berduka.

  Mataku mulai berkaca, namun belum sempat air mataku jatuh, ayah menarik aku semula ke dalam pelukannya dan aku pun menangis dengan sepuas puasnya. Maria yang masih lagi berada disitu menggosok belakang tubuhku dengan lembut.

?

  Malam itu langit terlihat cerah. Aku menatap bulan yang menyimpan seribu satu cerita sedihku. Kini, aku harus terima kenyataan yang aku dan Lutfi hanya dua insan yang tidak lagi saling kenal, seakan cerita yang sempat ada, hilang begitu sahaja dan pada akhirnya dia menjadi orang asing yang tahu semua rahsiaku.

  "Nak kopi?" Ujar ayah yang entah datang dari mana. Pada saat itu aku duduk bersandar di sebuah pohon yang ada dibelakang rumahku.

  "Terima kasih" Ucapku. Gelas kopi itu tadi kini bertukar tangan.

  "Boleh ayah duduk?" Soalnya. Aku mengangguk sambil menepuk rumput sebagai tanda duduklah.

  "Ayah tak nak kopi?"

  "Ayah dah minum tadi.."

  "Oh.."

  "Cantik bulan malam ni."

  "Ya, Isabel rasa tenang.."

  "Isabel kuat, ayah yakin. Maafkan ayah.. "

  "Eh, kenapa ayah minta maaf.."

  "Kan lebih mudah untuk Isabel lalui semua ni kalau yang di sisi Isabel sekarang ibu, bukannya ayah."

  "Ish, ayah ni! Ayah atau ibu, dua dua nya sama. Yang penting Isabel ada seseorang yang Isabel boleh bergantung. Macam sekarang ni.."

  "Erm..Lutfi ada cakap tak bila dia orang nak serang Black Dragon?"

  "Takda, ayah. Takkan dia nak bagi tahu, ayah Isabel kan polis."

  "Hahaha ya tak ya jugak. Kalau dia bagi tahu, gali lubang sendiri namanya!" Ujar ayah lalu tertawa. Aku ikut tertawa.

  "Ayah?"

  "Apa dia?"

  "Izinkan Isabel berhenti kerja."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience