9. BLACK DRAGON

Romance Series 3181

   Hari-hari aku kini kembali sepi. Ya, aku ada Maria aku juga ada ayah tapi aku tetap merasa kosong. Lutfi pergi membawa jiwaku bersamanya. Setiap hari aku memandang tempat parkir khas yang disedikan oleh syarikat, hanya untuk melihat motosikal milik Lutfi tiada disitu.

  Tidak banyak yang aku lakukan sepanjang Lutfi tidak bersamaku, rutin harian ku sepertinya bosan sekali untuk diceritakan, seperti magisnya sudah hilang. 

  3  hari berlalu, Lutfi masih lagi tidak hadir ke tempat kerja. Menurut Maria, dia diberi cuti tanpa gaji selama seminggu kerana hal Lutfi dengan geng sudah pun diketahui oleh bos, dan bos tidak mahu mengambil risiko dengan membiarkan para pekerja terdedah dengan bahaya. Itupun dia dapat tahu setelah bertanya dengan Ms Josephine.

  Apa cuma aku yang masih merasa yang dia bukanlah satu ancaman yang perlu ditakuti?

  Tamat saja waktu kerja, aku sempat singgah ke 7 Eleven yang terletak betul-betul disebelah pejabatku, hanya untuk mendapatkan kopi segera. Aku bukanlah peminum kopi yang tegar, tapi kebelakangan ini, aku merasakan aku sangat memerlukan kaffein di dalam tubuhku.

  "Isabel" Jerit satu suara sebaik sahaja kau keluar dari kedai serbaneka itu.

  "Lutfi?" Soalku hairan. Matanya yang membengkak tempoh hari kian membaik.

  "Ayah suruh jemput."

  "Oh." Kataku dengan sedikit kecewa. Kecewa kerana dia di suruh ayah dan bukannya datang dengan sendirinya.

  Aku patuh. Aku mengambil helmet dari tangannya, lalu menaiki motosikalnya. Dia tidak lansung menghantar aku pulang ke rumah, katanya dia perlu singgah ke satu tempat namun, melihat jalan dan keadaan sekeliling, sepertinya aku tahu apa yang dimaksudnya dengan 'satu tempat'. Pada ketika itu, aku yakin yang dia memang sengaja mengambil aku pulang dan bukannya disuruh ayah.

  "Saya nak ambil angin sebelum bersemuka dengan ayah"

  "Bukannya sudah?"

  Aku memerangkapnya. Walaupun tidak dapat aku melihat dengan jelas, aku yakin dia sedang tersenyum, kerana telah membuka pekung di dadanya sendiri. Yalah, macam mana ayah boleh mengizinkannya untuk mengambil aku, tanpa bersemuka dengannya. Jelas sekali dia sedang berbohong.

  "Hahahahaha. Kantoi"

  "Hahahahahaha"

  "Awak tak marah?"

  "Kenapa saya marah?"

"Awak sepatutnya marah. Awak berhak."

  "Takda apa yang saya patut marah."

  Aku berbohong. Dia benar, aku seharusnya marah tapi entah bagaimana kehadirannya itu membuat aku terlupa akan amarahku. Tidak seperti hari sebelumnya, dia kelihatan tenang.

  Terkadang aku bingung dengan Lutfi, fikirannya itu amat sukar untuk diramal. Memahaminya itu seperti membaca buku yang sama berulang-kali tapi masih tidak menemukan titik noktah.

  Sesampai saja di lokasi yang dituju, Lutfi segera turun dari motosikal diiringi olehku. Dia kemudiannya duduk cuma berlapikkan rumput. Aku juga ikut duduk. Aku memandang wajahnya dengan harapan yang dia akan membuka cerita. Pandangan aku berhasil, tanpa ditanya, dia langsung cerita.

  "Black Dragon. Nama geng yang menyerang saya dan bunuh arwah Zul. Tapi yang serang tu konco konco nya."

  "Orang yang sama? Tapi kenapa?" Lutfi mengangguk kemudian menngangkat bahunya.

  "Saya rasa sebab diaorang dah tahu yang ayah awak dah tak awasi saya lagi."

  Aku diam. Aku cukup faham. Mungkin disebabkan aku yang sering bersamanya membuatkan Black Dragon berfikir jika ayah tidak lagi mengawasinya.

  Black dragon. Nama geng lawan Lutfi dan rakan-rakannya. Itu yang dikatakan olehnya ketika itu.

  Mengapa dragon? Aku sendiri pun kurang faham. Bila ditanyakan kepada Lutfi jawapannya ringkas, naga merupakan haiwan yang sudah pun sinonim dengan geng-geng terutama samseng dan kongsi gelap manakala Black pula warna yang sering digambar sebagai pemberontak.

  "Diaorang takkan pernah tidur Isabel. Takda istilah 'taubat' dalam kamus kumpulan samseng. Sekalipun awak melutut 24 jam menghadap Tuhan. Hanya Dia yang memaafkan tapi mereka tidak."

  "Saya minta maaf."

  "Bukan salah awak pun. Mungkin memang ini takdir hidup saya kot. Hahahahaha"

  Aku tidak termakan dengan tawanya. Jauh disudut hatiku, aku tahu memang aku yang patut dipersalahkan. Andai saja kalau aku tidak masuk ke dalam kehidupnya dan ayah masih mengawasinya, pasti geng yang dikenali sebagai Black Dragon itu tidak akan berani menganggunya lagi.

  Pada saat itu aku mengerti mengapa dia lebih memilih untuk sendiri. Sekalipun ada orang lain yang berada di sampingnya, itu hanya menjadi sebuah ancaman buatnya. Dan Lufti yang aku kenal, tidak mahu orang lain menjadi mangsa masa lalunya.

  "Hei, awak memang suka mengelamun ka? Hahahahaha"

  "Eh, sorry. Sebab kopi kot hehehehe"

  "Kalau macam tu, janganlah minum kopi. Tangan awak pun bergetar" 

  Dia lantas menarik tanganku ke dalam genggamanya. Tanganku yang tadinya sejuk kini terasa hangat. Aku tersenyum melihatnya. Hatiku rasa berdebar, sangat. Bukan kerana kulit kami bersentuhan kini, tapi sebab sesuatu yang aku sukar untuk jelaskan.

  "Awak okay tak ni?"

  "Okay."

  "Saya dah buat awak risau ka?"

  "Saya tak nak tengok awak gaduh."

  "Hahahahaha tak.. Diaorang takkan cari pasal lagi."

  "Macam mana awak tahu?"

  "Nanti bila-bila masa, saya akan bagitau diaorang yang ayah awak masih lagi awasi saya."

  "Semudah itu?"

  "Dahlah, bosanlah. Takkan lah nak cerita benda ni memanjang. Dah lama tak jumpa kan?"

  Seperti biasa, dia akan mengelak dari terus menjawab. Mengapa dia susah sangat nak bagitahu hal yang sebenarnya?

  "Ya."

  "Awak tak nak tanya saya dah makan ka belum? Lama dah tak dengar awak tanya saya."

  Dia senyum namun masih tidak dapat menghilangkan rasa gusar di hatiku. Walau hanya bulan yang menerangi malam itu, namun lesung pipinya jelas kelihatan.

  Rasanya ini kali pertama aku menyebut tentang fizikalnya secara terperinci. Aku terlalu sibuk menceritakan masa lalu nya sehingga terlupa untuk memuja fizikalnya.

  Dia memiliki wajah yang agak tampan dan cukup manis untuk dipandang. Parut di pipinya itu langsung tidak menjejaskan raut wajahnya bahkan membuatkannya lebih menarik. Tidak menanyakan soalan yang klise seperti awak sudah makan atau belum, aku mulai bertanya tentang kegemaraannya.

  "Apa warna favorit awak?"

  "Hitam. Terima kasih bertanya."

  "Hahahahaha. Lagu?"

  "Banyak. Tapi kebelakangan ni saya slalu dengar The 1975. Awak kenal?"

  "Kenal. Saya suka lagu diaorang yang 'be my mistake'."

  "Serious? Lagu tu salah satu favorit saya jugak!"

  Aku masih lagi ingat perasaan aku ketika itu, andai saja aku dapat menjerit sudah pasti aku menjerit sekuat hati. Kalau korang pasti macam tu kan? Bila dapat tahu orang yang kau suka tu memiliki minat yang sama dengan korang.

  Selain dari warna dan lagu kegemaraannya, dia turut menceritakan tentang ayahnya yang selalu turun ke balai polis saat dia, ibu dan Lia sedang tidur. Rupanya ayah dia merupakan warden di tempat kerja ayahku. Tapi ayah dan juga ayahnya tidak sebegitu rapat sehinggalah kejadian Lutfi dipenjarakan.

  Lagipula, menurut ibu dulu, ayah ingin sekali memiliki anak lelaki tapi rezeki lebih memihak kepada ibu, yang mengidamkan anak perempuan. Dapat aku bayangkan wajah ayah saat dikhabarkan janin di dalam perut ibuku adalah perempuan. Hahahaha mesti kecewa teruk.

  Tapi lelaki atau perempuan, rasa sayang ayah tidak pernah kurang sedikit pun. Buktinya, aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh walaupun tanpa ada ibu disisi.

  Berbalik kepada Lutfi, barus aku akui, hubungan aku dengan Lutfi seperti roller-coaster, pasang surut seperti air laut, hinggakan satu saat aku menjadi takut untuk merasa gembira, takut andai kata satu hari nanti semua rasa bahagia ini akan bertukar derita dalam sekelip mata. Dan setiap kali aku memikirkannya, seluruh tubuh aku akan merasa gementar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience