Sebaik sahaja tamat waktu kerja, aku bergegas keluar dari bangunan dua tingkat ini. Siang tadi aku ada terdengar perbualan Maria dengan Lily yang merupakan berkerja di satu department denganku, menyatakan bahawa yang Lutfi akan singgah ke ofis sebelum tamat waktu kerja. Kali ini, aku tak boleh lepasakan peluang. Maria yang sedar akan tingkahku lantas menanahan tanganku dari terus berjalan. Agh sial!
"Laju-laju nak kemana cik adik"
"Aku ada hal"
Aku berbohong. Kalau aku bagitau dia yang aku bergegas kerana ingin bertemu dengan Lutfi mesti dia larang. Saat itu aku hanya memikirkan untuk berkenalan dengan dia. Aku dah tak sanggup diganggu dengan fikiran, siapakah dia, ataupun dimana dia tinggal, dia anak siapa, apakah hobinya ada kaitan dengan motosikalnya. Ya, aku sepanasaran itu.
"Jumpa Lutfi?" Soalnya. Selain daripada sangat terbuka, firasat Maria juga sangat tepat dan aku lupa akan fakta itu.
"Taklah, ayah aku dah tunngu kat bawah. Kalau kau ajak aku berbual lagi, dia mungkin akan masukkan kau ke penjara" Usikku membuat Maria sedikit takut. hahahahah, masih jelas lagi visual Maria ketika itu. Kalau lah dia baca ni, mesti dia akan hempuk kepala aku.
"Ish seram, pergilah kau" Dia menolak tubuhku lalu mengemas mejanya untuk siap pulang.
Aku menghembus nafas lega. Akhirnya aku bebas dari soal siasat. Tanpa berlengah aku segera berjalan menuruni anak tangga. Dari kejauhan aku dapat meilihat kelibat kereta ayahku yang parkir tepat di hadapan pintu utama. Pintu utama tersebut berkaca, sebab itu aku dapat melihat dengan jelas, bukan sebab aku ada kuasa deria keenam dan sewaktu dengannya, okay. hehehehe.
Aku memerhati sekeliling, kelibatnya masih lagi tidak kunjung tiba, yang ada cuma budak intern yang bertanyakan toilet siang tadi. Aku tunduk kecewa.
"Lutfi!" Jerit satu suara garau dari arah belakang membuatkan aku tersentak. Aku memusingkan tubuhku lalu tersenyum. Siapa sangka kehadirannya saja dapat membuatkan aku gembira.
"Esok aku nak minta tolong kau, hantarkan dokumen penting. Bos aku lah yang kata itu penting." Dasar budak intern lurus! Tamat waktu kerja pun masih lagi nak bahas tentang kerja.
Entah mengapa aku merasa sedikit annoyed dengan tindakan budak intern tersebut. Bukan sebab dia bertanya soal kerja kerana memang wajarlah kalau kita merasa bersungguh-sungguh terhadap sesuatu pekerjaan kerana ianya masih lagi baru tapi sebab dia menganggu satu-satunya peluang untuk aku bercakap dengannya.
Aku harus buktikan kepada Maria yang dia bukannya bisu!
"Eh Lutfi!" Jeritku sebaik saja menyedari dia hampir saja melangkah pintu utama. Ish! kuat betul kau mengalamun. Sikit lagi dia nak lari. Kalau tak terpaksa lah kau tunggu 3 hari 3 malam lagi untuk jumpa dia.
Tidak bersuara, dia hanya menggunakan jari telunjuknya sebagai balas 'aku?' Aku mengangguk laju sebelum berlari-lari anak ke arahnya.
Aku segera mekakukan bahasa isyarat yang bermaksud "Nama awak Lutfi kan?"
Dia diam sejenak lalu tertawa kecil. Saat itu aku sedar aku sudah pun memalukan diriku sendiri. "Ya nama saya Lutfi" Balasnya dengan bahasa isyarat. Jadi betul lah dia bisu?
"Awak kerja sini?" Soalku lagi, masih lagi dengan bahasa isyarat. Dia membalas dengan pantas namun kali ini dengan agak panjang. Maksudku, bahasa isyaratnya kali ini agak sukar untuk difahami.
"Saya tak faham. sorry" Aku akhirnya bersuara sebelum berfikir untuk mengeluarkan stick note dan pen untuk dberikan kepadannya.
"Classic" Katanya, bersuara. Eh? Aku mengerutkan dahiku.
"hahahaha, budak department mana pulak yang cakap aku ni bisu?" Soalnya. Matanya tajam memandangku. Aku diam. Mana mungkin aku mengaibkan sahabat aku sendiri.
"Maksud aku tadi, aku kerja sini, ofis boy, kau bisu ka? Dan kau siapa? Macam mana boleh berbahasa isyarat." Katanya memperjelaskan maksud bahasa isyaratnya tadi.
"Ooohh. Saya tak bisu, obviously. Saya ingat awak.. bisu" Jawabku. Dia senyum sinis lalu berlalu meninggalkan aku sendiri. Aku hanya mampu melihat nya pergi dengan mataku yang terkebil-kebil dan tidak semena rasa bersalah tiba-tiba bertandang.
Mesti dia tersinggung dengan jawapanku. Aku akhirnya mengalah. Aku berheti berharap. Sejujurnya, saat itu aku merasa sangat kecewa dengan diriku sendiri. Peluang yang ada telah ku sia-siakan. Tapi sekurang-kurangnya, aku dah berani untuk bercakap dengannya dan boleh buat dia bercakap dengan ku. Bukan setakat tu, aku dah buat dia tertawa, besar jugaklah kan achievement aku hari ni. Hehehehe.
?
Keesokannya, hari sabtu. Untuk pertama kalinya kau merasa sangat malas, malas untuk berdepan realiti. Aku mengeliat sepuasnya. Rasa bersalah aku kelmarin masih lagi tersisa. Aku perlahan-lahan menarik selimut sebelum membuka tirai dengan luas. Aku mengecilkan mataku, matahari yang terit menebus ruang kamarku, membuat aku hampir saja buta. Aku mengeliat sepuasnya sebelum memutuskan untuk ke dapur.
"Pagi, ayah" Ucapku sebelum mengucup pipinya. Ini pertama kali ku melihat ayah di atas meja makan pada pagi Sabtu. Biasanya pagi-pagi lagi dia dah menghilang dengan rakannya. Pergi menembak katanya.
"Ayah ada masakan nasi goreng untuk Isabel" Aku hanya mengangguk faham, kemudian dahi ku berkerut.
"Banyaknya, ayah. Ada orang nak datang ke?"
"Hehehe, geng menembak ayah." Mulutku berbentuk O. Perlahan-lahan aku menarik kerusi di sebelah ayahku. Beginilah perbualan aku dan ayahku setiap hari. Tidak terlalu mendalam, cukup sekadar bertanyakan dah makan ke belum, cukup tidur ataupun tidak. Ringkas, tapi aku tahu itulah caranya bagi menujukkan rasa sayangnya terhadapku.
Sedang aku menyuapkan nasi gorengku, aku terdengar bunyi lonceng rumah. Aku memandang ke arah ayah. Ayah tersenyum girang lalu bangkit dari kerusinya.
"Eh ada anaknya juga" Jelas sekali suara ayah menyebutnya. Anak? Anak siapa? Jangankan anak, siapa rakan menembak ayah juga aku tidak pernah kenal. Bukan tidak peduli cuma kurang berkenan masuk campur hal orang tua.
Aku yang tertanya-tanya gerangan anak dan bapa itu memanjangkan leherku, kalah leher zirafah!Rasanya semua perempuan dapat relate kot dengan situasi ini. Hehehehe.
Mataku dibulat,mulutku terlopong. Sudu yang baru saja ingin hinggap dimulutku terjatuh tanpa sengaja, menyebabkan nasi tersebut sedikit berterabur di atas meja.
"Isabel" Jerit ayah, tidak terlalu tegas, tidak juga terlalu lembut. Aku yang terasa malu hanya mampu tersengih sambil menggaru kepalaku. Ish, ini kali kedua aku memalukan diriku di hadapan Lufti.
"Maafkan saya, Encik Jamal, Lutfi. Saya pun tak tahu kenapa anak saya macam ni."
"Hehehe tak apa pakcik, ini bukan kali pertama." Jawab Lufti membuat aku tersedak.
"Bukan kali pertama?" Soal ayah. Dia memandangku dan Lufti bersilih ganti.
"Kita satu ofis" Jawab Lutfi mewakili kami berdua dan kalau boleh aku jujur, itulah tindakan yang paling gentleman yang Lutfi pernah buat, setakat ini. Aku hanya mampu tersenyum.
"Lah, kalau macam tu boleh lah kita lepak bawa anak-anak" Saran Encik Jamal pula tanpa segan silu. Aku hanya tersengih, kejadian yang memalukan tadi masih lagi terngiang-ngiang dibenakku.
8 April 2017, tarikh yang tidak mungkin aku lupakan, genap dua minggu dia bermain difikiranku dan merupakan hari yang terbahagia buatku. Saat itu aku cukup yakin kalau semesta telah mendengar luahan hatiku, dan Allah tekah pun mengabulkan semua doaku.
Share this novel