5. ADA APA DENGAN MARIA DAN LUTFI

Romance Series 3181

Seawal 7.45 pagi lagi aku sudah pun sampai ke pejabat. Sementara menunggu jam 8 pagi, aku datang melepak di kaunter bersama Maria. Sedang kami berdua rancak berborak, tiba-tiba kamibdidatangi oleh dua orang jejaka, sesorang yang buat aku rasa bersalah dan sesorang lagu buat aku gembira

Maria memandangku dengan penuh khawatir. Khawatir yang aku akan terpikat dengan pesona lelaki yang berdiri dihadapanku. Tapi dah terlambat. Aku sudah pun terlanjur suka.

"Awak dah sarapan?" Soal Lutfi.

"Baru nak sarapan" Aku mengangkat gelas yang berisi kopi.

"Tak bisu rupanya" Sindir Maria membuat aku dan Lutfi dan juga budak intern yang sampai sekarang tak tahu nama sedikit terkejut. Sempat aku mencubit lengan Maria membuat dia sedikit merengek.

"Jadi kau lah yang cakap aku bisu?" Soal Lutfi kepada Maria tapi matanya memandang ke arahku.

Aku hanya berdiam.

"Oi sini." Jerit Maria. "Kalau kau suka dia. Kau kena melalui aku dulu."

"Kau siapa? Mak dia?"

Aku menutup mulutku menahan ketawa. Dia masih lagi memandangku.

"HA HA HA, lucunya. Tapi aku serious. Kalau kau nak dekat budak ni. Kau kena lalu aku."

"Betul ka?" Soal Lutfi kepadaku.

Aku terdiam seketika. Tidak pernah aku menyatakan kalau aku memerlukan persetujuan dripada Maria jika ingin berkawan dengan mana-mana lelaki.

"Rasanya tidak." Jawabku.

"Eh!" Maria memukul lenganku.

"Takkanlah aku nak tanya kau dulu siapa yang kawan dengan aku kan?"

"Tapi masalahnya bukan Lutfi."

"Mana masalahnya? Ayah dia pun ok. " Maria membulatkan matanya. Hampir tidak percaya dengan jawapan jujur dari Lutfi.

"Isabel!"

"Ayah kitaorang kawan"

"Okay masuk akal. Tapi kenapa dia?"

"Soal hati tak baikkan dipersoalkan. Aku rasa kau pun tak nak kalau aku bertanyakan hal peribadi kau."

Maria terdiam. Mungkin dia setuju atau mungkin ada sesuatu yang membuat dia masih lagi tidak puas hati. Sesuatu yang hanya aku tidak mengetahuinya.

"Dahlah. Nak pukul 8, nanti kita bincangkan"

"Lepas kerja. Dengan Lutfi."

Maria membulatkan matanya seakan membantah tapi akhirnya dia terpaksa mengalah juga.

?

5 minit berlalu, hanya bunyi motosikal dan kereta yang berebut hendak pulang ke rumah kedengaran. Aku memandang wajah Maria dan Lutfi bersilih ganti. Maria leka dengan telefon bimbitnya manakala Lutfi asyik bermain dengan jaket kulitnya. Apa masalah diaorang ni ha?

"Korang ex gf bf ka?"

"Tak!" Jawab Maria dan Lutfi serentak.

"Terus?"

"Tanya Lutfi."

"Asal aku?"

"Bukan kau ke yang patut jelaskan kepada dia"

"Aku perlu masa."

"Perlu masa atau kau memang berniat tak nak bagitahu dia?"

"Bagitahu apa?" Akhirnya aku mencelah.

"Aku akan cerita tapi bukan sekarang."

"Kenapa bukan sekarang?" Soal Maria sinis.

"Itu masa lalu aku, aku perlu masa untuk ceritakan, boleh tak kalau kau jangan paksa!" Tengking Lutfi. Itulah kali pertama aku melihat Lutfi meninggikan suaranya.

Selama ini dia terlihat jauh lebih santai. Aku memandang sekeliling, rata-rata manusia yang bergegas berjalan pulang, berhenti seketika. Nama pun manusia, tidak lari dari perasaan ingin tahu kan?

"Sebab kau takut? Kau takut kalau dia tahu pasal mana kau dapat parut tu, dia akan pergi ha?! Takda siapa nak terima kau lah!" Balas Maria, suaranya juga tidak kalah tinggi.

Aku hanya berdiam, tidak mahu meletakkan api di bubungan. Wajah Lutfi ku pandang lama. Dia yang tidak membalas segera berjalan ke arah tempat parkir motosikalnya.

"Dasar pengecut!" Jerit Maria, langkah Lutfi terhenti. Aku memegang lengan Maria dengan erat. Sejak dijerit oleh Lutfi tadi, aku menjadi takut dengannya. Dia tidak seperti Lutfi yang aku kenal, seakan ada sesuatu yang merasuk ke dalam tubuhnya.

Dia kemudian memusingkan tubuhnya, bibirnya diketap, matanya juga kelihatan merah dek menahan marah. Aku menjadi semakin takut. Masa lalu apa yang dimaksudkan oleh Maria? Kenapa dia terlalu sensitif tentangnya.

"Kau selamat sebab ada Isabel, kalau tak..muka kau aku pecah!" Ugut Lutfi sambil menghala helmetnya ke arah Maria. Wajahnya terlihat serius. Maria sudah pun berpeluh. Ternyata ugutan Lutfi tadi benar-benar membuatnya rasa terancam.

"Kau okay" Soalku setelah agak lama Maria berdiri terkaku.

"Apapun alasan kau, aku tak nak tengok kau dengan dia" Ujar Maria lalu memelukku.

Saat ini, aku buntu. Aku tidak tahu aku harus memilih atau memihak kepada siapa. Maria sahabatku, tapi aku juga sayang pada Lutfi. Aku tidak mahu terus menghakiminya tanpa aku tahu apa yang sebenarnya terjadi. Ada apa dengan parutnya? Dia tidak bahaya kan? Bermacam persoalan bermain di benakku.

2 hari berlalu, kelibat Lutfi masih lagi tidak kelihatan, entah bagaimana dia dapat menyembunyikan diri padahal kami kerja satu pejabat. Ingin aku bertanyakan kepada Maria, tapi mesti dia jawab tak tahu. Bukan sebab betul-betul tak tahu tapi malas nak ambil tahu.

"Kau okay tak ni" Soal Maria sedangkan dia tau jawapannya.

"Okay." Jawabku lemah.

"Sorry."

"Kenapa?" Entah mengapa itu yang keluar dari mulutku.

"Aku dah rosakkan hubungan kau dengan Lutfi, tapi percayalah itu untuk kebaikkan kau juga. Kalau dia betul jantan, dia akan datang dekat kau dan jelaskan semuanya."

"Kau tak rosakkan, dia bukan bf aku pun"

"Bukan?" Aku mengelengkan kepalaku

"Aku kenal dia sebab ayah dia kawan ayah aku, macam aku cakap.."

"Jadi korang disatukan oleh orang tua?"

"Tak juga." Dah abad ke 21, perkhawinan yang diatur bukan lagi satu keutamaan.

"Terus?"

Aku diam.

"Aku minta maaf, aku takda niat nak masuk campur hal peribadi kau, tapi aku tak nak kau masuk dalam kehidupan dia."

"Kenapa tak? Ayah aku okay je. Kalau dia betul-betul bahaya, memang dah lama ayah aku halang kan. Kau pun tahu, ayah aku kan polis." Akhirnya apa yang terbuku dihatiku terluah juga. Aku menghela nafas lega. Lega kerana akhirnya bebanku kini beransur hilang.

Sejujurnya, aku letih, letih dengan pandangan Maria tentang Lutfi. Bukan aku tidak mendengar pendapat orang luar, tapi pendapat aku juga harus didengar. Aku berhak untuk membuat keputusan tanpa ada yang bertanyakan kenapa.

"Terpulanglah, aku cuma cakap apa yang aku rasa"

Rasa? Boleh tak semua orang berhenti guna 'rasa'. Kadang-kadang 'rasa' atau kata lainnya firasat pun boleh salahkan? Bak kata Lutfi, ekspetasi tak selalunya sesuai dengan realiti.

"Kalau betul kau peduli pasal aku, kau akan ikut apa mahu ku kan?"

Maria diam, masih berkira-kira.

"Ya"

"Jangan masuk campur hal aku dan Lutfi. Lebih baik begitu. Aku akan selesaikan semuanya dengan sendiri, rahsia dia, aku akan cari tahu sendiri."

Maria menarik nafas sedalam-dalamnya, aku tahu dia akan membantah. Hatinya terlalu keras untuk menerima kenyataan yang Lutfi tidak seburuk yang disangkannya tanpa aku tahu sebab kenapa.

Mungkin saat ini korang pasti akan cakap, aku degil dan buang kawan semata sebab seorang lelaki yang tak jelas. Tapi aku ada hak kan? Kalau betul keputusan aku salah, sekurangnya bagi aku sebab mengapa.

Cuma sekarang, ada satu masalah. Macam mana aku nak jumpa dia? Adakah patut aku terus ke rumahnya? Itu tidak keterlaluan kan? Biarlah, apapun akibatnya, yang penting aku cuba.

Ya, aku harus cuba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience