23. PENYESALAN

Romance Series 3181

Aku kembali ke bilik tidurku. Telefon bimbit yang terletak di meja solek, digapai. Apa pun yang terjadi, janji harus dikotakan. Itu prinsip hidup yang pegang sampai sekarang. Aku pantas mencari nama Maria sebelum menekan butang hijau. Tidak menunggu terlalu lama, panggilan aku sudah pun sambung.

"Hi, bibik cakap kau cari aku, ayah suruh telefon kau."

"Bunyi macam terpaksa je." Aku tersengih mendengar jawapan Maria. Dapat aku bayangkan mulutnya yang muncung ke depan, merajuk.

"Ha ha. Aku tak larat lah nak pujuk kau."

"Kau okay tak ni?"

"Macam ni lah, macam kau tengok aku semalam dan pagi tadi. Tapi aku makan lah."

"Bagus. Kau kena ingat sesedih apa pun kau, kau kena ingat makan. Makan penting."

"Yaaa, ayah aku pun pesan benda yang sama.. Eh Maria. Tadi aku gi check laman fac aku, Lutfi.."

"Kenapa dengan dia?"

"Dia dah blocked aku. Aku pun tak tahu kenapa."

"Kau okay tak dengan tu?"

"Aku nak buat apa? Kalau lah aku tau, akhirnya macam ni, ada lebih baiknya kalau aku tak kenal dia langsung. Aku patut dengar cakap kau."

"Saat ni, aku tak nak kata yang kau patut dengar cakap aku. Sebab.. Setiap pekara yang terjadi dalam hidup kau, hidup kita itu bersebab. Mungkin Tuhan temukan kau dengan dia bukan untuk disatukan tapi sebagai pelajaran. Untuk kau lebih memahami apa kehendak hati kau."

Aku diam sambil bermain dengan bantal pelukku.

"Hello? Kau okay tak ni?"

"Hi, aku okay. Cuma aku rasa kosong. Sangat kosong. Kau faham kan? "

"Faham. Wajarlah, dia kan selalu ada kat sisi kau, tapi sekarang dia menghilang. Memang kau akan rasa janggal."

"Tadi ibu dia jumpa aku.."

"Dia cakap apa?"

"Lutfi masih tak balik. Ayahnya tak suruh sampai dia tinggalkan geng geng nya. Dan aku.. Hahaha."

"Kau apa? Kenapa kau gelak? Hahaha."

"Aku terlelap dalam dakapan ibu Lutfi."

"Serius? Hahahahaha!"

"Ya. Tau tau, aku dah kat atas katil."

"Mesti kau letih kan?"

"Letih nangis!"

"Hahahaha. Semangat ya, Isabel. Aku tetap ada untuk kau, ayah kau pun. Dia paling terkesan kalau kau sedih terus."

"Aku cuba Maria. Aku pun tak nak tengok ayah duduk rumah risaukan anak perempuan dia tapi dia tak tahu cara macam mana nak pujuk. Hahaha"

"Ayah kau?"

"Yalah. Dia selalu merungut, kalau lah dia ibu, mesti lebih senang dan aku pun lebih selesa untuk meluah kat dia."

"Tapi masalahnya, ibu atau ayah sama saja. Tetap orang yang lebih tua dan arif pasal kehidupan."

"Nahh itulah yang aku cakap kat dia. Sebab tu lah aku rasa dia suruh aku telefon kau, supaya ada orang untuk aku berborak pasal ni."

"Bila bila masa, Isabel. Telinga aku sentiasa bersedia untuk mendengar."

"Terima kasih, Maria."

"Sama sama."

"Eh, kau tak tidur? Esok kerja kan?"

"Urghhhh! Untungnya kau tak payah kerja."

"Hahahaha. Jangan malas, demi duit!"

"Demi duit! Hahahaha"

"Hahahaha selamat malam.."

"Selamat malam. Jaga diri baik baik. Aku sayang kau.."

"Ew."

"Hahahaha hoi aku serius!"

"Hahahaha, okay. Insyallah..Bye.."

?

Dua minggu berlalu. Aku masih lagi tidak mendengar apa-apa khabar darinya. Aku kini semakin terbiasa tanpa Lutfi disisi ku. Cuma pada awalnya saja aku aku bingung harus bagaimana. Hampir saja aku berlari kerumah Borhan untuk bersemuka dengannya tapi egoku melarang.

Lutfi,

Aku tidak marah lagi. Aku jadi semakin mengerti. Mungkin, aku terlalu ikut emosi sehingga aku menjadi terlalu mengongkong dan pada akhirnya aku takut kalau kau akan pergi dari hidup ku. Hal itu sudah pun terjadi, dan semuanya kerana khilafku.

Ibu pernah berpesan, untuk titipkan doa buatmu. Aku lakukan itu. Setiap hari. Sujud aku tidak lagi sama seperti sebelumnya. Kalau dulu aku berdoa akan sentiasa bersamamu hingga akhir waktu, tapi kini aku hanya berdoa untuk kesejahteraan hidupmu. Aku mulai terima kenyataan kalau kau bukan milik aku seorang. Semoga bahagia ya, Lutfi. Apa pun yang kau lakukan.

Aku membelek belek dokumen yang tersusun di atas meja kerjaku. Tempat kerja baru, suasana baru. Sudah seminggu aku disini, tetap saja aku rindukan Maria, Zaki dan rakan kerja yang lain. Semuanya berbeza tanpa mereka.

Aku melihat jam di dinding. Pukul 5. Secepat itu masa berlalu, atau aku yang terlalu lama merenung kertas kertas dimejaku tanpa aku tahu isinya apa. Aku menyusun semua barang di atas mejaku sebelum menutup komputer dan berangkat untuk pulang.

Ketika aku berjalan keluar, aku disapa satu suara. Sebelum aku lanjutkan, ingin aku ceritakan pada saat ini, aku sudah memiliki kereta aku sendiri. Kerana terlalu bosan duduk di rumah, aku meminta ayah untuk membelikan aku sebuah kereta supaya aku dapat keluar berjalan jalan di kotaraya. Tapi kereta nya bukan seratus peratus ayah yang bayar, aku menyambung bayarannya setelah aku mendapat pekerjaan yang baru.

Dimana tadi? Oh ya, aku disapa. Aku disapa satu suara. Aku menoleh ke belakang. Dia yang duduk di sofa di ruang tetamu lantas bangkit. Aku tersenyum girang. Sudah agak lama sebenarnya kami tidak bertemu. Tapi dia tidak.

Dia yang aku maksudkan ialah Maria. Wajahnya terlihat muram, tiada tawa mahupun secebis senyuman darinya. Aku cuba bertenang tapi aku tidak dapat membohongi hatiku yang risau.

"Maria.."

"Isabel..Lutfi..Lutfi dah meninggal.. "

Jantungku bagai jatuh dihempas ke bumi. Aku membulatkan mataku, terkejut. Aku tidak tahu harus bagaimana untuk merespon kepada berita buruk ini. Aku masih lagi berdiiri kaku. Fikiran aku melayang, mengingati saat akhir aku bersamanya, iaitu dua minggu yang lepas.

Maria memeluk tubuh ku dengan erat.

Aku melihat ke luar jendela. Hari yang mendung seakan turut berduka cita atas berita tentang kehilangan Lutfi. Tubuhku merasa lemah sangat lemah. Kalau dapat dirasakan tangan aku ketika itu, pasti korang akan berfikir apa aku manusia ataupun tidak. Soalnya, tangan aku terlalu sejuk. Sesejuk kutub utara.

Andai kata aku tidak terlalu ego dan berani untuk berdepan dan melawan emosiku. Mungkin aku boleh jadi orang yang berada disisinya, disaat dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Menurut Maria, dia meninggal kerana kemalangan dan bukannya disebabkan oleh diserang kumpulan lawannya ketika bertempur. Bahkan dia dan yang lainnya tidak sempat menyerang. Itu kerana dia merasa tidak senang hati sejak aku pergi meninggalkannya. Tapi siapa sangka itu sebenarnya tanda tanda yang dia akan meninggalkan dunia untuk selamanya.

Allah kabulkan doaku, Allah lindungi dia. Terima kasih Ya, Allah.

Dan dengan tiba-tiba dadaku terasa sesak. Aku menahan dada ku yang sakit sambil mulutku tercungap-cungap cuba menarik seberapa banyak oksigen yang paru-paru aku perlukan. Maria yang panik langsung menjerit untuk meminta tolong dan sebaik sahaja aku sedar aku sudah pun berada di hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience