Seperti kata maaf dari Lutfi, cuti sakit ku juga tidak sebegitu lama. Nak tak nak aku terpaksa turun kerja juga hari ini walaupun pada hakikatnya aku masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Mungkin sakit kepalaku makin membaik, tapi hati aku masih lagi belum sihat dari luka kelmarin.
Aku menatap jam dinding yang tidak berhenti berdetik. Sejak menghantarku pulang kerumah semalam, kelibat Lutfti tidak muncul tiba. Dia sesungguhnya sukar dijangka, kalau hari ni dia peduli, esoknya dia abaikan. Kalau hari ni dia jujur, esoknya pula dia akan berahsia.
Tindakannya itu justeru yang membuat aku berfikir kalau selama ini, semua yang dia lakukan terhadap aku itu cuma sekadar membalas jasa ayah. Aku mengeluh berat lalu berjalan menuju ke meja makan. Air kopi yang sudah pun terhidang di hirupku sebelum sling bag yang disangkut ku di kerusi, di ambil.
Aku melangkah keluar dengan hati yang tenang. Apa pun yang terjadi, aku harus hadapinya dengan senyuman.
"Bik, Isabel pergi dulu!" Jeritku lalu beredar.
?
Setiba aku dihadapan pejabat, tanganku ditarik oleh seseorang. Aku menoleh kebelakang. Aku rindu. Walaupun aku tidak menyatakannya secara zahir tapi batin aku tahu yang aku rindukan dia. Wajahnya yang agak polos kini berubah wajah. Dia tersenyum begitu juga aku.
"Asalamualaikum, Lutfi."
"Walaikumusalam, awak sihat?"
"Kalau tak sihat, takkan saya datang kerja."
"Oh ya, hehehehe."
"Lutfi!" Jerit satu suara dari arah belakang Lutfi. Kami berdua serentak menoleh ke arah suara itu.
"Zia?"
"Lutfi, Borhan nak jumpa awak sekarang!"
"Kenapa dengan Borhan?" Aku mencelah. Aku tidak boleh berdiam. Atau mungkin rasa ingin besaing dengan Zia membuat aku mulai berani bersuara. Zia memandang aku kosong.
"Saya takda masa untuk jelaskan sekarang. Saya pergi dulu." Ujar Lutfi lalu beredar, sekali lagi aku kalah dengan Zia.
"Lutfi!"
Aku menjerit namun tidak diendahkan olehnya. Tidak dapat berbuat apa aku hanya mampu memerhati mereka berdua dari kejauhan. Aku mengerutkan dahi ku, cuba mencari cara untuk menyiasat apa yang sedang berlaku. Aku peduli, aku risau tapi pada masa yang sama hatiku bagai ditusuk, sakitnya tidak dapat aku jelaskan.
Melihat dia pergi dengan Zia dan membiarkan aku terkulai sendirian itu menghancurkanku. Luka kelmarin saja belum sembuh, ditambahkan lagi dengan luka yang baru. Dan bodohnya aku masih lagi berharap. Aku cuba menahan air mataku dari terus jatuh.
Disnilah bermulanya sebuah penyelasan kerana salah faham dan ego, yang membuatkan aku ingin kembali ke masa lalu atau lebih baik kalau dilahirkan dan dipertemukan dengannya semula. Tapi dalam versi yang lebih baik, yang lebih bersedia dari segi mental.
Kejadian itu membuat Lutfi mengelak dariku. Setiap kali aku cuba untuk menelefonnya pasti susah untuk disambung. Ditanya ibu, jawapannya pula keluar. Dengan siapa, dia sendiri tidak pasti. Tapi aku tahu, pasti dengan Zia.
Aku mulai curiga dengan apa yang diperkatakan oleh Zaki. Mungkin ada benarnya dia mula mengikuti geng nya itu semula dan dia lakukan itu kerana Zia. Tapi mengapa?
Aku tak berniat nak masuk campur hidup Lutfi tapi aku inginkan penjelasan darinya. Apa aku harus melutut merayu, baru dia sedar yang aku cuma peduli dengannya? Aku tak nak dia ulangi kesilapannya yang lalu. Aku tak nak tengok dia kehilangan orang yang dia sayang untuk sekian kalinya. Atau mungkin orang dia sayang akan kehilangnya kali ini.
?
Aku menghempas tubuhku di atas katil, telefon bimbit yang ada di atas meja solekku di ambil. Aku mencuba untuk mendail nombor Lutfi namun hampa. Aku mengeluh berat. Kipas syiling yang tidak berhenti berpusing ditenung lama dan dengan tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat nama di skrin yang bercahaya. LUTFI.
"Hi, kenapa susah sangat nak cari awak" lancar saja aku mengatakannya.
"Eh tak lah. Ni dapat.
"Lepas ke seribu kali."
"Awak hitung? Hahahahahaha"
"Saya serius. Awak pergi mana?"
'Saya sibuk."
"Awak sibuk buat apa? Siapa perempuan Zia tu? Kenapa dia dengan Borhan?"
"Sejak bila awak jadi banyak tanya."
"Kalau awak bagitau kan saya tak payah tanya."
"Ya. Jangan lah risau."
"Kalau awak bagitahu saya takkan risau. Kalau awak angkat panggilan saya, saya takkan tertanya tanya. Di tanya ke ibu, katanya tak tahu. Awak takda kat rumah. Awak pergi mana sebenarnya?"
"Sampai ke ibu awak cari saya?"
"Ya. Saya risau Lutfi. Awak faham tak saya risau!"
"Maaf."
Hanya itu kata yang keluar dari bibirnya. Pelbagai andaian yang berenang dikepala, tapi hanya dibalas dengan kata maaf. Apa dia tahu maaf itu tidak akan pernah cukup?
"Isabel, kalau saya tanya satu soalan, boleh kan?"
"Apa dia."
"Kalau esok lusa saya dah takda, apa awak buat?"
"Nangis lah. Takkan ketawa."
"Kenapa tak boleh ketawa."
"Ihh. Kalau orang meninggal, takkan awak nak ketawa!"
"Ketawalah."
"Depan kubur?"
"Ya."
"Ish!"
"Hahahahahaha. Tapi kalau saya pergi awak jangan nangis."
"Kenapa awak cakap macam tu."
"Jangan persoalkan, itu kan permintaan."
"Ya, tapi mengapa."
"Mengapa apa. Itu kan permintaan"
"Lutfi!"
"Hahahahahaha. Isabel, tidur okay."
"Sekarang? Awak belum jawab lagi soalan saya Lutfi."
"Ya. Tidur dengan nyenyak. Cukup lah risaukan saya selama saya hidup."
"Kenapa awak cakap macam ni, Lutfi. Awak buat apa?"
"Hahahahaha takda apa. Tidur. Sekarang."
Dia menutup panggilan. Perlahan lahan aku meletakkan telefonku di atas katil lalu duduk bersandar. Suara lembut Lutfi yang menyuruh ku tidur terngiang ngiang dibenakku. Mataku yang tiba-tiba mengantuk, dipejam rapat. Bagaiamana dia boleh mengawal fikiranku semudah itu?
Aku kemudiannya membuka mataku semula lalu mengambil buku puisi yang terletak cantik di atas meja solekku. Aku membelek muka surat 91. Aku termenung seketika sebelum membaca bait ayat yang tertaip di atas kertas putih itu, didalam hati.
M/S 91
Jarak Hati
Kepada sosok yang kerap menjelma.
Bayangan samar menyibak nuansa.
Riuh teka-teki yang singgah.
Tersembunyi ditudung munajat semesta.
Jarak hati menjadi titik labuhan asa.
Jarak hati akankah pulih dengan sendirinya,
Jarak hati akankah temui titik temunya.
Semoga tak menjadi frasa pupus dalam labirin sejarah.
Semoga senantiasa terjaga direlung hati yang semestinya.
Tatkala waktu mengungkap tabir yang mengatur,
Tatkala jarak rasa menjadi polemik dalam jiwanya,
Tatkala diam yang menjadi pilihannya,
Pusat doa menjadi titik puncak luapan asanya.
Perlahan memendam semuanya.
Kata berpaling arah menjadi lecutan pada butiran tetes renyuh air matanya.
Jarak hati, serumit itukah rumpun rahasia rasa?
Titik makna yang penuh tanda tanya.
Duhai Diri, hanya menatap teduh.
Dibalut butiran tetes raut embun cermin yang sedang berbincang dengannya, yang menemaninya.
Tatkala jarak hati dalam diamnya menjadi titik tengahnya.
Sebab takut kan merindung berjarak jawabnya.
Menjeda riuh dalam doa.
Share this novel