Setelah beberapa kali memujuk ayah, ayah akhirnya bersetuju untuk mengadakan majlis kesyukuran untuk meraikan Lutfi kembali bekerja keesokan harinya. Bukan dia tidak mahu tapi dia takut kalau tiba-tiba dia terpaksa bergegas kembali ke balai untuk bertugas.
"Kan tak nyaman kalau orang panggil ayah untuk bertugas, tinggalkan diaorang macam tu."
"Ayah ni terlalu memikirkan apa yang orang fikir. Takda apalah, kan ada Isabel dengan bibik."
"Yalah. Tapi.."
"Takda tapi tapi, ayah juga yang selalu cakap kan, jangan terlalu memikirkan hal yang belum terjadi. Itu akan memenatkan."
"Ya. Yalah. Ikut Isabel.."
"Yes!"
Selain dari Lutfi dan keluarganya, aku turut mengajak Maria dan budak intern yang sudah aku ketahui namanya. Zaki. Namanya Zaki. Kesian dia, sepanjang cerita dipanggil budak intern. Hehehehe. Kenapa aku menjemputnya? Kerana dia satu-satunya orang yang dekat dengan Lutfi di pejabat.
Kata Lutfi, Zaki baik orangnya. Dia tidak suka menyibuk hal orang dan melayan semua orang dengan sama rata. Tambahan pula, esok juga merupakan hari terakhir Zaki bekerja di sana. Dia ada ditawarkan untuk terus bekerja di sana kerana prestasi nya cukup membanggakan, tapi dia menolak dengan alasan ingin menyambung ke pelajaran yang lebih tinggi.
"Ini namanya Zaki ya?" Soal ayah Lutfi.
Zaki mengangguk. Dia tersipu-sipu malu. Mungkin kerana Lia yang duduk berdepan dengannya. Lia yang ada di dunianya sendiri sibuk mengaut makanan dihadapannya.
"Berkenan?" Usik Lutfi membuat Zaki bertambah malu.
"Kalau berkenan bagitahu. Jangan simpan."
Aku memandang wajah Lutfi, menanti tindak balasnya saat mendengar ayat Maria itu tadi. Dia hanya tersenyum sambil memandang wajah adiknya yang berada disisinya. Kelihatannya dia sangat santai bagai tidak terasa dengan apa yang di perkataan oleh Maria. Aku tunduk kecewa. Mungkin hanya aku yang terlalu berharap untuk kami berdua menjadi lebih sebatas teman.
Memikirkan hal itu membuat tangan aku tiba-tiba mengeletar. Lutfi yang sedar akan hal itu pantas menarik sudu yang tadinya dipegang olehku. Aku memandangnya, dia membalas pandanganku. Perlahan-lahan aku menarik kerusi dan meminta izin untuk ke tandas. Lutfi mengikuti aku dari belakang.
"Eh budak tu nak ke toilet, kamu ke mana?" Tegur ayahnya.
"Nak ke dapur, ambil air."
Itu yang aku dengar. Aku terus melangkahkan kaki namun sempat ditahan oleh Lutfi. Dia berbisik menyuruh aku mengikutinya ke dapur. Aku patuh.
"Awak kenapa?"
"Takda apa-apa."
"Dah jumpa doktor?"
"Dah. Kurang gula."
"Betul?"
"Itu apa yang doktor cakap."
"Betul?"
"Betul. Saya pergi tandas dulu."
"Pergilah."
Tidak menunggu lama, aku terus berjalan menuju ke tandas. Tujuan sebenar aku untuk ke tandas bukannya untuk membuang air kecil atau besar tapi untuk meredakan keadaanku. Nafasku terasa sangat pendek membuatkan aku tidak senang duduk. Aku tidak mahu orang diluar risau. Makanya aku ke tandas.
Sebaik saja aku kembali ke tempat dudukku, Lutfi memandang aku dengan rasa khawatir. Seperti Maria juga, dia pasti tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh doktor.
"Isabel okay?" Soal ayah. Aku mengelap peluh yang menitis di daguku.
"Okay, kenapa ayah tanya?"
"Muka Isabel nampak pucat."
Jawapan ayah berjaya menarik perhatian semua orang yang berada di meja itu. Pandang semua orang kini beralih ke arah aku. Aku menelan air liur ku, gementar. Perutku memulas dan aku rasa seperti ingin muntah. Peluh ditubuhku semakin deras.
"Mungkin dia letih" Jawab Lutfi.
"Kalau Isabel letih, pergilah berehat. Mesti letih sebab dah susah payah buat majlis ni kan?" Giliran Puan Fatimah pula memegang peranannya sebagai sesorang ibu.
"Eh, taklah. Tak letih. Ayah yang banyak membantu. Bibik juga. Mungkin terlalu banyak fikir kot."
"Kan ayah dah cakap jangan terlalu berfikir, ia hanya memenatkan."
"Ya, ayah."
Setelah selesai makan, aku ke dapur untuk membantu bibik mencuci pinggan. Maria ikut sama. Walaupun berkali-kali ditolak dia tetap keras untuk membantu aku dan juga bibik. Saat bibik pergi mengelap meja makan, Maria terus menyiku aku, membuat aku sedikit terkejut.
"Nah kan mengelamun lagi. Orang tu depan mata pun masih lagi mengelamun."
"Ish!"
"Ayah kau tak tahu ka pasal sakit kau ni?"
"Tak, aku taknak dia risau."
"Habis tu, Lutfi?"
"Baru tahu."
"Terus?"
"Dia macam kau, tak caya aku cuma kurang gula."
"Baru kali ni aku sokong orang tu."
"Hahahahahahaha. Kau masih lagi benci kat dia?"
"Aku tak lah benci dia. Cuma aku tak suka dia."
"Bukan dua benda yang sama ka?"
"Tak. Benci itu terlalu kuat untuk di ucapkan kat sesorang. Tak suka lebih sedap di dengar. Hehehehe"
"Hahahaahahha. Yalah yalah."
"Isabel."
"Apa dia?"
"Kalau kau sedih, jangan segan tau bagitau aku. Jangan pendam."
"Okay.."
"Isabel."
"Kenapa?"
"Ada sesuatu yang aku nak tanya dekat kau."
"Apa dia?"
Maria memanjangkan lehernya kemudian memerhati sekelilingnya, seperti tengah dalam sebuah misi rahsia, dia berbisik kepada ku.
"Tapi aku nak kau janji tak marah."
"Kau tak tanya lagi, macam mana nak marah. Hahahaha"
"Aku serious. Jangan marah okay."
"Okay, apa dia."
"Aku ada nampak Lutfi dengan sesorang perempuan. Aku macam pernah nampak. Tapi tak tahu kat mana."
Aku diam seketika. Maria memerhati reaksi wajahku. Pasti saat itu dia berfikir aku akan menuduhnya berbohong tapi satu hal yang dia tidak tahu, aku tahu tentang perempuan yang di maksudkannya itu.
"Perempuan tu macam mana?"
"Aku tak lah nampak dengan jelas. Tapi diaorang macam rapat."
Aku diam.
"Kau tau dia ada keluar dengan perempuan lain selain kau?"
"Tapi dia bukannya boyfriend aku. Dia ada hak untuk keluar dengan mana-mana perempuan."
"Dia tak pernah cakap dia suka kat kau ka?"
"Tak.
"Tapi lagak dia macam ya."
Maria menyandarkan tubuhnya di kabinet dapur. Tangannya diletak didagu. Besar sungguh masalah aku dengan Lutfi. Boleh mengalahkan masalah dunia, mungkin ya? Hehehehe.
"Lepas tu kau tak tanya?"
"Tanya apa?"
"Tanya kalau dia suka kau ataupun tak."
"Kau gila ka apa?"
"Tapi tak salahkan? Daripada kau terus berharap? Dia perlu tahu, kalau perempuan tu dah sampai tahap adakan majlis kesyukuran untuk dia, maksudnya perempuan tu iklas, serius."
"Berharap tu tak salah, asal aku tahu bila aku perlu mengalah."
"Masalahnya, kau tahu tak bila kau nak mengalah?"
Aku diam. Tidak. Aku tidak pernah tahu bila aku akan mengalah. Tapi aku tahu yang suatu saatnya aku akan sedar kalau semua yang aku lakukan untuknya tidak akan mengubah takdir yang sudah pun tertulis dan mungkin selamanya aku akan terus menjadi bayang-bayang dalam hidupnya. Tidak lebih daripada itu.
Tapi ketika ini, biarkanlah aku menikmati rasanya mencintai dengan pejuangan untuk dapat memilikinya, kerana bagi ku tak semua perjuangan itu membuahkan hasil. Terkadang ianya hanya sebagai bukti tulusnya kita atas sesuatu.
Share this novel