20. LUTFI DAN BLACK DRAGON

Romance Series 3181

  Aku menarik nafas ku sedalam-dalamnya sebelum menghembusnya perlahan-lahan. Udara pagi yang segar dengan embun pagi yang membasahi tanaman membuat aku sedikit kedinginan. Aku mengenakan cardigan bewarna coklat bagi menghangatkan tubuhku.

  Bas berhenti. Aku melangkah keluar dari pintu bas tersebut. Aku menoleh kiri dan kananku sebelum menyeberangi jalan. Jalan raya pagi itu sangat riuh dengan kenderaan yang ingin berangkat ke kerja seperti ku. Melihat bangunan yang tersengam indah di hadapanku membuat aku rasa berdebar, mengingatkan aku kembali saat pertama aku bekerja disini.

  Aura yang tidak enak dapat aku rasakan dari luar. Aku pun kurang mengerti mengapa. Mungkin kerana fikiranku masih lagi terganggu dengan perbualan Lutfi kemarin. Ketawa? Siapa yang ketawa akan kematian sesorang. Aku menggelengkan kepalaku lalu melangkah masuk ke dalam. Maria yang sedang duduk di meja, ku sapa.

  "Isabel, awal hari ni?"

  "Aku naik bas."

"Lutfi tak hantar kau lagi ka?"

  "Dia hak orang lain. Takkan aku nak kacau."

  "Dia langsung tak datang jumpa kau?"

  "Aku cuti saki hari tu, ada lah dia datang. Dia jugaklah yang hantar aku gi klinik, kalau kau nak tahu."

  "Serius? Terus?"

  "Terus apa? Sampai situ je lah."

  "Takkan macam tu je dia punya usaha?"

  "Apa yang kau harapkan? Dia kan dah ada yang lain."

  "Kau sedih?"

  "Sikit kot?"

  "Aku pun sebenarnya ada benda nak cakap dengan kau. Tapi aku tak tahu aku patut bagitahu ataupun tak."

  "Apa benda?"

  "Hmm. Zaki semalam dia cakap kat aku Lutfi tak tinggal kat rumah dia lagi."

  "Hah? Maksud kau?"

  "Katanya dia keluar dari rumah, gaduh dengan orang tuanya."

  "Kau biar betul?"

  "Itu apa yang Zaki cerita lah. Sebab tu lah, Lia macam sedih kebelakangan ni, Zaki bagitahu. Dia pun risau gak dengan Lia. Lutfi pun."

  "Patutlah aku telefon mak dia, dia cakap tak tahu. Keluar."

  "Kau telefon mak dia?"

  "Ya, sebab Lutfi tak dapat di telefon. Tapi puas cuba, dia telefon aku balik."

  "Lepas tu, dia cakap apa?"

  "Dia tak cakap apa. Dia tak cakap pun yang dia gaduh dengan orang tuanya. Dia macam biasa. Kau tahu lah Lutfi tu!"

  "Itulah yang Lia risaukan. Dia pun tak tahu macam mana nak tolong abang dia.. Dia rasa semua tu sebab perempuan tu."

  "Perempuan tu siapa sebenarnya?"

  "Itulah masalahnya! Lia tak nak bagitahu. Tapi aku yakin Lutfi balik semula ke geng nya ada kena mengena dengan perempuan yang namanya Zia tu."

  "Kenapa kau cakap macam tu?"

  "Sebab kalau ikutkan konspirasi teori si Zaki, Zia tu kenal rapat dengan Borhan dan Borhan tak pernah contact Lutfi lepas dia keluar penjara. Nah, tiba tiba lepas kau datang, Zia tu muncul dan libatkan si Lutfi dengan Borhan semula."

  "Maksud kau, mungkin Zia perangkap si Lutfi untuk terjebak dalam geng ni semula."

  "Aku tak nak merangkak sebab fitnah orang lah kan, tapi semua nya macam masuk akal lah. Aku tak pasti apa hubungan si Zia dengan Lutfi tapi aku yakin dia istimewa di mata Lutfi. Kalau tak, dia takkan terpengaruh."

  "Tapi kenapa lepas bertahun-tahun baru si Zia tu muncul?"

  "Itu persoalannya. Aku pun tak faham. Jangan jangan diaorang cuba lindung Zia tak?"

  "Kenapa?"

  "Sebab dia perempuan?"

  "Habis, aku bukan perempuan?"

  "Dia perempuan dan dia terancam kot?"

  "Sebab aku anak polis, aku tak terancam? Selama ni aku keluar dengan dia, dia tak rasa aku akan dibahayakan? Lepas tu, sekarang dia acuh tak acuh dengan aku, dia tak fikir kalau aku dapat dijadikan sasaran mudah untuk pihak lawan diaorang? Aku dalam keadaan yang paling bahaya kalau difiikirkan sekarang Maria, tapi dia lindungi Zia?!"

  Maria menelan air liurnya. Itulah kali pertama dia melihat aku sebegitu marah. Siapa yang mengenali aku tahu kalau aku lah orang yang paling susah marah. Aku akan lebih memilih untuk berdiam dan tidak melawan, kerana menurutku setiap kata yang keluar ketika kita sedang marah itu tidak wajar. Ianya hanya berdasarkan emosi yang tidak tahu mana arahnya.

   Tapi pada saat itu, aku tiba tiba tidak dapat mengawal emosiku, kerana fikiran aku teringat akan kata kata Lutfi yang dia akan lindungi orang yang dia cintai. Berarti betul lah dia cintakan Zia!

  "Aku tak pasti, itu kan konspirasi teori.."

  "Dia memang buat semua tu sebab dia sayangkan Zia. Tak da sebab lain."

  "Isabel.."

  "Balik kerja, aku nak jumpa Lutfi."

  "Aku dengar dia tak masuk.."

  "Aku pergi rumah Borhan. Aku tahu dia memang tidur kat situ."

  "Aku ikut kau."

  Aku memandang wajah Maria agak lama sebelum bersetuju dengannya. Mesti di fikirannya ketika itu, berfikir kalau aku akan berbuat hal yang tidak diingini. Seperti kata orang, bila kita bertindak dengan emosi yang tengah meledak marah, orang yang kita sayang pun mampu dibunuh. Itu karena, saat itu bukan kita tapi syaitan, yang sudah pun merasuk ke dalam tubuh.

?

  Pulang saja dari tempat kerja, Maria membawa aku ke tempat yang aku ingin tujukan. Walaupun cuma sekali aku ke rumahnya si Borhan, tapi aku masih ingat jalan untuk ke sana. Mungkin disebabkan rumahnya yang dekat dengan Lutfi.

  Setiba di depan rumahnya. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku mencuba untuk tidak membiarkan rasa amarah yang ku pendam selama 8 jam itu menguasaiku. Maria mengenggam tanganku dengan erat bagi memberi semangat. Aku memandang wajahnya sekilas sebelum membuka pintu kereta.

  "Lutfi!" Jeritku dari luar.

  Ternyata kaedah menarik nafas dan hembus perlahan lahan tidak berkesan. Melihatnya duduk santai di luar dengan gitar ditangannya, bersama sekumpulan lelaki yang tidak aku kenal, membuat aku kembali marah. Sedangkan keluarganya, aku dan rakannya yang lain separuh mati risaukan keadaaannya.

  Lutfi yang terkejut dengan keberadaanku ketika itu pantas meletakkan gitar yang dipegangnya tadi, disisinya dan lalu bangkit. Dia membulatkan matanya, seakan tidak percaya yang aku saat itu berdiri di hadapannya. Aku melihat wajah kawannya seorang demi seorang sebelum aku mengembalikan pandanganku ke arahnya.

  "Isabel, apa awak buat kat sini?"

  "Apa rancangan awak hah?"

  "Rancangan apa? Apa yang awak merepek ni?"

  "Kenapa awak dekat sini?"

  "Ini kan kawan kawan saya? Takkan saya tak boleh melepak kat sini."

  "Oh jadi ini lah Isabel? Anak polis yang kawal kau tu?" Kata salah seorang dari rakannya yang aku percaya Borhan. Dia tersenyum sinis membuat aku semakin meledak marah.

  "Hoi, sekurang kurang anak polis ni dapat elakkan dia dari terus jadi pembunuh!" Jeritku. Mata Lutfi terbuntang melihatku. Kalau ikutkan hatiku, ingin saja aku menumbuk muka si Borhan yang angkuh dan selekeh itu.

  "Isabel!"

  "Apa?! Betul kan! Apa yang awak cuba selindung Lutfi? Jelas jelas kawan kawan awak ni tak betul! Apa yang awak cari sebenarnya?!"

  "Dia orang kawan saya Isabel.."

  "Jadi? Ini yang awak panggil kawan? Yang rosakkan masa depan awak? Yang sumbat awak masuk penjara? Hah?!?"

  "Dia orang tak da kena mengena dengan saya masuk penjara okay, Isabel."

  "Tapi sekarang ya kan?!"

  Lutfi diam.

  "Kenapa diam? Jawablah!"

  "Aku tak pernah berkasar dengan kau, Isabel. Jangan paksa aku."

  Mendengarnya mengenakan aku kau membuat hati aku sakit. Walaupun nada suaranya masih lagi rendah tapi hati ku tetap sakit Aku pun tak tahu kenapa. Tapi pokoknya sakit.

  "Kenapa? Apa bezanya dengan sekarang hah?! Awak dah cabar tahap kesabaran saya."

  "Kau fikirkan kesabaran kau? Habis aku?! Kau tak fikir ka yang selama ni kau dah kawal hidup aku? Ini yang aku nak selama ni, Isabel! Kau tak boleh ubah aku!"

  "Lutfi! Apa dia orang semua ni dah buat sampai awak jadi macam ni?!"

  "Ini bukan masalah dia orang tapi kau! Kau dan ayah kau!"

  Tanpa sedar air mataku mula berlinangan. Tidak dapat aku nyatakan sama ada aku geram, marah ataupun sedih. Ayah berusaha untuk memberikan peluang kedua dengan harapan Lutfi akan berubah tapi sebaliknya yang terjadi. Lutfi merasakan yang ayah mengongkong kehidupannya. Begitu juga aku.

  "Saya akui saya gagal. Saya gagal selamatkan awak tapi sekurangnya saya berusaha untuk selamatkan awak, sehinggakan saya lupa yang perlu diselamatkan itu sebenarnya saya dan bukannya awak.." Suaraku begetar menahan rasa yang dipendam.

  Aku menatap wajah Lutfi untuk kali terakhirnya sebelum berlalu pergi. Aku tidak perlukan lagi penjelasan darinya. Kini sudah jelas yang aku dan ayah cuma beban buat dirinya. Dia tidak pernah memerlukan aku mahupun ayah. Ini yang dia mahu. Kebebasan, walaupun harus tidur di balik tirai besi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience