"Eh Zaki!"
"Surprise! Hahahahahaha"
Seawal pagi lagi aku dikejutkan dengan kewujudan Zaki di pejabat. Dia dan Maria yang berada di kaunter hanya tersengih. Ada ada je agenda dua orang ni! Hehehehe.
"Apa kau buat kat sini?"
"Mana Lutfi?"
"Aku ikut ayah aku tadi. Motor Lutfi, ada masalah. Entah kenapa, mati kat tengah jalan. Nasib baik ayah dia tak kerja."
"Macam mana dia nak hantar dokumen?"
"Dia guna kereta ayah dia lah, kan ayah dia tak kerja."
"Oh faham faham. Kopi belum meresap ke otak. Hehehehe. Sebut pasal kopi, nah. Untuk orang yang aku sayang. Zaki belanja. Hahahaha" Ujar Maria sambil menghulurkan kopi dari Starbucks itu.
"Terima kasih, tuan." Ucapku sambil mengangkat kopi itu sedikit ke atas.
"Berbalik pada kau, kenapa kau kat sini."
"Aku kerja balik sini."
"Serius?!"
"Ya! Masih ingat kan syarikat yang tawarkan aku kerja tu dulu?"
"A'ah."
"Dia orang memang tawar gaji besar. Tapi aku rasa kosong macam ada yang kurang."
"Kurang apa?"
"Kurang korang."
"Awww abang Zaki! Dah lah belanja Starbucks, sweet nau!"
"Hahahaahaha. Jodoh orang Maria."
"Hehehe. Aku pun tak hingin."
"Ish!" Aku memukul bahu Maria. Dia hanya tersengih-sengih.
"Yang jodoh itu satu hal."
"Apa dia?"
"Lutfi takda bagi tahu?"
"Bagi tahu apa?"
"Pasal aku dan Lia?"
"Takda."
"Esok aku akan merisik Lia."
"Hah? Serious?"
Aku membulatkan mataku, begitu juga Maria. Siapa sangka secepat itu hubungan mereka melangkah ke fasa yang seterusnya. Aku saat itu terus berfikir, mungkin sebab itulah Lufti tergesa-gesa tempoh hari dan pergi bertemu dengan Borhan semula. Mungkin dia nak jemput ke majlis merisik itu nanti.
"Ya! Sebab tu lah aku cakap kat bos, sebelum aku tanda tangan surat rasmi tu.. Rasa bersalah minta cuti sebab kan baru je datang kerja hari ni, tapi dia cakap takpa, sebab aku staff yang dia suka. Apapun aku minta dia bagi. Hahaha."
"Cieeehhhhh kenapa kau tak minta Ferarri?"
"Hahahaha atau pun lamborgini?"
"Hahahaha! Eh, kalau aku minta, daripada jadi best staff terus jadi staff dia tak nak tengok seumur hidup. Penuh muka aku kena tampal satu building ni."
"Hahahahahaa. Di banned."
"Dia tak tampal, dia bentangkan terus guna kain yang ada muka kau!"
"Hahahaahahahaha!"
"Apapun, congrats tau Zaki."
"Ya, congrats."
"Korang kena datang tau. Isabel kena sihat."
"Macam mana kau tahu aku sakit?"
"Aku dah lama sangat bertengek kat meja si Maria ni hah. Apa je yang aku tak tahu. Hahahahaha."
"Ish kau ni!"
"Hehehehe. Kawan juga kan?"
"Yalah, aku akan cuba untuk sembuh. Tapi kalau aku sakit pun aku tetap akan pergi."
"Tapi itulah, aku pun tak sangka secepat ni hubungan aku dengan Lia."
"Kalau dah memang jodoh kan.."
"Macam lagu Michael Jackson, smooth criminal."
"Hahahaahaha!"
"Hahaha. Sedap tak kopi tu?"
"Orang belanja, mestilah sedap."
"Kan, lagi lagi kalau darah manis yang belanja"
"Hahahahaha! SETUJU!"
"Eh, aku ada sesuatu nak cakap dekat kau." Kata Zaki. Jantungku tiba-tiba rasa berdebar, gementar.
"Kau nak tanya dia apa."
"Lia cakap, Zaki akan bawa seseorang kat majlis tu."
"Oh, Borhan kot."
"Perempuan." Aku tertunduk diam.
"Perempuan mana?" Soal Maria bagi pihak aku.
"Aku tak pasti lah, Maria. Lia cuma cakap perempuan dan ada sesuatu Lia cakap."
"Apa Lia cakap?" Zaki berdiam agak lama.
"Uhm. Aku tak pasti betul atau tak lah. Tak payah lah."
"Kau tak bagitahu aku pecah gigi kau nanti." Gertak Maria.
"Ish kau ni! Aku belanja kau Starbucks, tau!"
"Aku tak peduli! Cepatlah cakap!"
"Perempuan tu..Aku tak tahu macam mana lah nak mula. Apa kata kalau kau tanya dia sendiri Isabel."
"Tak pa lah. Aku tak kisah. Aku takda hak pun kat atas dia."
"Bukan tu masalahnya. Ermm.."
"Cakaplah cepat, apa dia!" Bentak Maria.
"Lia cakap dia syak yang Lutfi balik ke geng lama dia dan perempuan tu ada kaitan dengan kenapa dia balik ke geng lama dia."
"Sebab tu dia kerap jumpa Borhan kebelakangan ni kan?"
"Aku tak pasti lah tapi hubungan Lutfi dengan keluarga dia sekarang dalam keadaan tak berapa baik. Aku ada lah cakap kat Lia, suruh tangguhkan kalau cam tu tapi Lia cakap, Lutfi tak suruh."
"Terus?"
"Jadi kita teruskan lah."
"Lutfi ada tak esok?"
"Ada. Dia dah janji kat Lia."
"Maksud kau? Dia takda kat rumah?"
"Aku tak patut cakap hal ni lah."
"Takpa Zaki. Kau tak payah risau. Aku takkan marah dia."
"Kenapa kau tak marah dia? MASALAH ni libatkan kau, Isabel."
"Aku takda hak."
"Takda hak?! Ini melibatkan maruah kau Isabel! Sampai bila kau nak diperbodohkan hah?!"
"Aku tak rasa aku diperbodohkan."
"Oh ya?" Soal Maria dengan tegas. Tangan aku yang entah sejak bila bergetar diangkatnya tinggi. Aku terkejut.
"Ini apa?"
"Kan aku ada masalah kurang gula." Kataku lalu menarik tanganku dari genggaman Maria.
"Jap, kau kenapa Isabel."
"Dia ada masalah lebih dari kurang gula. Aku tahu! Semua sebab laki tak guna tu kan? Aku perasan benda ni jadi lepas dia datang dalam hidup kau!"
"Maria."
"Apa? Betul lah! Kalau ku jadi kau dah lama aku serang dia Isabel! Aku dah cakap dia tu toxic! Kau memang tak cakap atau mungkin kau sendiri pun tak sedar, tapi aku nampak yang dia memang beri kesan kat mental kau." Bentak Maria. Zaki hanya diam.
Maria betul-betul marah pagi itu. Kalau ikutkan hatinya, ingin saja dia pergi ke rumah Lutfi dan menyerangnya. Tapi akal warasnya yang masih memikirkan aku, dia terpaksa menahan amarahnya.
Namun harus ku akui, apa yang Maria katakan memang ada benar nya . Lutfi memang memberi kesan kepada mental ku. Aku bahagia sebahagia bahagia nya bila dia buat aku rasa akulah wanita yang dia paling cintai dimuka bumi ini, dan aku boleh jadi terlalu sedih sehingga tidak lalu makan kalau dia melakuakan sesuatu hal tanpa pengetahuanku. Lagi-lagi kalau melibatkan geng nya.
Jujur, memang aku kecewa. Baru saja sehari sebelumnya dia peduli padaku, hari ini aku dapat tahu yang dia sebenarnya melakukan sesuatu dibelakangku. Apa kau mahu sebenarnya, Lutfi? Adakah mengirim Puan Siti ke aku itu hanya wayang sahaja untuk menutupi kesalahan kau?
?
Malam itu, aku tidak makan malam. Tidak ada selera kataku kepada bibik. Nasib ayah bertugas, kalau tidak disuapnya aku. Kerana katanya, seburuk apapun harimu, jangan lupa makan. Makan itu penting. Kata ayah benar, korang yang baca ni pun, pakai nasihat ayah okay. Hehehe.
Setelah selasai mandi, aku hanya terbaring di atas katil. Badan ku terasa lemah. Telefon bimbit ku yang sejak tadi berdering tidak aku hiraukan. Buku yang ada di atas meja solekku, diambil.
M/S 80
Saat sang angin mulai membisikkan tentangnya
Namun aku tak pernah tahu apa maksudnya
Seakan menyentuh, sampai menusuk relung kalbu
Hingga membuat hati ini menjadi bisu
Namun, entah apa isi bisikan angin itu
Yang ku harap hanyalah berita kesenangan
Tanpa disertai dengan kedukaan dalam hati
Namun, nyatanya bukan itu maksud dari sang angin
Hingga rasa gelisah pun mulai tertanam pada hati dengan seketika
Dan membuat penat bertanya
Sedang aku membaca bait puisi itu dengan tekun, telefon aku sekali lagi berbunyi. Aku menatap skrin yang tertera nama Lutfi dengan agak lama. Ada 6 missed calls dari dia. Aku akhirnya menekan butang hijau.
"Hey Isabel."
"Assalamuailakum."
"Walakumusalam. Dah tidur?"
"Kalau saya jawab maksud nya belum lah tu."
"Hahahaha. Ya."
"Awak kenapa belum tidur?"
"Awak jawab dulu."
"Masih baca buku."
"Oh. ayah awak dah tidur?"
"Sudah mungkin. Saya dah dalam bilik. Tak nampak apa kat luar." Tipuku. Kenapa aku menipu pun aku sendiri tak tahu.
"Eh, kalau ada penculik datang macam mana?"Aku diam. Baru kali ini aku tidak terkesan dengan lawaknya. Itu kerana aku masih lagi sebel.
"Saya dimarah ibu."
"Eh, kenapa?" Soalku pura-pura tidak tahu.
"Cuba awak tengok bulan kat luar. Penuh atau separa."
"Dari saya sini macam separa." Balasku sambil lalu menutup tirai bilikku.
"Saya penuh. Tapi tetap cantik kan."
"Ya."
"Isabel, saya minta maaf."
"Kenapa?"
"Takda. Saja nak minta maaf andai saya pernah melukai hati awak."
"Takda. Kadang ada. Tapi dah maafkan."
"Betul?"
"Betul."
"Oh. Esok Zaki merisik Lia."
"Tahu. Zaki bagitahu."
"Oh."
"Awak tak nak jemput saya?"
"Ayah takda?" Aku diam seketika. Itu cuma soalan perangkap. Aku boleh saja menumpang Maria kalau ayah tiada. Aku cuma ingin dia ceritakan hal yang sebenarnya. Yang jujur.
"Maria ada."
"Awak ikut Maria?"
"Kenapa?"
"Saya mungkin takdapat ambil awak."
"Takpa. Eh, Lutfi saya nak tidur."
"Oh, maaf ganggu."
Tidak membalas aku segera butang merah. Hati aku sakit sangat sakit. Terlalu sakit hingga tanpa sedar air mata aku jatuh ke pipi. Macamlah aku tak tahu yang dia tak dapat ambik aku sebab perempuan tu!
Share this novel