8. LUTFI DI SERANG

Romance Series 3181

"Isabel!" Jerit Maria dari meja kaunter. Aku yang baru sahaja ingin masuk ke dalam pejabat dengan serta merta memberhentikan langkahku.

Hari ini aku meminta pelepasan dari HR department untuk masuk setengah hari. Entah mengapa aku terasa sangat letih padahal seharian aku dan Lutfi hanya duduk menceritakan hal masing-masing selepas pulang dari menziarahi kubur Arwah.

"Kenapa?" Soalku. Wajahnya tampak pucat.

"Lut.. Lutfi!" Jerit Maria. Aku yang tadinya santai kini cemas.

"Kenapa dengan Lutfi?"

"Dia.. tadi ada orang datang, di.. dia.."

"Dia kenapa? Jawab Maria, dia kenapa!?"

"Dia diserang, sangat teruk."

Tidak perlukan penjelasan yang lebih, aku sudah tahu apa yang dimaksudkan oleh Maria. Hampir saja aku melutut saat itu. Tubuhku terasa lemah. Mimpi buruk ku terasa mendekat. Aku tahu satu saat hal ini akan terjadi. Tapi kenapa? Dia kan dah lama tinggalkan geng tu semua?

"Lepas tu, dia kat mana sekarang?"

"Kat bilik bos."

"Kau rasa dia kena buang ka?"

"Itu yang paling teruk."

Aku terdiam. Ingin aku lontarkan pelbagai soalan kepada Maria. Tapi dia cuma Maria, takkan ada satu informasi tentang Lutfi pun dia tahu. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Terasa sesak dadaku.

Seharian aku merenung skrin komputer. Sesungguhnya aku tidak dapat memberi seratus persen fokus kepada pekerjaanku. Setiap tugas yang aku lakukan, dilakukan dengan hati yang tidak tenang.

Aku tidak sabar untuk pulang, aku harus bersemuka dengan Lutfi. Aku perlu tahu siapa dibalik semua ini. Walaupun aku sudah dapat meneka siapa tapi aku masih perlukan perjelasan darinya.

Tepat pukul 5 petang, aku segera melangkah kaki keluar dari pejabat. Maria yang sedang sibuk mengemas meja kaunter tidak aku hiraukan. Aku harus bertemu dengan Lutfi. Titik.

Kediaman Lufti masih seperti hari pertama aku kesitu. Rumput-rumput yang menghijau dengan bunga-bunga yang berwarna-warni berseta buaian melengkapi dekorasi taman di luar rumah nya.

"Assalamualaikum.."

"Walaikumusalam" Jawab satu suara. Perempuan. Mungkin Lia, kerana suaranya kedengaran agak muda.

"Hai, Lia." Betul tekaanku.

"Oh, Isabel. Cari abang? Sekejap eh." Katanya lalu menjerit nama Lutfi.

Tidak menunggu terlalu lama, Lutfi sudah pun berada dihadapanku. Hatiku terasa sakit ketika melihat matanya yang membengkak dengan teruk. Bak kata orang, cubit paha kanan, paha kiri yang terasa. Lia yang masih lagi berdiri disitu pantas mengundurkan diri, memberi ruang kepada kami berdua.

"Saya baru perasan rumah awak ada buaian."

"Ayah yang pasang. Ibu suka katanya." Pintu yang masih terbuka menyenangkan kerja Lutfi untuk menjenguk kedalam. "Awak nak ke situ?" Soalnya merujuk kepada buaian tersebut.

"Boleh." Dia segera menutup daun pintu sebelum berjalan menuju buaian. Aku hanya mengikuti langkahnya.

"Sakit?" Tidak menjawab dia hanya menggelengkan kepalanya.

"Mata awak nampak sangat bengkak"

"Dah biasa"

"Awak, awak okay ke tak, boss cakap apa?"

"Saya ambil cuti sementara."

"Siapa?"

"Siapa apa?"

"Siapa yang datang serang?"

"Takda siapa."

"Lutfi!"

"Apa? Saya cakap takda siapa kan.."

"Tipu"

"Terpulang"

"Lutfi.."

"Apa lagi.."

"Diaorang masih cari awak?"

"Bukan.."

"Terus."

"Awak tak perlu tahu."

"Saya perlu tahu, Lutfi. Saya ada hak untuk tahu."

"Tak penting."

"Muka awak dah hancur macam ni awak masih cakap tak penting? Lutfi!"

"Tadi ayah cakap dia nak ajak keluarga awak makan malam. Nanti awak cakap sendiri dengan ayah. Saya masuk dulu. Bye."

Seharusnya dia marah, menjerit seperti mana dia lakukan kepada Maria dulu tapi tidak. Nadanya kedengaran lembut dan santai membuatkan aku semakin risau. Bukan ini yang aku nak dengar Lutfi. Aku nak dengar apa yang berlaku. Siapa dia yang menyerang, dan kenapa. Saat ini aku tidak menghiraukan pun dengan ajakan makan malam yang ayahnya katakan. Aku cuma mahu tahu apa yang terjadi dengannya.

Apa kau ada sembunyikan sesuatu dari aku, Lutfi?

Dia beredar. Angin yang meniup kencang melawan emosiku yang tengah meledak marah. Aku tak faham ada apa dengan Lutfi. Atau apa mungkin aku yang terlalu mengharap lebih darinya? Mengharap untuk terus menjadi yang terutama dalam hidupnya? Mungkinkah keinginan aku berlebihan? Korang nilai lah sendiri.

?

Malam itu, seperti dikabarkan oleh Lutfi, aku dijemput keluarganya untuk makan malam. Menurut ibu, Lutfi enggan keluar kerana tidak ada selera katanya. Aku hanya terdiam saat mendengarnya, aku tahu pasti, dia mesti tidak mahu bersemuka denganku saat ini.

Usai makan, aku membantu ibu mencuci pinggan. Ayah dan ayah Lutfi yang sedang berborak ditemani terang bulan menjadi permadanganku saat itu. Aku tersenyum. Keakraban mereka membuat aku gembira.

"Isabel.." Panggil ibu Lutfi lembut.

"Jangan marah dengan Lutfi, ya sayang.."

"Isabel tak marah mak cik."

"Ish apa mak cik. Panggil lah ibu. Dari dulu lagi, ibu teringin nak anak perempuan.."

"Ehem yang ini anak jantan ke ibu?" Celah Lia yang sejak dari tadi duduk di meja makan.

"Maksud ibu, anak perempuan yang cantik dan lembut macam Isabel.." Pujian dari Puan Fatimah membuat pipi ku meronta kemerahan. Rambut ku diusap lembut. Terasa ingin tidur dbuatnya.

"Ceh. Muka ni datangnya dari ibu juga." Jawab Lia. Mata ibu Lutfi membulat. Aku hanya tertawa kecil melihat petengkaran antara dua beranak itu. Hatiku yang tadinya sepi berubah menjadi riang.

"Budak ni kan..Melawan memanjang." Ujar Puan Fatimah lalu tertawa.

"Tapi jangan risau lah, Isabel. Abang tu tak kemana rajuk nya. Esok lusa tu pandai lah dia cari awak balik. Lia gerenti, dia akan datang dengan muka slambernya, macam takda apa-apa yang jadi dan cakap, 'sorry'."

Lancang saja mulut Natalia mengkritik abangnya itu. Tapi mungkin ada benarnya, nama pun adik kan, mesti dia lebih mengenali siapa Lutfi, dari luar dan dalam.

Aku senyum. Puan Fatimah yang mungkin merasa tidak nyaman pantas mecubit lengan Lia. Lia merengek kesakitan. Bekas cubitan itu tadi digosok-gosoknya dengan bibir yang dicebik. 'Betul lah' Sempat dia melawan tanpa mengeluarkan suara.

Mungkin aku harus mendengar kata-kata Lia, memberi Lutfi ruang untuk menenangkan dirinya. Nanti dia akan dengan sendirinya datang dan meminta maaf. Saat itu, orang yang berada difikiran ku ialah Maria. Walaupun dia bukanlah orang yang tepat untuk aku ceritakan tentang Lutfi tapi aku tahu, macam mana sekalipun, dia pasti peduli.

Jam 10 malam, langit kian gelap membuatkan bulan dan bintang terlihat lebih jelas. Aku dan ayah kemudian meminta izin untuk pulang.

Setiba di bilik tidurku, aku langsung menelefon Maria.

"Kau dah jumpa dia?"

"Dah. Aku dan ayah aku baru pulang dari rumahnya"

"Terus?"

"Dia tak nak bersemuka. Mungkin aku patut bagi dia ruang. Tapi bengkak muka dia boleh tahan teruk."

"Kata tak bersemuka"

"Ada lah. Tapi sekejap."

"Mana tak teruknya, kuat juga dia kena lenyek tadi."

"Dia cakap tak sakit."

"Ceh, nak nampak cool depan perempuan lah tu."

"Hahahahaha."

"Habis tu bos tak pecat dia?"

"Tak. Katanya diberi cuti sementara."

"Baguslah. Kalau tak kesian dia."

"Peduli jugak kau. Hahahaha"

"Sebab kau! Aku sayang kau. Kalau fikirkan dia sorang, dah lama aku letak cili kat mata dia yang bengkak tu. Biar tambah sakit."

"Hahahahaha. Kesian dia."

"Nak kesian apa. Siapa suruh buat keja tak senonoh."

"Dia tak buat dah.."

"Dia cakap?"

"Emm. Dan dia bagitau kalau keluarga arwah Zul masih salahkan dia atas kepermegian arwah. Jadi dia left group. Hahaha."

"HAHAHAHAHAHAAHAH!" Maria ketawa terbahak, laju juga dia tangkap lawak 'left gorup' aku tadi.

"Kau kenal arwah Zul?"

"Kenal. Tak lah kenal sangat tapi satu sekolah, sama lah dengan laki mata bengkak yang kau sayang tu."

"Hahahahahaha."

"Kesian juga Lutfi. Yalah faham, keluarga dia sedih, tapi itu kan pilihan arwah untuk masuk ke dalam geng tu. Bukannya Lutfi paksa dia masuk kot."

Untuk pertama kalinya, aku mendengar Maria menyebelahi Lutfi. Kebiasaanya mesti dia dah mencaci maki si Lutfi sampai kering anak tekaknya.

"Tapi entahlah. Mungkin ada benda kot yang Lutfi tak pernah cerita."

"Tak tahu jugalah Isabel. Apa yang kau tahu itu juga yang aku tahu. Pasal keluarga arwah Zul tu salahkan dia, aku pun baru tahu."

"Kau cuma tahu dia samseng?"

"Ya. Aku tahu dia samseng dan masuk penjara sebab hampir bunuh orang yang bunuh arwah."

"Oooh.."

Banyak hal yang aku ceritakan kepada Maria. Dari bagaimana kami bertemu sampai ke semua hal yang Lutfi ceritakan kepadaku. Dapat ku dengar bunyi tawa Maria saat aku dengan sangat teruja mengatakan yang aku sudah pun menziarahi kubur arwah Zul.

Tapi saat dia menanyakan apa kami berdua kini sudah rasmi bercinta, aku terdiam. Wajahku rasa ditampar. Kami akrab. Keluarga kami juga akrab. Tapi.. Dia tidak pernah menyatakan perasaanya kepadaku, begitu juga aku yang terus memiliih untuk mendiamkan rasa hatiku.

Tapi, mungkin ada lebih baiknya begini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience