Bab 19

Romance Series 15917

Aku mengambil sepasang subang mutiara asli. keunguan berikat emas berkilauan dan dipakaikan ke cuping telinga yang bertindik. Sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Dipaut kegembiraan akan kenangan yang membahagiakan. Sepertinya irama sedang bersenandung dan khayalan kewujudan rama-rama mengepak-ngepak mewarnai di persekitaranku.

"cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta..."

Rambut pendekku yang didandan gaya curly diteliti kemas. Kepalaku ditoleh separa ke kiri dan ke kanan.

" dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi oh..."

Pandangan beralih ke batang tubuhku. Busana rona putih suci. Dari fabrik satin silk labuh yang agak kembang di bawahnya ditelek sekilas.

"cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari..."

Elegannya aku dan tampak begitu mewah dengan hiasan batu permata berwarna biru gerau di keliling pinggang. Tidak terlalu sendat.

"wajahnya yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini
Fana ini..."

Imbasan melalui cermin bulat itu memantulkan gambaran keanggunan aku, Alma Zhufairah.

"tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi.."

Aku berpusing setempat. Perlahan. Sedikit ujub dengan diri ku yang sangat lain waktu ini. Luarbiasa. Sungguhpun begitu tidak lah ke tahap mendabik dada. Imaginasiku sahaja yang giat membayangkan selaut jejaka-jejaka kacak berlutut sambil memegang sejambak bunga mawar. Berebut-rebut, bercakaran demi meraih kesempatan berdampingan dengan si puteri idaman. Ceh...

"tiada sempadan
Tak bisa ku lewati..."

Setelah berpuas hati. Aku mencapai sepatu bertumit tinggi rekaan jimmy choo di tepi almari. Kemudian disarungkan mudah.

"cinta ini hakikatnya
Aku serah kan jiwa dan ragaku
Menanti mu walau sengsara
Jika ini ketentuannya..."

Nafas dihela. Kaki mula melangkah tertib. Berdetak-detup.

"cinta ini hakikatnya
Aku serah kan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya
Kau kan... jadi milikku..
Jua..."

Pintu dikuak dari dalam dan aku terkedu dengan pemandangan yang merobek-robek tangkai hati ini. Berkecai bak kaca bertaburan. Serpihannya menusuk merobohkan impian yang tersimpan. Meskipun aku sebenarnya sama sekali tidak layak merasakan 'itu'. Hancur... Aku yang bodoh kerana terlalu berangan-angan. Lagu 'bagaikan sakti' sepatutnya didendangkan dan dihayati oleh....

Figura dua manusia berlainan jantina itu. Mereka tersentak. Si jejaka dengan pantas meleraikan pelukan. Berpura-pura menepuk habuk yang mustahil hinggap di sut berjenama Giorgio Armani di badan sasanya. Manakala wajah si hawa sudah memerah. Aku segera menundukkan pandangan dan terus menapak laju. Buat-buat buta.

" tunggu..." langkah terbejat. Lambat-lambat aku berpaling.

Zulfan Anas mendekat sejurus menyeluk poket seluar. Masih berjarak. Kami bertatapan seketika. Sebelum aku melarikan anak mata saat lelaki itu tidak mahu beralah memutuskan pandangan.

"Qaireen, pergi turun. I have something to talk with her..." arah Zulfan Anas. Sedikit pun tidak menoleh ke arah wanita itu. Malahan memanah tidak lepas Alma Zhufairah yang agak gelisah. Saling menghadap.

Aku jelasnya tidak selesa diperhati sedemikian rupa. Jantung mengepam deras. Mungkinkah aku bakal dihukum kerana secara tidak sengaja menjadi batu penghalang akan adegan intim merpati dua sejoli itu tergendala. Seandainya betul. Aku berdoa dan berharap. Zulfan Anas menitah perintah agar aku tidak turut menyertai ke majlis perkahwinan sepupunya nanti. Bukan kerana pengaruh keterlukaan dek bibit-bibit kemesraan yang mencemar mata dan meregut sanubari.

Pokoknya aku perlukan rehat. Teramat lelah dengan kejadian tidak terduga. Sudahlah masih dihantui dengan peristiwa menakutkan di siang hari yang hampir meragut nyawaku itu. Menjelang malam pula dipaksa mengiringi suami dan isteri ini ke tempat keramaian yang pastinya dipenuhi golongan elit dan orang-orang ternama. Seperkara yang membuatkan aku sukar untuk menghadam di sel-sel otak. Pentingkah aku yang bertaraf orang gaji ini berada di sana? Mungkin Zulfan Anas sudah mereng.

"ya abang..." Qaireen sekadar menurut. Secebis cemburu pun tidak bertamu. Dia sendiri ingin cepat beredar ekoran tertangkap sedang bercumbuan rakus. Tenggelam dalam keghairahan beradu asmara bersama Zulfan Anas di antara laluan bilik Alma Zhufairah dan menghala ke tangga. Segan berlama-lama di situ.

Usai kelibat Qaireen berlalu. Zulfan Anas selamba merapatkan lagi jurang. Hujung kasut kulitnya bertemu ibu jari kaki Alma Zhufairah yang terdedah. Bola mata kehitamannya galak merenung wajah si gadis. Semuanya terletak sempurna. Bibir mungil itu paling menguji naluri jantannya. Terasa mahu dijamah. Di sentuh.

Namun hasrat yang membuak-buak itu ditahan. Gelora dipancing menjinak. Qaireen dianggap simbol berpaksikan hawa nafsu semata. Tetapi berbeza pula dengan Alma Zhufairah. Walhal banyak kali dia menyakiti wanita itu. Namun penyudahnya hanya kekesalan yang menyeksa jiwa.

" Angkat muka kau..." tegas Zulfan Anas. Akal jahatnya kini akan kembali berlangsung. Seseorang bakal disingkirkan. Drama sadis yang telah direncanakan sejak awal.

Aku menggigit bibir. Teragak-agak. Perlahan-lahan mendongak. Wajah serius Zulfan Anas itu payah untuk ditafsir.

"T-tuan n-nak cakap apa?" bertanya dalam keadaan tergagap.

Zulfan Anas diam. Sorotan matanya terpandang anting-anting kepunyaan Alma Zhufairah. Jarinya spontan menguis-nguis aksesori bernilai ribuan harganya itu. Sesekali melirik wajah jelita di hadapannya. Mahu melihat ekspresi Alma Zhufairah. Nyata wanita itu teramat kekok tetapi tidak mengelak. Pipinya sudah bertukar seperti buah tomato. Ah, cantik!

"tak sia-sia aku pilih...nampak padan pada kau. Tak boleh disangkal kau berseri-seri. But... Keburukannya. Aku percaya, penampilan kau ni boleh menjentik perhatian 'langau-langau' dan 'buaya darat' menjual ayat-ayat kalah madu. Terpulang macam mana kau nak melayan. Untung-untung ada mungkin terpikat nak peristerikan kau...Apapun aku bagi satu amaran untuk kau ingat Alma..."Zulfan Anas menunduk dan berbisik di celahan leher Alma Zhufairah yang putih bersih.

Sengaja menghidu wangian wanita itu. Bauan yang sama. Tangan kekarnya dikepal berbentuk penumbuk. Tersilap percaturan. Keegoaannya pula melambai-lambai meruntuh. Zulfan Anas berlawan-lawan dengan gelojak hati yang berhajat sungguh mengucup dan membelai si gadis. Kesialan!

Pelan busuk itu harus dilaksanakan tekadnya. Mara dan terus mara. Dia tidak sepatutnya berbelas kasihan. Tidak! Tidak!

" ke kutub utara balik ke selatan pun. You're mine. Always,... Always... " suara Zulfan Anas kedengaran keras. Aku menelan liur. Tanpa pamitan jejaka itu meninggalkanku terkulat-kulat. Maksudnya?

______________________________

Aku terkagum. Villa Bunda yang tersergam indah ini melalaikan. Aku tertegak tidak berganjak hinggakan Puan Qaireen terpaksa datang menegur.

"Kak Alma tengok apa tu? Ke akak kurang sihat? " Puan Qaireen menunjukkan mimik muka kerisauan. Automatik aku meneutralkan semula diri ini. Tersengih memandangnya.

"takdalah Puan. Cuma rumah ni lah. Bukan setakat besar tapi uniknya memang memukau. Terpaku saya..." ujarku dengan nada teruja.

Puan Qaireen menguntum senyuman lebar. Telahan Alma Zhufairah tepat pada sasaran. Keistimewaan senireka kediaman ibu saudara Zulfan Anas itu tidak dinafikan boleh menawan hati sesiapa pun. Bercirikan klasik moden. Lebihan pula, wanita separuh abad itu menikahi seorang lelaki berstatus menteri yang kaya-raya. Hartanya dikatakan berbillion-billion.

"saya faham tu. Dah mari kita masuk. See... bos akak dari tadi menjeling aja kerjanya. Sebelum sang singa mengamuk---"

" Okay. Okay... " aku memotong bicara seraya memimpin tangan lembut Puan Qaireen sejurus menyambung perjalanan yang terhenti. Matilanak.

Qaireen terkekeh ketawa. Tergeleng-geleng dengan kekalutan Alma Zhufairah yang mencuit hatinya. Sampai terpijak kain gaunnya sendiri. Mujur tak tersandung pasu antik berhampiran. Kak Alma... Kak Alma...

"korang berdua main wayang apa pulak? Jangan bagi bola tanggung boleh?" Zulfan Anas bertanya garang sambil bercekak pinggang. Tajam memandang aku dan Puan Qaireen silih-berganti. Suaranya direndahkan sehabis baik supaya tidak menarik tumpuan tetamu undangan yang lain.

Aku mengerling sekilas Puan Qaireen yang tertunduk membisu. Berpunca dari aku dan sewajarnya aku juga wajib menyelesaikannya.

"Tuan, saya yang salah dalam hal ni. Please jangan marah Puan Qaireen. Saya mohon..." aku membuat pengakuan ikhlas. Zulfan Anas berdecit. Lidahnya menolak ke dinding pipi kanan.

"whatever... Lekas Qaireen! " Zulfan Anas merentap kuat lengan wanita itu dan tergocoh-gocoh bergerak ke depan. Aku terkebil-kebil. Kemudiannya mengeluh kecil.
Apalah malangnya nasib asyik ditinggalkan berseorangan. Ke mana aku hendak membawa diri? Mata meliar. Perut digosok menandakan aku sedang kelaparan. Hah! Di sana. Di sana. Hidangan makanan Buffet bersusun di sudut tidak jauh dariku. Destinasi habuan cacing dituju pantas.

Wow! Menyelerakan. Tanganku lincah mengisi pinggan dengan lauk-pauk. Pencuci mulut juga tidak terkecuali. Creampuff durian kegemaranku. Sedapnya!

"Hai! Si manis...Apa bisa kita berkenal-kenal?" sapaan suara bak romeo itu membantutkan pergerakan jemari ini. Aku berpusing ke belakang.

Terpana.

Tampan. Rambutnya agak panjang tetapi disisir rapi. Kulitnya cerah. Berkumis nipis. Jawline menonjol seksi. Hidung mancung. Pakej berlesum pipit. Tidak lain tidak bukan pasti berkacukan belanda. Segak dan... aku terpesona. Tidak berkelip-kelip. Lelaki itu pula melorek senyuman menggoda. Semakin aku terpaut. Eh. Alma Zhufairah, bangun!

"erm...excuse me..." tuturku laju. Apabila melintasi jejaka asing itu. Aku dikejutkan dengan ungkapan yang di luar jangkaan.

"kamu ini tawanannya Zulfan Anas bukan?" nada bersahaja. Tenang.

" Siapa awak? Apa hubungan awak dengan dia? " aku menyoal tanpa menghiraukan pertanyaannya. Lelaki itu berpeluk tubuh. Menatap aku atas bawah beberapa kali. Kekal tersenyum.

"saya Aditputra...anak kedua tantenya Zulfan Anas. Wardah...pengantin itu adalah abang kandungku. Apa kamu udah jelas sekarang cintaku si cantik Alma... " terangnya. Perkataan terakhir ditekan meleret. Mulut melopong. Dia tahu nama aku?

" kamu tutup mulutnya duluan dong. Serangga seperti lalat tidak berterbangan di sini. Saya khuatir angin menjemput masuk dan kamu bisa kembung sayangku.. " Aditputra menolak daguku ke atas perlahan. Seraya mengenyitkan mata. Aku kesipuan.

" Alma, saya fikir tentunya lebih nyaman kita ngobrol berduaan di meja sana. Usah takut sih... Saya pria tulus. Gentleman. " pelawa Aditputra. Nadanya memujuk. Aku dalam dilema. Masalahnya...Haish.

"why not..." aku akhirnya membuang perasaan negatif. Sambil menyelam minum air. Aku ingin menyelidik sesuatu berkenaan Zulfan Anas. Manalah tahu lelaki itu boleh membantu aku melarikan diri dari cengkaman lelaki bergelar Zulfan Anas yang memenjarakan kehidupan seketul Alma Zhufairah.

" silakan duduk..."Aditputra menarik kerusi. Kembang setaman hati ini. Aku membalas dengan ucapan terima kasih. Tidak terlupa senyuman simpul memekar di bibir.

" asal saja kamu tahu Alma. Kedatangan dirimu dinanti-nanti. Saya enggak berbohong... " ungkapan Aditputra semasa melabuhkan punggung di sampingku. Menatap penuh makna.

Kening hampir bercantum. Aku keliru dan di belenggu seribu satu persoalan. Zulfan Anas menjaja cerita peribadi aku kepada mamat ini ke?

" saya tak faham dan bertambah pening." luahku perlahan. Lantas dengan bermuka tembok merampas minuman kepunyaan Aditputra yang belum terusik itu. Kesedaranku? Tiada.

"iya benaran...saya ngerti. Kamu runsing akan ngomonganku. Relax Alma... Ini baru sedikit. Ada surprise lainnya dan pasti saja lebih seru...aku enggak sabar lagi menikmatinya." Aditputra tersenyum sinis. Mukaku berkerut. Berbelit-belit bingung. Lelaki ini berniat apa sebetulnya. Dia jujur dan baik atau sejenis musang berbulu ayam. Tiba-tiba aku merasa jengkel.

" Aditputra...saya--" aku memegang kepala yang menyucuk-nyucuk. Tidak sempat menyambung kata. Air, air itu... Aku ditipu???

"Alma, Alma?!" perubahan intonasi suara garau itu menyapa gegendang telinga. Pandanganku berbalam-balam. Kesakitan meraja megah. Aku terlentok di bahu Aditputra. Butir bicara lelaki itu tidak aku dengari dengan lancar. Kelopak mata memberat. Bagaikan ada yang bergayutan. Aku kuatkan semangat kembali membuka mata. Ya, sosok Zulfan Anas tunak memandangku. Reaksinya kosong. Bibirku cuba menuturkan kata. Tetapi tidak terkeluar kerana kesakitan bertambah membadai. Sepertinya isi daging dicincang lumat. Aku mendesis kuat. Menggenggam baju erat.

Terkujat. Aku terasa di awangan. Seseorang mencempungku. Kalau tadi pancaindera ini pulih sesaat. Kini kelabu dan...

________________________

"Pembunuh!!!" menempik.

Aku tercelik. Kipas yang berputar itu objek pertama yang terlihat. Sejuknya. Aku meraba-raba permukaan di pembaringan. Simen lagi. Berulang lagi. Aku di kurung lagi??

"pembunuh! Kau sial! Sial kau betina!! " tengkingan yang aku telah ketahui gerangannya. Kenapa aku dituduh sebegitu. Aku sendiri baru terjaga. Entahkan pengsan atau terlelap. Serabut.

Apabila tertoleh ke sisi. Mataku membulat.

"P-puan Q-qaireen... Ya Allah. Apa yang dah berlaku!" amat memeranjatkan. Isteri Zulfan Anas itu kaku. Darah pekat mengalir dari mata, hidung, mulut dan telinga. Matanya terbelalak ke atas. Di dadanya terpacak sebilah pisau pemotong daging bersaiz sederhana. Berlecak cecair hanyir dan turut terpalit mengotori diriku.

Aku bingkas bangun. Sebelum ada tangan besar yang menampar pipiku berkali-kali. Kakiku pula diheret kasar. Entah mengapa aku langsung membiarkan perbuatan itu. Jasadku perit. Ianya tidak terbanding dengan hatiku yang berduka. Terkilan. Akulah saksi utama akan kematian Puan Qaireen. Air hangat merembes. menitik membasahi wajah. Aku masih tidak dapat menerima kenyataan pahit itu.

"Argh!..." aku meringis. Tubuhku dihumban ke atas tanah lapang yang rata. berumput hijau. Suasana sepi dimeriahkan dengan teriakan-teriakan nyaring. Betisku disepak-sepak. Bergilir-gilir. Selepas itu aku dipaksa berdiri. Dadaku pula menerima penendang kuat sehingga aku terpelanting jauh. Mengelupur. Aku termuntahkan darah segar. Ya Tuhan... Tolong aku. Tolong... Aku merintih dalam hati. Tangisanku berlarutan.

"kau tak guna Alma! Qaireen isteri aku jadi mangsa kau! Tergamak kau tikam dia... Aku tak kan pernah maafkan kau. Perempuan sundal!!" Zulfan Anas menarik rambutku dan diseret semula. Aku menyeringai. Kedua telapak tanganku lembik tidak berdaya. Teganya dia tanpa usul periksa melontar kata-kata nista. Mana mungkin aku mengkhianati majikan yang selalu berjasa. Aku adalah kambing hitam!

Aku dilempar ibarat tong berkarat di dalam sebuah kamar yang gelap. Tidak bercahaya. Lantainya berpasir halus walaupun beralaskan tikar getah yang usang. Kulitku melecet di bahagian siku dan sekitar paha. Lebam. Koyakan di serata tempat. Bajuku berubah compang-camping. Zulfan Anas mulai mengasah taringnya. Rahangnya diketap. Menatap aku bengis. Manakala diri ini membalas dengan hantaran pandangan yang sayu. Air jernih diseka lemah.

"Tuan, saya berani bersumpah menjunjung Al-quran. Bukan saya... Bukan saya...bukan saya...." diungkap. Nada bergetaran. Zulfan Anas bertindak meludah wajahku.

Tergamam.

Share this novel

MommyZahra
2020-08-28 01:00:17 

update pls

MommyZahra
2020-08-25 22:45:12 

update pls

MommyZahra
2020-08-22 00:27:21 

update pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience