Bab 14

Romance Series 15917

*maaf... Sebab lama tak update.

Zulfan Anas menghembus asap rokok ke udara. Jam rolex di pergelangan tangan dilirik sekilas. Matanya tercari-cari figura Alma Zhufairah yang meminta diri untuk membuang hajat ke tandas. Jejaka itu mengarahkan orang-orangnya mengawasi gerak-geri Alma diam-diam. Dia masih sangsi untuk tidak bersangka buruk terhadap wanita cantik itu.

Walaupun pada ketika ini Zulfan Anas boleh mengukirkan senyuman lebar apabila memenangi wang pertaruhan bernilai ratusan ribu ringgit. Hati tetap resah jika Alma Zhufairah berjaya meloloskan diri dari cengkamannya. Bukan kerana takut wanita itu bakal melaporkan ke pihak berkuasa. Tetapi Zulfan Anas mahu berterusan menguasai Alma Zhufairah. Sekali masuk ke dunianya. Sampai mati tidak akan terlepas. Itulah pendirian Zulfan Anas.

Iphone yang berbunyi diangkat tenang. Namun begitu, wajah Zulfan Anas tiba-tiba menegang. Setiap bait perkataan orang suruhannya benar-benar membangkitkan amarah. Anak mata yang hitam bertukar semakin gelap. Lantas dia mematikan talian tanpa sebarang balasan. Puntung rokok dibuang ke lantai. Dipijak kasar sebelum bangun menuju ke suatu tempat. Alma Zhufairah memang harus diajar secukupnya. Silap mencari pasal!

"Where's is she?" bersuara si celah gigi. Zulfan Anas memanah tajam orang suruhannya di satu lorong rahsia.

" Dia di bilik khas nombor dua Tuan Zulfan." jawab lelaki berkulit sawo matang itu. Bertubuh sasa. Wajahnya serius tanpa secalit senyuman. Zulfan Anas mengangguk faham dan mula menapak perlahan sambil bersiul-siul tenang. Sebelum membengis apabila sampai di hadapan sebuah pintu. Ditendang kuat. Pintu kayu itu terkuak luas.

Jelas kelihatan Alma Zhufairah yang duduk bersimpuh di atas karpet beriak terkejut. Zulfan Anas dapat mengesan wajah si gadis memucat dan tubuhnya menggigil. Wanita itu mengengsot perlahan-lahan ke belakang hinggakan tiada ruang lagi saat tersekat di bucu katil bersaiz queen. Alma Zhufairah ketakutan. Hati Zulfan Anas pula berlagu riang. Seronok...

"kau ada misi melarikan diri dari aku tapi sorok-sorok. Hmmm... Hebat Alma..." menyindir. Zulfan Anas menapak seraya menyeluk poket seluar. Mendekati.

Tap. Tap. Tap.

Derapan tapak kaki si lelaki semakin menggentarkan hati si gadis. Berkecamuk.

Pandangan maut bersabung dengan mata berkaca-kaca Alma Zhufairah yang sudah tergeleng-geleng. Percayalah, dia bakal menerima habuan sepak terajang lelaki kejam ini.

" t-tolong jangan pukul... tolong Zulfan... Ya, saya salah, saya silap...janji, saya tak buat dah lepas ni." merayu-rayu dengan menyatukan kedua-dua belah tapak tangan. Airmata hampir turun dari tubir. Apa lagi pilihan yang aku punya. Rancangan aku gagal. Ternyata Zulfan Anas sangat bijak dan lebih tangkas menghidu niatku. Apakah gerak-geriku diperhatikan? Jika benar, sememangnya lelaki itu masih tidak mempercayai diri ini. Licik.

" jadi nak minta belas ihsan aku lah ni? Patutnya, otak kau yang sempit tu fikir dulu natijahnya sebelum nak ingkar arahan aku. Ingat, aku ni tuan kau..."intonasi perlahan tetapi penuh ketegasan. Pandangan helang Zulfan Anas tidak lepas-lepas menjamah wajah Alma Zhufairah yang sudah mulai banjir dengan air jernih. Cengeng. Kutuk Zulfan Anas di dalam hati. Gadis itu tertunduk sambil merenung jemari sendiri diriba. Terketar-ketar. Esakan halus juga kedengaran. Seperti ditahan-tahan.

Jejaka itu spontan mengukirkan senyuman sinis. Aura kejahatan. Ligat isi kepala berputar merencana sesuatu. Apa kata dia bermain-main dengan perempuan ini. Biar dijadikan pengajaran supaya Alma Zhufairah kenal erti serik. Jangan mahu menduga. Mencabar dan menguji Zulfan Anas!

"hmm... Aku jatuh kesian tengok keadaan kau yang menyedihkan ni. Okay..." sejurus berkata-kata Zulfan Anas melangkah keluar. Namun saat baru sebelah kaki berada di muka pintu. Jejaka itu pegun dan berpaling. Menghantar pandangan mengejek kepada Alma Zhufairah yang menyeru namanya.

" awak nak pergi mana? Nak tinggalkan saya ke dekat sini? Atau nak jual saya?" bertalu-talu soalan. Aku mendongak. Menatap sepasang mata milik Zulfan Anas. Tidak berkelip. Tanpa sebarang kata mahupun jawapan. Jejaka itu kembali menyambung langkah. Kosong. Tiada berperasaan. Aku terpinga-pinga. Apa semua ini??

Share this novel

MommyZahra
2020-05-30 01:35:02 

next chapter please

MommyZahra
2020-05-17 23:33:48 

karya yang menarik.. hopefully author diberia idea2 yg berterusan utk terus bekarya

MommyZahra
2020-05-17 23:33:45 

karya yang menarik.. hopefully author diberia idea2 yg berterusan utk terus bekarya


NovelPlus Premium

The best ads free experience