Bab 23

Romance Series 15919

Jejaka segak dan tampan itu mengatur langkah perlahan saat menghampiri wad VVIP yang menempatkan seorang gadis. Baru sahaja tangan besar beruratnya mahu menyentuh tombol pintu. Mendadak ia terbuka sendiri dari dalam. Tengku Idlan agak terkejut tetapi akhirnya mengukir senyuman nipis ke arah figura lelaki berkaca mata yang kini berdiri di hadapannya. Berpakaian kemas selayaknya profesion bergelar doktor.

"Tengku..." sapa Doktor Khairul sambil membalas senyuman.

"Saya nak masuk jenguk Yulia. Awak dah siap periksa dia kan?" soal Tengku Idlan. Berganjak ke tepi.

Doktor Khairul mengeluh berat. Kepala ditundukkan sebentar memandang lantai. Sebelum dia bertindak keluar dan menutup pintu wad itu semula. Sepertinya tidak mengizinkan sesiapa juga melawat Yulia.

Tengku Idlan bingung.

"What is going on? Saya ni dah salah masa ke datang? Saya pasti Doktor ada penjelasan yang kukuh untuk tu bukan?" mengutarakan pertanyaan lagi kerana gagal dijawab oleh Doktor Khairul pada awal tadi.

Tengku Idlan sangat dikenali dengan sikapnya yang penyabar dan tidak mudah melatah. Dia lebih suka memberikan peluang seseorang itu menerangkan sesuatu hal terlebih dahulu. Apa jua alasan yang terluah harus didengar sebelum sesuka hati membuat kesimpulan. Jejaka yang memiliki hati yang baik dan tenang. Ekoran itulah dia sangat dihormati dan disegani.

Doktor Khairul tersenyum kelat. "Tengku, apa kata kita berbual dekat bilik saya? Kurang sesuai kita bercakap di sini. Harap Tengku maafkan saya sebab buat permintaan begini..."

Kening Tengku Idlan bertaut hebat. Lelaki itu terdiam sejenak. Memincing matanya.
Tidak mampu dinafikan bahawa lelaki lulusan kedoktoran daripada sebuah universiti terkemuka di luar negara itu merupakan di antara individu terbaik yang berkhidmat bersamanya di pulau ini. Dia patut meletakkan kepercayaan dan menyingkirkan keraguan.

" baiklah, mari gerak sekarang. " jawab Tengku Idlan sejurus menghayun langkah kaki meninggalkan Doktor Khairul di belakang.

Nadanya kekal biasa. Meskipun pelbagai tanda tanya dan terselit kerisauan di benak fikiran. Dikawal rasa ingin tahu yang membuak-buak itu.

SEUSAI masing-masing melabuhkan punggung dan saling bertentangan. Doktor Khairul terus sahaja mengambil telefon pintarnya. Ditekan-tekan di permukaan gajet canggih itu kemudian dihulurkan kepada Tengku Idlan.

"apa ni?" Disambut pantas.

Berlapis-lapis kerutan di dahinya tidak mengerti akan motif tingkah Doktor muda itu yang menurutnya pelik.

"silakan Tengku tekan play. Watch the video first." saran Doktor Khairul lembut.

Malas berlengah-lengah. Jemari kasar Tengku Idlan mula menyentuh. Dan terbuka luas mulut serta dua bebola biji pancaindera yang dikurniakan Tuhan untuk melihat dunia di ketika itu.

" Yulia dah bangun! Dia dah bangun!! Alhamdulillah..." ujarnya ceria. Di samping memanjatkan kesyukuran.

Mendongak sekilas memandang Doktor Khairul yang hanya membisu.

Sayangnya, kegembiraan Tengku Idlan tidak bertahan lama.

" Allahuakbar..."

" Yulia..."

Meraup tampangnya perlahan.

Rakaman yang dimainkan itu semakin menonjolkan realiti dan situasi yang buruk. Panahan matanya melekat akan sekujur tubuh yang sedang meronta-ronta mengamuk. Terjerit pekik. Meraung-raung sambil memukul mukanya berkali-kali.

Beberapa juruwat dan doktor lain cuba menenangkannya tetapi Yulia bertukar lebih agresif. Menendang, menolak kasar mereka yang ingin mendekat. Diselangi dengan tangisan kuat berlagu duka. Semua itu terjadi hanya kerana Yulia terpandangkan cermin bulat kecil di atas meja sisi yang berada di sebelahnya.

"saya tak sanggup... Cukup!" ternaik tinggi intonasi Tengku Idlan.

Lantas dimatikan segera paparan menyayat hati itu langsung diserahkan kembali telefon kepada si pemilik. Tengku Idlan menyandar lemah pada badan kerusi. Meletus helaan nafas panjang. Terpancar kegusaran sehinggakan terpejam rapat kelopak mata sang Tengku sesaat.

Walaupun tidak menonton sampai habis. Tengku Idlan dapat meneka mudah di mana pasukan perubatan yang bergelut itu memilih kaedah selamat mententeramkan pesakit melalui pemberian suntikan cecair. Dos mengikut keperluan yang mengandungi ubat bertujuan untuk menidurkan Yulia sementara waktu.

Tengku Idlan jatuh kasihan. Pasti payah Yulia menelan takdir yang ternyata amat pahit. Masa depan Yulia musnah. Maruahnya tergadai. Wajarlah dia berkelakuan seperti manusia yang lesap pedomannya. Namun, apa yang disaksikan masih belum merungkai keseluruhan cerita. Yulia barusan maklum akan kecacatan wajah. Bagaimana jika berita 'hitam' lain menanti? Berulang kejadian yang sama atau Yulia bakal berkelakuan jauh lebih teruk? Bunuh diri??

"begini Tengku. Ada perkara serius saya nak bincang tentang Yulia." Ujar Doktor Khairul.

Memecah keheningan di antara mereka. Tengku Idlan menjongket kening. Perhatiannya automatik berpindah memandang insan berkulit hitam manis ini.

"next step kami cadang rawat muka Yulia dan satu caranya adalah buat plastic surgery secepat mungkin pada masa yang tepat. Bila emosi dia mereda. Tapi cabaran besarnya--"

"ya, saya faham apa awak nak kata lagi..." pintas Tengku Idlan.

"maksud Tengku..."

Tunak tatapan Doktor Khairul. Menunggu lanjutan bicara lelaki bertubuh tegap itu.

" saya bantu pujuk Yulia. Memang tak mudah. Tapi saya usaha sampailah Yulia mengalah. Tapi saya nak Doktor rahsiakan dulu berkenaan masalah kesihatan dia yang lain. Saya tak nak Yulia bertambah tertekan. Soal tu kita fikir kemudian. Yang penting saya nak Yulia sembuh. Muka dia pulih. " Sambung Tengku Idlan.

"baiklah Tengku, lega saya dengar. Tapi pihak kami tetap tak lepas tangan aja. Kita sama-sama berganding bahu." tutur Doktor Khairul perlahan seraya melorek senyuman lebar.

Tengku Idlan menganggukkan kepala. Saat berura-ura mengangkat punggung untuk beredar. Doktor Khairul menegur.

" apa perancangan Tengku lepas ni? Tengku terus jaga Yulia? Atau... " Doktor Khairul sengaja menggantung ayat.

Dia teringin melihat respon jujur dari Tengku Idlan. Umum mengetahui, Yulia tiada mempunyai apa-apa hubungan dengan Tengku Idlan. Wanita itu bertuah kerana dijumpai oleh manusia budiman yang menghulurkan pertolongan ikhlas atas dasar simpati.

Tetapi, Tengku Idlan tidak boleh menyimpan selamanya Yulia di sini. Tidak mustahil ahli keluarga wanita itu masih mencari jejak si anak. Meskipun sampai ke hari ini tidak ada perkhabaran dari sesiapa pun melaporkan kehilangannya.

"lepas semua selesai. Saya hantar balik Yulia ke pangkuan keluarga dia." jawab Tengku Idlan selamba.

Doktor Khairul tercengang. Mendadak terbangun. " jj--adi rr--upa-rupanya... " nada bergetaran.

"ya, saya kenal siapa ibu bapa Yulia. Mana mereka menetap. Maklumat peribadi Yulia takda secebis pun kabur dari pengetahuan saya doktor... Well, setakat tu boleh saya kongsi. Saya tak boleh dedah dengan terperinci. Terlalu bahaya dan ini melibatkan nyawa Yulia. Puas hati doktor?" Terang Tengku Idlan tenang.

Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Hampir terhambur tawanya melihatkan mimik muka Doktor Khairul. Lucu. Terkaget tahap tenuk barangkali.

Tengku Idlan berdehem. Menukar rentak.

" relaks Doktor Khairul... Awak jalankan saja tugas seperti biasa. Jangan langgar sempadan. Ingat, awak doktor..." hujung perkataan ditekankan tegas. Sorotan matanya menajam.

Tengku Idlan seolah-olah memberikan amaran agar Doktor Khairul tidak mencampuri urusannya kelak. Bodohlah dia jika tidak menyiasat. Apa guna mengupah pegawai-pegawai yang cerdik pandai? Kisahnya tiga hari setelah Yulia ditemui. Tengku Idlan mengeluarkan arahan dengan kuasa vetonya. Selidik habis-habisan.

" err... Maaf Tengku."

Doktor Khairul termalu-malu. Kepala yang tidak gatal spontan di garu. Menyedari keterlanjuran batasan kata.

'berani sangat kau! Kena sedas... Menyibuk nak test Tengku.' menggumam dalam hati.

" maaf diterima. Okay, saya pergi dulu doktor." ujar Tengku Idlan.

Berlalu meninggalkan ruangan bilik pejabat Doktor Khairul. Niatnya ingin membasahkan tekak di cafe. Kemudiannya langsung melawat Yulia. Memadai sekadar memerhati si gadis walaupun kelopak matanya terkatup. Pengsan.

Manakala Doktor Khairul terkulat-kulat tanpa sempat mulutnya menuturkan sesuatu. Sekurang-kurangnya ucapan 'selamat jalan Tengku, kita borak lagi esok!'

Haih...

Hai! Saya kembali menulis. Maaf, sekian lama baru nak update story ni. Apapun ribuan terima kasih kpd semua yg sudi support baca karya saya yg x seberapa ni. Moga tahun baru ni menguatkan semangat saya sendiri utk terus siapkan Dia Zulfan & Aku Alma n mungkin lepas tu karya yg lain pula menyusul. Insya Allah...tahun 2020 telah melabuhkan tirainya. Saya ucapkan Selamat Menyambut tahun 2021! Mudah-mudahan ianya membuka lembaran yg lbh baik dan indah dari sebelumnya. -kitajagakita-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience