Bab 13

Romance Series 15919

Sebulan hidup aku terpenjara di dalam sangkar ciptaan jejaka yang bernama Zulfan Anas. Tubuhku dijadikan punching bag dengan tidak mengira siang atau malam. Baginya Alma Zhufairah adalah hiburan. Aku ini juga tempat lelaki beku itu menghumbankan segala gelodak amarah. Tiada daya yang tersisa untuk aku menentang dan membela diri. Berputus harap. Itulah kenyataan.

Namun begitu ada sesuatu yang amat pelik mengikut pengamatanku. Apabila Zulfan Anas akan merawat luka-luka di badan ini sendiri setelah dia membelasah aku bagaikan orang yang kerasukan syaitan. Atas alasan apa, aku juga kurang mengerti. Mungkinkah wujudnya sisi angel pula? Aku menggelengkan kepala. Nope!

Terang di cuping telinga sepertinya mangga bergesel dengan gugusan kunci. Ya, seseorang yang aku cukup kenali bakal melangkah masuk ke kamar ini. Daripada bersandar tenang di dinding konkrit. Aku terduduk tegak. Cuak. Jantung mengepam tersangat laju. Berirama gundah. Kegusaran. Jika banduan akhir sudah sedia maklum ke tali gantung menjelang subuh. Tetapi aku, 'tahanan' yang berada di pertengahan. Hidup atau mati di tangan penghukum.

"apa khabar... Sihat Cik Alma Zhufairah? Mimpi indah-indah belaka tidur kau?" nada menyinis. Zulfan Anas sudah terpacak di hadapanku. Pandangan ditundukkan. Kasutnya sahaja yang aku tatap.

"jawablah betina! Kau asik nak naikkan darah aku! Jawab!!" menengking. Jejaka itu mencangkung dan menarik kepalaku mendekat. Wajah kami hanya berjarak seinci. Bola matanya memanah tajam kornea milikku. Ketakutan mulai menjalar ke tangkai hati. Aku melarikan tatapan. Malangnya Zulfan Anas semakin galak menghapus sempadan. Hidung aku dan dia bertemu. Bercantum. Urat-urat sendi terasa goyah. Bercelaru. Ianya isyarat agar aku membalas renungan tajam bak belati yang menusuk. Tembus. Perlahan-lahan aku mengangkat kelopak mata. Lirikan penuh kebimbanganku bertembung dengan si dia.

"sa-saya o-kay.." ucapku terketar-ketar. Zulfan Anas menjungkit hujung bibir. Kemudian menyeringai jahat.

'Great. Kau sepatutnya jangan mahu menunjuk berani. Bala yang kau dapat. Contohnya ketika ini Alma. Terpisah dari dunia di luar tu.' getus hati Zulfan Anas.

" that's my girl...dengar cakap aku. Kau pun untung. Takdalah kena balun dengan tangan atau kaki aku kan...bila kau senangkan aku. Aku balas yang sama. Easy right my dear Alma?" menabur kata-kata yang palsu. Zulfan Anas tersenyum sinis. Sejurus melepaskan kasar cengkamannya di kepalaku kemudian kembali berdiri. Aku tahu dia hanya bertujuan menghiris hati ini. Walhal aku dipukul tanpa sebarang sebab yang munasabah. Pendusta!

" nampaknya muka kau dah elok. Lebam-lebam dah sembuh. So..." jejaka itu menggantung ayat sepi. Menyeluk poket seluar sambil meliarkan mata helangnya ke serata wajahku. Aku mendongak menanti butir bicara lanjut. Beberapa hari ini Zulfan Anas memang tidak berapa menggila. Di bahagian lain tubuhku yang membiru juga pulih. Ubat azimat apa yang di guna oleh lelaki ini. Pantas sahaja kesan-kesan akibat dibantai menghilang. Aku juga tidak arif. Sungguhpun begitu aku sedikit bersyukur.

"aku beri masa satu jam kau bersiap secantik-cantik yang kau boleh. Baju, yang lain-lain kejap lagi aku bagi pada kau. Lepas tu ikut aku... Is it clear?" arah Zulfan Anas. Menjongket sebelah kening meminta respon daripada aku. Aku tersenyum kelat dan mengangguk perlahan. Kemudian menekur lantai. Terniat ingin bertanya ke mana aku bakal diseret. Tetapi aku memilih untuk memendam. Faham akan maksud sorotan mata penuh ancaman jejaka itu. Aku harus patuh.

"cakap... Kita bukan dekat negara Jepun. Main angguk-angguk." tegas Zulfan Anas.

"y-ya... S-saya buat apa yang awak nak." ujarku dengan suara yang bergetar. Masih tidak mengangkat kepala sambil meramas jari-jemariku. Resah. Zulfan Anas yang membeku itu memerhati tingkah laku si gadis. Mulai saat ini, kau yang akan gantikan tempat Qaireen. Aku pun sudah muak dengan perempuan sundal tu. Huh!

_____________________________

Solekan agak tebal di wajah dengan penggunaan warna-warna yang terang bukan perkara pokok. Tetapi masalahnya mini dress berwarna hijau zamrud yang tersarung di sosokku merisaukan. Sudahlah ketat, singkat pula di atas lutut serta mendedahkan bahuku. Pakaian ini sesuai untuk menyalut buah nangka atau seangkatan dengannya.

Malu menerpa kerana terpaksa menayangkan show percuma. Parah lebih-lebih lagi kalau menyapa pandangan lelaki si hidung belang. Zulfan Anas mungkin turut termasuk dalam golongan itu. Jika tidak masakan dia membelikan aku baju yang seksi sebegini. Jangan terkeluar sudah biji matanya saat melihat aku selang minit nanti. Haih.

"kau dah si--"tersenyap suara garau Zulfan Anas. Terpana. Dibelek atas bawah tubuh Alma Zhufairah bagaikan tiada seurat benang. Dalam diam lelaki itu memuji, memuja kejelitaan wanita yang sedang berdiri di depannya. Halkum bergerak-gerak. Air liur yang mahu meleleh ditelan. Naluri jantan mahu mengawan berperang menuntut kemenangan. Ah. Alma. Kau cukup menggoda malam ini. Zulfan Anas menepuk sedikit kot di dada bidangnya konon berhabuk dan berpura-pura beriak dingin. Sebelum berdehem.

"hodoh... Berbelas inci tempek bedak tak ubah kau kan. Langau pun aku rasa tak hingin nak hinggap. Dah, jom...jalan.."kutuk Zulfan Anas. Sejerus melangkah pergi. Aku mencebik. Poyo mamat ni. Tadi tengok kita macam nak kunyah-kunyah serupa keropok super ring. Kerek.

Aku berlari anak membuntuti jejaka ice age itu. Tiba di pintu rumah, aku menghirup udara segar. Terpejam - pejam menikmatinya. Kebebasan yang hanya sementara disokong suasana alam semulajadi di sekeliling. Tetap mendamaikan.

Kereta mewah milik Zulfan Anas meluncur di atas jalan raya merentasi kawasan bandar. Aku memandang ke luar tingkap. Menghayati panorama yang bercahayakan lampu-lampu indah. Jejaka di sebelahku ini membatukan diri sejak kami menapak masuk ke dalam kenderaan. Destinasinya juga aku tidak ketahui. Cuma aku sedar. Zulfan Anas sesekali mencuri pandang ke arahku. Kain yang ternaik mempamerkan kulit peha. Aku betulkan. Bahaya.

"erm... Boleh saya nak tanya?"aku meminta keizinan. Mengerling Zulfan Anas di sisi. Lelaki itu menoleh sekilas.

"hmmm..."balasnya sambil menumpukan pemanduan. Aku menarik nafas dalam-dalam. Berdoa agar mood jejaka ini baik.

" kita sebenarnya nak ke mana? " aku menyoal dengan hati-hati. Jeda. 10 minit menunggu. Aku akhirnya angkat bendera putih. Telahanku Zulfan Anas malas melayan.

"kasino... Aku gian nak menang wang besar. Kau temankan aku." selamba dan bersahaja. Aku melongo bagai tidak percaya. Lelaki itu kemudiannya membelok ke sebuah bangunan yang aku pasti hotel bertaraf lima bintang dan lokasi terkenal untuk kegiatan tidak bermoral ini.

" keluar... berangan nak jadi princess ke? Siap ada bodyguard bukakan pintu hmm?" teguran sarkastik Zulfan Anas. Sengaja mengenakan Alma kerana lelaki itu sedang berlawan dengan perasaan. Tergoda. Aku mengetap bibir. Tak reti bersabar betul. Enjin pun dia baru matikan. Tanpa berlengah. Aku berpaling ingin menarik pintu kereta malangnya tangan kekar jejaka itu menahan. Aku berkerut dahi. Dia berkehendakan apa lagi. Halau-halau manja ke. Sejurus itu Zulfan Anas memegang tepi pinggangku. Memiringkan kepala dan berbisik keras.

" behave..."sepatah perkataan yang luas maknanya. Zulfan Anas berekspresi serius. Haruman Alma Zhufairah yang menyerbu deria di hidung melalaikannya. Sebelum menyinggahkan kucupan lembut di pipi gebu Alma. Mataku membulat. Terkujat.

" apa ni Zulfan! " nadaku meninggi.
Secepat kilat aku menjauhkan wajah apabila dia mahu mengulanginya lagi. Tangannya aku tolak kasar. Zulfan Anas beriak biasa dan merangkul kembali pinggangku. Mencengkam kuat pipiku dan melekapkan bibirnya. Mencium rakus bibir ini. Aku meronta-ronta. Menumbuk-numbuk lengannya bertubi-tubi. Apalah sangat kekuatan aku yang bersaiz kecil berbanding Zulfan Anas. Tegap.

Beberapa saat kemudian tautan hangat itu terlerai. Aku mengesat mulut yang basah dengan telapak tangan. Jijik. Melirik tajam Zulfan Anas yang menyungging senyum nakal. Tak guna. Dia ada split personaliti tak? Kalau dulu beruang kutub utara. Sekarang kucing parsi. Terus aku meloloskan diri. Bergegar kereta Audi ekoran terkena penangan hempasan sekuat hati. Lantaklah!

"tu sikit...kau kecoh-kecoh dekat dalam sana pasal kita berdua. Aku togelkan kau serupa ayam golek. Kau jadi santapan aku tiap hari. Tiap malam. Mark my word..." perlahan nadanya. Meleret. Namun penuh dengan aura kegelapan. Hitam. Zulfan Anas lega. Mengambil kesempatan dalam kesempitan. Bibir mungil itu memanggil-manggil nafsunya. Manisnya Alma Zhufairah. Dia melorek senyuman senget. Licik.

Entah mengapa, aku tidak gentar. Malah kegeraman. Sesuka hati tok moyang mamat ini menyentuh aku. Dasar! Aku tidak peduli. Ini peluang keemasan. Aku mencongak-congak di otak. Pelan Lari Alma. Lari! Lari!

"simpan jelingan kau tu..." ujar Zulfan Anas sambil mendorong aku berjalan dahulu. Aku berdecit apabila jejaka dingin itu melelar pergelanganku dan menyilangkan jemarinya ketika menyaingi langkah bersama. Aku menarik malangnya tidak berjaya. Malah dieratkan. Zulfan Anas ini mereng. Sudah berbini pun gatal. Apa dia fikir aku ini gundik. Alma Zhufairah bukan tipikal perempuan murah. Aku menyedut nafas dalam-dalam. Menenangkan hati yang membara.

Sampai sahaja di ruangan pusat perjudian bertaraf internasional itu. Aku berasa kekok. Dihidangkan dengan pelbagai jenis permainan judi. Majoritinya berbangsa cina, india dan rakyat asing. Segelintir aku yakin orang melayu. Setahu aku yang cetek ilmu ini. Mereka yang beragama islam dilarang berada di sini. Menghairankan semudah petikan jari. Kedatangan Zulfan Anas dan aku dialu-alukan. Bila dicerna semula. Jejaka di sampingku ini adalah terdiri daripada orang-orang kenamaan yang berpengaruh. Hulur duit. Semua beres. Tekaku.

Meskipun tiada bunyi bingit seperti di kelab-kelab malam yang bersatu dengan alunan muzik rancak dan mengkhayalkan. Aku tetap tidak selesa. Apatah lagi kebanyakan mata-mata para jejaka waima tua bangka atau muda renta memanah tajam pada aku. Tatapan pembunuh bersiri. Playboy. Psikopat. Penyamun. Penyangak dan mungkin musang berjanggut. Hish. Aku melalut yang tang terakhir sekali. Maafkan daku.

Automatik bulu roma meremang dan jemari kiriku secara spontan menggenggam jemari Zulfan Anas yang setia di sisi. Saat aku menoleh. Jejaka itu kekal tidak berubah. Tampak tenang tetapi dingin. Langsung tidak mengendahkan aku. Bahkan ibu jarinya mengelus lembut. Aku terkebil-kebil. Lagak aku ini kekasihnya. Buang tebiat kot. Lantas aku menggelengkan kepala perlahan. Perjalanan kami dihalakan ke bahagian Table game. Permainan yang melibatkan pembalingan buah dadu. Contohnya dikira angka besar (4,5,6) atau kecil (1,2,3).

"Wow! Chicken chop kau hot bro! Kalah Qaireen..! Share boleh? Bolehlah..." sapaan seorang lelaki yang agak kacak bergaya korporat merenung aku atas bawah. Tersengih-sengih miang. Aku takut dan merapat ke arah Zulfan Anas. Jemariku yang sudah dilepaskan diraih semula. Tangan kasar lelaki tadi yang mahu mendarat ke pipiku ditepis kuat oleh Zulfan Anas. Mencerlung matanya. Mengetap rahang sehingga terlihat urat-urat hijau timbul di leher lelaki itu. Aku tergamam.

"dia kepunyaan aku celaka...! cuma aku layak pegang dia. Kau boleh pergi jahanam. Membusuk dalam kumbahan najis gajah! " tegas Zulfan Anas. Menggelegak hati melihat tingkah Muqri. Bagaimana lelaki ini boleh tersesat ke mari. Menyibuk. Tidak lain dan tidak bukan sepupunya. Anak tunggal ibu saudara Zulfan Anas, Wardah. Kakak sulong kepada arwah mamanya. Muqri lebih tua dari Zulfan Anas. Beza empat tahun. Hubungan mereka yang akrab ketika di zaman remaja. Kini renggang atau tepatnya bermusuhan. Semuanya berpunca daripada Muqri. Sudahlah bisexual.Pantang nampak yang berdahi licin. Dua-dua jantina disapu. Dikebas sekaligus.

Paling mengecewakan, Muqri sanggup hampir membunuh ibu kandung sendiri semata-mata kerana tamak kan harta. Pertelingkahan yang berawalan dengan memeras ugut untuk mendapatkan geran tanah pusaka arwah bapanya. Tergamak menghentak kepala Wardah dengan pasu bunga. Rayuan dan rintihan makciknya itu menyelamatkan si durjana Muqri ditangkap pihak polis. Tiga minggu kemudian makcik Wardah diserang sawan.

Tidak lama selepas itu Wardah sering meracau dan sukar dikawal. Agresif ke tahap mencederakan anggota badannya. Manakala Muqri bertindak hidup berdikari. Tidak mengambil berat akan ibunya lagi. Anak derhaka tidak mengenang budi. Moga dia terbenam ke lautan hindi dan bersemadi. Huh! Zulfan Anas yang teramat menyayangi makciknya mengupah pegawai perubatan yang berkemahiran tinggi demi kesihatan Wardah. Setelah melalui pemeriksaan rapi.

Wardah disahkan mengalami gangguan jiwa. Pesakit mental dan disyorkan agar dirawat di hospital. Bertahun-tahun. Wardah tetap begitu. Zulfan Anas lah yang mengambil tanggungjawab menjaga makciknya. Tidak jemu-jemu melawat walaupun harapan untuk Wardah sembuh seperti sediakala tipis. Zulfan Anas tidak pernah mengeluh. Bagi lelaki beku itu. Wardah satu-satunya waris arwah mamanya yang tinggal. Apa salahnya berbakti. Lagipun makcinya itu seorang insan yang sangat-sangat baik. Ibarat pengganti arwah mamanya, Wafa.

" sorry... Hahahaha... "berdekah-dekah menghamburkan tawa. Zulfan Anas memutarkan bola mata ke atas. Aku terpinga-pinga. Lawak ke?

" sini... Duduk dekat pangku aku Alma. Abaikan monyet terlepas zoo tu. Kena kancing gigi kang padan muka. Tak habis-habis tergelak. " Zulfan Anas menuding ke arah bawah. Lenganku ditarik. Mata sudah membuntang.

" Tak nak lah. Dah ada kerusi ni, saya duduk situ aja. Awak dah ada isteri, Zulfan. Apa orang kata pulak. Saya rasa berdosa sangat. Tak mau khianati Puan Qaireen. " bidasku merendahkan nada. Memohon pengertiannya. Lelaki itu mendengus kasar. Ditarik kuat dan punggungku terduduk di kerusi 'empuk'. Aku berdegil ingin bangun. Zulfan Anas pula cekap mengunci pergerakanku. Retina matanya semakin memekat umpama bulan gerhana. Aku menelan liur kesat.

"interesting... Berdrama pulak pasangan tak sejoli ni." sampuk Muqri. Tersenyum sinis. Mengusap-ngusap dagu. Memandang aku dan Zulfan Anas silih-berganti. Kemudian tatapannya memfokus kepada aku. Seperti ular menanti masa sesuai untuk membelit mangsa.

" kau minat sangat dengan perempuan aku Muqri?" soal Zulfan Anas. Dia lelaki. Ada perhitungan yang perlu dilunaskan. Zulfan Anas merencanakan sesuatu untuk memberikan pengajaran. Alma Zhufairah diharamkan menjadi milik sesiapapun kecuali dirinya. Keputusan telah dibuat. Jujur dia tidak mencintai Alma. Tetapi desakan hati mendambakan wanita itu.

Aku mengalihkan pandangan. Kenapa Zulfan Anas berkata sebegitu? Takkan lah...

"kalau aku cakap ya... Kau boleh serahkan dia pada aku, cousin? For one night stand pun dah cukup..." balasnya dengan sengihan keji. Menjilat bibir sendiri. Aku menjeling. Meluat. Menyampah. Ulat beluncas.

"boleh..." jawab Zulfan Anas sambil mengusap belakangku. Aku bepaling. Bagaikan tidak percaya. Mata sudah berkaca-kaca. Sebelum Zulfan Anas menyambung bicara. Terhenti gelagat Muqri yang terlompat-lompat kera kegirangan.

"with one condition..." tuturnya mendatar.

"hah. Apa dia? Kau jangan nak mengencing aku dah lah Zulfan. Kau tu pun dajal juga. Berlagak hero tamil okaylah... " tersenyum mengejek. Zulfan Anas memekakkan telinga. Muqri itu seperti anjing yang menyalak.

"kau mesti kalahkan aku dalam pertaruhan... Habuannya dah tentu perempuan aku dan aku tambah duit satu juta ringgit. Tapi kalau aku juaranya...kau akan aku hantar ke pulau mayat. Kerja tiga tahun... Kau pasti tahu kan apa yang ada dekat sana Muqri? Sahut cabaran aku? " Zulfan Anas tersenyum di dalam hati. Apabila diperhatikan muka Muqri memucat. Let's the game begin, LOSER...

Share this novel

MommyZahra
2020-05-05 09:45:35 

bila nk update next chapter ni

MommyZahra
2020-04-23 10:25:50 

update plzzzzz

MommyZahra
2020-04-21 08:30:16 

update next chapter pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience