Bab 10

Romance Series 15917

Dr. Fawwaz menyuntik cecair berdos tinggi untuk pertama kali. Fungsinya adalah menurunkan kekuatan sistem imun untuk membina antibodi bagi melawan sebarang penyakit. Tetapi dalam tempoh yang sama merangsang daya tahan berhubungan intim. Campurannya mengandungi bahan-bahan yang dikategorikan 'high risk'.

Kesan sampingan dapat dilihat selepas tiga hari penggunaan. Seseorang itu akan didatangi gejala asma yang kronik. Tidak menentu. Seandainya tidak diberikan bantuan pernafasan secepat mungkin. Nyawa mereka akan ternoktah. Sekalipun terselamat dari maut. Ubat ini akan merosakkan sistem reproduktif yang boleh menyebabkan kemandulan. Sadis.

"ni untuk apa doktor?" tegur Qaireen saat Dr. Fawwaz mencabut sarung tangan getah. Lelaki itu mengerling seraut wajah putih bersih yang polos. Kasihan? Tiada dalam kamus kehidupannya.

"awak takut saya bagi dadah ke?" berbalas soalan. Hujung bibirnya terjungkit. Dia tergelak di dalam hati. Ia lebih dahsyat wahai perempuan malang. Dr. Fawwaz seorang sahaja yang diberikan kebebasan tidak memanggil Qaireen dengan gelaran puan. Lagipun Zulfan Anas itu sepupunya.

" tak... Cuma rasa nak tahu." ucapnya ringkas. Menunduk dan memandang jari-jemarinya. Qaireen terasa wajah membahang. Memerah. Dr. Kacak yang berkaca mata itu ralit merenung.

"Don't worry little girl... Saya bagi vaksin biasa aja. Biar badan awak boleh karate. Tumbangkan kuman-kuman yang membiak-biak semudah a, b, c...." ujar Dr. Fawwaz berseloroh. Qaireen tertawa halus. Lelaki itu menguntum senyuman yang palsu. 'kau cantik Qaireen, tapi dungu... Cintakan manusia keji yang anggap kau boneka.' berbisik di dalam hati.

" abang Zulfan kan yang suruh?" bercahaya matanya mengutarakan bait pertanyaan. Dr. Fawwaz mengangguk. Hati Qaireen berbunga-bunga. Jejaka beku itu ternyata ada sisi baiknya. Sudi menitikberatkan kesihatan diri ini. Mungkinkah dia mulai mendapat ruang di taman hati Zulfan Anas?

" time's up... Saya kena balik makmal. Jumpa lagi Qaireen!" ucap Dr. Fawwaz seraya mengenyitkan mata.

"bye, bye...!" Qaireen tersenyum girang. Ketika kelibat Dr. Fawwaz menghilang di balik pintu kamar. Gadis itu melompat-lompat keriangan di atas tilam. Berpusing setempat sebelum menggapai bantal peluk. Dicium-cium. Membayangkan Zulfan Anas. Tanpa menduga. Dia akan lebih merana...

_______________________________

Inara menggigil. Otot-otot dan sendi melonggar saat diacukan pistol jenis Glock 20 ke dahi. Zulfan Anas dengan wajah dinginnya melirik reaksi gugup wanita di hadapannya ini. Puas.

"so, dah ubah fikiran... miss Inara?" Intonasinya perlahan tetapi kedengaran mengancam. " Zulfan Anas Mula menunjukkan belang. Inara yang berkeras enggan menuruti permintaannya benar-benar mencabar kesabaran. Dia mahukan Alma Zhufairah terus berkhidmat. Zulfan Anas seakan tertarik dengan kesungguhan perempuan itu.

Penampilan Qaireen yang tidak ubah seperti bidadari. Mendapat pujian yang tidak putus-putus daripada tetamu. Menterjemahkan hasil kerja Alma Zhufairah yang terbaik. Bukan kerana melibatkan perasaan. Tiada sesiapa pun yang boleh menyingkirkan Yulia yang bertapak istimewa di hati Zulfan Anas. Titik.

" Tuan Zulfan menang...tapi saya merayu. Jangan sakiti Alma. Dia dah saya anggap darah daging sendiri." ujar Inara lirih. Menyatukan kedua tapak tangan. Tepat sangkaannya. Jejaka ini bukan sembarangan. Dia berbahaya. 'akak terpaksa Alma. Terpaksa...Akak banyak dosa. Tak sempat lagi nak bertaubat. Akak tak nak mati dalam keadaan aib.' luahan hati.

" kau boleh pegang kata-kata aku. Selagi... adik kau tak buat onar. Ikut saja peraturan aku. Easy right?" berbicara tenang. Senjata dijauhkan dari wajah Inara dan diselitkan ke pinggang. Jantung Inara yang berdegup kencang. Sedikit memperlahan. Normal seperti sediakala.

" esok aku nak Alma ada jam 10 pagi. kau boleh terus berdegil pertahankan dia. Tapi lepas tu... " Zulfan Anas menggantung ayat. Seraya memiringkan kepala berbisik di telinga Inara.

" jasad kau yang kaku tak bernadi sebagai ganjaran untuk Alma. Aku tak bergurau..." Zulfan Anas kemudian berpaling dan berjalan dari lorong bangunan yang gelap dan sunyi itu. Bulan mengambang menjadi saksi. Sejurus menggamit Faiq dan dua orang kepercayaannya supaya beredar. Wajah Inara memucat. Bibirnya terketar-ketar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience