Bab 24

Romance Series 15919

Aku melangut sendirian di luar balkoni. Panorama malam nan indah di dada langit dengan cahaya kerlipan bintang itu tidak mampu mengubat lara di hati. Akhirnya aku kini sah bergelar isteri kepada Zulfan Anas Bin Dato' Seri Mikhail Liam. Bersungguh aku berkeras menolak idea gilanya mengahwini aku. Tetapi siapalah Alma Zhufairah? Perempuan lemah yang dikuasai si lelaki durjana. Pendirianku rapuh saat Zulfan Anas berulang mengugut menggunakan lagi Kak Inara sebagai mangsa taruhannya agar aku tunduk dan ya... dia telah menang.

Hampir sebulan kami hidup bersama, aku tidak dapat mengecapi rasa kebahagiaan itu. Sikap Zulfan Anas sama sahaja. Sesekali dia akan naik tangan apabila datang barannya. Walaupun tidak sekerap dan seteruk dulu. Ditambah lagi dengan kata-katanya yang selalu menyakiti dan mengguris perasaan ini. Aku dilayani lembut bak puteri raja hanya ketika di ranjang. Zulfan Anas akan berubah persis lelaki sejati dengan bisikan ayat-ayat menggoda. Selepas puas meratah tubuhku dan keinginannya sempurna dipenuhi dia kembali seperti asal. Dingin dan beku.

Aku sekadar mampu pasrah dalam tangisan sendu. Beginilah mungkin apa yang dilalui oleh Puan Qaireen. Zulfan Anas sudah menceritakan segalanya. Puan Qaireen itu cuma seorang perempuan simpanan dan dia juga merupakan adik tiri Zulfan Anas sendiri. Ada yang lebih memeranjatkan dan terasa sepertinya sebilah pisau menghunus tepat ke jantungku. Zulfan Anas tanpa rasa bersalah mengakui malah berbangga sambil mendadik dada dia lah yang membunuh Puan Qaireen dengan kejam dan tragis. Ah! Betapa sukarnya untuk aku menerima kenyataan yang teramat menyakitkan itu. Zulfan Anas memang bukan manusia...

Ting! Tong!

Aku tersentak. Laju memalingkan muka ke arah bunyi loceng pintu bilik hotel. Kaki dibawa mengorak langkah. Pintu dikuak dari dalam. Menjengulkan kepala melihat siapakah gerangan di luar.

" Oh, awak...tunggu sekejap." Tuturku sambil berpatah balik dan mencapai tas tangan yang tergantung elok di sudut dinding.

Figura lelaki berbadan sado itu mengangguk. Serius tanpa secalit senyuman. Dia pengawal peribadi Zulfan Anas yang diarahkan menjemput aku dan mengiringi diri ini turun ke lobi. Suamiku menanti di sana kerana kami berdua akan makan malam di kediaman uncle Brady, bapa saudara Zulfan Anas. Sukacita dimaklumkan, sekarang aku berada di negara Rusia.

" Kita pergi, saya dah siap." Ujar aku seraya berjalan mendahului di depan.

Manakala jejaka bercermin mata gelap itu sekadar diam membuntutiku. Keluar sahaja dari perut lif. Orang suruhan Zulfan Anas menunjukkan di mana sang suami. Mata aku mengecil memerhati gelagat pasangan yang keasyikan berpeluk sakan berbual mesra.

Berbulunya mata.

" Ehem..." Aku berdehem kuat apabila sudah mendekat. Dua ekor merpati 'si jantan dan si betina' serentak menoleh.

" I got to go, Fedora..." Zulfan Anas merungkai dakapan.

Sambil merenung isterinya ditolak perlahan jemari yang masih bermain-main nakal di sekitar kolar baju.

Wanita itu menarik muka cemberut. Alma Zhufairah dijeling tajam tanda tidak berpuas hati. " She's your girlfriend?" soalnya jengkel. Menatap sinis Alma Zhufairah dari atas ke bawah.

Aku hanya menayang wajah tenang. Mengerling ke arah Zulfan Anas yang tidak lekang memandang aku sejak tadi. Apa dia sangka aku akan meroyan apabila menyaksikan kecurangannya? Walaupun tercuit juga secebis rasa cemburu. Isteri tetap isteri.

" No...,"

Jawab Zulfan Anas mendatar. Menapak menghampiri isterinya.

" But this beautiful lady... is my wife." Sambung Zulfan Anas romantis. Memandang tunak seraut wajah mulus si isteri sebelum kekura tangan halus milik Alma Zhufairah dicapai lembut kemudian diangkat. Mengucup hangat gaya seorang lelaki budiman.

Aku terkesima. Mata terkebil-kebil. Macam mimpi pun ada. Sudi pula lelaki itu berterus terang mengakui aku isterinya di hadapan gadis muda berbangsa eropah ini. Aneh. Atau... Ia hanya sandiwara? Drama? Susah betul mahu berhusnuzon dengan suami cap setan.

" Bye."

Dingin sungguh nadanya. Muka usah dikata. Masam kelat. Terus wanita bernama Fedora itu berambus merengus geram. Rambut panjangnya yang beralun bak ombak itu dikibas kasar. Bengang mungkin.

Lenggang-lenggok Fedora diperhati. " Siapa perempuan cantik tu? Skandal awak ke? Yang nombor berapa pulak tu?" tanyaku bertubi-tubi. Melirik wajah datar sang suami.

Zulfan Anas melepaskan sedikit kasar tanganku. Rahangnya tergerak-gerak seperti sedang menahan amarah. Matanya meliar. Sejurus menjawab.

" Entah."

Satu perkataan sambil menjungkit bahu. Mendepangkan tangan. Selamba saja.

Ternganga aku dibuatnya. Jawapan apakah ini? Berbelit-belit serupa ular tedung hendak mengawan kalah romeo and juliet.. Dia kata entah? Sudahlah tiada langsung rasa bersalah. Aku bukan patung.

'Eee...nak digumpal-gumpal mamat ni jadi bola lepas tu tendang masuk gawang gol!!!' Jeritku di dalam hati.

Gedebuk!

Sekaligus terdengar suara perempuan terlolong mengerang kesakitan. Berpusing kepalaku mencari punca.

" Hahaha..." Aku tertawa lucu seraya menekup mulut.

Rupanya minah yang menggatal dengan Zulfan Anas tadi. Kasihan jatuh terlentang. Dia tidak berapa jauh dari tempat kami berdiri. Aku agak mesti punggung dia lebam. Itulah akibatnya menonong tanpa toleh kiri kanan. Habis disapunya kawasan yang licin. Aku pun masih boleh nampak papan tanda 'Wet Floor'. Balasan! Menggedik lagi dengan suami orang.

" Amboi, suka betul kau. Kelakar eh?" Tegur Zulfan Anas serius. Menjongket kening.

Ketawaku mati.

Tanpa amaran. Zulfan Anas terus menggenggam tanganku erat diheret menuju ke arah kereta mewah terparkir di hadapan hotel ini. Pemandu juga sudah bersedia.

Terpinga-pinga aku mengikut langkahnya." Awak ni perlahan la sikit jalan tu, lajunya." rungutku. Terkial-kial ingin menyaingi Zulfan Anas.

Lelaki itu mengeluh. Mengejut berhenti. Sipi lagi aku terlanggar badan sasanya. Mujur sempat membrek. " Hish, lembab kau ni. Macam siput babi! Sini lah!" gerutu Zulfan Anas. Tubuh aku dicempung mudah.

Membulat biji mata. Hangin juga dipanggil siput babi. Celupar sungguh si anak pak Mikhail Liam ini. Sampaikan terlupa tubuh aku digendung lelaki itu. Baru aku mahu membuka mulut memprotes.

" Jangan cakap apa-apa pun, Alma..." Tegasnya meleret. Tajam anak mata itu memanah. Aduhai, seram lah pulak. Keberanian ku merosot ke level kosong. Aku jadi takut-takut membalas pandangannya. Liur ditelan kesat. Secepat kilat menunduk.

Tanpa Alma Zhufairah sedari. Suaminya mengerling melalui ekor mata. Diam-diam dua ulas bibir lelaki itu merekah. Mengukir senyuman semanis gula.

____________

Inara menyedut jus tembikai kegemarannya itu. Usai membasahkan tekak. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas. Duduk dibetulkan agar lebih selesa sambil jemari runcingnya mengetuk-ngetuk permukaan meja. Mata melingas ke arah ruangan restoran. Kelibat seseorang dicari. Tiada. Inara menghela nafas panjang. Menongkat dagu sambil wajahnya membuang pandangan ke arah tingkap berkaca.

Sreettt...

Bunyi kerusi ditarik. Inara panggung kepala. Faiq ketika ini sudah melabuhkan punggung bertentangan dengannya. Tiada sapaan waima sebuah senyuman.

" Air tongkat ali satu!" Pesan Faiq pada budak pelayan yang kebetulan lalu di sebelahnya.

Inara melongo. Air lain punyalah banyak. Kenapa... Erk? Inara terpandang pula gadis-gadis remaja yang berada di meja barisan kiri. Mereka sudah tersenyum-senyum memandang ke arah Inara dan Faiq. Kemudian berbisik-bisik sesama sendiri. Alamak! Kenapalah si Faiq tidak mengawal suaranya. Kuat sangat. Inara menyentuh wajahnya yang terasa membahang. Malu tau!

Faiq sembunyi senyum. Bukannya dia tidak nampak riaksi Inara. Memerah pipi gadis itu.

" Janji pukul tiga. Lepas satu jam baru you muncul? Huh?!" Inara mula membedil. Sengaja mahu memprovok. Hal minuman penguat tenaga itu di campak ke tepi.

Ditatap Faiq tepat. Menyandar sambil menyilangkan tangan ke dada. Inara benci berurusan dengan orang yang tidak menepati masa.

Faiq mengherotkan bibirnya. " relax... okay lah, miss Inara. Apa you nak? Ke dah ada kata putus pasal tawaran I tempoh hari." Soal Faiq tenang.

Malas mahu memulakan bibit-bibit pertengkaran. Tiada gunanya memberitahu asbab dia terlewat. Lebih baik mereka skip dan terus ke perkara pokok.

Jeda.

Inara menarik nafas dalam-dalam." I setuju... " Ujar Inara pendek.

Faiq terkedu. Bait kata yang menjengah ke halwa telinganya itu seperti halilintar menyambar. Inara sudi hendak menikah dengannya. Wow!

Dahi Inara berkerut. Lelaki ini tersampuk jin barangkali. Diam tidak berkutik. Jasadnya ada tetapi jiwa sudah menghilang terbang.

" Hei, Faiq! You dengar kan apa I cakap?"
Sergah Inara. Diawang-awangkan tangannya di depan muka lelaki itu.

Faiq tersengih sambil menggaru kepala. Syukurlah rohnya sudah balik menyusup ke dalam diri semula. Hati berbunga-bunga kembang setaman. Melonjak riang. Dia bakal memperisterikan Inara. Yuhu!

" Tentulah. I belum pekak lagi sayang..." jawab Faiq teruja. Tangan Inara dipegang.

Pantas Inara menepis. Terjengil matanya. " Kita tak nikah lagi. Haram, tahu?" Agak meninggi nadanya. Faiq yang tersenyum sumbing itu dijeling tajam.

" Minggu ni kita kahwin. You tak kisah kan? " cadang Faiq.

Inara dilihat masih ligat berfikir. " cepat kahwin, cepatlah you dapat jumpa Alma." umpan Faiq pula. Dia tidak mahu gadis ini terlalu berkira-kira lagi.

Sejujurnya sudah lama Faiq memasang niat menyunting Inara sebagai permaisuri hatinya. Membina mahligai impian bagi menebus keterlanjurannya meragut mahkota gadis itu tanpa rela. Dia cintakan Inara setulus hati. Faiq terpaksa berbuat begini. Jika tidak Inara pasti enggan bersamanya.

" Fine...tapi ingat, you jangan tipu I Faiq. Kalau nak I mengamuk macam godzilla. You test tengok. Jangan kata I tak bagi warning." Bisik Inara keras.

" Iya Inara sayang...I bersumpah! Percaya la." meyakinkan. Faiq menatap dalam gadis pujaannya.

Inara cuba menyelami pandangan redup itu. Mencari keikhlasan. Dia juga gusar bersuamikan perogol. Namun demi Alma Zhufairah, Inara sanggup berkorban. Adik apa khabar? Kau ada di mana dik? Akak rindukan Alma...benar-benar rindu. Mengapalah kita ditakdirkan berpisah.

Sebak. Dada sesak. Kolam mata bergenang.

" Inara...you menangis?" disaat Faiq mahu menyeka air jernih yang mengalir di pipi wanita itu. Inara dengan pantas mengelak.

Dia bingkas bangun. " Apa-apa contact I. I balik dulu. Penat, nak berehat." ucapnya dengan suara berubah serak. Sebelum tergesa-gesa beredar.

Betapa besarnya kasih sayang you kepada Alma, Inara. I kagum. Faiq menghantar kepergian Inara dengan pandangan sayu.

********

Selamat membaca. Maaf sebab lama br nak update. Rasanya banyak kekurangan karya saya ni. Harap dapat dimaafkan juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience