Bab 16

Romance Series 15917

Inara berlari-lari anak cuba mengejar langkah Faiq yang baru sahaja keluar dari salah satu pusat hiburan terkenal di ibu kota. Lelaki itu kelihatannya tidak bersendirian. Di sampingnya seorang perempuan berambut perang dengan pakaian yang menjolok mata merangkul erat lengan berotot Faiq. Gaya menggedik. Mereka sedang bergelak ketawa. Bercanda ria. Ikutkan hati, tidak hingin Inara mahu bertentang mata lagi dengan jejaka itu. Inara terpaksa. Tujuannya hanya kerana Alma Zhufairah semata-mata. Inara akan mendesak dan menuntut penjelasan daripada si lelaki womanizer itu!

Dia tidak boleh bersabar lagi. Berbulan-bulan adik kesayangannya telah ghaib. Puas mencari. Namun figura Alma Zhufairah gagal dikesan. Inara buntu. Jejaka itu acapkali mengelak apabila diajak bertemu. Pelbagai alasan yang kadang-kala tidak munasabah diberikan. Padahal kali terakhir Alma Zhufairah bekerja adalah di rumah Zulfan Anas. Inara takut untuk terburu-buru melaporkan kepada pihak polis. Zulfan Anas itu mempunyai pengaruh yang cukup besar. Bukan calang-calang orang untuk dibuat sebarang tuduhan menculik terhadapnya. Silap-silap, Inara pula terjerat. Dia perlu berwaspada.

Inara memandang jelik aksi memualkan di hadapannya ini. Faiq dan wanita tadi tiba-tiba berhenti mendadak. Apalagi? Berdakapan mesra sambil bertukar air liur melalui tautan bibir. Menjijikkan. Inara sengaja terbatuk-batuk kuat. Kedua-dua manusia itu nyata terkejut.

"Honey... Siapa perempuan ni? You kenal dia?" pasangan Faiq menyoal dengan nada jengkel. Hangin juga diganggu. Wajahnya bertukar cemberut.

Faiq sekadar menunjukkan riaksi biasa.
Memandang lama wajah Inara yang tercegat memeluk tubuh. Kemudian jejaka itu berdecit tidak suka. Kehadiran Inara sebenaranya membangkitkan getaran di dada. Sebolehnya Faiq mahu melontar kisah perasaannya. Mengapa sukar sekali? Ketika Faiq kembali beradu pandangan. Dia kalah lagi. Mengalihkan anak mata ke arah lain. Pertanyaan wanita di sebelahnya tidak dijawab. Ibarat masuk ke telinga kanan terus melenyap.

"you tunggu dalam kereta. Kejap lagi I datang. Ada hal penting I kena settle dulu." ujar Faiq sedikit tegas. Kunci kereta miliknya di serahkan kepada wanita itu.

"but..."

"just go... You dengar kan apa I cakap?" Bersuara agak keras. Faiq memanah tajam. Si wanita memuncung. Menjeling benci Inara yang memerhati dengan perasaan meluat gelagat Faiq dan... Ah? Malas Inara mahu menyebut. Dalam hati pun rasa menyampah. Whore!

Wanita itu mendengus dan terus berpaling melangkah pergi dengan menghentakkan kaki. Namun entah bagaimana silapnya. Dia terpelecok jatuh. Terdengar jeritan kecilnya. Inara spontan tertawa lucu. Poor little girl. Tahulah pendek. Tapi janganlah over sangat pakai kasut tumit tinggi terlebih-lebih inci. Haha..

"what you want from me? Jangan bazirkan masa I Inara..." dingin. Faiq berjalan mendekati Inara. Jujur, jauh di sudut hatinya. Dia merindui Inara. Ego saja menjadi penghalang.

Inara yang tersedar berdehem-dehem. Cuba membetulkan kotak suaranya agar berhenti menggerakkan rahang dari terus tergelak-gelak.

" rasanya you tahu kan... I, nak adik I. Mana Alma... Jangan nak berdolak-dalik lagi Faiq. Tell me the truth!" di hujung ayat Inara meninggikan nada. Menatap tunak si jejaka yang berlagak selamba.

Faiq menapak merapatkan lagi jarak. Inara pula mengundur ke belakang. Saat lengan Inara ditangkap kemas tangan kasar Faiq. Inara mendongak dan tatapannya jelas sangat marah.

"lepaskan I Faiq! Lepas...!" membentak. Meronta-ronta. Namun Faiq bertindak menarik tubuh Inara. Badan mereka bersentuhan. Berlaga.

"Shuhh... I akan turut kehendak you. Tapi dengan satu syarat..." berbisik lembut di telinga Inara. Menyungging senyuman sinis. Faiq bermain tarik tali. Hal bersangkut paut dengan encik bos bukan urusannya. Dia hanya orang suruhan yang mengikut perintah. Faiq tidak mahu mengkhianati Zulfan Anas.

Inara cuba bertenang. Memberi peluang. Paling penting dia dapat mengetahui keberadaan Alma Zhufairah. Ya, betul!

"apa dia? Asal I boleh jumpa Alma. Apapun I sanggup..."pintas Inara sebelum sempat Faiq membuka mulut.

" sabar okay... Relax sayang... " berkata perlahan. Romantis. Faiq tersenyum penuh makna sambil mencuit hidung Inara. Baru sahaja ingin mengusap pipi merah si gadis. Pantas ditepis. Inara lantas menolak kuat tubuh sasa Faiq. Kedudukan mereka merenggang. Inara rimas.

"tangan jangan merayap ke tempat yang tak sepatutnya. Dah lupa ke kekasih hati you.. Mungkin dia tengah merajuk tu. I sempat nampak dia tertinjau-tinjau geram tengok perangai tak semenggah you ni. " Inara menjuih mulut ke arah kereta Audi yang terparkir tidak begitu jauh.

Faiq berwajah kosong. Sekelumit pun tidak berkesan di hatinya. Perempuan itu bukan sesiapa. Mereka baru sahaja berkenalan selang 15 minit lalu di pub. Cuma dianggap sebagai peneman tidurnya untuk semalam. Pengubat kesunyian. Bukan dia yang terhegeh-hegeh. Kucing mana tak makan ikan kan...

"kekasih I ialah you...I--" Faiq terdiam apabila Inara cepat memotong percakapannya.

"Tak payah merepek." Inara malas melayan ungkapan si pendusta Faiq. Sebelum menyambung bicara.

"You juga kata tak nak bazir masa. I perlu buat apa untuk jumpa adik I? I bersedia, janji Alma ada depan mata. Talk..." Inara menekankan suara. Bermakna dia benar-benar serius.

"kahwin dengan I Inara..." ucapnya meleret. Ringkas tetapi pengisian sangat padat. Faiq menatap redup wajah cantik dambaannya ini.

Manakala Inara sudah melongo. What???

'be mine sayang.. I love you so much..'luahan hatinya yang paling dalam. Faiq mengambil kesempatan yang terbentang luas dengan mengikat Inara. Dia tidak gusar jika wanita itu hanya bersetuju kerana asbab Alma Zhufairah.

Share this novel

MommyZahra
2020-06-28 14:02:47 

update pls

MommyZahra
2020-06-19 09:02:44 

update pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience