Bab 4

Romance Series 15917

Aku membelek buku-buku bergenre fiksyen yang tersusun kemas di atas rak perpustakaan. Tercari-cari cerita yang menarik dan berkenan di hati. Berpandukan sinopsis yang bercetak di bahagian belakangnya. Menyelak helaian sekali lalu. Setelah memperolehi apa yang dihajati. Aku berjalan menuju ke kaunter dan diserahkan kepada pustakawan untuk proses peminjaman. Saat cop ditekan di ruangan yang tersedia. Wajahku berubah mendung.

" jaga elok-elok dan pulang balik ikut tarikh dalam tu. " pesan si pelajar perempuan yang kecil molek. Tersenyum tipis. Aku mengangguk dan lantas menggapai perlahan. Ketika sudah menjejakkan kaki di koridor tingkat dua itu. Aku membuka salah satu buku dan terus ke lembaran yang penghabisan. Tercatat nama Teressa Wong. Orang terakhir yang menggunakannya. Tatkala itu, terimbas kenangan yang menyentuh sanubari ini. Di mana...

" awak tahu, impian saya nak jadi watak utama dalam novel ni. Dia bijak, happy go lucky, hebat berkarate dan tentulah cantik! Lagi kan Alma... Penulis bagi gambaran heroin tu berambut hitam ikal mayang. Mata bulat-bulat, kulit putih dan bertubuh sederhana tinggi. Saling tak tumpah macam awak. " ujar Teressa Wong teruja. Ketika itu kami sedang berehat di kantin. Aku yang agak gelojoh menyuap hidangan ke mulut sekadar mendengar. Dari malam tadi perut tidak berisi. Hanya menogak air paip. Di catu keluarga angkatku. Sebelum aku tersedak-sedak.

" slow, slow Alma...kebulur betul awak. Ish... Ish.. Ish... Pelahap. Minum, legakan tekak. Saya tak sanggup tengok awak mati sebab tercekik mee goreng..." ucapnya dengan riak gusar seraya menghulurkan cawan dan menyua ke bibirku. Aku lantas meneguk perlahan. Hatiku bengkak. Teressa ni adakalanya celupar boleh tahan.

" Teressa, tergamak awak cakap bukan-bukan. Berharap sangat ke ajal menjemput saya hmm?" soalku lirih. Teressa Wong terpempan.

" ada ke situ pulak perginya... Awak dah salah tafsir maksud saya tadi Alma." jawab Teressa Wong. Kemudian memaut bahuku di sisinya. Menoleh menatapku lembut.

" mungkin awak boleh sembunyikan kesedihan dan derita daripada orang lain. But not me...papa atau mama awak yang buat kesan lecur ni kan? " tutur Teressa Wong dengan menarik perlahan lengan bajuku sehingga terpampang kulit cerah diri ini yang merah-merah. Aku terkesima. Menunduk malu. Menutup kembali tangan hodohku yang ditekap dengan seterika panas oleh Datin Salwa kerana aku terlupa menggosok pakaian berjenamanya untuk ke salon.

"siapa yang--" Teressa memotong percakapanku.

"dari mana saya dapat informasi berkenaan awak tak penting Alma...jangan terlalu lurus biarkan diri awak diperkotak-katik. Mereka manusia yang tak layak diberi muka. Zalim dengan anak yatim... Jom ikut saya kita report di balai. Ya Alma?" mempengaruhi Alma Zhufairah yang harus dibela nasibnya. Aku menggeleng laju dan apabila tergesa-gesa ingin bangkit. Teressa Wong melelar pergelangan tanganku.

" For your own sake. Please Alma... saya takut tak sempat nak tolong awak selepas ni... Mana lah tahu. Umur saya yang tak panjang." ungkapan kata yang mendorong aku untuk berpaling seraya mendakap teman sejati.

"jangan bercakap pasal mati lagi Teressa. Saya tak suka..."ucapku sebak. Teressa Wong yang terkejut itu perlahan-lahan membalas. Pandangan sesiapa jua tidak dihiraukan. Sungguhpun ada enam pasang mata pelajar yang sudah terbeliak. Selebihnya telah beredar ke kelas. Menduga disajikan dengan adegan mesra wanita lesbian.

" Alma... Sekalipun maut jadi pengantara kita berdua. Persahabatan saya dan awak tak kan terpadam. Dunia dan... Akhirat." menutur tenang. Aku keliru. Melonggarkan pelukan dan mengecilkan mata memanah wajah Teressa Wong.

"Saya, mama dan papa akan masuk islam. Terima kasih Alma... Awaklah sumber inspirasi kami. Saya tak sabar nak mengucap dua kalimah syahadah.. " jelasnya bersemangat waja sambil menggenggam tanganku erat. Aku melongo. Tidak berkelip-kelip memandang.

Namun...
Sayang seribu kali sayang. Pada hari yang sama sepatutnya gadis penganut agama kristian itu bergelar muslim. Teressa Wong telah pun menghembuskan nafas terakhirnya. Aku ralat...

"Hai Alma! Sorang aja ke?" sapaan suara garau itu menerbangkan segala memori. Aku yang sedang duduk di bangku kecil mendongak. Terpukau. Terpesona. Sewaktu jejaka itu menguntum senyum.
' Kacak, tampan sangat! Rasa beruntungnya dia sudi nak tegur aku. Maknanya dia masih ingat pada aku ler tu! " terloncat bahagia di dalam hati.

" err.. H-hai Zulfan. A, ah. Saya baru pinjam buku dekat library. " jawabku kekok. Melarikan anak mata kerana dirasakan aku terlalu lama merenung anak teruna orang. Zulfan Anas yang menyedari kekalutan aku tersenyum-senyum. Perempuan mana saja yang tidak tertawan dengan wajah mahalnya itu. Menggamit perasaan bangga. Tetapi bukan untuk bermegah.

" Lama juga kan kita tak jumpa lepas kawan awak accident...saya pun sibuk dengan aktiviti sekolah. Preparation nak exam contohnya. Just two month left.. Awak dah okay? Cengeng lagi tak?" memulakan perbualan. Dihujung ayatnya seperti mengusik. Kemudian mengambil tempat di samping diri ini.

" Alhamdulillah...saya redha dengan apa yang dah ditakdirkan. Cuma bila sendiri. Teringat-ingat... "kataku perlahan. Zulfan Anas berdiam sejenak. Sebelum menyeluk poket seluar.

" lollipop...perisa coklat strawberry. Dua dalam satu. Saya belanja awak. Ambil lah Alma..." ucapnya seraya memanjangkan tangan. Menghulur. Menatap dengan pandangan lembut. Aku terkebil-kebil. Bersilih ganti melihat gula-gula dan wajah Zulfan Anas. Mengapa dia begitu peduli akan aku?

" eh takpa... Saya kurang makan manis-manis. Awak simpan aja la. Kasi adik awak." tolakku sopan. Segan sangat-sangat. Saat lelaki itu ingin meraih jemariku. Secepat kilat aku mengelak. Zulfan Anas mengeluh kecil.

"saya memang free hair. Tapi awak lelaki dan saya perempuan. Ada batas-batas... Tangan kita tak berlapik." bicaraku menerangkan dengan penuh adab. Jauh sekali bersikap sombong. Tetapi harga diri bagiku tidak ternilai, terbanding dengan intan permata. Usah dipandang enteng.

"Oops! Sorry..." ucap Zulfan Anas sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Setepek. 'Aiseyman.. Mana nak sorokkan muka aku!' menggumam dalam hati. Lelaki itu tersenyum sumbing.

Keterbiasaan bersama si kekasih terbawa-bawa saat berduaan dengan Alma Zhufairah. Seperti ada tarikan magnet apabila berdekatan dengan perempuan itu. Tatapan matanya yang bundar mempamerkan riak duka. Terjentik di dasar hati untuk menggembirakan Alma Zhufairah. Entahlah... Zulfan Anas tidak mengerti kelainan perilakunya ini. Sedangkan perkenalan singkat itu kebetulan yang tidak terjangka.

" see you next time Zulfan, saya gerak dulu..." bertutur dan mengangkat punggung. Jejaka itu menegah aku meneruskan langkah. Menghadang jalan di hadapanku. Dahi berkerut.

"firstly, saya takda adik. Second, jiwa saya tak kan tenang selagi awak menolak pemberian saya. Take it, Alma?" nadanya sedikit menggesa. Aku tersentak. Zulfan Anas ini real atau klon? Lambat-lambat aku menadahkan sebelah tangan. Tidak sampai hati pula.

"hah... Good girl! Bye, bye Alma!" ucap Zulfan Anas melambai-lambai sejurus mengenyitkan mata dan memusingkan badan. berlari-lari. Meninggalkan aku. Tergamam. Zulfan...aku jatuh cinta. Dan.. Ianya kian bercambah.

Share this novel

MommyZahra
2020-02-02 21:25:34 

sambunganya pls..lama stuck


NovelPlus Premium

The best ads free experience