Bab 12

Romance Series 15917

Perlahan-lahan kelopak mata diangkat tinggi. Kesamaran. Aku menggosok-gosok mata menghilangkan pandangan yang kabur. Apabila tiada halangan. Pandanganku terbuntang. Nafas dirasakan tersangkut-sangkut. Jarak yang tersangat dekat. Disapa wajah Zulfan Anas yang mengetat. Mencangkung di sebelahku menikam hebat. Hati berbisik agar bergerak menjauh. Tetapi isyarat ke otak sepertinya tidak mahu bekerjasama. Mengejung dalam keadaan terlentang tanpa alas. Berlantaikan kayu papan. Sekitar kamar ini kosong tanpa perabot. Hanya bersumberkan cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap berpagar itu. Ke mana lelaki ini mengurung aku?

" perempuan yang kononnya superwoman dah sedar...aku harap kau dah bersedia dengan natijahnya sebab menentang aku. Alma Zhufairah..." mengungkap kata dengan meleret. Zulfan Anas kemudian mencengkam kuat lenganku. Menarik kasar dari pembaringan. Sejurus tubuhku ditiarapkan. Pergelangan tangan dan kaki diikat dengan rantai besi.

" hei... Apa ni? Sakitlah! "membentak. Berikhtiar meloloskan diri. Walaupun aku pasti usaha ini sia-sia. Zulfan Anas bertindak duduk di atasku dan mulut diselotip. Buat-buat tidak mendengar.

" emmphh... Emmphhh... " aku cuba melawan. Bunyi bising rantai yang berlaga memenuhi ruang. Zulfan Anas terus merentap kepalaku. Terdongak ke belakang. Terasa mahu patah tengkuk.

" mulai hari ni... Kau rasminya hamba abdi aku. Atau binatang peliharaan. Kau dah silap langkah perempuan. Jolok sarang tebuan... Jadi tanggunglah. " ujar Zulfan Anas sinis. Seraya melepaskan kasar genggamannya dan bangkit berdiri. Airmataku bergenang. Kak Inara. I need your help!

Zap! Zap! Zap! Libasan tali yang menggila bertalu-talu menjamah tubuhku...menggelupur. Muka berkerut dan air jernih merembes dengan lebatnya. Ya Allah.. Kesakitan yang tidak tergambar. Terbayang. Lama pukulan itu menyinggah. Aku lembik tidak tertahan. Mata semakin kuyu. Layu dan... Sekali lagi. Aku tidak menyedarkan diri. Gelita.

______________________

Apabila aku terjaga. Terasa bisa-bisa di seluruh badan. Ironinya, aku bebas. Tiada rantai. Saat meraba wajah. Dua ulas bibirku juga dapat disentuh. Namun luka-luka kecil terpampang. Kulit di belakang tubuhku pastinya lebih teruk. Keluhan meniti. Ketika berpaling kedua belah sisi. Aku seram. Haiwan-haiwan liar yang telah diawetkan teratur banyak. Harimau dan beruang?

Mataku dibesarkan pula meneliti diri ini ditempatkan. Mungkin stor? Tetapi di sudut sana ada tandas yang terbuka tanpa dinding. Seperti di dalam penjara. Kehausan. Tekak mengering. Dengan tidak membuang masa. Aku mengengsot dengan berhati-hati. Sesekali aku jatuh tersembam. Kelesuan seharian akibat berlapar. Paip dipulas perlahan dan air jernih yang mengalir itu diminum rakus.

"liat juga nyawa kau kan..." suara garau yang cukup dikenali itu bagaikan halilintar. Pili air ditutup. Aku sudah kegerunan. Menikus. Apalagi lelaki itu ingin perbuat. Aku berpaling dan pandangan kami bertembung. Sebelum menunduk. Berdiam.

"dah bisu? Semalam bukan main lancang lagi mulut mengata aku. Kenapa, semangat kau habis bateri? Lupa cas?" mengejek dengan senyuman sinis. Zulfan Anas menyilangkan tangan ke dada bidangnya. Melangkah santai dan mendekatiku. Ditenung lama. Apabila aku masih sama mengunci mulut. Lelaki itu merengus kasar sejurus membongkok dan menampar sangat kuat pipi ini. Pang! Pang! Pang!

Aku meringis. Mata berkaca-kaca. Hidungku terasa mengeluarkan cecair yang hangat. Hujung bibir juga begitu. Berdarah.

"b-bunuhlah s-ssaya, kalau itu harga saya perlu bayar untuk setiap perkataan yang menyeru kemarahan awak. Puaskan hati awak, Zulfan. Do it... ." ucapku lemah. Jejaka itu yang telah menegakkan badan memandangku dengan kebencian.

"tak best rushing sangat. Aku suka tengok mangsa aku menderita. Nak hukum kau apa lagi lepas ni. Erm...." selamba menuturkankan ayat. Zulfan Anas mengusap dagunya gaya orang mencari ilham. Sebelum menyeringai jahat.

"apa kata aku bagi kau makan dulu. Mesti kau dah kebulur... Tunggu. Aku patah balik nanti hidangkan makanan lazat. Special untuk kau... " bicaranya penuh muslihat dan berlalu. Keningku bercantum memandang langkah Zulfan Anas. Something wrong. Beberapa minit kemudian. Lelaki itu kembali dengan menatang dulang.

"nah... Makan." nada mendatar. Aku bangun dan mencuba untuk duduk. Melihat hidangan di depan dengan rasa was-was. Zulfan Anas menatapku.

"daging apa ni? Saya tak pernah makan benda nampak mewah macam ni." soalku sangsi. Tampak menyelerakan dengan hiasan yang cantik. Tetapi... Meragukan.

"babi liar..." balasnya pendek. Bersahaja. Aku terlopong dengan mata membulat.

"awak mabuk ke?! Saya lebih rela mati dengan perut kosong daripada kenyang tapi haram! Agama awak islam atau dah murtad?!" melantun tinggi suaraku. Sejurus menepis kasar hinggakan pinggan yang berisi makanan itu terlungkup. Zulfan Anas naik darah kemudian mengambil daging yang sudah bersepah itu dan menyumbat ke mulutku secara paksaan. Mencengkam kuat pipi ini. Aku mengelak dan melarikan wajah namun tidak berjaya. Kejamnya lelaki ini. Aku menyesal pernah mencintainya.

"uwek! Uwek!" memuntahkan semula. Jijik. Zulfan Anas tidak berhenti setakat itu. Rambutku pula ditarik ganas supaya bangkit. Aku sudah menangis.

" kita sekarang dalam hutan. Memang itu aja yang layak kau makan. Ikutkan hati aku yang panas ni. Daging mentah aku nak bagi kau telan. Memilih sangat kan... Baik, aku kabulkan apa yang kau nak. Aku nak tengok, kau boleh bertahan tak...!" mengungkap kata dengan dengan kasar. Aku menatapnya dengan juraian airmata.

" ikut awaklah Zulfan... Saya terima. Kalau saya betul-betul mati. Tanam jasad saya dengan sempurna. Hanya itu... "ucapku lirih. Lelaki itu sepertinya terkesima. Namun cepat-cepat mengawal riak mukanya yang bengis. ' perempuan ni bahlol ke? Boleh sabar pulak aku kerjakan dia.' getusnya. Hatinya seakan terusik. Sekelumit rasa kasihan mungkin?

" bodoh! " mencemuh. Kemudian Zulfan Anas menarik aku tanpa melepaskan genggamannya di kepala. Kaki tetap melangkah dalam keadaan keterpaksaan. Terseksa. Ke mana lagi diri ini ingin di bawa pergi. Tubuhku ditolak masuk ke sebuah bilik lain yang tampak sangat cantik dan kemas. Keliru.

"mandi..pakai baju yang ada. Aku nak keluar. Kau terkunci dalam rumah ni. Takda jalan untuk kau larikan diri. Ingat ya perempuan... !" sambil menunjal-nunjal dahiku. Lambat-lambat aku mengangguk. Tiada gunanya melawan singa yang sedang mengaum. Tiada erti kerana aku insan yang lemah. Terlalu lemah.

Seusai itu aku menyarungkan baju t-shirt dan seluar panjang. Kruk! Kruk! Krukkk! Aku meraba perut yang berbunyi-bunyi seraya melabuhkan punggung di bawah di atas karpet. Tidak layak sama sekali mengambil tempat lain. Ini pun memadai. Saat termenung durja. Satu bungkusan dilemparkan ke ribaan ku. Terkejut.

"roti dengan air kosong.." Zulfan Anas menutur kata dingin sejurus berlalu ke sofa. Tidak berapa jauh dariku.

"yang kau terkebil-kebil tengok aku dah kenapa hah?? Nak aku suap ke baru nak melantak? Bangang ke kau ni Alma?" naik seoktaf si empunya suara garau itu. Aku dengan pantas tergopoh-gapah membuka plastik makanan. Mengunyah. Gelojoh juga. Aku tahu Zulfan Anas memanah tajam ke arahku. Langsung tidak mengalihkan pandangan.

" err.. Dah awak. Nak saya buang ke mana sisa sampah ni?" menyoal dengan rasa bergemuruh. Memandang seraut wajah serius itu.

"biar aja situ... Kau ke sini. Duduk sebelah aku." memerintah gaya diktator. Zulfan Anas mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Apa agaknya? Lelaki itu mahu menyeksa aku lagi barangkali? Sungguhpun terasa berat. Aku harus bangun dan menapak ke sana.

" pusing, membelakangkan aku... Pandang depan. " ujarnya lagi. Aku berkerut dahi. Tertanya-tanya dalam hati. Namun aku sekadar menurut. Apakah jejaka ini ingin mencederakan aku lagi dan lagi.

"eh! Apahal nak selak-selak baju saya pulak? A-awak nak buat apa?" aku sudah kalut. Ya Allah, peliharalah kehormatan hambaMu ini dari manusia yang rakus dengan hawa nafsu . Zulfan Anas menjeling.

"jangan nak banyak songel.. Boleh tak Alma?! " ucap Zulfan Anas melengking. Menjengilkan biji matanya. Aku terkelu.

Zulfan Anas menyapukan krim pada luka yang jelas sangat teruk di badan Alma Zhufairah. Sekali-sekala terdengar wanita itu mendesis menahan rasa sakit. Mengapa pula tiba-tiba hatinya menjadi lembut begini. Belum pernah sesiapapun mampu menjatuhkan keegoannya. Hatta orang-orang kepercayaan lelaki itu akan dihukum tanpa belas jika melanggar arahan. Hubungan singkat suatu ketika lalu mengembalikan memori lama. Detik dia dan Alma Zhufairah berkenalan dan berteman. Sebelum ianya terputus dan sekarang mereka ditakdirkan bertemu. Ah! Perempuan itu selayaknya dilayan kejam. Siapa suruh dia masuk campur urusan aku.

"dah..." sepatah kata dan Zulfan Anas melelar pergelangan tanganku mendorong tubuhku bangun berdiri. Aku ibarat patung yang perlakukan sesuka hatinya. Ke hulu ke hilir. Penat.

"awak... Nanti dulu. Saya ada nak cakap." menegur Zulfan Anas yang berura-ura mahu beredar setelah aku ditempatkan ke dalam kamar yang sama. Lelaki itu menjongket kening.

"sampai bila awak nak kurung saya?" soalku memandang tepat jejaka kacak dan bersosok sasa ini. Zulfan Anas dengan muka beku itu menghampiri aku serentak memaut kedua bahu.

"dah puas... Aku lepaskan kau. Tapi... Aku tak janji. Mereputlah kau!" menempik. Sejurus menolak kasar. Aku terundur. Hampir-hampir terjatuh.

"Zulfan... Kesiankanlah saya. Dendam awak tak terbalas lagi ke? Tak puas pukul saya? Apa yang awak mahu dari saya... Kak Inara mesti cari mana saya waktu ni. I'm begging you..." menutur kata pilu sambil memegang kaki jejaka itu. Malangnya Zulfan Anas menendang aku. Perut terasa senak. Allahu sakit...

" go to hell... ! " jejaka itu meluru keluar dan menghempas pintu. Tubir mataku yang mengering. Hangat. Tangisan syahdu mewarnai di segenap sudut. Kau zalim Zulfan Anas. Dayus.

Share this novel

MommyZahra
2020-03-09 16:34:50 

new chapter pls

MommyZahra
2020-03-09 16:34:49 

new chapter pls

MommyZahra
2020-03-09 16:34:49 

new chapter pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience