Bab 18

Romance Series 15919

Bangunan ML Motor Corporation.


Zulfan Anas mempengerusikan mesyuarat penting syarikatnya pada awal pagi ini. Pembentangan dan diskusi di antara pegawai-pegawai atasan di setiap jabatan berjalan dengan lancar. Pelbagai strategi baru turut dicadangkan bagi memantapkan lagi hasil dapatan organisasi. Pastilah ianya turut disokong dengan faktor pelaksanaan langkah-langkah unit pemasaran yang meluas. Dinamik serta berkesan. Sungguhpun keuntungan yang diperoleh amat memberangsangkan dan meningkat pada paras paling optimum. Di mana urusniaga penjualan kenderaan mewah itu berjaya diraih menjangkau target atau jangkaan.

Ini tidak bermakna permasalahan adalah sifar ataupun menunjukkan pengurangan ketara. Masing-masing proaktif bekerjasama mencari titik penyelesaian demi kebaikan bersama. Dua jam masa yang diambil dianggap sangat berkualiti. Di mana Zulfan Anas sendiri selaku peneraju utama dalam syarikat menzahirkan rasa kepuasan hatinya dengan penerangan yang bernas.

"Jamiah, nanti masuk bilik sekejap." Zulfan Anas menegur setiausahanya. Ralit benar janda beranak lima itu mengemas helaian dokumen sambil berdiri. Bos yang terpacak dari sisi pun tidak dia sedari. Saat menoleh. Jamiah tersengih.

" okay boss. Sikit lagi nak siap susun kertas-kertas ni semua. Saya datang kemudian. Tak lama... Dua minit aja." jawab Jamiah seraya menunjukkan dua jari. Bibirnya mencarik segaris senyuman. Dibalas anggukkan. Zulfan Anas terus beredar. Pekerjanya yang lain juga awal-awal lagi sudah meninggalkan ruangan bilik mesyuarat. Menyambung tugasan yang tergendala.

Tok! Tok! Tok!

Apabila ketukan mendapat kebenaran si tuan empunya badan. Jamiah memasuki pejabat Zulfan Anas sambil membawa notepad digital di tangan.

"apa yang boleh saya bantu Tuan Zulfan?" menyoal lembut. Di pandang tepat wajah bos yang membeku. Jemari kasar Zulfan Anas yang laju menaip di papan kekunci laptop berjenama Apple itu terhenti. Mendongak sekilas. Kemudian fokus melanjutkan semula kerja.

" deal kan appointment dengan Tan Sri Kamaruddin minggu depan. As usual, Trove Hotel." Jamiah mengangguk faham. Mencatat.

" ada apa-apa lagi Tuan?" Jamiah bertanya lagi. Kedudukan cermin matanya yang tersangkut di batang hidung dibetulkan. Di tolak ke atas dengan satu jari telunjuk. Patutlah agak kabur. Melorot ke bawah sikit rupanya.

" call office Datuk Razif. Confirmkan pasal contract baru tu. dah ready ke belum... And one more thing. Push biar cepat. Asik delay tak habis-habis. Apa masalah pun tak tahu!" Zulfan Anas bengang. Ini namanya berjanji level kencing. Menanam tebu di pinggir bibir. Perisa sweetsour. Ceh!

Jamiah garu kepala. Susah hatinya bercampur pening lalat. Baru saja semalam dia dimarahi. Pekak telinganya menadah segala herdikan. PA Datuk Razif langsung tidak profesional. Mentang-mentang dia isteri kepada lelaki korporat itu sendiri. Berlagak bukan main lagi. Usia sudah tua duduklah goyang kaki di rumah melayan cucu. Ini tidak..cemburu kuat sangat. Takut suaminya pasang skandal dengan perempuan muda. Alahai.

" kau dengar tak Jamiah?!" menekan suara naik seoktaf. Zulfan Anas menatap tajam. Geram percakapannya tidak bersahut. Begitulah gaya bahasanya ketika berinteraksi dengan para pekerja. Ber 'aku' dan 'kau'. Kasar.

Jamiah termalu-malu. Hati membengkak sampai terleka Boss ada di depan mata. Baran Zulfan Anas memang tidak dapat dinafikan auranya. Boleh menggegarkan satu bangunan. Tidak mustahil retak. Pernah Jamiah di maki hamun kerana kecuaian kecil. Hanya disebabkan 'typing error' lima patah perkataan! Maka laporan bercetak itu pun terus di lempar ke luar jendela. Berkecai. Bertaburan. Ikutkan hati, mahu sahaja Jamiah memberikan notis peletakan jawatan 24 jam.

Namun begitu, dia menimbang sedalam-dalamnya. Bukan semudah abc mencari kerja lain zaman sekarang ini. Jamiah juga berasal dari keluarga yang agak daif di kampung. Bagaimana pula dengan nasib anak-anaknya yang ramai. Sudahlah bekas suaminya si jantan keparat itu sesen nafkah pun tidak dihulur. Malah menghilangkan diri setelah berkahwin kali kedua. Atas desakan hidup, Jamiah membuat keputusan untuk terus bertahan. Lagipun, pada hematnya. Tuan Zulfan Anas tidaklah seteruk mana. Cuma lelaki berdarah kacukan itu sangat cerewet apabila melibatkan prestasi kerja.

"err... maaf Tuan Zulfan. Erm... Actually, saya dapat info dari Datin Saharah. Semuanya hampir siap. Apapun after lunch saya akan follow up untuk kepastian. Sekarang tak boleh sebab Datuk ada urusan peribadi dekat luar." terang Jamiah. Zulfan Anas mendecit.

"repeat the same reason again and again, huh?" beriak sinis. Zulfan Anas menyandarkan badan. menggenggam pemegang kerusi erat. Matanya terpejam. Berfikir sejenak. Jeda.

Jamiah tunduk menekur lantai. Dia tidak mahu menjadi punca bertambah mood kurang baik majikannya itu.

"bagitahu pihak sana. Aku beri masa dua minggu. After that, no more excuse. Contract akan terbatal serta-merta. Buang masa layan orang tak serius." Jamiah cekap merekodkan setiap butiran kata. Zulfan Anas terkenal dengan sikap tegasnya dan lelaki itu seorang yang berkomited. Dia paling tidak gemar sikap sambil lewa. Baginya merugikan. Termasuklah dalam kegiatan perniagaan di pasaran gelap.

"okay Tuan Zulfan. Anything else?" Jamiah panggung kepala. Sentiasa bersedia. Jika ada arahan seterusnya.

Zulfan Anas mencarik senyuman misteri. Jarinya bermain-main dengan pen di atas meja. Sebelum membuka mulut menuturkan sesuatu.

______________________

Aku menuruni tangga perlahan setelah pesawat peribadi milik Zulfan Anas mendarat di bumi Jakarta, Indonesia. Pertama kali menjadi penumpang. Aku berasa gayat. Berpeluh-peluh dahiku walaupun penghawa dingin terpasang pada suhu yang paling rendah. Nampaknya kesejukan itu tidak dapat aku rasakan.

Bertuahnya diri ini kerana aku ditenangkan oleh Puan Qaireen yang duduk bersebelahan denganku. Ketika itu di genggam tapak tanganku bagi mengalirkan kekuatan. Sempat aku mengerling ke arah Zulfan Anas di hadapan. Lelaki itu menjeling. Terkumat-kamit mulutnya. Mengutuk ler tu. Manakala Encik Faiq yang berada di tepinya menyepi. Langsung tidak peduli.

"Kak Alma macam mana sekarang? Masih berdebar-debar tak? kalau nak saya ada ubat. " sapaan Puan Qaireen membuatkan aku tersenyum lucu. Teringat gelagat keanak-anakan si Alma Zhufairah. Waktu ini kami sedang jalan beriringan. Kereta khas bersama orang-orang suruhan Zulfan Anas sudah setia menunggu. Menyambut ketibaan.

" takpa. Saya dah balik pada asal Puan. Normal dah ni. Kalau takda Puan suntik kata-kata penenang dan semangat. Saya mungkin terpitam. Thank you so much..." aku memandangnya dengan rasa terharu. Puan Qaireen terlalu baik. Beruntung insan bernama Zulfan Anas. Isterinya bak bidadari. Perfect!

"no biggie. Saya dulu pun serupa Kak Alma juga. Tapi takpa. Lama-lama nanti terbiasalah. By the way, saya happy sangat. Sebab Kak Alma ikut sama. Takdalah saya sunyi macam selalu..." dihujungnya nada melirih. Wajah manis Puan Qaireen bertukar mendung. Aku memandang dengan penuh tanda tanya.

"Puan, boleh sa--" suara garau seseorang mencelah perbualan.

"kau sini. Kita singgah butik pilih baju Qaireen dan kau sekali. Aku tak nak orang cakap bos kau kedekut pulak. Bawa maid selekeh." Zulfan Anas selamba melelar pergelangan tangan ini. Aku terpinga-pinga. Menapak lambat-lambat sambil menoleh ke arah Puan Qaireen. Wanita itu membalas dengan senyuman kelat. Jelas matanya menggambarkan kesedihan.

" hei, cepatlah! "gesa Zulfan Anas. Memaksa aku bersaing dengan langkah kakinya yang lebih panjang.

" t-tapi Tuan Zulfan. Tak kan kita nak tinggalkan Puan Qaireen? Patutnya isteri Tuan perlu ada sekali. Takut Puan Qaireen tak berkenan pulak. Lagipun kenalah try sarung baju tu ke badan. Mana tahu tak nga--" Zulfan Anas memintas garang.

" siapa bos? Kau ke aku? Banyak cekadak kau kan! Apa jadahnya aku heret kau yang pakar bab melawa ni kalau tak boleh nak guna? Cutting dia luar dalam aku dah khatam. Bini aku, kau tak payah nak sibuk. Faiq ada boleh jagakan. Bukan aku biar dia terkontang-kanting sorang. Kau buta kereta ada dua?" Zulfan Anas menatapku seperti singa 10 hari tak makan. Aku menelan liur. Pantas mengalihkan tatapan. Tidak berani bertentangan mata.

Ya, Aku telah disaran memanggilnya 'tuan' semula. Jika tidak lelaki itu mahu memotong lidahku. Siap disua gunting besar. Kejam!

" apalagi, masuk! Ingat kau Tuan Puteri... Anak Sultan... Nak aku bukakan pintu, hmm? " sindir Zulfan Anas. Tanpa berlengah-lengah. Aku memboloskan diri ke dalam. Zulfan Anas menyengetkan bibir. 'tahu menggelabah...' getus hatinya.

Sempat aku menjenguk ke luar dari cermin tingkap sebaik kenderaan ini mulai bergerak. Ternyata Puan Qaireen masih tegak berdiri menghantar pemergianku dan suaminya dengan wajah tersebek. sugul. Hatiku dirundung perasaan pilu. Berbeza pula riaksi bersahaja Zulfan Anas. Sedikitpun tidak diambil kisah akan isterinya. Melampau sungguh. Satu Lagu hits nyanyian Yuna tiba-tiba berkumandang di corong radio. Tepat kena setepek di dahi pemandu di sampingku ini. Aku menyokong bait lirik itu.

"aku tahulah kau tengah mengata aku suami tak guna..." Zulfan Anas serkap jarang. memutar stereng sambil sebelah tangan teraba-raba poket seluar. Aku terkesima.

"eh, tak lah. Saya tak fikir gitu pun." sangkalku. Raut wajah dikawal agar tampak meyakinkan. Menempah bala kalau aku lurus bendul mengaku. 'kena humban. Tak pasal-pasal aja kan?' menggumam.

"baguslah...maaf sebab over thinking. Tapi Alma, kalau kau mengiyakan tadi...." menggantung ayat. Aku tidak senang duduk. Tebakkanku benar belaka?

"aku terniat nak campak kau atas jalan..." meleret. Aku menarik nafas lega. Lelaki ini bukan boleh diajak bergurau. Apa yang terlafaz akan ditunaikan tanpa belas kasihan.

Zulfan Anas melirik sekilas. Sekadar mengacah Alma Zhufairah. Pasti wanita itu menyangka dia akan melakukannya.
Bukan lelaki itu tidak memerhati wajah cuak Alma Zhufairah. Ah! Hati Zulfan Anas melambung kesukaan. Itu bermakna dia berjaya menguasai minda Alma Zhufairah supaya patuh dan tidak melawan.

" keluarkan sebatang rokok. kau mesti dah nampak aku letak atas dashboard tu." mulut Zulfan Anas memuncung. Mata memberi isyarat. Aku mencapai dan saat bertukar tangan. Sebuah treler di lorong kanan datang menghimpit. Bergesel. Aku terjerit nyaring.

Bang! Bang!

Situasi semakin haru-biru apabila tembakan dilepaskan. Aku menutup telinga. Menggigil. Zulfan Anas tidak tunggu diam. Pistol yang terselit di pinggang ditarik dan dibalas berdas-das tembakan padu.

"fuck!" mencarut. Zulfan Anas mengetap rahang. Berang. Lelaki itu segera memijak pedal minyak. Menggandakan kelajuan. Siapa pula menyerang. Musuhnya?

Zulfan Anas berpaling tatkala lengannya terasa dipaut kemas. Terpampang wajah Alma Zhufairah yang memucat. Bibirnya terketar-ketar.

Seakan hadir sesuatu yang sangat halus. Menyemai di jiwanya dan kian bercambah. Tumbuh di taman hati tanpa dipinta. Berputik indah. Namun sayangnya sukar diungkapkan. Tidak mudah diterjemahkan. Zulfan Anas sendiri masih belum mengerti sepenuhnya. Jujur, hanya dengan seorang wanita iaitu Yulia. Cengkaman perasaan sebegini dirasai. Ya, untuk melindungi...

"tangan kau jangan lepas. Just stay! Pandailah aku nak handle penyangak bangsat tu!" Zulfan Anas melaung kuat. Bunyi bedilan bertalu-talu. Mujur kereta yang dinaiki kalis peluru. Bagaimanapun keselamatan mereka tetap terancam. Andai terjahan masih tidak ternoktah.

Terkelu. Aku menikus. Ketakutan menyelubungi diri. Pelupuk mata memanas. Sehinggakan perbuatan menyentuh lengan berotot Zulfan Anas pun tidak aku hiraukan. Batas-batas dilupakan. Bukan sengaja.Keadaan darurat kan?

Suasana menjadi hingar-bingar. Tunggang-langgang. Ada beberapa kenderaan yang terbabas. Berlanggar sesama sendiri. Tidak kurang juga menghentam pembahagi jalan ekoran cubaan mengelak dari bertembung. Zulfan Anas tangkas memecut.

"Arghhh! Time ni lah bateri nak kong!" Zulfan Anas berang. Seraya menghempas telefon bimbit ke bawah. Gagal menghubungi Faiq bagi mendapatkan pertolongan. Rambutnya diraup kasar.

"jangan tengok kalau tak berani!" pesan Zulfan Anas. Mengerling Alma Zhufairah yang sudah bergenang air mata. Zulfan Anas memandang cermin sisi. Walaupun jarak agak menjauh.Treler itu masih tidak berputus asa mengejar. Ianya dipandu bagaikan bertanding di dalam litar perlumbaan. Berdesup. Apakah tiada muatan diisi?

Rosak segala drama muslihatnya. Zulfan Anas mencari akal. Yes! Alat GPS. Sepantas kilat peta diperiksa teliti. Bola matanya tertancap pada selekoh tajam. Anggaran 1.5 km ke hadapan. Zulfan Anas tersenyum sinis. Secara kebetulan jalan raya yang dilalui sudah agak lengang dan di kawasan berbukit tinggi. Di kelilingi hutan tebal. Sampai pada sasaran Zulfan Anas bertindak memperlahankan kereta.

"kenapa Tuan slow?? Dah dekat tu! Please Tuan Zulfan!! Awak gila?!!" intonasiku meninggi. Jejaka ini mahu membunuh diri mungkin. Janganlah diseret aku bersama. Aku masih hendak beramal mengumpul pahala. Gabra!

"shut up!!!" dijerkah. Aku tergamam. Merah padam muka lelaki itu. Zulfan Anas menolak tubuhku kasar. Terhentak ke pintu kereta. Aku meringis menanggung kesakitan. Perit. Teganya lelaki itu. Benci awak 200%!

Zulfan Anas kusut. Tertekan dengan kelakuan Alma Zhufairah. Dia mahu fokus merencana rancangan. Wanita itu pula mengganggu konsentrasi. Lantaklah nak meraung. Menangis.

Melalui cermin pandang belakang. Kedudukan makin mendekat dan Zulfan Anas bijak mengawal untuk mengekalkan posisi. Taktik kononnya mempamerkan kelemahan. Memperdaya mangsa. Kesilapan tipis, nyawa menjadi taruhan. Barangkali tergadai.

"One... Two....three!" selesai kiraan. Zulfan Anas kembali menekan pedal minyak kuat. Kemudian lincah membelok. Lori Treler yang membuntuti sejak tadi kelihatan terkeliru. Terbuntang mata si pemandu saat mengetahui yang mereka telah terlajak. Break ditekan-tekan. Malangnya sudah terlewat. Menjunam terus ke dalam gaung. Tergolek-golek dan dikejutkan bunyi dentuman. Bergema.

Sepertinya letupan bom atom yang teramat kuat. Sebelum terbakar dijilat api yang marak. Menjulang-julang. Disertai kepulan asap tebal kehitaman naik ke udara. Tidak lama kemudian. Kedengaran siren polis. Begitu juga pasukan bomba dan para medik.

Aku berpusing seraya menekup mulut melihat tragedi yang terbentang ini. Mengerikan. Pasti individu yang menyerang kami terkorban. Terbit juga kekesalan. Seolah-olah, aku turut menjadi punca yang menyebabkan manusia tidak dikenali itu maut. Aku kembali bersandar di kerusi. Memiringkan badan. Membelakangi Zulfan Anas. Emosi bercelaru. Air jernih menitis jua di hujung mata. Bibir dikemam rapat. Menahan esakan.

"dah ajal malaun tu mampus. Takda kaitannya dengan kita. Aku ulang Alma... Takda. Kaitan. Dengan. Kita. Kesat airmata kau. Jangan jadi bodoh boleh?" menekankan nada suara. Zulfan Anas tahu, Alma Zhufairah terkesan hebat dengan apa yang telah berlaku.

Aku? Terlepas menghambur tangisan. Ini peristiwa pahit. Aku pastinya dihantui rasa bersalah meskipun diakui bahawa kata-kata Zulfan Anas itu ada betulnya.

Zulfan Anas mendengus kuat. Bosan menghadap perempuan cengeng. Hendak memujuk rayu seperti pasangan kekasih? Dibuai ayat-ayat manis coklat bercampur vanilla? Madah berpujangga? Heh...

Mendadak kereta dihentikan di bahu jalan. Zulfan Anas meleraikan seat belt kasar. Berpaling sejurus menarik kedua-dua bahu Alma Zhufairah.

" kau melalak lagi, aku tak teragak-agak heret kau keluar. Pandai-pandailah survive dekat tempat orang. Kau nak?" menggertak. Zulfan Anas memandang tepat wajah cantik Alma Zhufairah. Mata sembab dan hidung memerah. Hingusnya yang meleleh dilap dengan lengan blaus. Comel pula menurut hatinya.

" s-saya... T-tak.... N-nak... " jawapan diselangi sedu-sedan. Aku menunduk. Berkecamuk. Dan...

Terkaku. Memeranjatkan saat tubuhku dipeluk. Ya, Alma Zhufairah berada dalam dakapan Zulfan Anas. Aku terkebil-kebil. Hembusan nafas jejaka itu jelas terasa hangat di leher jinjang ini. Mimpi?

******************

Sorry sangat2 sebab ambil masa terlalu lama nak update. Jujurnya sy kekeringan idea.. Hehe... Terima kasih kepada semua pembaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience