Bab 8

Romance Series 15917

Selesai menempek bedak asas. Alis dibentuk kemas. Seterusnya berus yang bersesuaian dicapai. Pembayang mata ungu gelap digabungkan dengan warna perang dicalit. Kemudian sapuan difokuskan pada kelopak mata. Jemariku bergerak cekap. Setelah itu, celak di lukir. Sedikit tebal di bahagian penghujungnya. Maskara tidak terkecuali. Pemerah pipi rona merah jambu dipilih melengkapkan lagi tatarias. Aku melakukannya dengan terperinci. Diperhalusi agar kecantikan semulajadi wanita ini menonjol. Justeru gincu dan pengilat bibir dioles bagi menyerlahkan keanggunan Puan Qaireen. Dibelek-belek kulit mulus itu. Sempurna. Aku tersenyum nipis.

" Saya cadang nak sanggulkan rambut. Puan ada masalah?" mengutarakan pendapat dengan sopan. Seraut wajah seakan-akan gadis berbangsa tionghoa itu mengingatkan aku kepada Teressa Wong. Kacukan mungkin. Menelah. Walaupun baru berkenalan. Dia melayani aku dengan baik. Tutur katanya lembut.

" tak kisah... It's up to you Kak Alma." menjawab sambil memandangku mesra. Senang hati ini. Puan Qaireen tidak seperti segelintir pelanggan yang cerewet. Mentang-mentang bermandikan wang ringgit. Angkuh dan sombong memerintah itu dan ini. Siap pakej herdikan yang diterima. Aku sudah lali.

"okay..." menutur perlahan. Aku bertinggung membuka bekas alat solek. Sikat dan barangan yang perlu, diambil. Aku mulai mendandan. Bungaan segar mawar putih dan peach disematkan pada keliling sanggul. Melambangkan kemurnian dan kesucian. Aku khusyuk bekerja tanpa menghiraukan derapan tapak kaki seseorang yang berjalan masuk. Pintu yang renggang dikatup rapat dan dikunci. Klak!

"siap...! kita dah boleh tukar baju. Kejap ya puan." ujarku sejurus menyentuh lengan Puan Qaireen. Wanita itu tersenyum manis dan mengelipkan mata. Aku membalas. Sebelum mengorak langkah ke arah wardrobe. Encik Faiq merangkap orang kanan Zulfan Anas mengingatkan bahawa busana khas yang ditempah untuk Puan Qaireen telah diletakkan di dalam bilik koleksi pakaian itu.

Panahan mata tajam yang sedang menyandarkan badan di kepala katil. Duduk melunjur sambil bersilang kaki dan kedua tangannya mengalas kepala memerhati lenggang- lenggok Alma Zhufairah. Perubahan gadis yang agak pendiam itu luar biasa. Dengan potongan tubuh bersaiz 36-24-36. Mengiurkan. Naluri kelelakiannya kian berkocak. Qaireen yang mencuri-curi pandang terbiar sepi.

"a-abang nak apa? Reen tak ready lagi. Biasanya abang tunggu bawah." soal Qaireen takut-takut. Bimbang kemarahan Zulfan Anas meletus. Baran lelaki itu tidak mengira tempat. Sukar diduga. Sorotan mata Zulfan Anas bertukar haluan. Dingin.

"suka hati akulah...! kau diam aja betina.." menjawab kasar. Menjeling maut seraya bangkit meninggalkan adik tirinya. Datuk Seri Mikhail Liam berkahwin untuk kedua kalinya dengan janda beranak satu ketika Zulfan Anas menyambung pengajian dan berhijrah ke luar negara. Di samping berguru selok-belok dunia hitam bersama pakciknya.

"maaf.." suara halus itu bergetar. Sebak. Empat bulan berada di rumah agam ini cukup mengharukan. Dendam Zulfan Anas tidak pernah memudar. Jiwa dan raga telah diserah. Digadai. Dituruti kemahuan jejaka itu tanpa keluhan. Mengharapkan sinar. Mengemis kasih. Namun kehampaan yang melukai Qaireen. Luluh.

Sementara itu. Aku, Alma Zhufairah terpasung. Terpaku. Gaun labuh cream yang tergantung di depanku ini sangat menakjubkan. Rekaannya eksklusif dan elegan. Sepadan dengan sosok Puan Qaireen yang langsing.

"Hoi..! " terjahan si empunya suara itu menyentak sampai aku termelatah.

"Oh! Kambingku berjoget inang!" terpacul spontan. Apabila berpusing. Mataku membulat melihat Zulfan Anas yang ingin mendekati. Santai tangannya menyeluk poket seluar. Pandangan kami bertaut sebelum aku kalah dan melarikan bola mata. Bila masanya Zulfan Anas sudah berada di situ?

"berapa lama tengok... Berangan nak sarung ke badan kau ke hmm?" bertanya sinis saat berdiri di hadapanku. Menjongket kening. Jarak yang memisahkan hanya berukuran tiga tapak. Jantung berdegup lebih laju. Berdebar-debar.

" err... A, ah. Eh, t-ttak! Tak Tuan Zulfan...comey sangat gaun tu. Takda terlintas pun saya nak cuba-cuba pasang impian. Saya tahu kedudukan diri." gementar. Aku menentang matanya. Zulfan Anas mara. Merapat. Haruman yang menusuk rongga hidung dari tubuh kekar ini mencairkan hati wanitaku. Wake up! Dia milik Puan Qaireen. Aku tergeleng-geleng.

" kau dah kenapa? Sakit mental??" melengking. Terhinggut bahuku. Air liur jejaka itu tersembur mengenai wajah. Euwww!

"nothing... Erm, saya bawa ni dulu. Tumpang lalu Tuan Zulfan.." kataku selepas menarik penyangkut dan diangkat tinggi sepersalinan Puan Qaireen. Bergegas ingin keluar. Tetapi Zulfan Anas mengepung dengan mendepakan tangan. Renungannya menikam. Merampas gaun indah itu dalam genggamanku dan menghempaskannya. Terpempan.

" aku paling pantang orang yang lembab. Jangan main-main...kalau tersambar api. Kau akan jadi abu. " bersuara di celah gigi. Mengetap rahang. Wajahnya menegang. Ketampanannya tenggelam. Aku Gerun.

"saya janji Tuan Zulfan, sifat buruk saya tak kan berulang. Saya janji..." terangku setulus hati. Aku tidak mahu memanjangkan isu ini. Mengakui kesilapan diri tidak menjatuhkan martabat kita. Prinsipku. Lelaki itu jelas terkesima.

"enough...Kutip balik baju tu. Habiskan tugas kau. " bertegas. Aku mematuhinya. Terbongkok-bongkok. Saat melewati Zulfan Anas. Jejaka itu memegang jemariku. Aku menoleh dengan muka berkerut.

"kancing butang kau terlepas. Aku okay aja kau nak belanja lurah gunung bercabang dua. Tapi kalau kau menangis tak berlagu. Don't blame me..." beriak selamba. Wajah lelaki itu kekal serius. Aku ternganga. Pantas melihat dan...terasa mahu pitam. Doraemon. Pinjamkan aku pintu ke mana saja! Please... Please...

Share this novel

MommyZahra
2020-02-10 15:03:04 

moga dapat baca sambungan yg seterusnya

MommyZahra
2020-02-10 15:03:04 

moga dapat baca sambungan yg seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience