Bab 3

Romance Series 15917

Datuk Seri Mikhail Liam menghisap curut sambil memandang panorama menerusi tingkap pejabat dari sebuah bangunan pencakar langit. Menanti kedatangan anak tunggalnya yang bakal tiba sebentar lagi. Ada sesuatu perkara penting yang mungkin wajar dibincangkan. Hal ini melibatkan masa depan legasi perniagaan keluarga mereka dan Zulfan Anas tidak boleh membantah. Dia harus akur!

Tok! Tok! Tok!

Ketukan di pintu itu menghentikan lamunannya. Berpaling dan melangkah ke arah meja kerja seraya melabuhkan punggung di kerusi mewah itu.

"masuk..." memberikan kebenaran. Sedia maklum dengan siapakah gerangannya. Sosok yang sedang berjalan itu dikerling sekilas.

" lewat sikit papa... Jalan sesak tadi. Apa yang mustahak sangat tu?" soalnya tanpa berlengah-lengah. Dia cukup arif dengan sikap bapanya yang lebih suka berterus terang.

"duduk dan baca fail depan kamu... Mana yang kurang jelas. Baru kita discuss. Papa tak nak kita buang masa bercakap benda sia-sia." tegasnya menatap tepat wajah Zulfan Anas. Kemudian menyambung semula hisapan terakhir seraya melirik ke arah lain. Si anak yang sudah terbiasa dengan gaya 'bossy' Datuk Seri Mikhail Liam menurut. Apabila dibuka, bola mata Zulfan Anas bergerak ke kiri dan ke kanan. Menunduk fokus. Beberapa minit berdetik. Jejaka itu mendadak berubah riak. kegeraman.

" lepas ni papa nak Zulfan ke Rusia. Stay sana bertahun-tahun untuk belajar and then take over perniagaan kotor tu?? Zulfan tak setuju! Never!"membentak. Berbalas pandangan tajam. Datuk Seri Mikhail Liam mengetap rahang.

" you don't have any choice my son...! Kenyataannya hanya kamu seorang anak papa. Nak tak nak, habis Spm. Keluar dari sini dan tinggal dengan adik papa, Uncle Brady kamu. Semua dah diurus... Dia pun dah tahu." nadanya keras memaksa. Menarik wajah serius. Zulfan Anas mendengus. Sejurus mencuba untuk bertenang.

" tapi kalau Zulfan Tetap bangkang...papa nak buat apa? " nadanya mendatar. Mencabar Datuk Seri Mikhail Liam sambil menyandarkan badan dan menyilangkan tangan ke dada. Bertentangan mata. Selain memiliki syarikat automotif terbesar di dalam negara. Mereka juga bekerjasama dengan dunia luar mengusahakan pembuatan dan penjualan senjata api dan ubatan terlarang yang berpusat di ibu kota Ireland. Zulfan Anas merupakan pewaris yang akan meneruskan tradisi turun-temurun.

"well, maybe you don't mind..." menggantung ayat. Maju sedikit ke hadapan dan bertatapan penuh kelicikan. Zulfan Anas sudah tidak sedap hati tetapi tekun mendengar bapanya melanjutkan bicara.

"papa galikan kuburan khas buat auntie kesayangan kamu, Wardah...dan Yulia. Your beloved girlfriend. " ujarnya tersenyum jahat. Zulfan Anas bengang dan bangkit berdiri seraya menghentakkan kuat telapak tangan ke permukaan meja.

"fikir Zulfan akan termakan dengan desakan papa? Bullshit...! " menekankan suara garaunya. Tunak memandang tampang Datuk Seri Mikhail Liam yang tertawa sinis.

"Zulfan, zulfan...mungkin kamu belum cukup kenal 'bayang' sebenar Datuk Seri Mikhail Liam...biar papa kongsikan satu rahsia..." ucap lelaki tua golongan elit itu setelah tawanya mereda. Sebelum bangun dan perlahan mendekati Zulfan Anas. Berbisik.

"Papa. Yang. Bunuh. Mama. Kamu." bersahaja mengungkap kata satu-persatu. Tanpa perasaan bersalah. Merenung dari sisi wajah Zulfan Anas yang terkedu.

"w-what...? Papalah dalang kematian mama?! How could you! Tell me why?! Why?!!" melengking tinggi. Zulfan Anas mencekak kasar kolar baju Datuk Seri Mikhail Liam. Anak matanya yang hitam makin gelap. Menghilang rasa hormatnya. Ibu yang sangat dikasihi itu dijumpai dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Tidak bernyawa enam bulan lalu. Di lorong sunyi yang dipenuhi sisa buangan. Bauan memualkan.

Sekujur tubuhnya yang terkulai itu lebam-lebam seperti dihentam dengan alat tumpul. Calar balar dan kesan tiga das tembakan di dahinya. Barangan peribadi yang berharga turut lesap. Hasil siasatan pihak berkuasa mengesahkan bahawa mamanya dipercayai telah menjadi mangsa rompakan. Sehinggalah ke waktu ini si pelaku gagal ditangkap. Rupa-rupanya dirancang dengan cukup teliti oleh...benci akan hakikat manusia itu papanya sendiri. Sebal. Mengecewakan!

"alasannya... Mama kamu selalu halang tugas papa. Ini tak boleh, itu tak boleh... Dan dia keras kepala! Nak hancurkan segalanya yang dah papa bina. Walaupun dia wanita yang begitu dicintai tetapi...bagi papa, matlamat menghalalkan cara. Amanah keturunan kita dipertahankan dan itu lebih utama... Giliran kamu pula memikul tanggungjawab yang sama anakku. Yeah...papa boleh mengalah dengan syarat...kill me first. " jawab Datuk Seri Mikhail Liam selamba. Hampir-hampir Zulfan Anas mahu menumbuk wajah si bapa. Seinci. Menggigil buku lima yang berurat itu. Sejurus menjatuhkan tangan. Menjauh. Meraup muka yang kelihatan tegang. Jeda.

" you win oldman...tapi mulai hari ini. Jam ini dan saat ini. Kau bukan papa aku..." bertutur tanpa riak. Membelakangi Datuk Seri Mikhail Liam. Kemudian menapak pergi dengan pantas. Langsung tidak menoleh.

"thanks my boy..." balasnya perlahan. Datuk Seri Mikhail Liam mengekalkan ekspresi kosong. Seolah-olah pertengkaran anak-beranak itu tiada makna. Potret arwah isterinya yang tergantung di dinding itu dipandang lama. Sebelum hatinya meruntun kesayuan. I miss you... Forgive me Wafa...

Share this novel

MommyZahra
2020-01-26 04:51:42 

updated pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience