Bab 6

Romance Series 15917

Empat tahun kemudian...

Hampir 40 orang peserta bengkel solekan menumpukan perhatian terhadap penerangan dan praktikal yang ditunjukkan. Perunding kecantikan yang berambut pendek gaya pixie cut itu. Mengenakan blaus pink dipadankan dengan pencil skirt hitam separas lutut. Berkasut high heel. Sentuhan magisnya menaikkan seri wajah si model tinggi melampai. Sangat profesional walaupun usianya sekadar mencecah sekitar 20-an.

Itulah aku....Alma Zhufairah. Pertemuan dengan Kak Inara merupakan detik paling bermakna. Wanita berpenampilan kebaratan itu kebetulan melalui kawasan yang sama berasa curiga. Apabila terlihat kehadiran aku yang berseorangan. Diriku disoal siasat bertubi-tubi bagaikan penjenayah. Sedaya upaya menghindar daripada memberitahu perkara sebenar. Namun aku mengelabah saat Kak Inara ingin menghubungi pihak berkuasa. Terpaksa rela aku menceritakan kisah silam yang sadis. Bersulam duka.

" saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi menyertai kelas pada hari ini. Insyaa Allah, kita akan berjumpa di masa akan datang. Perkongsian ilmu yang tak seberapa ini mudah-mudahan dapat berikan manfaat berguna. Mari tepuk tangan untuk diri sendiri..! " bertutur seceria pelangi. Dewan berkeluasan sederhana itu menjadi gamat. Meriah. Masing-masing mempamerkan riak kepuasan. Berbaloi dengan nilai bayaran yang berpatutan. Semata-mata untuk mempelajari teknik menghiasi wajah.

"Good Job! Akak bangga tau... Kerja Alma tak pernah tak tip top." pujian ikhlas Inara. Melukir senyuman lebar. Membawa Alma Zhufairah untuk tinggal bersamanya di Johor Bahru adalah sesuatu yang tidak merugikan. Walaupun permulaannya Alma Zhufairah agak keberatan. Rezeki melimpah ruah dan nama Pusat kecantikan Inara yang diusahakannya terkenal di semenanjung Malaysia. Cawangan baru tumbuh bagaikan cendawan. Tambahan lagi dua outlet akan dibuka di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat. Mungkin berkat membantu anak yatim yang kesusahan kerana dia juga senasib. Tiada keluarga. Hubungan atas dasar simpati dan kini terjalin kasih sayang seperti pertalian adik-beradik.

" alah, tok sah memuji melambung sangat akak. Kembang semangkuk punggung Alma tak surut-surut. Naya..." balasku tersipu-sipu. Wanita berpakaian ketat itu terkekek-kekek ketawa.

"bagus apa... Aset perempuan yang jadi kegilaan sesetengah lelaki. Senang Alma nak tackle buat pakwe ataupun suami. Akak pun dapat adik ipar.. Tapi syaratnya dia kena lulus ujian dulu. Sepadan dengan Alma yang cun melecun..." ujar Inara. Tersengih kerang sambil menjongket-jongket kening memandangku. Mata membulat. Tak hingin yang bercirikan spesis gatal atau buaya tembaga.

" hisy... Melalut lah. Alma belum nak kahwin. Nak cari calon pun tak ada dalam perancangan. Akak yang kena makan nasi minyak. Tak nak langkah bendul." bidasku seraya mengusik Kak Inara yang sudah tergeleng-geleng.

"lagi satu... ALma ni cuma ada Spm. Tak belajar pandai. Orang mana yang nak berkenan? Tu pun sijil masih terperam dekat sekolah kot. Menempah bahana kalau nak ambil dekat KL. Boleh terserempak famili angkat Alma..." menutur dengan rasa rendah diri.

"akak happy membujang macam ni. Takda komitmen. Kepala pun tak sakit. Akak dah berumur. Jangan follow! Alma mesti get married. Teringin nak tengok satu-satunya adik akak ni bersanding atas pelamin. Kepak-kepak, gebung-gebung. Kompang dipalu... Pengantin malu... Sambung nyanyi Alma..." kedua tangannya mengipas-ngipas di sisi. Tergelak-gelak. Lantas aku menjulingkan mata dan berlalu. Pening melayan karenah Kak Inara yang masuk air!

" tak sporting langsung...aduhai, serupa pelesit budak bertuah tu berjalan. Aku yang terkontang-kanting kat sini. Tunggu...!" sedikit terjerit. Inara kelam-kabut menapak mendapatkan Alma Zhufairah. Ketika melepasi pintu. Pergelangan tangannya dicengkam kuat.
Inara tersentak,terkaku...dia???

________________________________

'apasal Kak Inara tak turun-turun? 45 minit dah ni....Dia tak drive kan.' hatiku gelisah. Duduk di bonet kereta di tempat parkir. Aku berniat menyelongkar beg tangan untuk mengambil handphone. Sebelum sempat berbuat demikian. Kak Inara muncul. Tetapi...

"Alma...akak ada permintaan. Boleh Alma tunaikan tak?" soal Inara perlahan. Sorotan matanya menggambarkan kesedihan. Meraih tanganku dan digenggam lembut. Aku terpinga-pinga. Sejurus melirik sekilas jejaka di sampingnya yang berkaca mata gelap. Tubuhnya sasa. Wajahnya membeku.

" selagi termampu, apapun Alma akan cuba... Apa dia akak?" bertanya kembali. Aku memandang tepat wajah Kak Inara yang serba salah. Jangan pula berkata ingin menjual kehormatan diri ini. Aku tahu tatapan si lelaki itu tidak berkalih sedikitpun dari wajah.

"mesti Alma keliru siapa sebelah akak. Dia customer kita...Encik ni nak Alma jadi perunding kecantikan secara personal untuk isteri dia." bertutur tenang. Walhal di dalam hati berkecamuk. Manakala aku tersenyum tipis. Tiada menaruh sebarang syak wasangka.

"akak bikin suspen aja. Alma ingat apalah tadi... Of course boleh. Kan memang itu tugas adik akak ni. Bila?" fikiranku yang menyangka bukan-bukan sebelum ini terus terhapus.

"9 malam ni... Sekarang juga Alma kena ikut dia ke rumah agam. Ada majlis keramaian. Alma takda masalah kan?" jawab Inara tanpa ragu-ragu.

" yurp... Erm, kerete Alma tak kan nak biarkan tersadai." aku mengangkat punggung dan berdiri tegak. Bersilih ganti memandang Kak Inara dan Jejaka yang masih membatu itu.

" yang tu serahkan pada akak... "mengarah sambil melepaskan pegangan kami dan menadahkan tangan. Aku memahami isyarat Kak Inara. Kunci pun bertukar tangan.

" come... Lady's first. "suara garau itu menyuruh aku berjalan mendahuluinya. Akur. Setelah mengucapkan selamat tinggal dan berlaga pipi dengan Kak Inara. Aku melangkah dengan lagak biasa. Apa yang perlu ditakutkan? Rutin kerjaya...

" Remember our deal. Don't you dare to touch her.." berbisik keras. Inara menekankan nada. Amaran yang jelas. Seraya menarik hujung lengan baju kemeja jejaka itu. Mendongak menatap tajam.

"I know, bitch..." mengungkap kata dengan kasar. Kemudian merentap tangannya dan membuntuti Alma Zhufairah. Inara mengepal penumbuk. Terkumat-kamit mulutnya menyumpah seranah sambil memerhatikan lelaki bangsat yang telah menidurinya lima bulan lepas. Peristiwa yang mencemar harga dirinya dirahsiakan daripada pengetahuan Alma. Ya, Inara wanita yang agak liar. Kegiatannya yang gemar menyinggah ke tempat maksiat itu senyap-senyap mengundang padah. Ekoran terlebih minum air setan di sebuah pub. Dia terjerumus ke lembah hina. Daranya diragut tanpa sedar dan dalam keadaan khayal. Bodoh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience