Bab 9

Romance Series 15917

Dua biji panadol yang dihulurkan Kak Inara ditelan. Koyok bertampal di pelipis pun masih belum menyahkan sakit yang menyengat. Berdenyut-denyut. Seharian mengerah kudrat tulang empat amat melelahkan. Aku terbaring lesu di sofa. Mengiring. Kak Inara yang duduk bersimpuh sambil mengurut-ngurut kepalaku susah hati.

"menyesal betul suruh Alma ambil job tu. Akak kesal sangat...." luah Inara. Jemarinya menari-nari. Menyorot dengan pandangan bersalah. Sewajarnya dia tidak mementingkan diri sendiri dengan mengesyorkan Alma Zhufairah sebagai pengganti. Kebencian yang menggunung terhadap Faiq menyebabkan Inara hanyut dalam emosi. Dahulunya memang mereka pasangan kekasih tetapi terputus setelah lelaki itu menodainya. Si musang berbulu ayam!

"takpa kak...kejap lagi baiklah." ujarku lemah. Aku yakin selepas berehat. Badanku akan pulih dan sihat kembali.

"Apapun, akak nak Alma bercuti seminggu ni. Berkuatkuasa dari sekarang. No excuse...kerja-kerja tu staff lain boleh take over." ucap Inara mengarah. Aku tersenyum tawar. Dua, tiga hari memadai.

"boleh mereput Alma berkurung aja...tak nak lah lama sangat akak. Boring.." aku cuba membantah. Meraih tangan Kak Inara dengan mimik muka meminta simpati agar menimbang semula keputusannya.

"Akak tak larang kalau Alma nak keluar bersiar-siar. But make sure... dah cukup sembuh. Bertenaga. Akak sayangkan Alma tau..." mengungkap bicara lembut. Menatap redup. Aku terharu. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana mengirimkan Kak Inara yang berhati mulia. Penyayang.

" Alma tak boleh nak kata apa dah..."menutur nada kepasrahan. Kak Inara mengangkat tangan simbol 'thumbs up'. Tersenyum puas.

" Kak Inara...nak tanya sikit boleh? " melontarkan pertanyaan yang mengasak minda sejak petang tadi.

" banyak pun takda hal... Cakaplah. "jawab Kak Inara. Menjongket kening. Aku terdiam seketika sebelum membuka mulut.

" Encik Faiq tu siapa? Apa hubungan akak dengan dia? " soalan cepumas. Aku memandang mata Kak Inara tepat. Wanita itu jelas terkedu. Airmukanya berubah.

" aa.. Akak ke dapur lah. Nak tengok nasi dah masak ke belum. Alma minum air milo panas yang akak dah bancuh atas meja tu dulu. " tutur Kak Inara menukar topik. Sejurus bangun dan melangkah. Aku temangu-mangu. Mengapa Kak Inara sepertinya ingin mengelak. Pembohongan yang membawa aku ke rumah agam Zulfan Anas juga sarat dengan teka-teki.

Inara mengintai Alma Zhufairah yang sedang leka menonton televisyen. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menerangkan kenyataan yang pahit itu. Malu...Inara bertekad, adik angkatnya tidak akan dihantar lagi. Alma Zhufairah gadis yang naif. Si Faiq pula licik. Desas-desus berkenaan Zulfan Anas yang kurang enak juga berlegar-legar. Bermacam-macam versi cerita yang didengari secara tidak sengaja dalam tempoh tiga kali menginjakkan kaki ke sana. Menguruskan wanita milik lelaki itu. Inara tidak akan memaafkan dirinya jika berlaku sesuatu yang buruk kepada Alma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience