Bab 1

Romance Series 15917

Aku menitiskan airmata tersedu-sedan di dalam stor yang sempit ini. Dikunci semalaman. Hukuman kerana secara tidak sengaja terpecahkan hiasan kristal kaca buatan luar negara di ruang tamu. Selain dilibas dengan tali pinggang tanpa belas ihsan. Aku juga tidak dibenarkan menjamah hatta sebutir nasi pun oleh ibu angkatku. Kesakitan. Kelaparan. Dan... Kesedihan.

Beginilah nasibku sejak kecil. Datuk Umar dan Datin Salwa tidak mempunyai zuriat. Aku ini dipergunakan semata-mata sebagai hamba abdi dan pelepas amarah. Kekayaan membutakan mata kedua-duanya dengan gaya hidup yang terlalu bebas. Berpesta. Bertukar-tukar pasangan berbuat maksiat. Apabila aku menegur dengan penuh beradab. Tengkingan dan pukulan di tubuh dihadiahkan.

"alangkah indahnya kalau aku ada keluarga kandung. Ada ibu dan ayah yang akan kasihkan aku. Melindungi aku dalam dakapan mereka bila aku berduka. Abang, kakak dan mungkin adik. Bergurau senda. Saling menyayangi. A happy family..."luahku seorang diri bernada pilu. Angan-angan. Aku duduk memeluk lutut. Sisa air jernih yang menitis ke pipi meluncur laju ke bawah. Berganti dengan tangis yang kembali mengusik jiwa lara. Sebelum berselang minit dan aku tertidur.

" Alma! Kau membuta lagi? Dah pagi... Cepat mandi bersiap!!" pekik Datin Salwa sambil bercekak pinggang. Memandang benci. Ikutkan hatinya dia tidak hingin menghabiskan wang ringgit untuk pembelajaran Alma Zhufairah. Tetapi terpaksa demi mengaburi mata masyarakat agar tidak menjadi buah mulut. Habislah tercemar reputasinya.

Aku terpisat-pisat perlahan-lahan membuka mata. Sebelum terasa rambut panjangku ditarik kuat. Menyeringai.

"kau pekak ke? Anak pungut tak sedar diri! Tunggu apa lagi. Lekas berdiri dan pergi tandas sana!" menjerkah. Direntap kepalaku ke atas hingga aku bangkit seraya dilepaskan kasar helaian rambutku yang berserabai.

"baik ibu..." jawabku lemah. Mula menapak.

"berapa kali aku cakap...panggil aku Datin bila orang lain takda. Datin! Geli telinga! Kau bukan anak aku bodoh!" beriak garang sambil menunjal-nunjal dahiku. Hujung mataku terasa panas. Sebak.

"maaf Datin... Alma lupa." jawabku lirih. Menunduk dan kembali melanjutkan langkah. Datin Salwa mendengus dan menjeling menyampah. Sejurus berlalu keluar dengan laju.

Usai merapikan diri dan diberikan bersarapan biskut. Pak Anuar pemandu peribadi keluarga ini menghantar aku ke sekolah. Ketika baru membuka pintu kereta. Lelaki yang berusia lewat 50-an itu menahan. Aku menoleh ke kanan.

"Alma ada duit belanja tak?" tanya Pak Anuar memandangku dengan rasa simpati. Hanya dia lah satu-satunya insan yang selalu berbuat baik kepada aku.

"erm....ada-ada pakcik. Tadi Dat---ibu ada bagi.." aku menipu dengan riak muka dimaniskan. Hampir tersasul menyebut Datin. Sungguhpun aku tidak pernah diterima sebagai anak. Biarlah keperitan ini aku menanggungnya sendiri. Usah dijaja.

"Oh....ya lah. Tapi pakcik dapat rezeki lebih. Alma ambil ni. Beli apa-apa yang perlu. Barang-barang belajar ke.. Nak simpan. Terpulang.." ujar Pak Anuar sambil menghulurkan satu not RM50. Bukannya dia tidak tahu Alma berbohong. Masak sangat dengan perangai pasangan suami isteri merangkap majikannya itu. Berpura-pura. Seringkali matanya terlihat gadis remaja itu dikasari. Pernah juga lelaki tua ini menasihati. Sekelumit pun tidak dipedulikan. Malah diancam dan ditempelak dengan kata-kata nista. Pak Anuar masih setia berkerja di situ pun kerana memikirkan Alma. Mengasihinya seperti seorang bapa. Sudahlah yatim piatu.

"tak payah pakcik... Alma kan dah cakap--" bicaranya disanggah Pak Anuar.

"takpa Alma.. Anggaplah sedekah ikhlas dari Pak Anuar. Tak semestinya orang kaya saja boleh buat begitu. Orang serupa pakcik pun boleh... Kecil hati si tua ni kalau Alma tolak." cuba memancing rasa serba salah. Aku yang mendengarkannya pantas menyambut. Bertukar tangan.

" Alma nak ucapkan terima kasih banyak. Jasa pakcik, Alma akan kenang sampai bila-bila... "tuturku lembut sambil membongkokkan badan saat sudah berada di luar. Memandang Pak Anuar yang tersenyum lebar.

" nanti dulu Alma...bawa bekal ni untuk makan masa rehat ya. Isteri pakcik kirimkan..."tambahnya lagi. Seraya mencapai sebungkus nasi goreng di tempat penumpang belakang yang diikat kemas di dalam plastik. Perasaanku semakin terjentik terharu. Bertuahnya anak-anak Pak Anuar. Memiliki seorang ayah yang mulia pekertinya. Aku melambaikan tangan saat kenderaan mewah itu bergerak meninggalkan kawasan sekolah menengah.

"Hei! menung tengok apa? Jom kita masuk. Kejap lagi bunyi loceng!" laung teman sekelas Alma yang menunggu berhampiran pondok pengawal keselamatan. Aku yang terkejut terus berlari anak.

"awak dah lama sampai ke Teressa?" soalku ketika kami beriringan bersama. Walaupun berbeza agama dan budaya. Itu tidak menghalang keakraban aku dan dia. Sikapku yang lebih suka menyendiri dan kurang bergaul membuatkan diri ini tidak mempunyai ramai kawan. Teressa Wong lah yang acapkali memulakan perbualan dan sudi berteman denganku. Akhirnya kami selesa bersahabat. Selain sangat fasih berbahasa melayu. Teressa Wong juga tidak sombong. Keluarganya bukan calang-calang.

"baru juga...awak kurang dua minit. Tapi kalau saya tak sergah awak. Maybe bertambah double...Alma, awak nampak macam tak sihat." jawab Teressa Wong. Di pandang wajahku dengan riak bimbang. Bibirku yang kering dan sedikit merekah mencuba mengukir senyuman.

" saya tak apa-apa...relax Teressa. Agaknya sebab lambat tidur kot. Salah saya juga buat homework last minute. "dalihku memandang sekilas gadis berbangsa cina itu.

" betul Alma? "tanya Teressa Wong tidak berpuas hati. Memegang lenganku dan menghentikan langkah kami. Aku mengangkat tangan simbol 'ok'. Waktu ini aku sudah tiba di hadapan kelas. Kemudian menuju ke tempat duduk.

" baiklah...saya tak sangsi dah. Erm... Alma, awak nak dengar tak cerita hot pasal my prince charming?" bisik Teressa Wong sambil tersengih-sengih. Menopang dagu dengan kedua tangannya di atas meja. Aku bingung. Maklumlah terlalu ramai bilangannya pelajar lelaki idaman temanku ini.

" siapa? Yang mana? Budak kelas sebelah yang mix thailand tu?atau Khairul playboy? "bertalu-talu soalan. Lantas Teressa Wong menutup mulutku seketika.

" shuhh.....janganlah sembang kuat sangat. Kang ada yang pasang telinga. " balasnya seperti gaya seorang pencuri. Melirik kiri dan kanan. Mujurlah pelajar yang lain masing-masing membuat hal sendiri.

"Zulfan Anas Bin Datuk Seri Mikhail Liam. Kacukan Irish tu.. Top student yang paling handsome. Attitude pun cemerlang. Bagus pada abad ini...senior kita, form 5. Haih... Awak ni kadang-kadang lembab tau Alma.." terang Teressa Wong dan mengata diri ini depan-depan. Aku mencubit pipinya geram. Dia mencebirkan bibir dan menjulingkan mata. Terletus tawa halus. Lucu pula. Sudahlah sepet! cita-citanya adalah berkahwin dengan jejaka melayu. Jarang-jarang terjadi bukan?

" so... Kenapa dengan dia? " aku merapatkan jurang dengan Teressa Wong di sisi. Memandang tunak. Rahsianya, senyap-senyap lelaki itu juga menjadi dambaan si Alma Zhufairah. Tetapi aku menyedari di mana bumi dipijak. Tidak setaraf.

" Dia reply surat cinta saya...! Happy sesangat! Genap yang ke 100 kali baru ada perkembangan yang positif. Tak sabar nak baca... Yahoo!" bernada ceria sambil menayangkan sepucuk surat bersampul putih. Tingkah menggedik Teressa Wong yang mengundang kerlingan meluat rakan sekelas. Aku menepuk dahi. Beria mengingatkan diriku agar tidak meninggikan suara. Aduhai Teressa...

" Teressa... Semua orang asik perhati awak. See... " tegurku seraya mengerling ke arah sekeliling. Gadis itu terbuntang mata dan mengetuk kepalanya sendiri. Seseorang yang berdehem mengalihkan perhatian. Apabila pandang ke hadapan. Seterusnya mendongak. Terpampang muka cikgu disiplin yang bermisai tebal sedang memegang rotan. Membengis. Patutlah suasana sunyi sepi. 'Tapi kan.... Bila masanya dia dah terconggok dekat sinun?' menggumam di dalam hati.

" saya dapat laporan daripada pengawas.. Kamu, Teressa Wong suka ganggu dan mengacau pelajar lelaki asbab nak mengurat. Baru tingkatan dua dah pandai nak berasmaradana... Semat ke otak kamu tu. Di sini orang nak cari ilmu bukan berendut... Lagi sekali saya terima aduan tentang kamu. Tiada tolak ansur... Faham?! " tegas Cikgu Aminol. Menjengilkan mata. Aku yang tidak berkaitan pun kecut perut. Ketika menoleh ke kiri. Teressa Wong mengecilkan badan. Tertunduk gerun. Terketar-ketar jemarinya.

" dan kamu Alma Zhufairah... Sila ikut saya ke bilik pengetua. Jangan lambat. "mengarah. Menuding jari tepat ke mukaku ini dan berjalan tegak gaya askar sambil mengepit sebatang rotan tebal di celah ketiak. Aku gelisah. Berdebar-debar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience