Bab 5

Romance Series 15919

Aku memanjat pagar besar itu dengan berhati-hati. Kesakitan yang dirasai di kaki ini aku tahan. Bekas dicucuh dengan api puntung rokok masih terasa bisanya. Hasil daripada perbuatan bapa angkatku yang balik dalam keadaan mabuk. Kekuatan aku terus melebur. Sebelum melarat, ada bagusnya aku membawa diri pergi sejauh mungkin.

Setelah berjaya menjejakkan kaki ke tanah. Aku membongkokkan badan mencapai beg galas yang sudah dicampak ke bawah awal-awal lagi. Kepekatan tengah malam yang dingin ini membuatkan aku menghela nafas yang panjang. Memikirkan ke manalah hala tuju kehidupanku yang sebatang kara. Memejam mata seketika mengumpul secebis harapan. Aku boleh!

"Hoi! Kau nak lari rumah??! Jaga kau Alma!" laungan yang datang dari arah belakang membuatkan aku pantas berpaling. Terbuntang luas mata apabila menyaksikan Datin Salwa terkocoh-kocoh memakai selipar ingin mengejarku.

"kantoi... Aku tak boleh buang masa. Run!" bisikku sendiri. Mulai berlari. Aku panik. Jika tertangkap, lebih teruk tubuh ini akan dibantai sampai lembik. Barangkali nyawa turut melayang.

"Alma!! Alma!! " Datuk Umar pula terjerit-jerit. Namun aku memekakkan telinga. Memecut membuka langkah seribu. Maju dan maju ke depan. Ketakutan menguasai diri. Aku terpandang sebuah teksi yang baru sahaja menurunkan penumpang di hadapan. Selang beberapa meter. Ya, mungkin itu jalan keluarnya. Aku semakin memanjangkan langkah dengan semangat yang berkobar-kobar. Sampai di sisi kenderaan berwarna merah dan putih itu. Aku menarik pintu kasar dan masuk ke dalam perut kereta.

"pakcik tolong hantar saya ke bandar...! " pintaku laju. Nada sedikit meninggi. Teramat cemas. Kemudian tercungap-cungap mengambil nafas yang terputus-putus. Warga tua itu kelihatannya terkujat. Matanya tidak berkelip memandangku yang berada di sebelah. Sebelum lambat-lambat menganggukkan kepala dan proton pesona itu pun bergerak meluncur di atas jalan raya.

"anak ni pakcik rasa masih bersekolah kan? Dah pukul 12.30... Bahaya ada dekat luar. Mak ayah tak kisah ke?" soal lelaki itu penuh tanda tanya memecahkan keheningan di antara kami. Sesekali menoleh menatapku sambil memutar stereng kereta. Spontan aku mengeluh kecil.

"diaorang dah tahu...abang saya dah tunggu dekat sana." jawabku berbohong. Mengalihkan pandangan ke cermin tingkap. Sorotan mataku berubah sayu.

"oh... Takpalah kalau dah gitu. Pakcik bukan apa. Tak elok orang perempuan muda-muda baya anak merayau waktu macam ni. Sorang-sorang pulak." terang lelaki tua berkupiah itu perlahan. Aku tersenyum pahit. 'Saya terpaksa perjudikan nasib pakcik. Moga Tuhan lindungi insan yang lemah ini.' bermonolog.

" erm...lepas simpang nanti pakcik belok kiri. Berhentikan saya dekat deret-deret kedai tu ya. Maaf tadi saya silap cakap." ujarku sambil menuding jari. Menukar topik saat terpandang bangunan yang sepertinya masih baru. Aku malas berlama-lama berbual. Pecah tembelang. Ketika ini lampu traffic light berwarna merah menyala.

"eh, anak tak salah tempat ke? Nampak dua, tiga lot aja yang berniaga. Tu pun semua dah tutup. Betul nak?" tanya lelaki itu was-was. Menoleh ke arah Alma Zhufairah mahupun kepastian. Dia berasa sangsi dengan kejujuran si gadis comel yang tampak tidak senang duduk.

" iya pakcik...kejap kang abang saya sampailah. Dia dalam perjalanan. Saya okay aja... "balasku cuba meyakinkan. Melorek senyuman manis yang dibuat-buat. Lelaki tua itu akhirnya mengalah dan menuruti keinginanku.

Sebaik tiba dan menghulurkan duit tambang. Aku berjalan perlahan di kaki lima bangunan dua tingkat itu. Memandang suasana sekeliling yang sangat sunyi. Sepi. Bergelapan. Angin bertiup agak kuat menyapa wajah. Aku memilih melabuhkan punggung di hadapan salah satu premis. Menyandar seraya mendakap erat beg sekolah lusuh milikku.

Termenung mengenangkan perihal diri yang berhati walang. Simpananku hanya berbaki RM60. Mungkin sekadar cukup untuk membeli makanan dalam tempoh seminggu. Itupun aku harus lebih berjimat. Roti dan air mineral sudah memadai. Tetapi di mana aku hendak berteduh? Kebuntuan melanda. Malang yang bertimpa-timpa.

"awak siapa? Kenapa lepak sini malam-malam buta?" sergahan tanpa salam itu memeranjatkan aku. Suara tersekat di kerongkong apabila bertentangan mata dengan seorang wanita dewasa yang sangat seksi. Berdiri memandangku dengan dahi berlapis-lapis. Alamak...tak kan dia fikir aku nak menyamun?? Jika gelandangan tepat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience