Bab 20

Romance Series 15917

Aditputra tersenyum puas. Bersinar-sinar matanya tatkala sekeping cek tunai berjumlah enam angka itu dikeluarkan dari sampulnya. Seraya dicium sekilas kertas yang sungguh menguntungkan. Tuah bagi dirinya. Kerja tidak sesusah mana tetapi kadar upah yang diterima amat lumayan. Dosa? Ditolak ke tepi.

Walaupun bersekongkol menjadi rakan subahat menganiaya orang yang tidak bersalah. Persetankan semua.
Hasil haram itu nanti boleh digunakan untuk menampung keperluan mahupun kehendak. Contohnya berfoya-foya dengan perempuan-perempuan cantik. Minum sampai mabuk dan berhibur di kelab malam. Kasihan sekali Alma Zhufairah. Termakan umpan.

" tugas kau dengan aku dah tamat. So, jangan tunjuk muka cari aku lagi. Kalau tidak..." Zulfan Anas menggantung ayat. Menghisap rokok kemudian dihembus asap ke muka Aditputra.

"Shit!" Aditputra berundur setapak menjauhi Zulfan Anas yang berdiri di hadapannya ini. Lelaki sombong itu memang kurang ajar. Mengetap rahang. Hati terbakar. Tatapan tajam memanah seraut wajah kosong milik Zulfan Anas.

" aku harap kau sendiri dah tahu kan... Kau langgar perjanjian kita. Aku akan pastikan adik kesayangan kau tu dicampak ke Thailand. Di jual jadi pelacur...." hujung katanya ditekankan. Serius menggertak.

Aditputra mengepal penumbuk. Zulfan Anas itu manusia iblis. Kalau bukan kerana 'terikat' hutang budi. Dia lebih rela memilih tidak bekerjasama melakukan kerja terkutuk itu. Mengimbau detik pertemuan pertama mereka setahun lalu. Zulfan Anas berlagak adiwira demi melindungi maruah adiknya yang hampir diperkosa teman lelaki sendiri di sebuah rumah usang. Pelik juga bagaimana lelaki itu mendapatkan maklumat sejurus menghubunginya agar datang ke lokasi kejadian.

Di benaknya, lelaki itu ikhlas menghulurkan pertolongan. Tiada siapa menyangka Zulfan Anas datang menuntut balas sekeji ini. Tetapi Aditputra juga tetap bersetuju. Hanya satu iaitu tertarik dengan ganjaran yang ditawarkan. Dia pun boleh dikategorikan sebagai lelaki jahat. Bergelumang dengan aktiviti jenayah. Tetapi melibatkan keluarganya. Aditputra tidak akan tinggal diam jika ada yang mengancam melukai mereka. Langkah mayatnya dulu!

Aditputra menarik nafas dalam-dalam. Ledakan kemarahan perlu dikambus. Tiada ertinya membuang masa berdebat dan memanjangkan lagi cerita. " kau boleh pegang pada kata-kata aku ni Zulfan...bau Aditputra pun kau tak kan dapat hidu. Kau hal kau, aku hal aku... Habis!" tutur Aditputra cuba meyakinkan.

Usah terkejut. Dia fasih berbahasa melayu. Sebenarnya, Aditputra berlakon sahaja. Memakai topeng kononnya orang kelahiran Indonesia dan menyamar ada hubung-kait dengan Zulfan Anas. Walhal bersandiwara untuk mengenakan Alma Zhufairah yang agak polos itu.

" Pap! Pap! Pap!" tepukan kuat tangan kekar Zulfan Anas bergema. Menyungging senyuman mengejek. Latar-belakang Aditputra berada dalam genggamannya. Jejaka itu merupakan ahli kongsi gelap yang bermastautin di negara jiran itu. Sungguhpun begitu pengaruh Zulfan Anas mengatasi segalanya. Silap langkah. Seluruh keturunan Aditputra akan menderita dan dihapus. Bahkan lelaki itu juga bakal hilang kepala. Jangan bermain api. Kelak merana berkuburan tanpa nisan.

" kau boleh nyah malam ni juga!" nada Zulfan Anas meninggi. Berpaling dan berjalan keluar dari bilik rahsia. Bergegas menemui seseorang...

__________________

"aunty tak suka Qaireen. Tapi tak bermakna Zulfan boleh bunuh dia...di mana akal waras kamu sayang? Tak cukup-cukup sikap zalim tu... Nak bawa sampai bila??! " amukan Puan Melati Liam. Kakak kandung kepada bapa Zulfan Anas. Sebaik selesai majlis gilang-gemilang penyatuan dua jiwa anak dan menantunya. Dia berang saat dikhabarkan berita kejam ulah anak saudara si Zulfan Anas.

" patut aunty celebrate. Buat parti ke... Zulfan dah benam orang aunty benci kan. Ni benda kecil. Chill okay..." selamba badak percakapannya. Membelakangi wanita yang masih kelihatan anggun di balkoni. Tidak padan dengan usianya yang sudah tua. Meskipun kedut-kedut telah timbul.

Zulfan Anas tidak terkesan langsung akan reaksi wanita itu. Dia yang menyuruh orang-orang bawahannya membongkar. Sedikitpun Zulfan Anas tidak berasa bimbang atau gusar. Malahan berbangga. Ibu saudaranya mungkin setakat naik angin. Berbuih-buih mulut membebel. Namun tiada ke tahap melaporkan perbuatan diri Zulfan Anas ke pengetahun pihak berkuasa.

Begitulah kebiasaannya. Meski jarang berjumpa. Pertalian persaudaraan kekal utuh. Jauh berbeza dengan bapanya Datuk Seri Mikhail Liam. Manakan semudah untuk dimaafkan. Mamanya Wafa tumpas di tangan lelaki keparat itu!

"haih...hati kering kamu tu tak pernah nak berubah. Cakap dengan aunty. Pasal apa? Dah jemu mengulit perempuan sama? Selagi takda jawapan boleh puaskan hati aunty ni. Kamu tak dibenarkan balik Malaysia esok... Jangan rendahkan kuasa yang ada pada aunty." mengugut. Suaminya bukan calang-calang. Puan Melati menjongket kening sebelah. Tunak menatap Zulfan Anas yang sudah membalikkan tubuh saling bertentangan. Dahagakan penjelasan.

Puan Melati Liam sejak awal lagi tidak gemar Zulfan Anas berpasangan dengan Qaireen. Menurutnya wanita itu murah. Sanggup menperhambakan kehormatan diri untuk menempel di samping anak saudaranya yang terang-terang rosak akhlak. Puan Melati Liam seringkali memberikan nasihat. Kecewa apabila anak saudaranya itu berkeras dengan kedegilannya.

Alangkah molek Zulfan Anas mendirikan rumahtangga bersama wanita lain yang lebih elok pekertinya. Tidak mustahil adanya pendamping yang tepat perangai tidak semenggah Zulfan Anas itu mungkin boleh dikikis perlahan-lahan serta dipupuk ke arah kebaikan.

Mendengus kuat. " a, ah. Dah bosan... Aunty ingat Zulfan cintakan dia. Sikit pun tak... Jalan senang tusuk bagi mati. Terima kasih aja lah dekat Zulfan. Musuh aunty dah takda. Puas?" jawabnya dengan nada jengkel. Malas berterusan bertekak. Matanya memberat. Zulfan Anas menguap. Menahan kantuk.

Mencerlung mata Puan Melati Liam. Melampau.
" alasan kamu ni bikin aunty mendidih! Dengar ya Zulfan Anas Bin Datuk Seri Mikhail Liam...ni last warning. kamu gah kan buat naya bunuh orang sesedap rasa. Kalau ada lagi kes sebegini. Tahulah apa aunty nak ajar! Kamu belum cukup kenal kemampuan aunty! Faham?!" mengherdik. Mengangkat tangan lurus. Menuding jari tepat ke muka anak saudaranya.

Zulfan Anas pula mengajuk percakapan Puan Melati Liam tetapi tanpa suara. Bibir sahaja bergerak-gerak. Amaran Puan Melati Liam itu ibarat angin sepoi-sepoi bahasa. Menyamankan.

"eh budak ni... Aunty cepuk double das baru tahu penangannya nanti. Kamu buatlah... Buat...aunty doakan bisu terus nangis tak berlagu nanti. Derhaka dengan orang tua ya Zulfan..." gerutu Puan Melati Liam.

Zulfan Anas membalas dengan jelingan. Bingit! Dia mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas isyarat menyerah. Jika tidak hingga terbit fajar mentari hari berikutnya pun ibu saudaranya itu mengomel non stop. Torek telinga.

"Okay... Dah lah aunty. dah... Zulfan bergurau okay. Erm... Apa kata kita tidur. Aunty confirm letih ya tak?" pantas menukar topik. Zulfan Anas memaniskan wajah seplastik yang mungkin. Tangan diturunkan ke sisi.

Puan Melati Liam memincingkan mata. Helah Zulfan Anas yang dibaca tersangat kacang hazelnut. Mahu melarikan diri lah tu. Dasar anak sandara yang nakal!

" hmm...modal kamu tu dah tak laku. Tapi kali ni aunty kasi can. Dah, aunty chow!" ucapnya berlembut hati dan beransur pergi.

Zulfan Anas melongo. Amboi... Ibu saudaranya itu. "chow"?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience