Bab 25

Romance Series 15919

Saint Petersburg ialah bandar utama kedua selepas Moscow. Ia juga dikenali sebagai bandar imperial dan pusat kebudayaan di negara Rusia. Berdasarkan sumber yang pernah aku baca, Saint Petersburg ini pernah menjadi ibu negara empayar Rusia ketika zaman pemerintahan Tsar Rusia bermula Tsar Peter The Great dan diakhiri Nicholas II. Oleh kerana itu lah terdapat banyaknya istana yang dibina di Saint Petersburg ini sebagai kediaman keluarga diraja.

Nama 'Saint Petersburg' juga dikatakan telah bertukar tiga kali. Bermula dengan Saint Petersburg juga kemudian ditukar ke Petrograd sewaktu perang dunia pertama kerana berbunyi Jerman. Di ubah lagi kepada Leningrad sebagai memperingati Lenin. Sehinggalah nama asalnya dikembalikan.

Kisah tentang kewujudan bandar Saint Petersburg bagi aku agak membosankan tetapi tidak lagi setelah aku sendiri menerokainya. Tersangat menakjubkan pula! Banyak destinasi menarik yang sempat aku lawati. Apapun terima kasih kepada suamiku Zulfan Anas. Percutian bulan madu yang akan aku abadikan dalam lipatan kenangan kami berdua. Meskipun bagi Zulfan Anas ia sebaliknya. Tiada makna.

" Welcome to Russia young man! Welcome!" ucap Brady girang. Dipeluk anak saudara kesayangan. Belakang tubuh sasa Zulfan Anas ditepuk-tepuk.

Suamiku juga turut membalas. Mengukir senyuman lebar. Sesudah itu, seorang wanita separuh umur yang aku pasti isterinya melakukan perbuatan sama. Dari pengamatanku ini, sepertinya dia berbangsa melayu.

" Uncle, aunty... meet my wife. Alma Zhufairah...and Alma, ni Uncle Brady and sebelah tu aunty Delina." ujar Zulfan Anas seraya memaut pinggangku merapat ke sisinya. Sekilas pelipis aku dicium.

Sedikit terkejut tetapi tetap aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. " Hai! Saya, Alma..." sambil tersenyum ceria memandang lelaki berusia itu. Tampak segak walaupun sudah berusia dengan rambut lebat memutih.

Berubah air muka. Senyumanku memudar apabila Uncle Brady tidak menyambut. Tingkahnya terang benderang nyata agak kurang senang dengan diri ini. Sebelum dia berpaling melaung nama seseorang.

" Terena! Terena!"

Sesaat ketika ingin menjatuhkan tangan aunty Delina menyambut tanganku. Menggenggam erat. Manis wajahnya menyapa penuh kelembutan. Hatiku yang sedikit tercalar terubat. Lantas diabaikan saja riaksi dingin uncle Brady sebentar tadi.

" Abang Zulfan, is that you!" tutur Terena dalam nada tidak percaya. Bersinar-sinar matanya dan terus berlari.

Mataku tertancap pada gadis anggun tinggi lampai yang sedang menghala ke arah kami. Kening hampir bercantum. Siapakah dia?

Zulfan Anas buat-buat senyum. Dia rimas dengan anak gadis uncle Brady ini. Dari dulu tergila-gilakannya. Bukan Zulfan Anas tidak tahu uncle Brady juga berkeinginan menjodohkan mereka.

" Ketepilah perempuan! " Terena dengan biadap menolak Alma Zhufairah kasar. Tatkala tiba di hadapan pasangan suami isteri itu.

Kemudian tanpa rasa malu merangkul manja leher Zulfan Anas ditatap redup jejaka pujaan kalbu itu. Dia terpesona. Zulfan Anas kacak seperti selalu. Setahun Terena menanggung rindu.

" Terena! Jaga kelakuan kamu!" herdik Delina. Mencerlung matanya memandang perangai tidak semenggah si anak.

Dia bersimpati dengan Alma Zhufairah. Keruh wajah wanita itu. Zulfan Anas mungkin tidak berkata-kata tetapi dapat dikesan dari lensa mata tuanya. Zulfan Anas sedang meledak 'di dalam'.

Terena mencebik. Tidak dihiraukan amaran si mama. Bahu digoyang-goyangkan menggeletis. Angau.

Zulfan Anas menatap kosong. Dilirik Alma Zhufairah. Isterinya kelihatan bermuram durja. Tentu wanita itu kecewa. Mula-mula karenah Fedora, perempuan yang baru dikenali Zulfan Anas di lobi hotel dan waktu ini giliran Terena pula membuat onar.

" Apa you ni marah anak kita? Terena takda buat salah. Kan mereka sepupu. Biasalah bermesra sikit. Terena cuma tertolak isteri Zulfan...dia bukan sengaja. Kenapa nak bising? You kisahkan anak orang lain dapat apa?" celah uncle Brady menyebelahi Terena.

Dia memang tidak berkenan langsung dengan wanita pilihan Zulfan Anas. Anaknya Terena jauh lebih sepadan bergandingan bersama anak buahnya itu. Buta ke Zulfan Anas?

Delina mengetap bibir. Menjeling si suami. Muakan sangat anak perempuannya itu. Rosak Terena kelak.

" Abang Zulfan, abang Zulfan...kenapa kahwin perempuan tu? Terena tengok dia hodoh. Muka kampung! Baju dia bergaya pun mesti sebab abang kan? Terena teka abang kutip dia dekat rumah pelacuran. Kahwin pun dia perangkap abang. Alah, macam drama melayu di Malaysia tu. Betul tak? " hina Terena tanpa berlapik.

Menyorot pandangan sinis pada Alma Zhufairah. Merah padam muka wanita itu. Sebelum Terena beralih memandang Zulfan Anas dengan rasa cinta yang menggebu.

' Lidah dia nak kena potong ke? Celaka punya manusia! Bangsat kau Terena!' menyumpah aku di dalam hati. Tangan mengepal penumbuk.

" Arghhh! Mama sakit! Lepas mama!Arghhh! " Terena terpekik-pekik. Bergema teriakannya di ruang tamu itu. Delina memulas kuat kedua-dua cuping telinga si anak bermulut lancang. Rangkulan Terena pada tubuh Zulfan Anas turut terlepas.

Sengatan mamanya Delina terlalu berbisa. Terena tidak mampu melawan. Bahkan papanya pun siang-siang sudah cabut lari ke dapur seperti pengecut. Dia tidak akan berani masuk campur apabila mamanya mengamuk. Garang. Harimau pun melutut takut. Terena tidak bohong.

" Kamu makin naik tocang. Mama tak suka kamu layan tetamu kita kurang ajar macam ni. Yang kamu cerca, kutuk tu isteri Zulfan. Mana pergi adap sopan kamu hah, Terena?! Sekarang pergi masuk bilik kamu. Duduk dalam jangan keluar. Malam ni kamu dihukum. Maid akan hantar makanan. Go! " usai membebel panjang. Delina dengan wajah bengis menghalau si anak.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Terena yang dari tadi mengongoi berlagu sedih itu melangkah longlai. Teresak-esak. Telinga digosok-gosok. Pedihnya... Mujur tidak tertanggal. Tebal muka dimarahi depan Zulfan Anas. Mama jahat! Hati membentak.

'Padan muka kau Terena ikan pirana! Meraunglah kat bucu katil sorang-sorang. Uwekkk!' Aku berdekah ketawa di dalam hati.

Zulfan Anas hanya diam memerhati. Jujur hatinya panas melihat Alma Zhufairah dilayan sebegitu. Apa yang menjadi hakmilik dia tidak boleh disentuh orang lain waima disakiti sekalipun. Zulfan Anas saja yang layak. Buat masa ini dia biarkan. Lagi pula, aunty Delina telah memainkan peranan sehabis baik. Zulfan Anas pun tidak perlu bersusah payah. Cuci kaki dan tangan.

" Aunty minta maaf untuk pihak Terena. Tak patut anak aunty cakap buruk pasal Alma. Aunty harap Alma tak berdendam. Jangan simpan dalam hati ya?" mengungkap kata kekesalan. Delina sebal.

Zulfan Anas mengerling isterinya. Memberikan peluang wanita itu bersuara. " tipu kalau Alma cakap tak berkecil hati. Rasa marah tetap ada... Tapi takpa, Alma cuba maafkan. Aunty jangan bimbang. Kita stop pasal ni, okay?" luahku tenang.

Setiap bait kata itu aku maksudkan. Ikutkan hati mahu ditampar Terena mengganti balas. Tapi saat terkenangkan ibunya yang tampak ikhlas membela diri ini. Aku rasa terharu. Amarah yang bergelora pun menyejuk. Zulfan Anas, suamiku sendiri membisu. Malah tidak dipedulikan maruahku diinjak-injak sepupunya. Namun apalah yang hendak diharapkan? Aku sewajarnya sedar diri. Alma Zhufairah bukan siapa-siapa.

Delina tersenyum lega. "Terima kasih Alma, aunty hargainya. Zulfan bertuah dapat isteri pemaaf serupa kamu. Dah la cantik molek pulak tu...Complete package. Tak gitu Zulfan Anas?" penghargaan dan pujian yang tulus. Sempat Delina mengusik anak saudaranya. Zulfan Anas sekadar tersenyum tipis.

Aku menoleh. Tatapan mata di antara aku dan dia bertaut. Aku memegang dada. Terasa debaran yang sama. Di suatu ketika yang lalu. Rentetan sejarah detik pertemuan pertama kami dikala usia mentah. Zulfan Anas juga tidak berkalih. Renungannya yang menurutku berbeza. Mendalam dan penuh kehangatan. Aku terkeliru.

" Amboi, lovebird dua orang ni. Main tenung-tenung tak berhenti." sampuk Delina. Mengusik lagi Zulfan Anas dan isterinya.

Terus aku dan Zulfan Anas memutuskan pandangan yang menghanyutkan kami berdua. Suasana menjadi kekok.

" Dah, Sambung kat bilik aja. Jom kita makan isi perut dulu. Aunty masak special malam ni. Zulfan dan Alma pun confirm lama tahan lapar kan. Tercegat apa lagi? Mari sayang-sayang aunty..." Omel Delina sejurus menarik tangan aku dan Zulfan Anas mengikuti langkahnya.

" Baik Aunty... " Sahut aku dan Zulfan Anas senada.

Tatapan Dia, Zulfan dan Aku, Alma menyatu semula. Berkali-kali. Dan berkali-kali lagi. Moga ada pucuk yang tumbuh. Menyubur meskipun sekerdil rumput hijau di tanah yang gersang.

Zulfan Anas...rasa cinta ini sebenarnya tidak pernah mati untukmu walaupun aku giat ingin menguburkannya. Tetapi bagaimana dengan dikau? Apakah terselit hatta sebutir cuma nadi cinta di hatimu itu untuk aku?

**********

Saya dah update. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience