Bab 11

Romance Series 15919

Aku menekan punat lif untuk turun. Kata-kata berbaur ancaman Zulfan Anas terngiang-ngiang. Perubahan sikap jejaka itu terlalu ketara. Dingin dan... menakutkan. Di mana lelaki budiman yang pernah aku kenali beberapa tahun lalu ketika di bangku persekolahan? Mengapa Puan Qaireen tiba-tiba pengsan dan Zulfan Anas sepertinya tidak berperasaan saat aku khabarkan kondisi isterinya itu? Apa pula yang cuba disampaikan Yasmin si pembantu rumah? Adakah peristiwa itu sering terjadi? Persoalan-persoalan yang tergantung. Berlegar-legar tanpa jawapan. Patutkah aku sendiri yang merungkai misteri yang membelenggu di kediaman Zulfan Anas? Mungkin ya...

Ting! Ketika pintu terbuka aku melangkah keluar dan...menepuk dahi. Salah tingkat Alma Zhufairah! Ini aras lorong bawah tanah. Sewaktu berpusing ingin masuk semula ke ruangan lift itu. Aku digemparkan dengan jeritan nyaring yang sangat kuat. Bergema. Menoleh ke kanan. Aku yakin bahawa suara itu datang dari arah sana. Teragak-agak untuk mencari tahu. Namun apabila terfikirkan keganjilan yang berlaku dan tingkah aneh orang-orang di sini. Aku membulatkan hati menyiasat. Beg berisi kelengkapan alat solek aku letakkan di tepi. Nafas ditarik dalam-dalam. Menapak perlahan.

Tap! Tap! Tap! Derapan kaki maju dan makin ke hadapan. Retina mataku menangkap sebuah bilik yang tidak tertutup rapat. Renggang. Lantas aku meninjau dari celahan pintu itu. Sebelum mata terbelalak.

" anak aku takda kena mengena. Jangan libatkan dia dalam sengketa kita. Kau boleh seksa aku apa saja sesuka hati kau Zulfan...penggal lah kepala aku. Aku sanggup." rintihan seorang lelaki dalam lingkungan umur 50-an. Terikat di kerusi. Mukanya berlumuran darah. Jemarinya bertaburan di lantai. Gadis remaja yang berlindung di belakangnya menangis tersedu-sedan. Bau hanyir menusuk ke rongga hidung. Aku menekup mulut. Bukan Zulfan Anas baru masuk ke bilik tidur selang beberapa minit yang lepas. Apa semua ini??

"aku tak marah anak buah kau langgar Mikhail Liam. Lagipun aku dah tak anggap dia bapak aku. Mampus pun bagus. Tapi disebabkan kebodohan kau. Dia hidup tapi cacat! Menyusahkan aku!!" menjerkah. Serentak Zulfan Anas menendang perut lelaki itu. Berang. Maklumat yang diperoleh, papanya diserang musuh yang bersaing dalam perniagaan penjualan senjata haram. Datuk Seri Mikhail Liam yang cedera parah lumpuh seluruh badan.

Dia kini dalam perjalanan ke Malaysia. Dibawa balik dengan pesawat peribadi milik keluarga mereka. Memandangkan sebelum ini lelaki lebih separuh abad itu telah berpindah ke Ireland sejurus berkahwin baru dan menetap di ibu kota, Dublin. Manakala ibu tirinya telah melarikan diri bersama jantan lain. Dasar perempuan Gold digger. Sedangkan anak kandungnya sendiri pun dibuang seperti anjing kurap. Beban yang terpaksa dipikul Zulfan Anas. Semak!

" aku tak takut mati. Tapi sekali lagi aku mohon.. Lepaskan anak aku.." si lelaki yang sudah tidak bermaya itu mengulangi ucapannya. Zulfan Anas tersenyum senget. Tangan sasanya merentap rambut bertocang gadis kecil yang masih mengalirkan airmata. Di tarik paksa mendekat.

" lawa anak kau...okay, aku tak bunuh. Tapi, aku nak rasa dia. Boleh?" sejurus itu. Prak! Prak! Zulfan Anas mengoyakkan baju gadis itu hingga mendedahkan bahagian bahu dan dada.

"bangsat kau Zulfan!" suaranya naik seoktaf. Lelaki tua itu meronta-ronta dengan tatapan yang tajam. Berbekalkan sisa-sisa tenaga yang berbaki. Aku yang menonton kelakuan tidak bermoral itu penasaran. Tanpa berfikir panjang. Aku terus menerjah seraya menolak kasar tubuh kekar Zulfan Anas. Jejaka itu terkejut. Pegangannya terlepas. Budak perempuan itu aku peluk kemas.

"awak dah melampau... Pervert!" meninggikan suara. Gelaran Tuan sudah ditong sampahkan. Berombak dadaku. Kegeraman. Mata kami bertembung Zulfan Anas mengetap rahang. Membengis.

"apa kau buat dekat sini? Siapa izinkan kau ceroboh masuk ?!" tengking Zulfan Anas. Aku hanya menjeling dan cuba menenangkan gadis remaja ini. Dia menggeletar dan berpaut kuat pada tubuhku. Trauma.

Zulfan Anas bengang. Serupa bercakap dengan tunggul kayu. Sejurus jejaka itu bertindak menarik kuat si gadis yang masih dalam dakapan ini. Aku bergelut. Babak tarik-menarik. Sebelum ringan jemari runcingku menampar kuat pipi Zulfan Anas. Terteleng kepalanya. Jeda. Bumi bagai berhenti berputar.

" awak ni otak dekat lutut ke? Kot ya pun bapak dia bersalah. Nak libatkan anak pulak apa kes...tergamak nak merogol budak bawah umur!" bernada lantang. Keberanianku menentang panahan menyinga Zulfan Anas.

"kurang ajar! kau nak menempah batu nisan ke hah?! Perempuan sial!!" tempikan yang membuatkan jantungku terasa mahu gugur. Zulfan Anas mengeluarkan revolver dalam jaket kulit yang dipakai. Kemudian melepaskan berdas-das tembakan pada lelaki tua itu. Aku tergamam. Terdengar si anak yang meraung-raung meratapi sang ayah. Meluru mendapatkan sekujur tubuh yang sedang menghadapi sakaratul maut.

"mana pergi rasa belas awak Zulfan... Awak ni bukan manusia! Tapi iblis! Ketua syaitan!!" laungku sekuat hati. Mercerlung mata jejaka itu. Perlahan-lahan menghampiri aku yang tegak berdiri. Sebelum Zulfan Anas menghentak leherku dengan objek keras. Aku terjerit kecil. Pandangan Kelam. Dunia bagaikan tunggang terbalik dan aku jatuh terjelepok. Kemudian rebah. Saat-saat mata ingin terpejam. Terasa diri ini diheret kasar menuju entah ke mana. Satu, dua, tiga...gelap.

Share this novel

MommyZahra
2020-03-02 18:31:26 

update pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience