Bab 17

Romance Series 15919

Santapan tengah hari aku bawa masuk ke kamar. Seperti kebiasaannya, hanya menu yang sihat dan berkhasiat dihidangkan untuk Datuk Seri Mikhail Liam. Inilah rutin harianku. Membantu bapa Zulfan Anas yang terlantar sakit menguruskan diri. Cuma tugasku terhad. Sekadar menyediakan juadah makanan sebanyak empat kali setiap hari. Itupun yang telah siap dimasak oleh orang gaji di sini. Sejujurnya aku tidak tahu menahu akan kewujudan lelaki berusia itu ketika mula menjejakkan kaki ke rumah agam yang didiami oleh Zulfan Anas.

Segalanya terbongkar kira-kira seminggu lalu. Saat Zulfan Anas datang menerjah dan memaksa aku bangkit dari pembaringan di dalam kurungan besi. Dengan kepayahan yang amat sangat. Aku tetap menggagahkan diri. Tetapi di pertengahan jalan. Kaki tidak mampu lagi menampung berat badan. Terjelepok jatuh.

Aku begitu pasti bakal dimarahi dan dikasari teruk. Namun perkara itu tidak menjadi kenyataan. Di luar dugaan dan firasat hati. Zulfan Anas dengan tanpa sebarang butir kata mencempung tubuh ini. Beriak selamba. Meskipun wajahnya kelihatan mendingin. Keanehan yang dirasakan ditolak ke tepi kerana aku sememangnya memerlukan pertolongan itu. Tidak terdaya lagi melangkah. Longlai. Akhirnya aku dibenarkan untuk tinggal bersamanya. Diberikan sedikit kebebasan. Sungguhpun demikian, aku tetap juga dilarang sama sekali cuba untuk lari. Jika diulangi, Zulfan Anas mengugut pula ingin membunuh Puan Qaireen di depan mataku. Isterinya sendiri. Gila kan?

"aku tak nak kau! Pergi! Pergi..!" menghalau. Datuk Seri Mikhail Liam menarik muka masam. Menoleh ke arah lain. Aku mengeluh kecil. Menyabarkan hati dengan karenahnya.

Menurut Mak Melur, tukang masak di rumah Zulfan Anas. Acapkali situasi sebegini berlaku. Datuk Seri Mikhail Liam selalu memberontak. Bersikap keras kepala. Sebab itulah pekerja yang diupah untuk menjaganya tidak akan bertahan lama. Ramai menyerah atau bahasa paling senang. Cabut angkat kaki.

"saya faham. Mesti Datuk nak Tuan Zulfan temankan. Mengunyah sorang-sorang memang tak seronok. Tapi nak buat macam mana. Anak Datuk kerja sekarang...,

"eh, terlupa. saya pun boleh jadi peneman. Datuk tak sunyi. Kita makan ya... Saya suapkan." memujuk dengan nada lembut. Lelaki itu berdiam. Mempamerkan sikap memprotes. Aku tersenyum hambar.

" tak sedap lauk-pauk bila dah sejuk. Hah! Kalau Datuk nak tahu. Nasi ayam special ni resepi terbaru. Rasanya dijamin lebih ummph! Datuk try lah.. Nak?" celotehku cuba menarik perhatian Datuk Seri Mikhail Liam. Masih kekal tiada respon. Mati akal. Mengalah? Mana mungkin. Alma Zhufairah tidak akan berputus asa. Berusaha lah!

" mmm....okay. Datuk tak nak makan lah ni. Takpa lah. Tapi rugi sangat tau. Puding buah favourite Datuk terpaksa saya buang. Sayang betul. Kesian strawberry, kesian kiwi hijau, kesian laici manis. Hai lah... Apa nasib cik buah kan...terjun ke tong sampah. Aduhai.. " aku berpura-pura sedih.

Baru mahu mengangkat dulang berisi minuman dan makanan utama. Disertakan pencuci mulut lazat. Menyegarkan. Ada suara menegah. Aku tergelak dalam hati. Jerangkap samar mengena. Mujur, aku terfikir untuk bertanyakan tips rahsia daripada Mak Melur. Memancing kelemahan lelaki berstatus korporat itu.

" dah lekas...bangunkan aku. Malas nak dengar kau membebel. "ujar Datuk Seri Mikhail Liam sambil mengerling meja sisi di sebelah kanan. Kecur air liurnya.
Menyelerakan.

Aku mengukir senyuman lebar. Keegoan lelaki ini berjaya ditumpaskan. Jual mahal lagi.

" baik Datuk... "jawabku sopan.

Sambil melayani Datuk Seri Mikhail Liam. Aku mengambil peluang berbual-bual kosong dengannya. Walaupun nampak acuh tak acuh sahaja lelaki itu bertutur. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kejanggalan di antara kami. Bagi aku, ia satu permulaan yang baik. Memadai. Lagipun tidak salah bukan. Aku menghormatinya sebagai orang yang lebih tua.

Usai menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Aku bangun meminta diri untuk keluar. Seraya menatang dulang. Habis licin semuanya. Berbanding beberapa hari lepas. Setakat dua, tiga sudu saja dijamah. Alhamdulillah.

Belum sempat sampai ke muka pintu. Datuk Seri Mikhail Liam menyeru kuat. Aku agak tersentak. Perlahan-lahan berpaling. Pertama kalinya dia sudi memanggil dengan menggunakan gelaran nama. Selalunya halwa telingaku ini asik didendangkan sebutan seperti 'hei' atau 'hoi' . Tercalar juga sekeping hati Cik Alma kita.

"ada apa Datuk? Nak tambah nasi? Saya boleh turun dapur ambilkan." menatap tepat. Ikhlas memaniskan wajah. Jejaka itu menggeleng laju. Dahiku berlapis-lapis. Masih menunggu Datuk Seri Mikhail Liam Berbicara. Barangkali dia berhajatkan sesuatu.

" erm.. terima kasih..." ucapnya pendek. Memandang segan. Aku terkesima. Jeda.

" sama-sama.." balasku lambat-lambat. Kekok. Kemudian membongkokkan sedikit postur badan. Menunduk tanda hormat.

Apabila Alma Zhufairah telah menghilang dari pandangan. Raut wajah Datuk Seri Mikhail Liam bertukar mendung. Sebak di dada. Hujung mata memanas. Terimbau kenangan di masa silam. Perwatakan Alma Zhufairah itu mirip akan arwah isterinya. Tabah dan tidak pernah jemu berhadapan dengan kelakuan buruk si suami.

Pengorbanan luhur Wafa dibalas tuba. Sehinggakan dia tergamak bertindak kejam. Tidak berhati perut. Datuk Seri Mikhail Liam menyesali perbuatan terkutuk itu. Malangnya sudah terlewat. Jam yang berdetik manakan boleh diputar kembali kebelakang. Wajar lah dia cukup dibenci Zulfan Anas. Diabaikan. Tidak dipeduli. Diherdik dan kadangkala si anak melemparkan kata-kata kesat. Nista. Andai ini kifarah. Dia redha menerima. Apakah dirinya yang keji ini layak memperoleh keampunan dari Tuhan? Datuk Seri Mikhail Liam menghambur tangis.

Share this novel

MommyZahra
2020-07-08 18:27:25 

update pls

MommyZahra
2020-07-08 18:27:09 

updated pls

MommyZahra
2020-07-08 18:27:07 

updated pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience