Bab 2

Romance Series 15917

Pangg! Pang!

Pipi terasa pijar. Berpinar. Aku jatuh terjelepok di dalam kamar akibat tamparan yang sangat hebat. Mencerlung mata Datuk Umar memandangku. Turun naik nafasnya. Kemarahan yang meluap-luap.

"kau nak malukan aku ke hah?!!" menengking. Terhinjut bahu. Aku menahan air hangat yang ingin tumpah. Berita buruknya. Pihak sekolah telah menghubungi keluargaku kerana mahu membincangkan tentang prestasi akademik diri ini yang merosot teruk.

"aku tak heran pun kalau nak melingkup tiap kali keputusan periksa kau. Jangan sangka aku peduli. Boleh pergi jahanam! Tapi ni dah melampau. Jagalah sikit air muka aku...entah-entah kau ni keturunan anak luar nikah. Pikul dosa mak bapak kau tu yang bengap! Bangang!!" hina Datuk Umar.

Prak! Hatiku terobek...cercaan yang meleret. Tekanan emosi ekoran didera mental dan fizikal membuatkan aku hilang tumpuan. Ya, diakui... Aku seperti tidak bersemangat untuk meneruskan persekolahan.

" m-maafkan saya Datuk... Boleh tak Alma nak berhenti? Biar Alma cari kerja.." berbicara dengan nada yang bergetar. Aku masih tidak berani mengangkat wajah.

"apa kau cakap... " Datuk Umar bersuara di celah gigi seraya merapatiku dan merendahkan tubuhnya mencengkam kedua lengan.

"s-sakit... Tolong lepaskan Datuk." rayuku memandangnya memohon sedikit belas. Apabila lelaki itu makin menguatkan pegangan. Sorotan matanya bagai mahu membunuh aku saat itu juga.

"dengar anak haram... Kau tetap kena terus belajar. Permintaan kau tu boleh calarkan maruah aku. Orang-orang akan mengumpat dikatakan Datuk Umar ni sengkek, kedekut, aniaya anak yatim...jadi apa yang patut kau buat adalah, basuh otak udang dalam kepala tu biar bergeliga. Sekurang-kurangnya lulus semua...aku tak nak tengok atau dengar cikgu kau complain kali kedua. Tapi kalau kau rela tadahkan diri kena belasah. Aku takda masalah bersenam kerjakan kau sampai berbirat-birat..." serius menggertakku. Kemudian Datuk Umar mengheret aku sehingga tiba di bahagian dapur. Ditolak kasar. Aku tersembam.

" sebagai denda... Mulai malam ni. Selama seminggu, tilam empuk beradu anakku sayang berpindah ke sini. Kau cuba curi-curi naik atas. Patah kaki kau Alma... Aku tak main-main!" gesaan beserta ugutan. Perlahan aku mengangguk tanda mengerti. Datuk Umar kemudian tersenyum senget. Puas hatinya!

Setelah bapa angkatku beredar. Gugur jua air jernih yang bertakung di mata. Aku mengerekot kesejukan. Ditambah lagi dengan keadaan hujan lebat dan kilat sabung-menyabung. Aku letih. Mengapalah mereka tergamak menyeksa aku sehari-hari. Di manakah terletaknya sifat perikemanusiaan? Terlalu besarkah kesilapan aku? Apakah secebis kasihpun tidak tersisa untuk diri ini? Meratap...

____________________________________

Aku tersenyum hambar menerima bebelan Teressa Wong kerana berdegil enggan ke klinik. Rakanku itu menawarkan diri untuk menemani dengan menaiki kereta papanya ketika tamat kelas. Sejak peristiwa kelmarin. Aku mengalami batuk-batuk dan selsema. Berlarutan. Tetapi pendirianku tetap sama. Tidak sesekali menyusahkan orang lain selagi terdaya. Setakat sakit biasa...aku mengabaikan.

"eh.. Papa awak tu Teressa. Dia dah tunggu..." kataku sambil menunjukkan ke arah kereta Mercedes Benz yang diparkir di seberang jalan. Saat kami sudah melepasi pagar sekolah. Terus gadis itu menamatkan sesi berceramah topik kesihatan. Pelbagai petua juga diselitkan. Niatku secara halus menghalau agar Teressa segera pulang. Bukannya aku tidak menghargai keprihatinannya tetapi ada lebih elok dibiarkan sembuh sendiri. Segala jenis ubat itu musuhku. Alasan sebenar...

"Alma, ingat tau pesan saya... If not, saya tak nak kawan dengan awak dah. Jangan ambil remeh aja. Musim banyak penyakit sekarang...saya balik dulu. Take care!" ucap Teressa Wong sebelum menggenggam tanganku seketika dan meluru berlari sebelum...

BAM!!!

Aku terkejut bukan kepalang. Berdesup kemalangan terbentang di hadapan mata. Tubuh sahabatku tercampak di atas tar jalan. Tergolek-golek dan akhirnya kaku. Darah mulai mengalir deras di kepala, hidung dan mulutnya. Jeritan dan kekecohan orang ramai yang turut menyaksikan tragedi itu kedengaran jelas. Mereka mengerumuni jasad Teressa Wong yang cedera parah. Suasana panik. Pemandu van yang terbabas sehingga berlakunya pelanggaran itu ditarik keluar secara paksa kemudian dihenyak beramai-ramai. Lelaki berbangsa india itu disyaki mabuk.

"Teressa... Teressa... Jangan tinggalkan saya. Jangan pergi... Jangan pergi...awak sorang yang sudi nak berkawan dengan saya. Bila awak takda, siapa lagi nak temankan saya... Ambil berat diri saya.. Teressa, bukalah mata.. Teressa... " ucapku hiba. Seraya menggoncangkan badannya beberapa kali. Kemudian memeluk erat tidak lepas. Aku menangis. Dan.. Terus menangis teresak-esak. Tidak lama selepas itu. Bunyi siren Ambulans bergema.

" Alma.. Bagi doktor tengokkan Teressa. Mari Alma, ikut cikgu..." nasihat lembut seorang guru perempuan. Mengusap belakang dadaku sambil turut sama mengalirkan airmata. Tetapi aku menggeleng tidak mahu berganjak walaupun seinci. Manakala kedua ibu bapa Teressa Wong sudah terduduk kepiluan.

" tolong berikan laluan...ruang sekejap. Saya nak check nadi dia." ujar pegawai perubatan berjantina lelaki itu. Kelam-kabut berjalan dan bertinggung menghadap mangsa. Aku masih setia mendakap.

"adik... Ikut cakap kami ya. Boleh beralih ke tepi?" ulangnya perlahan bernada memujuk. Aku kekal tidak mahu menurut. Sebelum tidak semena-mena ada sepasang tangan besar yang menarik sosokku kuat. Pautan tanganku terlerai. Aku meronta-ronta dalam tangisan. Kemudian pergerakanku dikunci. Perlahan-lahan aku menyerah.

"dia dah meninggal...mayatnya perlu kita bawa ke hospital."ujar doktor itu ringkas. Beriak kecewa. Harapannya gadis remaja itu masih bernyawa. Dia terlalu muda. Aku sudah mahu melorot ke bawah tetapi tangkas pinggang ini dirangkul kemas.

" Teressa... " aku menyeru namanya berulang-ulang. Nada kesedihan. Kini dia benar-benar telah pulang untuk selamanya. Aku menyesal. Menekup mukaku dengan telapak tangan. Mengongoi sayu. Sarat emosi. Tidak menyedari yang diriku melekap dengan lelaki ajnabi.

"bersabarlah...dia dah kembali pada pencipta sekian alam. KetentuanNya..." suara garau itu berjaya membuatkan aku berpaling laju. Membulat mata ini.

"Apa ni sentuh saya. Kita bukan mahram.." tegasku tidak selesa dan menolak lelaki itu. Aku menjarakkan diri. Wajahku sembab. Kemerahan akibat tangis berubah berganda-ganda. Segan betul.

" jangan salah faham okay... Saya cuma nak bantu. Ni buku awak ada tercicir.. " terang jejaka itu lembut kemudian membongkok mencapai sebuah buku teks yang terdampar. Lambat-lambat aku mengambil kembali. Apabila dia mengukir senyuman. Jantungku berdegup kencang. Apakah?

" saya Zulfan Anas, selamat berkenalan...nama awak pulak? "tanya lelaki itu memandangku sambil menjongket kening. Dia tampak senang dan ceria.

" Saya Alma Zhufairah, panggil Alma..."

" kalau macam tu, awak pun panggillah saya Zulfan... "

Dua jiwa bertemu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience