Bab 7

Romance Series 15917

Zulfan Anas mencuci tampang kacaknya yang terkena percikan darah di singki. Sejurus dikesat dengan tuala kecil. Bajunya yang turut kotor terpalit cecair merah dilempar sesuka hati. Lantas panggung kepala menyasarkan mata helangnya menerusi biasan cermin. Lelaki warga Rusia yang nyawa-nyawa ikan itu terlihat begitu mengerikan. Kelaran di merata-rata pada tubuh. Mulut rabak juga mukanya pecah. Kedua tangan kudung ditetak. Tusukan besi panjang di kanan kiri betis dan perutnya tercacak sebilah pedang yang menembusi badan. Terikat di tiang kayu.

Tatapan Zulfan Anas kosong. Tiada terjentik apapun perasaan. Jejaka itu kemudiannya menyungging senyuman sinis dan melangkah keluar dari bilik bawah tanah. Anak buahnya sudah bersedia untuk mengendalikan jasad yang telah pun mati. Dibakar bagi melenyapkan bukti. Karakter Zulfan Anas menyimpang keterlaluan semenjak pulang ke tanah air kira-kira dua tahun lalu. Dia pembengis. Dingin dan...heartless. Tersesat hanya kerana cinta yang menghilang. Yulia. Pengaruhnya sebagai ahli korporat usah dipertikai. Selain ketangkasannya menewaskan musuh-musuh terutama perniagaan di pasaran gelap. No mercy!

" Miss, are you alright?" sapaan itu mengganggu konsentrasi aku. Rumah yang tersergam indah. Ibarat istana berlokasi di wilayah terpencil menjamu mata. Tetapi bukan kerana kagum atau terpesona. Firasatku seperti dapat merasakan ada aura yang menyeramkan. Bulu roma merinding.

" y-yeah, i'm fine...saya cuma terpegun." ujarku menutup gundah. Cuba mengusir ketidaksedapan hati.

" silakan masuk. Dah hampir senja..." pelawa si lelaki yang aku teka mungkin kenalan atau pelanggan tetap Kak Inara. Mengapa pula kali ini dia menginginkan khidmat aku? Ah! Jangan penatkan otak. Bersikap positif Alma Zhufairah. Aku berjalan tenang. Ketika di ruang tamu. Jejaka itu menjemput aku duduk. Katanya menanti kedatangan seseorang. Sementara itu mataku meliar. Adat orang kaya. Semuanya serba mewah. Sekali sekala ada wanita dan lelaki yang lalu lalang. Pasti mereka sedang sibuk mengurus persiapan majlis.

" first of all. I ada something nak betulkan salah faham. You akan bekerja dengan my big boss...for his wife. Not mine." berbicara lancar. Mimik mukanya kekal sama. Beku. Aku memincingkan mata. Apakah muslihat lelaki yang berada di hadapanku ini. Dikelentong hidup-hidup.

"Kak Inara tahu? "menyoal laju. Jejaka itu mengangguk. Aku mengeluh kecil. Balik di Apartment nanti. Aku mesti mengorek cerita habis-habisan dari si kakak yang berbeza ibu dan ayah. Sanggup bersekongkol menipu.

" he's coming..."ucapnya pendek. Menghalakan pandangan ke arah belakangku. Saat berpaling. Aku melongo. Sebelum secepat kilat mengalihkan kepala. Menunduk. 'Ya rabbi... Dia selamba badak berlenggeng. Tak sempat nak scan muka. Kot ya pun dalam mahligai sendiri. Cover sikit lah badan berketak-ketak tu. Ke nak show off!" kutukku dalam diam.

"boleh kau bangun? Lantai tu dah bersih licin. Tak payah rajin cari habuk." memerli. Aku tersentap. Bersabarlah Alma. Perlahan-lahan aku berdiri dan berpusing menghadap si empunya diri. Kami sama-sama terkaget. Zulfan Anas... Sekian lamanya.Takdir menemukan aku semula dengan insan pertama yang sehingga ke waktu ini bertakhta di hati. Terselit kecewa. Dia dan aku tidak berjodoh.

" Faiq, bawa dia ke master room." mengarah seraya meninggalkan aku terkulat-kulat. 'Zulfan Anas, kau dah lupakan aku ke?' hati terusik.

"jom miss, kita ke tingkat paling atas. Naik lift dekat sudut sana tu." menggamit aku agar mengekorinya. Kenangan manis yang pernah tercipta berkecai terhempas ke batu. Aku seharusnya belajar melepaskan cinta yang terpendam. Jejaka itu hakmilik wanita lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience