Bab 22

Romance Series 15917

Sekujur tubuh itu terbaring kaku. Matanya tertutup rapat. Wajah cengkung yang memucat tiada seri. Wayar berselirat. Begitulah dirinya semenjak disahkan koma kira-kira empat tahun lalu.

'Dia' ditemui terdampar tidak menyedarkan diri di persisiran pantai dalam keadaan yang mengerikan. Sebelah wajahnya hancur seperti kesan disimbah asid. Kepalanya berlumuran darah. Manakala di bahagian perut pula terlihat kesan tikaman yang berkali-kali dan segala isinya hampir terburai.

Tidak cukup sampai di situ. Di mana keadaan 'dia' terlalu mengaibkan. Bukan setakat bertelanjang bulat hatta tanpa seurat benang. Tetapi hasil daripada pemeriksaan. 'Dia' menjadi mangsa serangan seksual. Ini berdasarkan koyakan yang agak ekstrem di bahagian vaginanya. Paling memilukan, si 'dia' tidak akan mampu melahirkan zuriat pada masa depan. Atau perumpamaannya, MANDUL. Rahimnya telah rosak dan terpaksa dibuang.

Doktor tidak mempunyai pilihan jalan alternatif yang lain. Jika tidak dilakukan sesegera yang mungkin. Nyawa 'dia' bakal melayang. Walaupun sebenarnya pembedahan itu tidak dapat menjamin kejayaan sepenuhnya. Tetap juga merisikokan 'dia' yang boleh disimpulkan berada di ambang kematian kerana kecederaannya teramatlah parah.

Namun, tiada yang mustahil. Keajaiban tercipta dan atas kuasa keagongan Tuhan nan satu. 'Dia' masih bernafas meskipun kisahnya diketika ini adalah seperti cerita dongengan yang terkenal di negara barat, sleeping beauty.

'Dia' ialah Yulia...
Bekas teman wanita Zulfan Anas yang detik ini diketahui masih hilang.

"Assalammualaikum, selamat pagi. Macam biasa akak datang nak bersihkan badan awak. Biar wangi, tak berdaki... "

Sapaan jururawat bernama Suri itu ceria. Besen berisi air diletakkan atas meja sisi bersebelahan katil pesakit. Diambil tuala kecil kemudian dicelup. Diperah-perah. Cukup sekadar melembap. Membongkok dan Suri mulai mengelap permukaan kulit Yulia lembut. Sambil tangan bergerak-gerak tekun melakukan kerjanya. Wanita berusia lewat 40-an itu dengan sen
cuba berborak kosong. Walaupun dia tahu, Yulia tidak akan bertindakbalas. Namun Suri percaya dan yakin. Yulia mampu mendengar dan memahami butiran katanya.

"Bip.....bipbip....bipbip...."
" Akak ada good news ni!"

Ujarnya kegirangan. Menguntum senyuman lebar. Terkenangkan betapa mulia majikannya. Lelaki itulah insan pertama yang menjumpai Yulia di pertengahan malam. Sewaktu Tengku Idlan keluar bersiar-siar mengambil angin bersendirian. Meskipun terselit juga rasa berbelah bahagi akan kewujudan Yulia secara tiba-tiba itu yang sepatutnya tidak berlaku kerana kepulauan ini hakmilik peribadi keluarganya. Diwarisi Tengku idlan daripada ayahandanya Sultan Irshad Hanafi yang telah mangkat.

Sesiapa pun tidak boleh sembarangan berkeliaran tanpa pengetahuan dari pihak Tengku Idlan. Berlabuh di perairan sekitarnya juga dilarang sama sekali. Pengawal yang diarahkan berjaga tidak pernah secuai ini dan asbab itulah ia mengundang tanda tanya. Tetapi apabila memikirkan atas dasar kemanusiaan. Tengku Idlan bergegas membawa Yulia ke pusat rawatan yang telah tersedia dengan pelbagai kelengkapan perubatan. Berdekatan Mansion mewah Tengku Idlan setinggi lima tingkat itu.

"Tengku. Idlan. Nak. Melawat. Yulia! Hah, happy tak? Suka ke tak?!"

Kegembiraan Suri melantun-lantun hinggakan tangannya tercubit sedikit pipi mulus wanita itu.

"Bip...bipbip...bipbip..."

"Oops...maaf sayang, akak terover excited. Sakit ke Yulia? Sorry,sorry...akak tak sengaja. Alahai... Kesian kau dik."

Nadanya serba salah. Terkalut mengusap lembut pipi Yulia dengan ibu jari. Padahal boleh katakan cuma cubit-cubitan manja yang langsung tidak berbekas waima segaris warna merah pun. Mungkin bagi segelintir individu lain. perbuatan itu kesilapan kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Lebihan pula si pesakit berkondisi koma. Lantaklah!

Berbeza pula pendirian Suri. Etika sebagai seorang jururawat seharusnya dijadikan pegangan. Dipikul amanah dengan rasa bermaruah. Pesakit tanpa mengira latarbelakang layak dihormati. Dilayani dengan mesra dan kesantunan. Satu lagi, Suri meletakkan nilai-nilai murni sesama insan ketika berkhidmat. Dia sudah berbakti kepada ramai pesakit dan kehadirannya disenangi oleh mereka. Terbukti lagi prestasinya yang cemerlang semasa bertugas di hospital kerajaan mencatatkan pencapaian membanggakan. Dinaikkan pangkat. Mendaki dari satu peringkat seterusnya ke peringkat bergelar Matron. Dan kini, Suri bekerja di bawah Tengku Idlan.

" Maafkan akak tau. Nanti bila Yulia dah sedar. Akak nak minta maaf balik. Haih... Berkurun lama dah kita kenal kan. Akak teringin nak dengar suara awak. Pasang niat pun lama ni. Bangunlah Yulia...buka mata dik..."

Ucap Suri perlahan dengan pandangan sayu. Nafas dihela berat. Setiap hari juga Suri akan menuturkan kata-kata yang hampir berulang. Dialog komunikasi solo yang akan tenggelam dengan bunyian mesin. Yulia kekal membeku. Doktor Khairul yang merawatnya menjelaskan kesihatan Yulia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dan harapan untuk pulih cerah. Wanita itu telah melepasi tahap kritikal dan dia dijangka akan kembali seperti sediakala. Namun...terpulang kepada kekuatan semangat Yulia sendiri.

" Aduhai...mata masuk habuk pulak Yulia. Akak sambung kerja ya. Kang Tengku dah menjenguk muka. Akak masih terkial-kial. Tak sudah-sudah..."

Hujung mata Suri memanas. Lekas-lekas digosok agar perasaan sedih berlalu. Tuala kecil tadi dibasahkan semula. bahagian kedua-dua kaki Yulia dilap dengan berhati-hati. Suasana sepi dengan suara manusia buat seketika. Sesudah selesai. Ditukarkan baju Yulia yang baru. Diiringkan sedikit badannya dan tali dibelakang diikat kemas. Tubuh Yulia kembali ditarik perlahan-lahan agar menelentang seperti posisi asal. Suri mengesat peluh di dahinya dengan hujung lengan baju seragam yang dipakai. Tidak pernah dia merungut menguruskan Yulia.

Sesaat kemudian. Telefon bimbit kepunyaan Suri berbunyi nyaring.

"Hello..."

"Ya Tengku, semua dah beres. Nak saya tunggu dulu ke sebelum keluar?"

".........................."

"hmm... Baik Tengku, saya akan maklumkan pada doktor."

Perbualan singkat itu berakhir. Suri mulai mengemas perkakas dan terus menghayun langkah menuju ke pintu.

"Aa....aaiir..., aaa...iirr...."

Seru seseorang dalam nada yang lemah. Suri berpaling dan mulutnya terlopong. Habis terjatuh apa saja yang ditatang. Terhempas kuat. Mata tidak berkedip-kedip. Membulat bagai hendak tersembul.

Di daratan lain. Tetapi masih di lokasi yang sama. Sebuah helikopter yang dipandu oleh tuan si empunya sudah mendarat. Bilah kipas masih berputar. Kelajuannya makin memperlahan. Tubuh tinggi lampai dan tegap itu melompat turun dengan gagahnya. Rambut kehitaman. Lurus separas bahu itu berkibar ditiup angin. Helaian yang mengaburi pandangannya di raup ke atas kepala. Berlari-lari anak dengan menundukkan postur badan.

"Selamat kembali Tengku Idlan...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience