Bab 15

Horror & Thriller Completed 4568

PANDANGAN ditunjukkan sebuah rumah teres dua tingkat yang mewah. Ustaz Hanafi, Ayunie dan Amin berada di luar beranda rumah. Duduk bertiga di kerusi mozek yang diukir dan diwarnakan cantik. Ayunie keluarkan buku yang suaminya minta tadi. Amin sudah bawa buku yang dia tulis sendiri untuk kaji tentang mistik, sihir dan dunia ghaib.

"Walaupun tali kafan tu dah dikeluarkan dari badan budak tu. Benda tu takkan berakhir." ujar Amin, membuka helaian buku yang bapa mertuanya simpan.

"Maksud kamu. Masih ada tersisa tali kafan dalam badan dia?" soal Ayunie tebak.

"Sekejap..." Amin cuba buka helaian untuk mencari sebab-sebabnya. Matanya fokus pada setiap tulisan dan helaian pada muka surat.

"Ha ni dia.." Amin tunjukkan helaian itu pada mak ayah mertuanya.

"Ular?" soal Ustaz Zain nak tahu kenapa kaitkan dengan ular.

"Sebenarnya, apa yang Amin tahu pasal susuk tali kafan ni. Ini pernah berlaku 70 tahun lalu. Seorang perempuan ni nak menjadi cantik. Dia disuruh bidan yang merupakan ahli ilmu hitam tolong dia. Jadi, perempuan tu disuruh gali kubur untuk mengambil tali kafan. Apabila sudah dapatkan, dia dipaksa minum tali kafan itu bersama darah ayam hitam.

Ritual yang bidan tu buat bukan setakat manterakan tali kafan tu. Tapi dia sudah sihirkan dulu perempuan yang membuat perjanjian ni." ujar Amin, dia buka helaian nama sihir ular itu.

"Lilith??" Ayunie baca nama yang ditulis dalam buku. Amin mengangguk.

"Sekejap, maksud kamu.. Budak perempuan yang sekarang ni kena kacau sebabkan sihir Lilith ni?" soal Ustaz Hanafi. Amin menarik nafas untuk memberitahunya lagi.

"Ayah, sihir ni wujud terutama sihir ular. Dia sihir orang yang buat perjanjian tu dengan menggunakan hantu pocong. Ia dipanggil The Ritual Pocong atau dalam bahasa melayunya Pemujaan Pocong." kata Amin, Ustaz Hanafi memandang isterinya.

"Tapi kan, kenapa mak nampak perempuan berkebaya putih baru-baru ni? Mak nampak dari mata dia, tengok perut Dilaila." soal Ayunie nak tahu kenapa perempuan kelmarin pandang Dilaila, terutama pada bahagian perut mengandung.

"Biar saya terangkan. Saya pernah terserempak dengan budak perempuan yang pernah buat perjanjian dengan setan. Ada perempuan berkebaya merah turut mengikut budak perempuan tu. Dia pandang perut Dilaila.

Sebenarnya, betina syaitan 70 tahun dulu ada gunakan bayi ataupun kanak-kanak sebagai lambang pemujaan. Darah pada bayi atau kanak-kanak dijadikan hidangan Iblis betina bernama Lilith ni. Sebab tu perempuan berkebaya merah tu pandang perut Dilaila sebab dia mengandung. Yang mak nampak dekat rumah kami pun sama. Mereka nak anak dalam kandungan." Amin memberitahu. Ustaz Hanafi dan isterinya saling berpandangan satu sama lain.

"Zain ada kendalikan kes ni bukan?? Dia ada dua cucu masih kecil kan?? Aniq dengan Liana tu?" soal Ustaz Hanafi. Ayunie belalak mata teringat mereka ada dua cucu. Ayunie hampir putus nafasnya setelah mendengar keterangan menantunya. Dia bernafas seperti orang semput akibat risau.

"Allah..! Amin tolong mak pergi tengok keadaan Nazura tu." Ayunie gesa Amin untuk pergi. Amin mengangguk dan bangun bergerak pergi.

Ustaz Hanafi mendail nombor telefon Aiman. Sekarang ni suami Nazura sedang bekerja di pejabat. Tak menjawab. Ustaz Hanafi berdecit sekali, terpaksa dia pergi tolong Amin periksa keadaan Nazura sekarang. Ayunie segera masuk ke dalam rumah. Mujurlah Dilaila ada disini sedang tidur di bilik.

++++++

SOPHEA menjerit pekik dan mengamuk tak tentu arah. Ustaz Zain dan Ustaz Firdaus masih tak berhenti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Hakim yang ada sedikit fahaman baca beberapa ayat untuk pelindung diri dan melemahkan makhluk halus dalam tubuh itu.

Ustaz Zain sudah tak berdaya lagi nak selesaikan. Badannya betul-betul penat sekarang. Dia belum berehat dengan sepenuhnya lagi. Dia bangun dan terpaksa berundur. Membiarkan Ustaz Firdaus dan Hakim selesaikan Sophea yang kerasukan itu. Shazlan menghampiri Ustaz Zain, untuk melihat keadaan lelaki itu.

"Ustaz, banyakkan rehat. Takpe biar kami yang uruskan." Shazlan pujuk menyuruh Ustaz Zain berehat.

Hakim yang ada sedikit ilmu silat buka langkah kekuda. Dia menjerit sambil menepuk lantai. Matanya memandang tajam ke arah Sophea. Gadis 20 tahun itu berpaling kebelakang memandang Hakim. Lelaki itu baca beberapa ayat, tangan sebelah kanan dia buat bentuk seperti senjata pistol. Sophea menjerit kepanasan, benda tu dah meracau dan kesakitan. Shazlan dan Ustaz Firdaus masih pegang dengan kuat. Encik Wahid pun tak terkecuali.

"Aku perintahkan kau keluar..!!" Hakim memaksa dengan menengking Iblis di dalam itu.

"Tidak...! Aku tidak akan sesekali keluar..!" jawab Sophea dengan suara paraunya.

"Tali kafan kau sudah dikeluarkan. Apa lagi kau nak?!" soalnya tegas. Sophea ketawa mengilai melihat Hakim marah padanya.

"Dia gelakkan kau." Shazlan memberitahu.

"Kau gelak ea..." Hakim balas dengan sinis. Dia menyebut Bismillah tiga kali dan jari telunjuk menekan lantai.

Badan Sophea tiba-tiba kejung dan kaku seketika. Dia mengerutkan muka kesakitan. Hakim pusingkan jari di lantai. Sophea jerit kesakitan. Hakim tekan lagi dan pulasnya untuk kali kedua.

"Kau nak keluar ke taknak?!" soal Hakim menengking.

"Tak mahu..!" getusnya. Makhluk tu tetap berdegil taknak keluar dari jasad Sophea. Hakim menyumbing bibirnya.

Hakim bangun dan berjalan ke arahnya. Sophea tak berhenti dari memandang Hakim. Empat ekor Pocong sudah dikeluarkan dan kini tinggal seekor lagi. Seekor ni terlalu degil. Hakim melutut dengan sebelah kaki kanan. Dia pakai sarung tangan kerana dia dan Sophea bukan mahram.

"Kau degil kan??" soalnya dengan sinis.

"Allahuakhbar..!" Hakim pancung leher makhluk itu sehingga putus. Sophea menjerit lalu jatuh terbaring. Dia menggigil dan mengeletar seperti ayam baru kena sembelih.

"Buka mulut dia." suruh Hakim. Encik Wahid bukakan mulut anaknya.

Hakim masukkan tangan ke dalam mulut Sophea. Bibirnya dibasahkan dengan zikirullah. Dia menarik sesuatu keluar. Darah hitam turut ikut keluar sekali. Muncul tali kafan sepanjang 10cm dari dalam. Semua terkejut masa bila ada tali kafan dalam mulut Sophea??

"Macam mana tu??" soal Ustaz Firdaus. Hakim memandang Ustaz Firdaus dan Shazlan.

"Ni namanya sihir melalui satu ritual kejahatan. Mangsa ni tak amalkan tapi sihir tu akan berada dalam tubuh kerana dia ada rapat dengan orang yang amalkan." ujar Hakim memberitahu. Ustaz Zain memandang anak menantunya dengan muka terkejut. Shazlan dan Ustaz Firdaus saling memandang sesama mereka.

"Karmila..." duga Encik Wahid. Semua kini menumpu pada Encik Wahid sekarang.

"Apa maksud abang?" soal Ustaz Zain dengan suara lemahnya.

"Sebab Sophea dengan Karmila kawan baik. Mungkin Sophea pun terkena tempiasnya." ujar Encik Wahid. Bunyinya macam nak menuduh Karmila.

"Ini bukan angkara Karmila. Ataupun Sophea. Ini sihir." Hakim betah balik apa yang Encik Wahid sebutkan tadi. Dia tahu keluarga Encik Wahid macam nak menyalahkan Karmila walaupun padanya Karmila dah melakukan perbuatan syirik dengan menyekutukan Allah SWT.

"Sihir??" Hakim mengangguk bila Encik Wahid menyoalkan itu.

"Ya, tapi saya dah nampak angkara siapa semua ni." kata Hakim, memandang Ustaz Firdaus. Lalu, dia mengalihkan mata memandang Shazlan pula. Dan seterusnya dia memandang Encik Wahid.

"Kalau kita tahu siapa buat. Kita boleh matikan dia." Shazlan bersuara memberi cadangan. Keluhan berat dilepaskan.

"Bukan mudah." Ustaz Zain bersuara di tempat dia duduk. Semua berpaling untuk tumpukan pada Ustaz Zain.

"Karmila tu buat perjanjian dengan Mak Esah. Tapi perempuan tu sebenarnya dah mati menjadi Pontianak. Dia mempunyai suami tapi takde anak. Sebabnya dia dan suami dia amalkan ilmu hitam ni. Tak pasti untuk apa." kata Ustaz Zain. Semasa dia mengubatkan Karmila di rumah Encik Amri malam semalam. Dia tengok kelibat Pocong yang berwajah terlalu hodoh tu bertukar rupa kepada seorang lelaki. Dia bermuka bengis dan atas bibirnya berkumis nipis.

"Tapi kan, untuk apa mereka nak target Kirana? Sebab Kirana ada bermimpi dia berada di satu kawasan yang luas terbentang. Dalam mimpi dia baring dan tubuhnya berbungkus seperti hantu pocong. Dan lepas tu dekat keliling Karmila ada sekumpulan manusia berjubah hitam baca mantera. . Itu agak-agak ayah apa benda??" Hakim memberitahu perkara mengenai mimpi yang di alami oleh isterinya.

"Itu mungkin permainan mimpi. Ataupun boleh jadi satu petunjuk macam yang sedang berlaku." jawab Ustaz Zain dengan pertanyaan menantunya.

++++++

KIRANA dan Karmila berundur bila Zabir melangkah masuk ke dalam bilik. Mukanya pucat dan benar-benar menakutkan. Bibirnya kehitaman. Dia sengih menayangkan gigi hitam kekuningan. Karmila sorok belakang badan Kirana.

"Kau nak apa Zabir??" soal Kirana dengan nada tegas.

"Aku mahu kamu semua kembalikan tali kafan itu." kata Zabir, Kirana berpaling memandang Karmila yang sembunyi di belakangnya.

"Kau sudah kembalikan?" soal Kirana.

"Macam mana nak kembalikan? Mayat perempuan tu hilang dari kubur." Karmila memberitahu. Kirana berpaling memandang Zabir semula.

"Mayatnya hilang. Macam mana kau nak kami kembalikan??" soal Kirana bertanyakan bagaimana nak pulangkan kalau jenazah tu dah hilang.

"Mak....!" Karmila pekik memanggil emaknya.

"Itu bukan masalah aku. Kau carilah jalan penyelesaian sendiri." Zabir terus gelak dengan suara paraunya.

"Syaitan...!" Ustazah Dahlia memunculkan diri depan pintu bilik. Puan Ana dan Puan Vanidah terkejut melihat makhluk yang menyerupai lelaki asing tu. Zabir memandang Ustazah Dahlia dengan wajah bengisnya.

Ustazah Dahlia membaca ayat suci sambil menggenggam sesuatu. Zabir terasa panas sedikit. Kirana pun berkumat kamit membaca ayat. Dia berjalan sedikit ke depan sambil mulutnya tak berhenti basahkan dengan ayat suci.

"Siapa kau?? Apa tujuan kau kesini??" soal Ustazah Dahlia tegas sekali.

"Aku Zabir. Aku mahu kamu semua kembalikan tali kafan itu." Zabir menyuruh mereka kembalikan hak bukan milik mereka.

"Mayat budak perempuan tu takde. Tapi aku perintahkan kau keluar dari sini! Dengan atas nama Allah! Aku perintahkan kau keluar...!!" Ustazah Dahlia lemparkan berasa yang sudah dibaca. Zabir menjerit kesakitan. Dia terus menatap Ustazah Dahlia. Matanya berubah merah menyala seperti tayangkan sesuatu pada Ustazah itu. Dan selepas itu Zabir menghilang.

Sebenarnya semasa dia nasihatkan Puan Ana dan Puan Vanidah tadi. Dia dah mula rasa sesuatu yang tak kena dalam rumah. Seperti gangguan itu masih tak berhenti lagi. Dia terus bangun dan menuju ke ruang dapur. Beras di ambil dan dia baca-bacakan sedikit.

Di ruang tamu ada Ustazah Dahlia yang duduk di sofa. Puan Ana dan Kirana duduk sebelah menyebelah. Manakala Karmila duduk sendirian di sofa single. Puan Vanidah menyiapkan sedikit minuman.

"Mak, tadi Ki nampak benda tu mata merah. Dia ada bagitahu mak apa-apa ke?" soal Kirana, merisaukan keadaan emaknya. Sudahlah ayah dan suaminya takde buat masa sekarang. Mereka berada di rumah Encik Wahid melihat keadaan Sophea.

"Sebenarnya ini adalah amaran dari dia. Mayat tu memang sengaja mereka keluarkan selepas kita berjaya keluarkan tali kafan dari Karmila. Tujuan dia untuk pecahkan belahkan hubungan kekeluargaan Puan Ana dan Puan Vanidah. Maksudnya, hubungan Karmila dan Sophea juga akan putus di tengah jalan." ujar Ustazah Dahlia memberitahu apa yang Zabir sampaikan.

"Astaghfirullah al 'azim. Keju betul syaitan tu." Puan Vanidah mengucap panjang. Semua mata memandang ke arahnya.

Puan Vanidah ketika itu mendengar dalam keadaan berdiri sambil bawa minuman. Dia terus meletakkan dulang dan agihkan minuman. Dia pandang anaknya. Rasa bersalah sebab tuduh anaknya bukan-bukan.

"Maksud puan. Sophea kena rasuk ni bukan dari Karmila?" soal Puan Ana cuba nak sejukkan keadaan tanpa kecilkan hati keluarga Encik Amri.

"Bukan. Dia sengaja merasuk tubuh Sophea supaya puan dan suami puan syak angkara Karmila. Macam tadi, puan tiba-tiba serang Karmila." jawab Ustazah Dahlia. Barulah faham dan dia mula berasa bersalah sangat. Akibat terikut emosi sampai dia mengamuk. Disebabkan anaknya dirasuk Syaitan. Puan Ana berpaling memandang Karmila.

"Mila, auntie nak minta maaf kalau auntie ada berkasar. Auntie takut kalau terjadi apa-apa pada Sophea. Karmila maafkan auntie ya.." ujar Puan Ana. Keluhan berat diluahkan. Betul-betul dia bersalah sekarang.

Telefon bimbit Ustazah Dahlia berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia capai telefon yang berada di meja. Tertera nama Ayunie pada skrin. Ustazah Dahlia menjawab panggilan.

"Kakak, saya nak kakak dengan abang Zain datang sekarang dekat rumah. Amin ada nak bagitahu sesuatu perkara." suara Ayunie dalam talian.

"Bagitahu apa?? Kakak tak faham." soal Ustazah Dahlia. Matanya menatap Kirana dan Puan Ana. Karmila pandang emaknya seketika sebelum memandang Ustazah Dahlia semula.

"Yelah. Yelah. Nanti kakak kesana segera." Ustazah Dahlia matikan talian selepas jawab panggilan.

"Puan, saya nak mintak izin untuk lekas pulang. Ada hal lain pula. Dah jom." Ustazah Dahlia bersalaman sebelum keluar. Kirana pun bersalaman sebelum membontoti ibunya dari belakang.

Apakah yang hendak dibincangkan oleh Ayunie pada mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience