"Johari! Apa semua ni?! Sanggup kau sekutukan Allah dengan jadi pengikut syaitan!" Karmila menengking bekas teman lelakinya.
"Kau tu yang bodoh, Milah! Kau kata aku sekutukan Allah?? Tapi kau pun sama. Sanggup nak cantik dengan sekelip mata sampai minum darah.. Dan lepas tu, kau menyesal atas apa kau buat. Kenapa?? Semua dah kena kacau ke??" soal Johari, berbunyi sindiran.
"Kembali semula ke jalan Allah, Johari. Pintu taubat untuk kau masih dibuka. Jangan sia-siakan peluang yang masih ada." Ustaz Zain memujuk dengan tenang.
"Aku tidak akan pergi ke jalan Allah. Lepas apa yang telah berlaku pada nenek aku 70 tahun lalu, orang datang serang dan bunuh dia. Nenek moyang korang tentu kenal siapa perempuan sihir bernama Mastura tu bukan??" Johari menyeringai dengan rupa menyeramkan.
"Apa kaitan kau dengan Esah dan Zabir?? Kau sendiri dah tahu mereka ni pengamal ilmu hitam bukan??" soal Karmila nak tahu apa hubungan Johari dengan pasangan suami isteri yang sudah mati.
"Memang semua ini aku yang merancang. Aku yang bagi kau kad dengan meletakkan atas nama Mak Esah. Aku berikan kau alamat lagi. Aku ada semasa kau berada di rumah itu. Dan aku juga nampak Kirana di luar rumah. Sebab tu aku suruh Zabir uruskan kesemuanya.
Kau ingat aku kisah kau mintak putus?? Sebab aku nak perangkap kau! Aku nak bagi kau tekanan jiwa dengan masalah muka buruk kau tu! Memang segala kerasukan dan gangguan yang berlaku di sekeliling kau semua angkara aku! Itu semua rancangan aku!" Johari beri penjelasan. Sudah terbukti selama ini angkara Johari. Yang telah buat keluarga Sophea dan Karmila bermusuhan.
"Kau memang berhati syaitan! Makan ni..." Shazlan maju ke hadapan. Dia membaca beberapa ayat suci. Dua jari telunjuk dan jari hantu bercantum. Dia tunduk dan cucuk tanah dengan dua jarinya.
"Ya Allah, aku minta kekuatan darimu untuk binasakan sihir yang sedang melanda sekarang. Kau bantulah kami.." Shazlan berdoa dengan suara perlahan. Hanya boleh didengari di telinga dia sahaja.
"Aniq! Liana!" Nazura berjaya lepaskan diri dari suami. Dia bergegas lari ke arah kawasan tempat penyembah itu.
"Sayang..!!" Aiman panggil isterinya.
"Kak Nazura!" Karmila memanggil.
Aiman sudah berlari untuk mengejar isterinya.
Pocong-pocong tadi mula bergerak dan bertindak untuk menghalang Nazura dan Aiman. Mereka melompat dengan maju ke arah pasangan itu.
Beberapa orang berjubah hitam yang berada di keliling tempat penyembah turut bangun. Mereka mara untuk menghalang Nazura dan Aiman. Suami isteri itu berjaya ditangkap mereka.
"Abang..!!" Nazura panggil suaminya.
"Sayang! Hei, lepaskan akulah! Sakit!" Aiman marahkan kumpulan manusia berjubah hitam yang pegang tangan dan tubuhnya kuat.
"Aiman! Nazura!" Ustaz Zain panggil anak dan menantunya.
"Kurang ajar kau..!" Karmila lari mendapatkan Johari. Muncul Pocong yang terpaling hodoh dan bertubuh besar dan tinggi berdiri di hadapan Johari. Matanya kemerahan terang seperti lampu.
Karmila jatuh tersungkur. Kepalanya terasa sakit. Dia menjerit dengan kuat. Kirana berjaya menolak badan Johari sehingga jatuh. Entah darimana dia munculkan diri.
"Tangkap mereka!" Esah menyuruh pengikutnya menangkap kesemua.
"Ayah! Lari! Shazlan, bawa ayah aku pergi!" Kirana menyuruh Shazlan dan ayahnya untuk selamatkan diri.
"Kirana.." Ustaz Zain gumam.
Dia melihat dengan mata kepalanya, anak perempuan dia pula telah di tangkap oleh kumpulan pengikut ajaran sihir itu. Pocong-pocong yang banyak mula melompat ke arah Ustaz Zain dan Shazlan.
"Ustaz, mari!" Shazlan mahu tarik tangan Ustaz Zain. Tapi, bapa kepada dua anak itu tidak berganjak seinci pun. Dia lebih fikirkan keselamatan anak-anak dan menantu.
"Keluar cepat!" Kirana sempat menyuruh sebelum kepalanya ditutup dengan kain hitam, yang selalu digunakan untuk banduan tali gantung.
"Ustaz, mari!" Shazlan tarik secara paksa. Barulah kaki Ustaz Zain bergerak dan terpaksa mengikut Shazlan pergi.
Shazlan dan Ustaz Zain sempat pusing kebelakang. Airmata jantan keluar mengalir. Melihat anak-anaknya jadi mangsa pengamal ilmu sihir. Shazlan nampak Pocong-Pocong melompat ke arah mereka.
"Mari ustaz, kita cari jalan lain.." Shazlan bawa Ustaz Zain untuk pergi dari situ.
++++++++
Ustaz Zain dan Shazlan baru keluar dari jalan kecil yang masuk ke dalam hutan. Terlihat Kuntum melekat pada pohon tinggi. Dia menjerit memaksa mereka untuk melepaskan dia. Amin tercungap-cungap kepenatan. Dia telah berjaya mengikat makhluk halus tu. Ustazah Dahlia sudah keletihan.
"Zain..." Ustaz Hanafi pergi mendapatkan Ustaz Zain.
"Mana yang lain??" Ustazah Dahlia menyoal, dia tak nampak kelibat anak-anaknya.
"Semua sudah jadi tawanan. Semua ni angkara Johari. Bekas teman lelaki Karmila tu.." Shazlan ceritakan perkara sebenar.
"Mereka kena tawan?? Apa lagi yang ada dekat sana??" soal Amin, nak tahu seberapa banyak makhluk halus dan pengikut ajaran Iblis itu.
"Mereka ramai. Ada ratusan Pocong bernyawa. Berpuluhan manusia berjubah hitam, aku yakin mereka tu pengikut. Esah dan Zabir juga disana." Shazlan memberitahu. Amin mengangguk faham.
"Kita balik dulu untuk pasang strategi." kata Amin, yang lain mengangguk lemah. Kecuali Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia. Mereka risaukan keselamatan anak-anak dan cucunya.
"Tapi, Aiman dan Kirana dekat dalam. Cucu-cucu pun dekat sana.." Ustazah Dahlia meluahkan. Ayunie menghampiri kakak angkatnya.
"Kak Dahlia, Ayunie percaya Aiman dan Kirana tu kuat. InsyaAllah, takde apa-apa yang berlaku pada mereka. Yang penting doa jangan putus.." Ayunie memujuk Ustazah Dahlia.
Semua mula beransur keluar dari hutan. Amin mahu merancang sesuatu untuk strategi yang baik bagi menyelamatkan anak-anak menantunya Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia. Sesekali, Ustazah Dahlia berpaling kebelakang selepas keluar hutan. Dia berdoa dalam hati semoga anak-anak dan cucunya selamat.
+++++++
Keluarga Encik Amri berkumpul di rumah Ustaz Zain selepas mereka baru sahaja dapat berita, Karmila telah diculik oleh kumpulan pengamal ilmu hitam.
"Habis tu, takde cara lain ke nak selamatkan anak saya??" soal Encik Amri, semua tak berani nak menjawab. Masing-masing kering idea untuk fikirkan perancangan yang seterusnya.
Ustazah Dahlia senyap dari tadi. Memikirkan keadaan dua anak dan dua cucunya. Di tambah dapat menantu yang baik macam Nazura. Hakim pun diam sebab merisaukan isterinya. Apa je yang dia boleh buat?? Semua tak boleh nak mengembalikan Kirana semula.
Amin memandang semua yang ada disini. Masing-masing sedang bersedih. Dia memandang isterinya, Dilaila pun turut bersedih atas kehilangan Kirana dan Nazura dalam satu penculikan.
"Saya faham semua sedih. Kita kalau kehilangan ahli keluarga sebabkan kes culik pun dah sedih.." Amin berkata.
"Ya, inikan pula penculik tu dari kalangan ahli sesat. Pengamal ilmu sihir." Ustaz Zain sambung, matanya menatap Amin.
"Amin.."
Amin menoleh, memandang mak mertuanya.
"Amin takde cara atau idea untuk selamatkan yang lain?" Ayunie menyoal. Keluhan berat diluahkan.
"Amin tak boleh nak fikir seorang diri. Amin perlukan buah fikiran orang lain jugak. Ini melibatkan Karmila, Kirana, Aiman dengan Nazura. Dan ini juga melibatkan Aniq dan Liana. Kalau semua bergantung pada buah fikiran saya seorang, memang rumit." Amin meluahkan. Bukan dia taknak tolong. Dia sendiri pun takde idea nak buat. Fikiran dia bercelaru.
"Betul Amin cakap. Ini perkara serius. Nyawa anak-anak saya akan melayang kalau takde tindak. Kita kena bantu Amin cari jalan untuk buat sesuatu. Kalau semua berdiam macam ni, perkara takkan boleh selesai.." Ustazah Dahlia bersuara menyokong Amin. Dia pun kasihan kalau semua nak mengharapkan Amin seorang.
Memang dalam kalangan semua yang ada, Amin lebih kuat sehingga syaitan-syaitan Pocong tak berani ganggu Dilaila. Dan semuanya telah dihalau keluar oleh Harimau itu.
+++++++
Johari mengerutkan muka setelah mendengar tangisan Liana yang kuat. Dia dah tak tahan lagi dengar teriak bayi kecil itu. Suasana di ruang bawah tanah agak gelap dan hanya sedikit cahaya dari luar.
"Wei, korang boleh tak tutup mulut budak tu??! Bingit tahu tak..!!" Johari tengkingnya.
Aiman peluk Aniq kuat. Anak lelakinya itu juga menangis, cuma dia lebih kepada sedu. Liana seorang menangis melalak dalam jagaan Nazura.
"Memanglah budak ni menangis! Kalau dah tempat ni panas macam neraka! Bodoh ea kau??" Karmila balas dengan menengking Johari.
"Kau tak puas hati dengan aku apsal perempuan??! Sedarlah sikit lepas ni kau semua mati! Darah kau semua jadi hidangan Lilith." kata Johari, takut-takutkan mereka.
"Lilith nenek kau! Dasar menduakan Allah! Kau mati memang tak kena hisab! Malaikat terus campak kau dekat Neraka yang paling bawah! Jadilah kau kayu api bersama pengikut-pengikut setan tu!" Karmila memerlinya.
"Kau diamlah." Johari takde kata nak bahas balik.
"Apa kau ni?? Bertaubatlah selagi Allah masih buka pintu hati..." Kirana cuba nak menyedarkan lelaki itu, dengan kata-kata yang lemah lembut.
"Hati dia dah mampos kak! Mampos sebab binatang dua ekor tu dah tutupkan! Ha eloklah kau dengan setan Esah Zabir tu pergi jahanam sana!" Karmila memotong nasihat Kirana, dengan menyindir.
"Kau lepaskan keluarga aku!" Aiman pula bersuara. Matanya dijegil memandang Johari tajam. Aniq yang berada dalam pelukan, menguatkan lagi membuatkan Aiman peluknya lebih erat.
Esah dan Zabir muncul. Mereka menjelma sebagai manusia biasa. Esah senyum menyeringai melihat mereka. Zabir hanya berdiri di belakang sambil perhatikan. Mukanya benar-benar pucat seperti mayat.
Esah berpaling memandang bayi Liana. Nazura peluk anak perempuannya lebih erat. Aiman pegang badan isteri dan anak perempuannya. Matanya memandang Esah, tajam.
"Jangan tengok anak aku." Aiman beri amaran.
"Comel anak tu. Darah yang mengalir dalam tubuhnya juga kedengaran. Ia telah naikkan nafsu lapar Lilith. Dia suka dengar bunyi aliran darah yang mengalir dalam tubuh kamu semua." kata Esah, bunyinya berbaur yang menakutkan.
"Bunyi macam tu je kau kata naik nafsu lapar?? Korang yang setan ni takde taste ke?" Kirana menyindir.
Mata Esah keputihan. Kirana terasa ada sesuatu mencengkam batang lehernya.
"Kakak!" Aiman panggil kakaknya.
"Kak.." Karmila pun panggil.
Esah tiba-tiba menjerit, lalu matanya terpejam seperti ada yang mencucuk matanya. Rupanya Kirana membaca ayat di dalam hati semasa kuasa syaitan itu cengkam batang lehernya.
"Sayang..." Zabir panggil isterinya.
"Kurang ajar kau!" Esah mendengus kasar, menahan marahnya.
Karmila pusingkan kepala memandang ke sebelah kiri. Kelihatab ada seekor syaitan Pocong keluar dari kawasan yang gelap tidak terkena cahaya. Semua yang ada disitu terkejut. Pocong itu mukanya kehitaman, matanya keputihan. Rupa wajahnya tidak sehodoh Zabir bila menjelma Pocong.
"Biar aku settlekan.." Aiman bangun untuk lawan bangsa tentera syaitan di depan. Dia mahu melindungi keluarganya kali ini.
Assalamualaikum, minta maaf di atas kelewatan. Beberapa hari yang lepas saya sibuk dengan audit dan kerja yang berlambak. Untuk episod yang bakal ke penghujung cerita. Kita berikan sesuatu yang lebih impak.
Share this novel
Lmbat lgi ke nk smbung cerita nie