Mak Esah menghempas pintu dengan marah. Dia berlari masuk ke dalam sambil menghentak kaki. Tindakan Karmila sudah mengundang kemarahan Mak Esah sekarang. Kuntum yang sedang duduk melutut di satu sudut perhatikan saudaranya.
"Kamu kenapa Esah?" tanya Kuntum. Melihat Mak Esah dalam keadaan yang marah dengan peluhnya merintik.
"Karmila sudah buat aku marah! Langsung tak menghargai mukanya yang sudah cantik berseri tu!" jawab Mak Esah mendengus kasar. Kalau ikutkan hati dia nak bunuh Karmila tu sekarang.
Kuntum senyum sahaja kerana dia tahu Karmila takkan mampu berbuat apa-apa sekarang. Sebenarnya pemilik Pocong tu pun mereka seru untuk bangkit kalau Karmila berdegil.
"Kita dalam bahaya Kuntum. Lelaki yang Karmila jumpa bukan calang-calang manusia. Dia ada ilmu batin persilatan dan khatam Quran. Lelaki tu bahaya bagi kaum kita." kata Mak Esah membuatkan wajah Kuntum berubah serius.
"Esah, kau tak perlu bimbang. Sebabnya aura tali kafan Pocong itu sudah bersatu dengan darah Karmila sekarang." Kuntum cuba memujuk saudaranya. Dia dah merancang awal sebelum Karmila nak patahkan perjanjian. Dia tahu orang akan sedar awal mengenai Susuk Tali Kafan.
"Tapi Karmila akan berpaling. Dan ugut aku untuk patahkan perjanjian ini. Sebab itu dia menggunakan lelaki manusia itu membantu dia." ujar Mak Esah tidak berpuas hati.
"Malam ini Pocong itu akan mengganggu kenalan-kenalan rapat Karmila. Biar aku berunding dengan lelaki itu." kata Kuntum lalu matanya keputihan. Dirinya perlahan-lahan bertukar menyerupai perempuan berambut panjang dan lebat. Kain putihnya lusuh dan berbau. Kulit wajahnya hitam menggerutu dan menakutkan. Dia kini menjadi si Kuntum puntianak.
++++++++
Pada tengah malam. Syaza terjaga dari tidur kerana terasa hendak membuang air kecil. Dia mencapai iphone yang dibeli kakaknya kelmarin. Kameranya dibawanya sama untuk menonton semula rakaman percutian beberapa hari yang lepas. Dia keluar dari bilik. Tekan kunci buka kamera. Dia setting sedikit dan tekan untuk video rakaman. Dia merakam suasana dia sedang berjalan untuk ke tandas.
Dia berjalan sambil kameranya merakam depan matanya. Syaza tidak memandang kamera sebaliknya dibiarkan ia merakam. Tanpa disedari, kamera itu telah merakam satu susuk putih seperti mayat berkafan di dalam sebuah bilik yang tidak ditutup rapat. Syaza turun ke bawah untuk buang air kecil.
Sesudah hajatnya dibuang. Barulah dia melihat rakaman itu. Dia berjalan keluar dari bilik mandi yang bersebelahan dengan ruang dapur. Syaza terhenti langkah. Matanya membulat. Jantungnya seakan sudah berhenti dari bergoncang. Dari luar keadaan ruang tamu sangat tenang seperti tiada apa. Di dalam kamera Syaza terakam satu fenomena menakutkan. Begitu banyak Pocong baring bersepah di lantai ruang tamu.
Lututnya menggeletar sekali. Tak pernah dalam hidup dia 10 tahun melihat fenomena terkumpulnya banyak mayat berkain kafan di lantai rumahnya. Lututnya menggelatar. Terasa nak terkucil pun ada sekarang.
Syaza alihkan kamera. Nafasnya kedengaran naik turun. Dadanya sesak. Pandangan matanya tenung pada mayat-mayat yang terbaring bergelimpangan bersepah. Semua mayat memandang ke arah Syaza.
"Kakak.." Syaza undur dengan perlahan-lahan, tak lepas dari memandang mayat-mayat berkain kafan itu.
Muncul tangan memegang badannya. Syaza menjeling melihat gerangan tangan siapa. Matanya terbeliak melihat kuku runcing yang panjang dan hitam itu. Pandangan belakang Syaza hitam legam tak nampak apa-apa. Muncul berpuluh-puluh makhluk seperti Pocong memandang ke arah Syaza. Mata mereka keputihan.
"Maaakkkk...!!!!!" suara Syaza teriak pada malam itu.
Sophea keluar dari bilik dan berlari. Puan Ana dan Encik Wahid turut keluar dari bilik. Mereka berlari ke arah suara Syaza yang menjerit tak tentu pasal. Sophea nampak Syaza teriak dengan kuat sambil meracau.
"Syaza! Ya Allah, kenapa ni sayang?!" Puan Ana segera turun dan terus tangkap anaknya. Syaza menggeliat untuk melepaskan diri, tapi Puan Ana berjaya kunci tubuh budak 10 tahun itu.
"Sophea, tahan kaki ni! Ayah nak pergi panggil bantuan." Encik Wahid menyuruh anak sulungnya tahan adiknya dari terlepas. Sophea mengakur dan pegang kaki adiknya kuat. Sophea gunakan kebolehan dia yang sedikit ada dengan membaca beberapa ayat suci Al-Quran.
"Sakit!!" terkejut Puan Ana dan Sophea mendengar suara Syaza bertukar parau. Seperti ada dua suara bersatu dengan suara asalnya.
Sepi menyelubungi. Kelakuan Syaza yang agresif berhenti. Kepalanya menunduk memandang lantai rumah. Suasana bertukar dingin dan senyap.
"Syaza??" Puan Ana panggil nama anaknya.
Perlahan-lahan kepala Syaza bergerak untuk berpaling. Sophea terkejut sehingga nafasnya kedengaran sesak. Syaza berpaling sehingga 180 darjah memandang ke arah ibunya.
"Hai ibu." suara Syaza parau. Puan Ana melepaskan anaknya dan jauhkan diri.
"Siapa kau??!" Sophea panggil makhluk yang merasuk adiknya.
Syaza mula ketawa dengan campur hilaian pontianak. Sophea pergi dekat emaknya dan mereka berpelukan ketakutan. Mereka berdua berharap ayahnya cepat-cepat balik dan dapatkan bantuan Ustaz.
Perlahan-lahan tubuh gadis 10 tahun bergerak untuk bangun. Kedengaran bunyi tulang-tulang dalam berlaga. Puan Ana dan Sophea dah ketakutan. Syaza pandang mereka dengan senyuman yang menyeramkan.
"Ibu. Kakak." suara Syaza memanggil mereka sungguh seram serta hilaian ketawanya.
Mereka terdengar bunyi enjin motosikal. Puan Ana senyum gembira suaminya sudah pulang. Dia segera bangun dan berlari ke arah pintu. Dibukakan pintu dengan luas. Encik Wahid dan Ustaz masuk ke dalam. Segera dia tutup semula pintu.
"Allahuakhbar.." Ustaz memulakan tugasnya untuk membantu. Encik Wahid bawa isteri dan anak sulungnya ke tepi.
"Siapa gerangan dikau wahai Iblis??" Ustaz menyoal kerana dia nak tahu apa tujuan Iblis itu merasuk ke tubuh Syaza.
"Aku adalah pemilik asal tali kain kafan yang kawan kau telah langgarnya!" Syaza tunjukkan ke arah Sophea. Puan Ana dan Encik Wahid pandang anak sulungnya. Sejujurnya Sophea tahu akan perkara ni tapi tak tahu pula Karmila ambil tali kafan atas suruhan Mak Esah tu.
"Sebab dia mahu batalkan perjanjian dia dengan Syaitan. Kau takde hak ganggu mereka!" Ustaz menengking dengan suara garang.
"Darah yang diminum bersama tali kain kafan telah bersatu ke dalam tubuhnya. Aku akan porak perandakan keluarga mereka. Termasuk mereka yang menghalang aku!" ujar makhluk halus itu melalui tubuh Syaza.
"Pegang dia!" Ustaz menyuruh, Encik Wahid dan Puan Ana segera tahan badan Syaza, beberapa kali Puan Ana panggil nama anaknya tapi Syaza mengamuk dan mengelibas seperti cacing kepanasan.
Ustaz mulai membaca ayat suci Al-Quran. Ayatul kursi dibacakan sambil pegang kepala gadis 10 tahun itu. Syaza menjerit kesakitan dengan sekuat hati. Puan Ana dan Encik Wahid masih berusaha untuk tahan. Walaupun anak mereka kecil tetapi tenaga anaknya seperti tenaga lelaki dewasa.
"Syaza, ni mak sayang." berkali-kali Puan Ana panggil anaknya walaupun dia tahu depan dia sekarang adalah Syaza yang telah dirasuk.
Sophea terhidu bau yang amat busuk, tapi cukup kenal dia dengan bau tersebut. Kalau dia melawat orang meninggal. Dia akan tercium bau ni. Selalunya bau ni biasanya berada di kawasan tanah perkuburan. Tanpa Sophea berpaling. Belakangnya berdiri satu susuk makhluk Pocong yang muncul dari kegelapan malam. Sophea nak berpaling. Dia hanya berani memandang kebawah. Matanya terbeliak nampak kain Pocong pada bahagian kaki yang diikat.
"Mak.." perlahan Sophea panggil. Di depan dia Ustaz tu masih sembuhkan Syaza. Mak dan ayahnya masih sibuk pegang badan adiknya.
"Sophea..."
Kali ini suara Karmila kedengaran dari belakangnya. Sophea tersentak seketika. Dia memalingkan kepalanya untuk melihat di belakang. Kain Pocong tadi tiada. Baru nak berpaling kepala. Muncul muka hodoh kepala Pocong. Mukanya hitam menggerutu, darah dan nanah mengalir pada permukaan wajah. Lidahnya terjelir keluar memanjang serta air liur bercampur nanah dan darah turut mengalir.
Sophea menjerit terpandang muka menakutkan itu. Encik Wahid dan Puan Ana terkejut anak sulung mereka menjerit. Ustaz tu pun terkejut sekali.
"Sophea, kamu kenapa terjerit?!" Puan Ana menyoal anak sulungnya.
"Mak, ada pocong." Sophea tunjukkan sesuatu dibelakangnya. Mereka tak nampak apa-apa kecuali rak kasut sahaja walaupun dalam gelap yang samar-samar.
"Mengarut apa kamu ni?! Tak nampak adik kamu pengsan ni?" ujar Puan Ana. Sophea terkejut masa bila Syaza tertidur? Padahal tadi meronta-ronta nak lepaskan diri.
"Alhamdulillah. Semangat Syaza dah pulih." kata Ustaz mengaminkan doa, Encik Wahid dan Puan Ana pun mengaminkan doa.
+++++++++
Di kediaman rumah Ustaz Zain pada waktu malam yang sama. Ustaz yang menyembuhkan Syaza datang melawat untuk ceritakan perkara yang sebenar. Ustaz tersebut menceritakan ada seseorang telah mengambil tali kafan si mati untuk satu tujuan. Orang yang mencuri itu dipaksa meminum darah bercampur tali kafan.
"Macam tulah ceritanya. Sekarang ni orang yang curi tu nak buang perjanjian Syaitan ni. Tapi sebabkan darah dan tali kafan sudah sebati dengan tubuh badan. Agak sukar juga nak buang." Ustaz itu sudah ceritakan segala-galanya.
"Susah juga kalau benda tu dah sedarah dengan kita. Maksud pak Ustaz dia nak tamatkan perjanjian??" Ustaz Zain menyoal, Ustaz itu mengiakan saja.
"Kalau tak salah saya. Nama susuk ni susuk tali kafan. Seseorang tu nak ubah jadi cantik." Ustazah Dahlia masuk campur memberitahu.
"Ha.. Haaa... Apa yang Puan Dahlia kata tu betul. Dia nak rupa cantik sampai menyekutukan Allah SWT." Ustaz tadi menyokong Ustazah Dahlia.
Ustaz Zain menyandarkan badan. Lama kelamaan dia berfikir. Sudah bertahun dia dalam bidang ubatkan orang. Macam-macam puaka sudah dia jumpa. Tapi puaka yang satu ini terlalu kuat dan menakutkan berbanding kejadian dulu-dulu. Selain dari patung berpuaka Pinocchio. Perjanjian dengan Iblis juga satu perkara yang amat susah untuk lepaskan. Darah Iblis sudah sebati dengan darah manusia. Untuk membuangnya pasti perlu ada korban jiwa.
"Abang Zain. So macam mana?" Ustaz itu menunggu jawapan dari Ustaz Zain. Keluhan berat dilepaskan. Ustaz Zain betulkan songkok dan duduknya.
"Baiklah. Kita selamatkan mereka." kata Ustaz Zain putus.
Hehe seram ke tu? Apa pun terima kasih sudi membaca
Share this novel